Iklan

Sharemyloves Geng!

19 July 2013

Masa terbang..time flies, 2 bulan sudah anakku

Salam.

Lepas dah puas membaca kes entry Mikhail yang pakar dalam ilmu menghalau hantu

Kini tiba giliran nak buat entry kawan wrestling beliau pulak yakni adiknya, Kayla.
Semenjak dua menjak ni Kayla sokmo menangis sebab Mikhail asyik buh penampaq se-desyumm dekat adik dia.
Pantang aku berkelip mata tak tengok adik dalam satu saat pon dah kena penampaq se-das.
Adik yang dulu nya macam tercangak-cangak redho kena penampaq lani dah cerdik pandai.
Sekali kena penampaq jepun abang dia, dia punya melalak kuat mengalahkan bunyi mercun xongsi pakchoi.
Huhuhu.

Aku pon turut terkonpius napelah si Mikhail ni lambat lepa je nak buat macam-macam dekat adik dia.

Mula-mula konon-konon sayang, lama-lama melayang.
Cissss! Geram aku okeh.
Selalu kalo dia buh penampaq adik dia, aku pulak buh penampaq dekat dia sampai berpusing kepala.
Erk...takdelah.
Gilo ko nak dera anak.
Nama pon budak kan?
Memang bangsa tak reti melayu.
Kalo dia pukul adik dia aku cepat-cepat say Nooooo! Nooooo!
Sian adik.
Aku rasa dia geram tengok adik dia.
Bukan geram marah tapi geram tengok benda macam benda tu anak patung gitu.
Sabar je ahkak okeh!

Semalam aku dah kira dekat 5 kali adik dia kena makan penampaq abang.

Aku pon lalai time tu kat dapo tengah cuci pinggan.
Tapi time aku dok pakaikan baju ke adik dia pon dia selamba pukul budak tu.
Kaki KL Gangster, mana takut polis punya orang maaaa.....
Hehehehehe.

Yang adik pulak punya menangis sampai merah-merah muka.

Sian adik.
Terpakse aku pujuk dengan bagi upah susu cap dada ni.
Pelok-pelok sikit baru budak tu diam.
Ni kalo dah besar sikit nak kena bagi minum jugak air tali pusat ni.
Mama aku pesan dah awal-awal jangan lupa kasi minum air tali pusat tu.
Supaya adik beradik tak gaduh.
Katanya, petua toknenek.
Ikut sajalah, labu!

Kekdahnya, bukan nak cerita pasal kena penumbuk, kaki samseng ke hapa.

Ni haa..nak bagitau Kayla dah cukup 2 bulan 16hb lepas.
Hehehe. Happy 2mons old adik!
Macam biasa nak jugak la mak-mak ni update kan??
Hari 16hb tu kitaorang bawak Kayla check up dekat DEMC.
Memang dia punya injection semua kitaorang buat dekat situ.
Senang dan cepat.
Malas aku nak pi KK sebab nak tunggu punya lah lama.
Berakar bontot ai.
Itu belom masuk bab anak merengek sebab nak tunggu turn berjam-jam.
Hazab dah sebab dah kena time Mikhail dulu.
Jadinya kita ke DEMC saja.
Kata Baba ada benefit kan?
Tak guna rugi le pulop.
Hehehehehe...

Memula timbang.

Berat untuk 2 bulan dah 6kg.
Alhamdulillah. Berkat full breastfeed siang dan malam.
Kayla pon nampak sihat.
Kuning non-hado.
Kembong non-hado.
Cuma yang merisaukan aku adalah dia tak poo-poo dah masuk 9 hari.
Giler kentang...lama betol tak yak-yak.
Risau omaknya ni.

Pastu tengok giliran ade lagi 2 orang.

Ok sabo tunggu.
Apa ko pikir DEMC tu bapak ko yang punya?
Datang terus nak masuk bilik doktor?

Hihihihihi.
Tentulah ade jugak patient lain kan?
So sementara tunggu tu aku berkubang dulu dalam breastfeeding room kasi recharge bateri Kayla.
Kasi susu daaa....

Pas abis susu, cun-cun turn aku masuk.

Aku cakap dengan Doktor bahawasanya aku berjaya BF Kayla.
Tapi masalahnya dia dah tak berak hampir 9 hari.
Errr...takpe ke dokter?
Then Dokter jawab, takpe. Baby yang BF ni actually dah absorb semua nutrient dalam badan dia. Itu sebab dia tak berak. Dan dia boleh tak berak selama 2 minggu selagi dia masih BF. Maknanya takde masalah kalau setakat 9 hari tak berak....
Perrgghhhh! lega daku mendengarnya u ols.
Tanjat boboi tau, baby tak berak 2 minggu itu perkara normal bagi yang fully BF.
Perghhhhhh! dasat-dasat-dasat...

Then aku bagitau dokter kayla susah nak berbotol

Kalau bagi botol je melalak dan terus dokter rekemenkan aku satu puting.
Aku pon ok jer orang nak kasi FOC harusla aku amik kan?
Aku terbelek-belek jugak puting tu.
takpenah nampak dekat pasaran pon?
Memang puting tu takde jual.
Kalau nak ade dekat dokter je.
Huahuahuahuahuahua.
Kes naya camni, takkan selama-lamanya nak mintak FOC kan?
Walauuupon ahkak suke FOC-FOC ni hahahahaha.

Esok tu terus try kasi puting botol baru.

Memula dia merengek pastu okeh jer.
Sekarang ni mommycha ajar kayla minum berbotol at least sekali sehari.
Nanti takde lah culture shock kan?
Senang mama nak pegi keje jugak nanti.
Insyallah.

Itu sajalah entry Jumaat nan mulia ni.

Aku doakan korang berjaya puasa penuh.
jangan macam orang tu, pegi mydin penat-letih sikit balik umah terus langgah air soya sekotak
Hahahahahahah!
Penat woooo...letih angkat barang.
Korang ape tau...
Ngeh-ngeh-ngeh!


taraaaa..inilah puting ittew.


ada sesapa penah nampak jual kat mane-mane tak eh?
auwww tak malu. muka lemau walaupon baru pas mandi. redho nasib jadi punching beg abam dia. kuikuikui!
48juta kali semua orang tanya..errr ni boy kan? tunggu lah dah ade rambut nanti, pasu bunga ku letak atas kepala anak ku tau..hihihihi!
sharemyloves;
mommycha

18 July 2013

Emosi dengan tokey FB, tokey ayam, tokey selendang..kahkahkah!

Salam.

Selamat berpuasa untuk hari ke-9.
Rata-rata orang dah sebok mencari kelengkapan nak raya.
Kalau boleh semua nak yang baru.
Nak yang bau kedai.
Baru terasa raya nya, ye tak?

Mak-mak especially paling kelam kabut.
Mana nak carik baju raya anak.
Baju raya laki.
Baju raya sendiri.
Pening nak pikir kaler tema tahun ni.
Nak-nak yang dah ada baby.
Hoi kalau boleh semua nak sedondon.
Luar dalam.
Sampai langsir pon nak sedondon baju.
Baru matching kan?
Kikikikiki.

Sama la kekdahnya dengan i ols, tau.
Ini bukan mengata orang lain.
Tapi bab diri sendiri.
Yang sedihnya, baju anak-anak pon last minit punya oder.
Itu pon yang murah-murah saja.
Kaler tema pon main sebat, mana yang ade size untuk Khail & Kayla itu la kaler tema nya.
Dan..nasib baik ada size baju Melayu kaler merah untuk Khail dan baju kurung untuk Kayla.
So, secara tak langsung kami bertema merah tahun ni.
Walaupon mak paknya belom nan-hado baju kaler tersebut.
Kuikuikuikuikui.

Penat wey pikir kaler tema.
Bila buat proposal suggest kaler tema dekat cik abang ai, sokmo dia rejek tau.
Nyampah!
Last-last paksa jugak dia untuk berkaler merah.
Pujuk sikit cakap kata merah kan kaler Man Utd.
Alaaa...B kan suka Red Devils tu.
So kita sepakat kaler merah je yer B? #lentokmanjaatasdadalaki
Gitew.
Terus dia "on".
Hehehehe.

Tapi yang aku naik hangin bab membeli baju ni adalah...
Payah betol nak membeli secara online.
Asal aku klik like dekat page jual baju.
Bila tanya, semua out of stock/takde size/takde kaler Merah/mahal nak mampppp...
Aik?
Nak meniaga tapi asyik takde stok je memanjang, achaner tu?
Ni nak suruh jahit baju kurung sendiri ke camne ni?
Pastu bila berkenan takde pulak stok.
Kena check dengan kedai lah, kena tunggu nak double confirm dengan tailor lah etc-etc.
Banyak pulak cekodok...eh! cekadak.
Terliur pulak bila tersebut cekodok bebulan posa ni.
Hewhewhew.

Itu pon satu hal.
Yang lagi satu hal bab harga.
Memang macam nak beli emas.
Ni kira nak jual baju pakai gram ke hapa ni?
Mahal yang hamattttt!
Bila dah berkenan, lawa, cantik, gedebom, meletops.
Sekali kita suruh tuan tanah tu pm harga.
Pergghhhh...nak pengsan u ols.
Semua main harga 200-400 ke atas sajork.
Takmain dah murah-murah.
Itu yang selalu kena cop blackout buyers tu, hahahaha.
Tanya kemain, tapi tak beli.
Ape salahnya kan, kalo dah tau menjual letak terus harga?
Ke asalnya tanak letak harga sebab takut tak laku ke achaner?
Takdelah bila customer tanya, pastu kena heart attack terkejut beruk dengo price camtu kan?

Aku mengaku.
Gaji aku sikit, ciput.
Tapi tolonglah wahai peniaga-peniaga sekalian.
Yang gaji sikit, ciput, kerani cabuk ni lah yang melariskan jualan korang.
Sampai meletop lah maybank2u aku tu. Asyik login-logout nak membeli barang online je.
Mana ada CEO, orang gaji 8-9 ribu nak beli barang-barang online ni.
Derang semua pegi beli barang obersi, pegi Pavillion, pegi butik-butik berjenama.
Yer tak?
So, please kalau nak meniaga jangan terlalu amik untung berlebih.
Mark up tinggi-tinggi.
Harga postage yang tak masuk akal walaupon cuma beli sehelai selendang jek.
Postage ko taruk 10hengget sampai.
Err..berat sangat ke selendang tu deknon?
Ini kenyataan, bukan rekaan ok.
Believe it or not?

Ni tambahan pulak musim raya.
Semua harga dah naik.
Pegi pasar nak beli ayam pon urut dada bila tokei ayam cakap sekilo RM8.
Ntah la ayam tu dibagi makan dedak emas ke hapa ntah.
Serba serbi mahal.
Aku bukanlah kaki komplen
Tapi bila golongan susah bertambah susah, dan golongan kaya bertambah kaya
Mau hangin jugak satu badan ni hoi.
Itu belum pikir yang anak berderet lagi.
Misal kata anak ade 6 orang pak pulak keja drebar jer atau peon, semua mulut macam anak burung, lapar memanjang.
Tak ke nak kena beli extra beras, minyak, ayam, sayur, lauk pauk untuk seisi rumah?
Pernah tak kita terfikir berada di tempat si bapak itew?
Lu pikirlah sendiri...

Apa-apa pon semuanya terpulang pada individu.
Kalau ada duit lebih tak salah untuk kita berbelanja lebih.
Tapi jangan sampai lepas raya nanti makan magi cup tomyam je udah le.
Pada aku, yang penting adalah anak-anak.
Biarlah mereka berbaju baru, walaopon sorang-sorang masih tak paham apa itu makna hari raya.
Asalkan mereka gembira.

Persiapan raya aku pulak masih ditahap zero.
Dari aku sakit hati nak membeli baju online yang memanjang takde stok.
Baiklah aku pegi jenguk kedai dekat Plaza Alam Sentral, Shah Alam nun.
Masuk kedai boleh jugak tawar menawar kan?
Walaupon tak mampu untuk ber Jovian Mandagie atau ber Jimmy Choo dihari raya
Yang penting aku masih mampu untuk bersama Erie, Khail & Kayla di pagi raya nanti.
Itulah "persiapan raya" aku yang paling termahal dalam hidup.

Tetiba hari ni entry ahkak ter emosi.
Huhuhuhu.
sebab marah dekat tuan tanah kedai baju fb semalam punya pasal.
Habis ayam, ikan, man utd, poslaju, selendang, pavillion semua aku kaitkan dalam satu cerita.
Lantaklah labuuuuu...
Hehehehehe.

So, u ols.
Dah buat preparetion raye ke?
Mesti meriah uols, bak kata Kak Senduk..
Keeeennnn?

antara pilihanku di hari raya:
mahal sangat.
urban sangat.
pengantin sangat.
melidi sangat.
Tok Ti sangat.

comey sangat.
bajet retis sangat.
err. camni lah. ok tak? hehehehe. Sama kaler tema i tau.
sharemyloves;
mommycha.

17 July 2013

Peel Mikhail yang bikin my blood goes upstairs!

Salam.

Anak adalah penyeri hidup.
Penyeri bermaksud anak boleh buat kita terhibur dengan telatah derang.
Pastu bagi mak-mak yang fanatik dekat anak derang macam saye,
Sokmolah nak snap gambo anak banyak-banyak.
Anak tido amik gambo.
Anak makan amik gambo.
Anak mandi amik gambo.
Anak pakai baju amik gambo.
Anak pakai kasut amik gambo.
Anak minum susu pon amik gambo.

Itulah mak-mak.
Pantang ade henpon, kamera mula nak amik gambo anak.
Nak amik gambo sorang-sorang apetu perkataan tu? camwhore? whorecam?
Kekdahnye...malu.
Lalu untuk cover line malu amik lah gambo bersama anak.
Kennnn??????
Jangan bohong ar, ai ols tahu u ols.
Hehehehehe.

Tapi kali ni bukan topic camwhore yang daku nak cerita.
Tapi nak cerita pasal anakku yang sulung.
Wah! anak sulung gitu.
Ai laike.
Cerita pasal peel Mikhail.
Abang si Mikayla.
Yang sejak ada adik ni perangai dia macam-macam dah.
Kelakar aku nengok.
Terbahak-bahak aku gelak.
Tapi ada jugak tahap aku naik jadi singa betina, kalau dia mula buat perangai notty.
Biasalah budak kan?

Mikhail dah pandai bercakap.
Berpatah-patah perkataan, tapi sebut satu-satu.
Contohnya, dia pandai mintak susu.
Dia akan sebut susu.
Bukan chu-chu, or bukan chuuu or nenen tau.
Pastu dia pandai sebut Mama, Baba, Opah, Wawan (MakWan), Atok, Achu, Kakak, Abang, Adik.
Semua tanpa sedikit pon pelat.
Semua bahasa dia betul.
Paling advance satu hari opah bukak radia, dan ade lagi Rembau Most Wanted.
Kan mamat tu dok sebut Warikhh (waris) terus dia pon warikhh jugak.
Kikikikiki.
Tercegat tepi radio dok dengar lagu Warikhh.

Itu pasal cakap.
Pasal makan pulak semua dia ngap.
Pagi-pagi dah 2 botol susu.
Bila nak susu dia akan cakap.."mama..susu".
Pastu, dah minum susu dia buat muka tak bersalah mintak opah pulak.
Ayat biasa, "opah..mee. mee"
Maknanya opah nak mee.
sebab dia tahu opah memang pakar buat mee basah, mee goreng untuk dia.
Hehehehehe.
Lani sibuk opah dok buat kuih raya, dia pon sibuk nak jugak.
Mula lah dia cakap.."opah..kuey.kuey"
maksudnya opah nak kuey.

Bab tunjuk petisejuk paling taktahan.
Asyik la tunjuk freezer sambil cakap.."buah-buah-buah"
kengkonon nak buah.
Tapi jangan terpedaya deknon.
Sekali ko bukak petisejuk semua dia tunjuk nak.
Sampai rempah sup Adabi pon dia nak.
Jenuh aku dok terangkan tu rempah sup anak oi.
Bukan cekedis ke hapa.
Tapi dah dasar bangsa tak paham, tak paham jugak.
Menangis melolong nak jugak rempah sup Adabi.
Hadoiaiinyeeponnn.....

Lagi satu kalo letak makanan ke air ke jangan letak ujung-ujung meja.
Memang tangan dia cepat je capai.
sekali capai dah berterabur atas lantai.
Urut dada mak ko nak.
Tapi ade adegan satu hari bila dia tarik air sampai jatuh tumpah.
Pastu secara otomatik dia pegi dapo ambik kain dan terus lap air tumpah tadi.
Sejibik macam buruh kanak-kanak tak cukup umuq.
Kikikikikikiki.
Takut mama marah lettew....

Ramai yang tanya, Mikhail tak kaco adik ke?
Jawapannya: YER, DIA KACAU!
Kayla dah muka redho bila abang dia jolok telinga, jolok mata, korek pusat, itu-ini dekat adik dia.
Ade sekali si abang ni golek punya golek, sampai tergolek atas adik dia.
Kawan tu punya menangis sampai merah-merah muka.
Adui la Mikhail!

Bila aku sibuk bukakan baju untuk mandikan Kayla dia lah orang first yang angkat semua baju adik dia masuk bakul baju busuk.
Hahahaha. Buruh paksaan sangat ko, nak.
Walhal aku tak suruh pon. Hehehehe.

Pastu paling feberet adalah isap puting old sekul dia tu.
Sampai menjejeh ailio.
Menjejeh tak hengat punya.
Sampaikan gigi dia pon dah bentuk puting.
Langsung tak hensem!
Bila aku sorok pandai pulak dia carik, hidu tang mana puting dia.
Terror sungguh Mat Mikhail ni...

Itulah antara peel anak lelaki ku.
Selain suka pakai songkok berlagak nak solat time aku solat.
Selain suka bagi puting busuk dia suap dekat mulut adik dia.
Selain suka punggah mainan dia sampai bersepah-sepah sana-sini.
Selain suka terbalikkan botol susu dan merenjis susu satu rumah.
Ala-ala upacara menghalau hantu.
Hai..macam-macam peel dia.

Apa-apa pon kita memang terrhibur tengok gelagat anak-anak kita.
Tak kisahlah anak kita putih ke, hitam ke, coklat ke, pink ke
Kurus ke, gemok ke, comel ke, comot ke
Yang penting anak kita sihat sudahla.
Anak adalah penghibur hati mommycha.
Biarpun tiap kali dia buat sepah bikin my blood upstairs..
Grrrrrrr...grrrr...grrr... makang budok!

dey tambi, kasik cuci bersih-bersih deyyy...hahahahah!

kahkahkahkah. puting tetap dimulut. tong mainan adik pulak atas kepala. hebakkk mere bettaaa...hebakkkk! 


sharemyloves;
mommycha


15 July 2013

Kilang susu tutup di bulan puasa ke?

Salam.

Selamat kembali untuk membaca blog yang tak pemes ini.
Walauponnn ramai jugak yang request itu ini dalam entry-entry terbaru mommycha.
Bajet glemer kah daku ini?
Hewhewhew.
Glemer suam-suam kuku kaki u ols.

Alhamdulillah nampaknya dah 6 hari kita berpuasa.
Walaupon ada antara ibu-ibu yang dah melepek macam kain buruk atas lantai.
Sebab apakah???
Sebab penat lah kan.
Especially yang sedang menyusu baby dalam bulan puasa ni.
Tak ku tahu begini tercabar mencabarnya diriku menyusu.
Rasa macam berada di padang pasir Sahara terasa kering tekaknya.
Aduhainyeponadoiiiii.

Itulah dia topik kita pada hari ini, puan-puan.
Menyusu di bulan Ramadhan.
Menyusu bayi di bulan Ramadhan yek.
Bukan menyusu daddy nye.
Itu dah lain kes.
Itu kes carik pasal batalkan puase sendiri.
Huahuahuahuahuahuaha.

Memang kalau ada ibu-ibu yang dah experience nyusu di bulan puasa ni.
Mommycha nak kasik tabik spring dekat korang.
Masyallah..kuatnya iman korang yek?
Ape tak haus ke korang eh?
Aku ni menggeletis haus bila si Kayla dok sedap nyonyot tetek aku.
Rasa macam nak mintak sikit je dekat dia.
Hehehehehe.
Kemain sedap dia chup-chup-chup-chup sedut.
Yang si omaknya dia dah telan ailio dok tahan dahaga.
Tapi takkan nak tutup kilang susu cap dada di bulan posa ni kan?
Walaupon kita ni dah tak menahan haus nye lahai...

Memang otomatik bila kita start nyusu baby especially permulaan dia nak feeding tu kita akan terasa MAHA HAUS!
Diulangi MAHA HAUSSSSSS....
Itu benda yang biasa lah terjadi kan.
Dan itulah yang dinamakan kita sudah ter nyah hidrat, yakni kurangnya air dalam badan.
Kita boleh menggagak bila kita ternyah hidrat bila kita tersa sangat dahaga, air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat; anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu; anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain. 
Dan kalau dah ada tanda-tanda camtu kita kenalah cepat-cepat minum. Berehat dan berbaring untuk mendapatkan semula kecegasan badan. 
Kalau tidak sia-sia pengsan. Sebab nak puasa punya pasal.
Sapa yang susah?
Diri sendiri jugak kan?


Dalam Islam sekalipun kita tidak diwajibkan berpuasa.
Seperti kata-kata dalam babycenter ni:

"Jika anda menyusu badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu".

Haa....jadinya terpulang pada kita sendiri untuk berpikir.
Kalo dah agak lemah longlai nak pitam, pengsan better kita berbuka.
Takkan kita nak berpuasa sampai memudaratkan diri kita sendiri kan?
Kita ni sebenarnya boleh merasa sendiri sekiranya badan kita ada banyak susu atau tidak.
Macam i ols, suka goncang-goncang breast.
Kalo berat maknanya susu ai ols masih banyak.
Tapi kalo tengok breast dah leper, kendur, lembik there is something wrong somewhere.
Cewah!
Maknanya, i ols perlu sesuatu untuk memperbanyakkan balik susu badan supaya budak kecik tu tak merengek bila dia tak puas menyusu nanti.

Nak perbanyakkan susu tak susah kan?
Senang saja.
Minum air suam banyak-banyak sambil berselawat Ya Matin,
Disamping jugak minum susu, tak kiralah fresh milk, susu tepung, 3 in 1 or oat, nestum, barli etc.
Itu sajalah cara terbaik untuk meningkatkan susu badan.

Tapi masalahnya sekarang bulan puasa.
Takkan rasa haus je menggelepar nak pegi minum kan?
Itu aku cakap terpulang pada keupayaan diri sendiri.
Kalo takboleh puasa, jangan teruskan.
Nanti memudaratkan diri sendiri.

Namun, kajian jugak ada menyatakan yang kalau si ibu berpuasa ianya tak langsung menjejaskan kandungan lemak susu dalam susu kita.
Diulangi kandungan lemak susu.
Tapi bukan lah kuantiti susu.
Most probably amount kuantiti oz susu akan menurun sedikit.
Disebabkan kurangnya bendalir dalam badan.
Secara otomatik kalo air kurang dalam badan camne nak produce susu yang banyak kan?

Dengan itu jugak jangan kita lupakan konsep demand & supply.
Bila bayi kerap nangis nak susu cepat-cepat kita kena bagi.
Atau bila terasa breast penuh kena pam.
The best kita bagi direct feed kalau dirumah, kecuali bayi sedang tidur boleh lah kita pam.
Sebab direct feed ni akan meransang lebih banyak pengeluaran susu ibu.
Bila otak bayi memberi signal kepada otak ibu untuk mem produce more & more milk.

Dalam bulan puasa ni, sahur memainkan peranan penting untuk ibu-ibu menyusu.
Makan lah banyak makanan yang berkarbohidrat tinggi, cth macam oat, roti, gandum, barli.
Sebabnya makanan sebegini amat lambat untuk dicerna oleh usus.
Jadinya kita akan berasa kurang lapar.
Macam mommycha selain makan nasik beserta sayur, minuman panas seperti milo atau nestum atau oat mesti wajib ada.
Tak kira lah time bersahur atau berbuka.
Please...avoid ICE.
Walaupon tengok ais tu rasa meleleh ailio nak.
Sebab bila kita minum benda yang sejuk secara otomatik badan jugak akan sejuk dan akan menyekat pengeluaran susu badan kita.
Selain itu, kenali lah apa milkbooster anda.
Macam ai ols...lebih kurang 2 bulan menyusu ni dah jumpa apa yang menyebabkan my breast bengkak dan berat iaitu...TEMPE.
Yes! ianya adalah TEMPE.
Bukan Pak Man Tempe.
Tapi tempe.
Alhamdulillah, kalau makan tempe goreng ke, tempe masak sayur lemak ke mesti breast mommycha akan bengkak dan ada susu untuk Kayla.
Think positive too.
Jangan dok pikir susu tak cukup...susu tak cukup.
Itu yang lama-lama susu merajuk dan akan kering.
Eh..dah macam pakar pemakanan pulop aku.

Oklah u ols.
Nak carik energy untuk teruskan puasa ku pada hari ni.
Tapi kalo dah takdaya memang ku skip puasa jugak.
Hehehehehe.
Bukan nak makan sangat pon.
Cuma nak minum air je sangat-sangat.
Tapi kadang-kadang bila suap nasik lunch dekat Mikhail boleh pulak menjejeh ailio aku nengok lauk ikan goreng dia.
Choiiiiii!
Hihihihihihi.

So, u ols ibu yang menyusu.
Apakah rasia korang berjaya menyusu di bulan puasa ni?
Meh la share..meh...
Jangan kedekut ilmu.
Takbaik. Tuhan marah.

Okbai.


antara benda yang aku amik, minum, hadam, untuk produce susu badan setiap hari.

paling peberet. oat + susu + kismis. 

stok EBM Kayla. Itu pon dah banyak guna sebab tinggal dia time pegi kelas. Satu storage beg letak 3oz or 4oz saja. Takboleh banyak-banyak kang dia tak minum semua. Rugi-rugi.
hasil pam semalam at 10am bulan puasa


walau tak banyak inilah rezeki anak ku. Amin!
this thing serve me very well. Love u my FS!

sharemyloves,
mommycha






12 July 2013

Siang mengantok, malam berjaga.


Salam.

Berpeluh ketir i ols malam tadi u ols.
Sebab apa, Kak Ton?
Sebab Mikayla dah mula balik buat perangai takmau tido dia yang diwarisi oleh sapa ntah.
Entah apa sebabnya dia merengek, menangis, melalak macam baru mati laki.
Mama aku ponb stress.
Aku lagi stress sebab mama aku dok bebel-bebel dekat aku.
Tak reti cara nak tido kan anak kecik.

Itulah kesilapan aku sebagai mak-mak.
Nak terima anak kemain aku preapare itu ini.
Prepare baju baru.
Prepare beli pam baru.
Prepare beli botol susu baru.
Prepare beli set tilam baru.
Segala mak nenek nak baru.

Tapi.
Aku lupa satu perkara.
Perkara yang paling wajib aku tahu.
Yakni, cara untuk menidurkan bayi, melenakan bayi dengan betul.
Posisi camne?
Ayat surah ape nak baca kalo baby merengek.
Nak tepuk, golek, belai baby camne?
Nak kasi susu sampai muntah terbelahak ke camne?
Nak letak dalam buai ke rocker ke camne?
Nak nanyi lagu twinkle little star ke, kaho na pyar hei ke camne?
Itu aku tak study elok-elok.

Gamaknya kan.
Kalo ade buku pasal cara tidurkan bayi dengan lena, kompom laris buku tu kan?
Mak-mak semua berebut nak beli.
Hazab betul kalo anak tanak tido malam.
Nak-nak lagi baby.
Dia punya nangis memang buat aku diselubungi misteri.
Sebab kita tak tahu dia nak ape?
Kalo dah besar sikit ok lah kan.
Boleh gak la sogok ipad, ipong, gtab, laptop, henpon, calculator ke camne ke suruh dia main tekan-tekan.
Ni baby ko...
Nak tekan ape?
Tekan tubi?
Sit-up?
Heh?

Mikayla start tanak tido dari pukul 11 mlm sampai pukul 3 pagi.
Agaknya dia tanak susahkan mak dia bangun sahur.
Yela kalo aku tido kang terbabas pulak.
Baik baby aku nangis kan?
Senang aku tayah tido sampai ke sahur.
Camtu.

Tapi memang takboleh ah buat style camtu.
Bila bangun sahur nak panas lauk, tetiba aku jadi macam wengg semacam sebab tak tido.
Letih badan pulak tu.
Sebab Kayla punya merengek nangis buat kita letih.
Letih dengar dia nangis.
Letih nak bobok dia.
Aku pulak bangsa cepat cuak.
Asal dia nangis je aku sumbat tetek.
Sampai termuntah terbelanak dia u ols.
Sebab banyak sangat susu.

Bab kembong pon sepasal jugak.
Perut dia kembong bunyi macam dram bila ketuk.
Mana tak kembong asik minum jer.
Berak 4 hari sekali baru membuang.
Al maklomle susu badan kan?

Jenuh aku ngan mama sapu ubat, minyak celak bagai.
Tapi still dia menangis jugak.
Alahai nak oii.

Mama aku pulak bising-bising bebel marah.
Katanya kalo erie balik keja jauh-jauh jangan terus terpa ke baby.
Mungkin ada benda ikut kita.
Erie pon travel naik moto dari shah alam nun.
Pas balik keja dia direct tolong mak dia meniaga dekat bazar ramadhan.
Then nearly pukul 9 baru sampai rumah putrajaya.
Errr...ade ke makluk halus jin syaitan dibulan ramadhn ni eh.
Aku rasa semua hantu syaitan iblis dah kena ikat dah.
Korang rase camne?

itulah penangan budak kayla.
siang tido tak terjaga, nak susu baru ohh-ehh-ooh-eekk.
kalo tidak senyap dia tido atas katil.
4-5 jam non-stop.
bunyi bom meletop pon tak sedar.

aku pulak tensen sebab malam adalah time untuk aku study.
walaupoonnn study subjek facebook dengan subjek instagram je u ols.
hahahahaha.

beza jugak dia dengan mikhail dulu.
abam tak banyak ragam tido.
asal kenyang tetek, terus pejam mata tido.
senang jaga.

tapi bila dipikirkan balik.
itulah manisnya zaman beranak kecik ni.
bersengkang mata tak tido malam.
menyusu sambil duduk sampai tertido duduk.
tukar lampin di tengah malam.
berasap tangan nak menepok bobok bontot anak-anak.
hai..macam-macam hal lah kan?
itu semua sweet moments yang kita takkan dapat kalo budak-budak ni dah membesar.
pengalaman manih katanya.
jangan kencing manih sudah.
kikikikikiki.

kalo u ols di tempat iols korang buat apa eh?
cu citer. cu citer.

sharemyloves
mommycha


10 July 2013

Journey To Mikayla Birth (II)

Salam.

Kahkahkahkahkahkahkah.
Adakah anda semua diselubungi misteri, apakah yang terjadi pada part seterusnya dalam kisah beranak daku?
Jangan maraahhhh aaaa...nanti kena jual kot.
Pose-pose ni tak elok marah-marah.
Harharharhar.

Marilah kita ber continue.
Daku sebenarnya malas nak type entry baru. Hahahahah! Sombongnya bunyi ayat.
Al maklomla sejak bergelar surirumahtangga ni banyak nau keja rumah nak buat.
Nampak grill berhabuk nak lap, nampak pinggan tak tersusun nak ku susun, nampak kipas dah berhabuk nak ku panjat lap comey-comey.
Biasalah mata mak-mak. Ada saja yang tak kena.
Iye dop?

Ok, sambungan cite bersalin part two.
Dekat mana eh? Jap nak re-call balik.
Aah dekat tengah push-push-push tu kan?
Hai..banyak nau spekulasi korang pasal sambungan citer aku.
Siap ada yang komen akhirnya aku push-push sekalinya aku ter yak-yak.
Erk...ni Erin Jamaluddin punya idea lah tu.
Kannnn? Hahahahaha.

Yang sebenarnya.
Bila time aku push-push-pushhhhhhh tu.
Boleh pulak aku rasa lapar giler.
Dan secara otomatik aku stop push.
Dan tanya nurse.
Errr...kak boleh tak bagi saya milo sechawan...
Mai sechawannnnn (macam iklan tv tu)
Hihihihihihihi.
Haruslahhh tak boleh kan?
Sebabnya bila Epidural dah merebak dalam badan u ols, kita tidak dibenarkan makan atau minum apa-apa selain daripada minum air suam saja.
Lah..yeke?
Mana ku tahu.

Nurse cakap dengan aku.
Puan takboleh minum milo lagi. Nanti puan muntah.
Errr..tapi saya lapar, dan saya dah takde energy nak push.
Achaner tu?
Yang boleh puan minum cuma air masak. Minum jela air masak banyak-banyak ye, puan.
Stress aku time tu.
Dah la sakit atas bawah, lapar pulak tu.
Menggigil hoi push...MENGGIGIL!

Lalu..cewah..lalu aku pon arahkan Erie bawak air mineral.
Nasib memang standby.
Bergelen aku minum air mineral.
Itu yang lagi kerap aku terkencing atas katil dekat labour room.
Asal push, aku terkencing.
Asal terkencing, aku push.
Achaner tu?
Kikikikikiki.
Bukan budak yang kuar, tapi air kencing yang menjejeh keluar u ols...
Hahahahahaha! Buat malu kompeni jek...

Kalau yang bertanya, aku push tapi tak terangkat bontot langsung.
Sebabnya di DEMC ada macam pedal basikal betul-betul dekat dua belah kaki aku yang terkangkang tu.
So each time aku push aku akan tekan kuat-kuat dekat pedal besi tu.
Jadinya bontot ai ols tak terangkat langsung u ols.

Pastu bila aku dah super duper lembik.
Memang Doktor Norleen arahkan nurse amik forcep.
Tak silap aku nama forcep tu Kiwi.
Bukan buah kiwi, tapi nama depa memang sama.
Adik beradik kembar tak seiras, lain bapak, lain mak ke aku taktahu.
Hehehehehe.

Lepas tu, aku terus push kuat-kuat lagi.
Dengan harapan tayah guna kiwi, setoberi, anggur bagai untuk tarik anak aku keluar.
Aku think positif yang aku boleh beranak tanpa bantuan "buah-buahan" ittew.
:)

Push....push Sha...pushhhhhh.
Kata Doktor Norleen.
Pussh...pusshhh Sayang..pushhhhh.
Kata Erie.
Push...push puan..pushh...
Kata Nurse Labour Room.

Seriously, aku rasa dah push macam orang nak berak tu.
Tanpa bersuara.
Tapi masih tak berjaya baby keluar.
Lepas tu, aku dengar Nurse tu cakap kena mintak tolong Jack ni.
Dan zassssss tetiba, ada sorang lagi nurse masuk
Berbadan besar macam ahli sumo.
Gulp!
Apa nak buat dekat aku ni?
Pijak perot aku ke eh?
Takut gile time tu.
oooyeemmgeeee!

Rupanya nurse berbadan sasa tu bergandingan dengan nurse lagi satu yang tak kasi aku milo tu, bersekali tekan perut aku untuk tolong keluarkan baby.
Diulangi TEKAN perot aku okeh.
Derang bergabung tekan dari atas, dan dalam suasana kelam kabut tu Doktor Norleen cakap ready for episiotomi ke hapa menatang tah.
Aku pejam mata.
Tak daya nak tengok gunting tajam yang akan zassss memotong bawah ku nanti.
Dan secara serentak di mana:
a) Nurse tekan perut aku
b) Doktor Norleen gunting bawah aku
c) Aku meneran macam nak berak besar dan sekali pusshhhhhhhh
Gedesyuummmmmm!
Keluar air banyak disertai sekali dengan my baby.
Dan Doktor Norleen pon cakap...Assalamualaikum baby.

Fuhhh! Rasa separuh nyawa ku pergi okeh.
Tapi eh-eh-eh..rasa lega terus.
Rasa hilang sakit.
Rasa hilang lapar.
:)
Kuasa Allah SWT kan?

Pastu, menitik airmata aku dengar bunyi tangisan Kayla.
Ending kata ko..haruslah hindustan sikit.
Kuikuikuikui.
Then, nurse berbadan sasa tu pon letak baby dekat dada aku.
Aku kan Ratu Airmata, dapat baby pon nangis, bersalin pon nangis, takdapat air milo pon nangis.
Hehehehehe.
Aku nangis sebab aku terharu dapat anak pompuan
Sebabnya rata-rata aku jumpa orang semua cakap aku preggie baby boy.
Walaupon aku dah berkali-kali cakap aku ni bawak baby girl.
Nyampah tau..suka gado-gado ngan ahkak!
Hehehehehe.

Aku cium dan aku pelok anak aku.
YES! its a girl.
Geng soping mama, geng masak mama, geng gossip mama.
:)

Pastu nurse amik untuk bersihkan dan timbang baby.
Diwaktu yang sama Doktor Norleen sibuk menjahit bahagian bawah tadi.
Dia punya jahit kemain.
Dah macam jahit baju kata ko.
Aku nampak dia angkut cucuk jarum benang tu buat aku ngeri.
Dan-dan tu jugak ada bunyi... Tiitttttttttttttt!
Menandakan ubat bius epidural tu dah habis.
Hai...pandai sungguh timing ko ubat.
Time nak kena jahit la ko habis, yer?
Syabas mere betty.

Memang time jahit tu agak terasa ngilu nya.
Sampai beberapa kali aku tanya bila nak habis doktor?
Bila nak habis?
Muka Erie pulak aku tengok toreh pon tak kuar darah kot.
Kemain asyik kusyuk dia tengok aku kena jahit.
Ngeri dia cakap.
Tangan doktor macam main batu seremban.
Heh?
Apa kena mengena jahit dengan main batu seremban pon aku taktau.
Laki...laki...Hihihihi!

After 10mins dah siap.
Panjang jugak jahitnya sebab doktor kata umpama aku baru beranak sulung lah.
Sebab yang dulu kan czer.
Then, baby pon dah siap cuci.
Letak atas dada terus cari tetek.
Amboi dik, duduk dalam perot 9bulan tak pandai pulak cari tetek.
Kuar-kuar tengok mama terus terkam tetek eh? 
Hiihihi.
Nurse badan sasa tadi pon report katanya.
Doktor berat baby ni 3.74 kg. Jauh dari estimation kita.
Besar doktor, besarrr.
Tau pon besar. Yang aku push macam setengah nyawa ni ade ko pikir besar ke tak?
Choiiiii!

Then, after baby menyusu dalam 10mins terus derang bawak ke Nursery untuk mandi, and detail check up.
Aku pulak?
Still in LR.
Baru rasa nak menjamah roti.
Sekalinya aku termuntah 4 mangkok keluar muntah aku.
Eeee....sangat ngeri+geli okeh.
Inilah gara-gara epidural tadi.
Lepas amik epidural memang effectnya kita akan muntah.
Bergantung pada berapa banyak kita ambik.
Nasib ada mangkuk dalam LR tu. 
Kalo tak habis bertabur atas katil muntah aku.
Dah le air kencing bertabur, ni nak muntah pon bertabur???
Matikla bibik maki aku kalo dia cuci LR ni nanti.
Hahahahahaha!

Then aku terus disorong ke ward.
Alhamdulillah aku sihat dan baby pon sihat.
After 1hours nurse hantar baby pada aku.
So, start la proses penyusuan aku pada Kayla.
Esoknya, Kayla terus kena sunat.
Tayah tunggu lama-lama nak sakit biar sakit kecik-kecik ni.
So dia tak ingat sangat kan?
Aku buat siap-siap senang citer.

Lepas kena check dengan Doktor Norleen, aku pon dah boleh discharge.
Mula pulak nak kisah nak berpantang kan?
Nak kena jaga jahit betul-betul.
Jalan kena kepit-kepit.
Kang ade yang terburai kang.
Malu Kak Ton....
Kahkahkahkah!

Laahh..lupa nak cerita kes dalam LR lagi.
Sebelom aku bersalin tu memang macam-macam bunyi aku dengar.
Dah dah jangan pikir hantu pulak, kikikiki.
Bunyi dari bilik sebelah. Bunyi mak orang nak beranak u ols.
Siap sorang tu menherit gini.
Sakit lah...sakit la......sakkkkiiitttt laaaa boddoooooo!
Tau tak sakitttttt?
Sakkiiittttt...tanakkkk dahhhh...tanak dahhhhhh! Sakit laaaaaaa......
Hahahahahaha. Tergelak aku dengar. Tanak dah ape kak oi?

Hari aku beranak tu pon penuh setiap labour room di DEMC.
Al maklomlah Hari Guru dat day (16 May 2013)
Ramai kot yang nak beranak on Hari Guru, kekdahnya.
Senang ingat besday, ingat Hari Guru.
Keennn???

Itu sajalah ceritera beranak tetiap tahun aku.
Cerita VBAC (vaginal birth after cesarean) yang aku tak penah mimpi pon nak bersalin normal. Dan aku sangat-sangat nak normal sebab boleh berbaby lagi pasni, insyallah lah kan? Tak serik lagi tu nak bersalin....Kahkahkahkah!
Pada aku dua-dua proses bersalin ni ada pro & cons nya.
Kalo nak kata czer tak sakit...hahhhhh! sapa cakap tak sakit bila perot kena belah, noks?
Nak bangun pon tak boleh, nak bergerak pon susah kan?
Dan kalo nak kata bersalin normal ni senang...hahhhhhh! sapa cakap senang?
Dah bila ko nak berak sembelit dekat sejam dalam jamban sampai berpeloh-peloh, nak duduk pon sakit luka kena gunting hidup-hidup secara langsung, noks?
So...tepuk dada tanyalah selera masing-masing nak beranak gaya camne?
Kennnn????
Ingat pasni nak beranak dalam air pulak le.
:)
Ada bran??????
Hahahahaha!

TAMMAT!

tetibe terkenang saat ni :)

sharemyloves,
mommycha







Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...