Iklan

Sharemyloves Geng!

10 July 2013

Journey To Mikayla Birth (II)

Salam.

Kahkahkahkahkahkahkah.
Adakah anda semua diselubungi misteri, apakah yang terjadi pada part seterusnya dalam kisah beranak daku?
Jangan maraahhhh aaaa...nanti kena jual kot.
Pose-pose ni tak elok marah-marah.
Harharharhar.

Marilah kita ber continue.
Daku sebenarnya malas nak type entry baru. Hahahahah! Sombongnya bunyi ayat.
Al maklomla sejak bergelar surirumahtangga ni banyak nau keja rumah nak buat.
Nampak grill berhabuk nak lap, nampak pinggan tak tersusun nak ku susun, nampak kipas dah berhabuk nak ku panjat lap comey-comey.
Biasalah mata mak-mak. Ada saja yang tak kena.
Iye dop?

Ok, sambungan cite bersalin part two.
Dekat mana eh? Jap nak re-call balik.
Aah dekat tengah push-push-push tu kan?
Hai..banyak nau spekulasi korang pasal sambungan citer aku.
Siap ada yang komen akhirnya aku push-push sekalinya aku ter yak-yak.
Erk...ni Erin Jamaluddin punya idea lah tu.
Kannnn? Hahahahaha.

Yang sebenarnya.
Bila time aku push-push-pushhhhhhh tu.
Boleh pulak aku rasa lapar giler.
Dan secara otomatik aku stop push.
Dan tanya nurse.
Errr...kak boleh tak bagi saya milo sechawan...
Mai sechawannnnn (macam iklan tv tu)
Hihihihihihihi.
Haruslahhh tak boleh kan?
Sebabnya bila Epidural dah merebak dalam badan u ols, kita tidak dibenarkan makan atau minum apa-apa selain daripada minum air suam saja.
Lah..yeke?
Mana ku tahu.

Nurse cakap dengan aku.
Puan takboleh minum milo lagi. Nanti puan muntah.
Errr..tapi saya lapar, dan saya dah takde energy nak push.
Achaner tu?
Yang boleh puan minum cuma air masak. Minum jela air masak banyak-banyak ye, puan.
Stress aku time tu.
Dah la sakit atas bawah, lapar pulak tu.
Menggigil hoi push...MENGGIGIL!

Lalu..cewah..lalu aku pon arahkan Erie bawak air mineral.
Nasib memang standby.
Bergelen aku minum air mineral.
Itu yang lagi kerap aku terkencing atas katil dekat labour room.
Asal push, aku terkencing.
Asal terkencing, aku push.
Achaner tu?
Kikikikikiki.
Bukan budak yang kuar, tapi air kencing yang menjejeh keluar u ols...
Hahahahahaha! Buat malu kompeni jek...

Kalau yang bertanya, aku push tapi tak terangkat bontot langsung.
Sebabnya di DEMC ada macam pedal basikal betul-betul dekat dua belah kaki aku yang terkangkang tu.
So each time aku push aku akan tekan kuat-kuat dekat pedal besi tu.
Jadinya bontot ai ols tak terangkat langsung u ols.

Pastu bila aku dah super duper lembik.
Memang Doktor Norleen arahkan nurse amik forcep.
Tak silap aku nama forcep tu Kiwi.
Bukan buah kiwi, tapi nama depa memang sama.
Adik beradik kembar tak seiras, lain bapak, lain mak ke aku taktahu.
Hehehehehe.

Lepas tu, aku terus push kuat-kuat lagi.
Dengan harapan tayah guna kiwi, setoberi, anggur bagai untuk tarik anak aku keluar.
Aku think positif yang aku boleh beranak tanpa bantuan "buah-buahan" ittew.
:)

Push....push Sha...pushhhhhh.
Kata Doktor Norleen.
Pussh...pusshhh Sayang..pushhhhh.
Kata Erie.
Push...push puan..pushh...
Kata Nurse Labour Room.

Seriously, aku rasa dah push macam orang nak berak tu.
Tanpa bersuara.
Tapi masih tak berjaya baby keluar.
Lepas tu, aku dengar Nurse tu cakap kena mintak tolong Jack ni.
Dan zassssss tetiba, ada sorang lagi nurse masuk
Berbadan besar macam ahli sumo.
Gulp!
Apa nak buat dekat aku ni?
Pijak perot aku ke eh?
Takut gile time tu.
oooyeemmgeeee!

Rupanya nurse berbadan sasa tu bergandingan dengan nurse lagi satu yang tak kasi aku milo tu, bersekali tekan perut aku untuk tolong keluarkan baby.
Diulangi TEKAN perot aku okeh.
Derang bergabung tekan dari atas, dan dalam suasana kelam kabut tu Doktor Norleen cakap ready for episiotomi ke hapa menatang tah.
Aku pejam mata.
Tak daya nak tengok gunting tajam yang akan zassss memotong bawah ku nanti.
Dan secara serentak di mana:
a) Nurse tekan perut aku
b) Doktor Norleen gunting bawah aku
c) Aku meneran macam nak berak besar dan sekali pusshhhhhhhh
Gedesyuummmmmm!
Keluar air banyak disertai sekali dengan my baby.
Dan Doktor Norleen pon cakap...Assalamualaikum baby.

Fuhhh! Rasa separuh nyawa ku pergi okeh.
Tapi eh-eh-eh..rasa lega terus.
Rasa hilang sakit.
Rasa hilang lapar.
:)
Kuasa Allah SWT kan?

Pastu, menitik airmata aku dengar bunyi tangisan Kayla.
Ending kata ko..haruslah hindustan sikit.
Kuikuikuikui.
Then, nurse berbadan sasa tu pon letak baby dekat dada aku.
Aku kan Ratu Airmata, dapat baby pon nangis, bersalin pon nangis, takdapat air milo pon nangis.
Hehehehehe.
Aku nangis sebab aku terharu dapat anak pompuan
Sebabnya rata-rata aku jumpa orang semua cakap aku preggie baby boy.
Walaupon aku dah berkali-kali cakap aku ni bawak baby girl.
Nyampah tau..suka gado-gado ngan ahkak!
Hehehehehe.

Aku cium dan aku pelok anak aku.
YES! its a girl.
Geng soping mama, geng masak mama, geng gossip mama.
:)

Pastu nurse amik untuk bersihkan dan timbang baby.
Diwaktu yang sama Doktor Norleen sibuk menjahit bahagian bawah tadi.
Dia punya jahit kemain.
Dah macam jahit baju kata ko.
Aku nampak dia angkut cucuk jarum benang tu buat aku ngeri.
Dan-dan tu jugak ada bunyi... Tiitttttttttttttt!
Menandakan ubat bius epidural tu dah habis.
Hai...pandai sungguh timing ko ubat.
Time nak kena jahit la ko habis, yer?
Syabas mere betty.

Memang time jahit tu agak terasa ngilu nya.
Sampai beberapa kali aku tanya bila nak habis doktor?
Bila nak habis?
Muka Erie pulak aku tengok toreh pon tak kuar darah kot.
Kemain asyik kusyuk dia tengok aku kena jahit.
Ngeri dia cakap.
Tangan doktor macam main batu seremban.
Heh?
Apa kena mengena jahit dengan main batu seremban pon aku taktau.
Laki...laki...Hihihihi!

After 10mins dah siap.
Panjang jugak jahitnya sebab doktor kata umpama aku baru beranak sulung lah.
Sebab yang dulu kan czer.
Then, baby pon dah siap cuci.
Letak atas dada terus cari tetek.
Amboi dik, duduk dalam perot 9bulan tak pandai pulak cari tetek.
Kuar-kuar tengok mama terus terkam tetek eh? 
Hiihihi.
Nurse badan sasa tadi pon report katanya.
Doktor berat baby ni 3.74 kg. Jauh dari estimation kita.
Besar doktor, besarrr.
Tau pon besar. Yang aku push macam setengah nyawa ni ade ko pikir besar ke tak?
Choiiiii!

Then, after baby menyusu dalam 10mins terus derang bawak ke Nursery untuk mandi, and detail check up.
Aku pulak?
Still in LR.
Baru rasa nak menjamah roti.
Sekalinya aku termuntah 4 mangkok keluar muntah aku.
Eeee....sangat ngeri+geli okeh.
Inilah gara-gara epidural tadi.
Lepas amik epidural memang effectnya kita akan muntah.
Bergantung pada berapa banyak kita ambik.
Nasib ada mangkuk dalam LR tu. 
Kalo tak habis bertabur atas katil muntah aku.
Dah le air kencing bertabur, ni nak muntah pon bertabur???
Matikla bibik maki aku kalo dia cuci LR ni nanti.
Hahahahahaha!

Then aku terus disorong ke ward.
Alhamdulillah aku sihat dan baby pon sihat.
After 1hours nurse hantar baby pada aku.
So, start la proses penyusuan aku pada Kayla.
Esoknya, Kayla terus kena sunat.
Tayah tunggu lama-lama nak sakit biar sakit kecik-kecik ni.
So dia tak ingat sangat kan?
Aku buat siap-siap senang citer.

Lepas kena check dengan Doktor Norleen, aku pon dah boleh discharge.
Mula pulak nak kisah nak berpantang kan?
Nak kena jaga jahit betul-betul.
Jalan kena kepit-kepit.
Kang ade yang terburai kang.
Malu Kak Ton....
Kahkahkahkah!

Laahh..lupa nak cerita kes dalam LR lagi.
Sebelom aku bersalin tu memang macam-macam bunyi aku dengar.
Dah dah jangan pikir hantu pulak, kikikiki.
Bunyi dari bilik sebelah. Bunyi mak orang nak beranak u ols.
Siap sorang tu menherit gini.
Sakit lah...sakit la......sakkkkiiitttt laaaa boddoooooo!
Tau tak sakitttttt?
Sakkiiittttt...tanakkkk dahhhh...tanak dahhhhhh! Sakit laaaaaaa......
Hahahahahaha. Tergelak aku dengar. Tanak dah ape kak oi?

Hari aku beranak tu pon penuh setiap labour room di DEMC.
Al maklomlah Hari Guru dat day (16 May 2013)
Ramai kot yang nak beranak on Hari Guru, kekdahnya.
Senang ingat besday, ingat Hari Guru.
Keennn???

Itu sajalah ceritera beranak tetiap tahun aku.
Cerita VBAC (vaginal birth after cesarean) yang aku tak penah mimpi pon nak bersalin normal. Dan aku sangat-sangat nak normal sebab boleh berbaby lagi pasni, insyallah lah kan? Tak serik lagi tu nak bersalin....Kahkahkahkah!
Pada aku dua-dua proses bersalin ni ada pro & cons nya.
Kalo nak kata czer tak sakit...hahhhhh! sapa cakap tak sakit bila perot kena belah, noks?
Nak bangun pon tak boleh, nak bergerak pon susah kan?
Dan kalo nak kata bersalin normal ni senang...hahhhhhh! sapa cakap senang?
Dah bila ko nak berak sembelit dekat sejam dalam jamban sampai berpeloh-peloh, nak duduk pon sakit luka kena gunting hidup-hidup secara langsung, noks?
So...tepuk dada tanyalah selera masing-masing nak beranak gaya camne?
Kennnn????
Ingat pasni nak beranak dalam air pulak le.
:)
Ada bran??????
Hahahahaha!

TAMMAT!

tetibe terkenang saat ni :)

sharemyloves,
mommycha







24 comments:

ROS ANIS RUSLI said...

pehh..penuh smangat baca..rs mcm ada dlm LR skali dgn momycha lak..kihkihkih..nak baby lg..waaaa...

yUmiE AzuRa said...

ok nk gelak ade..nk nanges ade.eh sume ade la!!hahaha

CikNaa said...

berjaya abiskan dlm keadaan kemut-kemut.. bahahaha! lebih kurang pengalaman kite micha hoi.. beza nya ai takde plak misi badan sasa yg kata mu nk pijak perut tuh.. LOL

Nadt said...

takble blah ngan nurse berbadan sasa tu..hahahaha..nadt pun da merasa perut kena tekan masa nak beranak. sakit wooo..nadt siap2 jerit2 sakit siap tolak nurese tu turun..hahaha..

erin said...

lor mintak air milo ke, nape tak mintak cheesekut mommycha..hahaha..rin beranak dulu pun nurse tolak perut jugak, org ckp sakit klu nurse tolak perut, tapi rin x rasa sakit pun, ke sebab dah mamai kot kena gas.

Wawa said...

bersungguh2 laki mommycha tengok doc menjahit...phewww....

Chekgu Azrine said...

Sis..u ni kelakar la..gelak sorang2 akk baca..haha

Misz Pinkie Winkie said...

hihi..seronok baca...tak nak kiwi..nak strawberi celop coklat.haha

Liyana said...

Besaunye bby 3.74 ptt ssh teran. Hehehehe

cikpingu said...

fuhh.. dahsyatt la mommy cha.. leh mintak air milo gitu..
ermm.. nk tnye.. time pushh tu mommy cha berbaring just agkat kepala je ke.. atau kedudukan badan kite cm bntuk V...
umie dlu 1st nk push tu berbaring je smbil angkat kepala.. pastu bru mama duk jaga blkg umie sbb nk push kan bby dr prut kite tu ke arah jln kuarnye.. kire cm kite nk dduk gak la.. cm bntuk V kirenye..

Anak Lebah Comot said...

Akhirnya...3.74kg! Erm memang semangat. Nak bace pon lagi semangat ok!

fifi said...

eh sama.i dulu pun kena tolak perut gitu.hehe..

malynd_anggun said...

finally, abes dah cite beranak mommycha!
ehmm...x ingat pulak dulu iols kne tolak perot ke idok?
dah lupe sakit bersalin..apekah?? dah bersedia nk satu lg kah iolss??? hahah..kuang3

mrs kayrul said...

gelak guling2 baca part nak air milo tue...saya dulu masa anak first ada bidan tekan kat perut jugak nak bagi cepat keluar...masa tue pikir, habis la patah semua tulang2 baby nie...anak kedua plak, masa tengah push2 tue, boleh plak saya cakap kat doktor nak rehat kejap coz kaki krem...hahaha

apa2 pun yg peliknya lepas jer keluar baby terus hilang sakit bersalin dan lupa plak pengalaman sakit2 nie...hehehe

Mimy Hamid said...

seronok ar dua dua dah rasa ...normal or czer...istimewa tul mommycha ni

With Julia said...

kekekkeke inilah dinamakan pengalaman mommycha...tahniah imbau kenangan dolu2 weeeeeeee peace yo... :)

e.t.t.y said...

fuhhh fuhhh terikut meneran sekali ni haaaaaaa...

lia said...

baru bole tido lena malam ni... kot x, ngigau2 pk apakah ending push2 itew ha3...

btw congrats again, dear....

Wawa Yusoff said...

hahahaha!!

lawak la mommycha! selalu kan baca cerita org besalin mesti ade mcm teharu2 sikit. tp baca yg mommy cha punye sumpah HARUUU...! hahahaha

sweetlavender86 said...

siap rase join mommycha beranak plak.hhahahaha..baca pengalaman org bersalin sure seriau wlpun dah 2 kali beranak!hahahaha

sheisjaz said...

hai...salam perkenalan..entry yg wat saya tersengih dikala boring pada waktu lunch...

Allene said...

mommycha... ini la pertama kali lin baca entry orang bersalin tergelak2. kelakar ok.

tp memang betul, keluar je baby rasa lega sangat. macam kepuasan yang susah nak di ungkap. =)

Fadzliyatun Hassan said...

blog ni kelakarlah, tp penuh info, syabas

Fadzliyatun Hassan said...

blog ni kelakar la tp penuh info, syabas

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...