Iklan

Sharemyloves Geng!

09 July 2013

Journey For Mikayla Birth

Salam.

Ditengah malam, sambil buat keje sekolah, sambil menyusukan Kayla, sambil daku update new entry untuk blog "segan mati tak mahu".
Takpe lambat update.
Blog tak pemes, takde permintaan ramai.
Gitew, harharhar...

Sebenarnya, teringin nak bukak cerita pasal beranak hari tu. 
Biasalah pengalaman dalam labour-room.
Sungguh typical entry macam mak-mak yang lain jugak. Kihkihkih!
Takpe. Kita go on saja dengan entry "beranak selepas makan char keow teow" ini.
Meh, baca..meh..

Daku boleh dikatakan telah menerima gelaran "sifu" oleh doktor sebab...sebab dah berjaya beranak tanpa henti setahun sekali dengan berjaya meneran secara normal dan jugak secara operation (czer).
Disebabkan masih segar diingatan bersalin Mikayla dulu.
Marilah ku kongsikan sedikit pengalaman dan coretan berharga untuk tatapan kalian.
Bahasa tanak kalah..dah macam penulisan surat rasmi putus cinta.
Harharharhar.

Tanggal eceh..tanggal gitew, tanggal 15.5.2013 daku menyerah diri untuk diinduce. 
Apa taktahu ape itu induce?
Induce tu suruh baby keluar secara paksa, buka secara sukarelawan tau. Bila kena paksa sakit tak kawan-kawan?
Mestilah sakit! choiiii....
Bila dah admit di DEMC, terus masuk ward and terus direfer ke labour room. Macam biasa bila kau pandai-pandai serah diri, haruslah midwife a.k.a mak bidan bukan isteri tengah eh...mak bidan suruh kau kangkang sebab nak check bukaan. Memang sakit lah kena seluk kan, sebab it's not time yet si kecik ni nak keluar. Jadinya redho saja kena seluk. Jawapan hasil selukan adalah:
1 cm, puan. Belum terbuka.

Cisssskut betul! 
Baik duduk rumah tengok Karoot Komedia X, kan?

Macam biasa terus staff nurse pasang CTG. Tengok heartbeat baby. OK. Cuma dia tak duduk diam gerak sana-sini. Dah le perut daku memang bangsa perut gajah bunting, besar u ols. Sakit la sangat dok tidur menelentang centu. Sobsss....Dengan tangan daku dok garu perut sambil pegang tali CTG tu sebab getahnya sangat gatal terkena perot ai yang sensitip ni.
Kate Middleton sangat..kann?

Nearly 1hour baru dapat bacaan heartbeat baby yang cantik. Then Doktor Norleen pun masuk. Doktor tanya, betulke nak serah diri ni? Daku jawab: Betul doktor 100%. Dah taktahan membawak perut dan sakit pulak lain macam.
Ooo...kalo camtu Doktor akan masukkan ubat untuk induce Sha, ok?
Baik, doktor. Err..berapa lama nak tunggu sampai baby nak keluar ni doktor?
Erm..tengok betapa cepat bukaan Sha, ada yang setengah jam dah bukak, ada yg berjam-jam ade yang berhari-hari. Sakit 3 hari pon ada...Selagi tak bukak 6cm Doktor tak boleh buat ape pon. Unless dah bukak 6cm baru doktor akan pecahkan air ketuban untuk cepatkan proses kontraksi. Ok Sha?

Tengok...aku siap hafal tau skrip Doktor Norleen,.
Hehehehe. Cuak-cuak-cuak.

Masuk ubat induce tu pon bukan banyak, Doktor cuma masukkan suku ubat je dekat Miss V. Auwww aluuu ai tau! Hehehehe. Pastu dia suruh balik rehat di bilik. Eh..bukan-bukan...baru teringat dia suruh Erie bawak aku jalan dekat Taman Tasik Shah Alam, ala tengah bercinta. So cepat sikit proses bukak tu.

Heh?
Hilang akal?
Perot macam gajah Mammonth zaman sebelum masihi ko suruh aku jalan dekat Taman Tasik?
Tayah kot, eh?

Then, kami terus naik bilik 304 dimana mama ku sedang menunggu, dengan ucapan..laaaa! ingat dah beranak? Hihihihi.
Belom ma, baru bukak 1cm. Camno nak beranak tu?

Petang tu, my parents in law datang bawak Mikhail. La..lupa nak bagitau sebenarnya Mikhail ada dekat rumah mertua i. Kihkihkih! Sorry guys.
Datang tengok mama nya kemain smart ber t-shirt kollar merah dengan seluar jeans dia. Kitaorg spend time makan di Kafe Mbok Siti dekat DEMC tu. Time itu lah tekak mak buyung ni teringin nak makan char keow teow. After makan terus ku rasakan satu rasa basah di atas panties ku itu.
Apekah? Terkencingkah aku?
Rupa-rupanya...aku sudah turun darah.
A good sign, tanda dah turun, maknanya proses bukaan dah berlaku.
Alhamdulillah.

Terus kami naik ke bilik. Memang sah turun darah banyak. Terpakse pakai pad. Dan time itu jugak aku dah rasakan mild contraction pada perut. Oh..tak sakit lagi. Still boleh tahan.
Konon lah kan?

Jam 8 malam. Mikhail dah nak balik. Aku peluk cium dia bertalu-talu. First time aku tak tidur sebelah dia. Aku tak peluk dan garu badan dia macam selalu. Dan aku tak bacakan Surah Fatihah dan 3 Qul macam selalu di telinga dia sebelum tidor. Sayu rasanya.
Erie terus dukong dia. Bila dia tengok aku tak ikut, dia meraung panggil mamaaa..maaama....
Airmata aku menitik.
Mama kena duduk sini nak....Mama kena tunggu adik keluar.
:(

Malamnya aku takboleh tido. Memula aku rasa sejuk, so aku slowkan ekon.
Eh, rasa panas pulak. Kuatkan balik ekon.
Sambil perut memang memulas sakit nak berak.
Every 3hours nurse datang check BP and temperature badan. Semuanya OK.

Seriuosly, setiap minit nak sampai ke pagi memang sakit hoi.
Aku tak boleh tido. Mengiring salah. duduk salah, telentang salah, ke kiri salah, ke kanan pon salah.
Sakit. Sakit. Sakit.
Tetiba, mak bidan masuk jam 4 pagi. Check bukaan.
Aku pon baik punya kangkang, hope ada good news, cepat bukak, cepat lah bersalin.
Tak tahan sakit hoi!

Bukaan cuma 2cm.
Aiii? Begini punya sakit baru 2cm?

Sentap tau. Aku sabar dalam kesakitan.
Mama suruh baca ayat Nabi Yunus. Beribu kali aku baca, namun sakit makin berbisa. Menyerang ke tulang belakang. Tak tahan sangat!

Sebab tak boleh tidur aku main henpon. BBM laki aku. Eh! haruslah dia tido kan?
Sapa nak berjaga pukul 4 pagi kecuali perempuan yang sakit kontraksi macam haku...hihihi.

Jam 7 pagi. Breakfast sampai. Tapi aku tak terliur langsung, sebab terlampau sakit.
Mama dok pesan suruh makan sikit untuk energy, kang nak push taklarat.
Tapi biasalah aku kan umat yang degil.
Aku jamah sesudu nasik lemak je. Terus takde feel nak makan, sebab terlalu sakit.

Erie sampai pukul 8pagi dan ngam-ngam aku ditolak oleh nurse ke labour room lepas Erie sampai. 
Eh..tak kena tolak sebab aku berjalan sendiri. Konon nak senang bersalin. Tapi?
Choiii....Hahahah!

Setiba di labour room, semua peralatan untuk bersalin dah ada.
Takutnya tengok aksesori LR ni.
Stress haku....!

Sekali lagi CTG dipasang. Dan sekali lagi tangan aku tak habis-habis menggaru perut sebab kena getah yang ikat perut ku itu. Gatal hokeh!
Jam 10 baru Doktor masuk. Time tu memang aku sakit hazab nak mamppp...Sekali Doktor tanya:
Sha?..macam mana hari ni? OK? Semalam boleh tidur?
Err..takboleh doktor, sakit ya amponnnn.
Ok, doktor check bukaan yer. Bismilillahhirammanirahhim.

Berkerut muka aku hoi kena korek.

Orite, dah bukak 7cm. Doktor akan pecahkan air ketuban yer, Sha.
Sakit tak doktor?
Takdelah rasa macam terkencing jer.

Dan disaat itulah aku terdengar bunyi "plop" dan terasa kumbahan air panas meleleh di buntot ku.
Orite. Itu tak sakit ye kengkawan.

Then, Doktor suruh aku bersabar sampai bukaan 10cm. Ingatkan kejap je dari 7cm ke 10cm rupanya dah dekat pukul 2 petang baru terbukak sampai 10.
Sementara tunggu terbukak tu, aku nak buat pengakuan aku terkencing atas tilam ade lebih kurang 10 kali sebab tak tahan menahan sakit kontraksi tu. Geram je aku tengok Erie dok main game sebelah aku. Dah le dia punca sebenar aku mengandung, pastu yang sakit aku sorang.
Cis!

Jam 2 petang. Bidan check. Bukaan dah 10 cm. Terus dia call Pakar Bius kesayangan aku. Doktor Jaseem. Service tiptop dan sangat baik. Yeap! aku mintak standby Epidural.
Dan untuk pengetahuan korang 3 kali Doktor Jaseem top-up Epidural dekat aku. Sebab tak tahan menanggung sakit. Memang tahap tinggi disebel kesakitan tu. Cuma aku yang taklarat nak menjerit sebab dah habis tenaga dari pagi dalam labour room berbekalkan sesudu nasik lemak dalam perot.
Padan muka aku, diet tak kena tempat.

Doktor Norleen pon masuk. Tapi dia cakap nak solat zohor kejap. Haaa? aku tengah sakit ni doc? Kau baru nak gi solat? Alamak.....! Cobaannnnn....

Then after 15 mins, aku nampak Doktor Norleen masuk. Dia slowkan epidural flow. Katanya kalau aku tak rasa sakit macamana aku nak push?
Eh...betul jugak kan?

Bila dah slow flow ubat tu. Hambik padan muka aku. Sakit menggigil kepala lutut.
Doktor cakap push bila saya kata push. Aku jawab Ok.Ok.
Sekali dia kata, Shaa....pushhhh sha...pushhhhh!
Aku sampai terkentot push. Sakitnya hadui laa...takboleh explain.
Konon macam push kuat tapi takde hasil sebab aku dah lemah.

Bayangkan aku start push dari pukul 2.15 petang, sampai pukul 3 petang baby stil non hado nak muncul. Last-last mak bidan tu cakap puan kena push sebab doktor nak guna forcep if puan taklarat push. Nanti ade effect dekat kepala baby. Try puan push puan. Baca ayat Nabi Yunus banyak-banyak.

Aku pon push lagi. Menitik airmata aku tahan sakit. Akhirnya dah nampak kepala baby, ubun baby. erie pegang aku cakap, cepat sayang push sikit lagi dah nampak kepala tu. Aku pushhhhh lagi. Kuat lagi aku pushhhhh! Pushhhhhhhhhhhh!
Tapi???
Tapi...tapi apa??????

Kita sambung esok jela. Heheheh.
Saja buat korang suprise!
Tunggu esok yer.

mohtip? letak pic mikhail tapi cerita beranak Mikayla? hehehehe...


sharemyloves
mommycha.

24 comments:

Chekgu Azrine said...

Cettt...potong stimm tgh best baca dah ni...hehe

e.t.t.y said...

apa ni????????????????????????????

potong aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!!!!!

CikNaa said...

dia punca sebenar aku mengandung tu serius buat ciknaa terbelahak kt opis nih.. kikiki..mesti sambung punye, blogger kan? hoho..

With Julia said...

Hahahahhaha....ayat last tuh sentap umi Qi....to be continue hehhe...
Mommycha...ur case it just like umi Qi...sentap sakit kena induce....perghhhhhhh!

amal said...

berkerut2 daku baca ni hahaha.. x sabar tunggu esok!

Suria said...

aaaa..stress tau baca rupanye ada continue...huhuu

m@m@yAyA said...

eh mommycha nie org da bersungguh baca tnpa sempat bernafas leh plak main continue2..
memang saje nak buat org ternanti-nanti tau..

haah apa motif boh gmbr abam mikha..xpelah ikut jelah mgkin ada misteri disebalik citer..huhu

Wawa said...

"dah la die punca aku mengandung"
hahahaha....

cesss! tak abes lg rupenye...
grrrrr

malynd_anggun said...

mommy cha!
i mase 30 min sebelum sesi push tuh, i pun terkencing2 jugak..
smapai skang masih curious...mane dtg air kencing yg byk2 tuh padahal i xde minum air byk..i pun diet xkene tmpt...naseb kuat nk meneran..

ala! cpt smbung kesah mikayla kuar cane! nebes mak cmni!
i suka sgt bace kesah bersalin org lain..sbb terkenang mcmane beranakkan mikhail,,hehe..

ctmah said...

aaaaaa...cepat2...next entry

erin said...

haku dah pushhh sekali ni mommycha, tapi rupanya ceritamu x kesampaian..hahahahaha

biar ku sambung ceritamu
tapi??
tapi apa??

tapi mommycha ter yak-yak rupanya..hahaha lariiiiiiiiii..betul ke tidok??

lia said...

ceyyyy potong betol ni....

tang nak pisah dgn Mikhail tu, bergenang bijik mata nih iskkkk....

D Yatie said...

Hehhhh! Apa nih!!! Kemain feeling Mak Arissa baca. Huuuuuuuuu. =_=' Ok la. To be continue. (Pasrah)

Mimy Hamid said...

mommycha bercerita pecah perut haku...penuh dengan lawak suspen mendebarkan...adoyai cepat ar sambung

SweetLikeWhat said...

ala...nak lagiiiii...

Haslinda Sadiken said...

hek elehh..x sambung esok siap ehh..bakorr blog kang!!

~ NANA ~ said...

erghhhhh geram...cpt la sambung

Anak Lebah Comot said...

lor..baru nak syok nak bace tetibe sambung la pulak!!!

ROS ANIS RUSLI said...

la..ni yg xbes ni..tgh saited2 baca..skali bsambung plak...cptla momycha sambung story...waaaaaaaaaaa

MimahAjil said...

bersungguh daku bace sampai kerut2 dahi kengkonon feelin2 ai yg tengah meneran....aiyooo mommycha ni..next plis!!hehe...

mrs kayrul said...

saje tyau sha nie...tengah2 excited baca boleh plak kena tunggu next entry...kijam tau

Wawa Yusoff said...

push sampai tekentut..!! hahahahahahahHa
sampai tekencing saya ketawa..! kahkahkahkah!!!

Wawa Yusoff said...

push sampai tekentut..! hahahahahaha
sampai tekencing saya ketawa. kahkahkah!

Allene said...

kah..kah... lawak la.. nak bersalin ni macam2 kan. tp, sakit bersalin memang la azab....

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...