Iklan

Sharemyloves Geng!

20 June 2013

Tutup kilang beranak for 3 years?

Salam ♥

Fuhhh! Lega rasanye..check up semalam both mommycha and Kayla was very much ok. Double check up so agak lama hampir 2 jam baru settle. Memula tunggu turn kayla, as my gnaea doc Norleen ade case  emergency ceaser. Paeds Kayla, doc Roliza yang soft spoken cantik molek tu firstly tanya pasal breastfeeding kayla. Mommycha cakap budak ni, memang suka melekap dan minum susu ai sampaikan refused kalo ai try bagi susu formula. Well, in case kita pon taktahu sampai bila boleh rezekikan anak menyusu kan? Nak tanak kena jugak try berbotol dan berfm. Eventhough rite now memang demand dia memanjang untuk susu cap dada saje..

Dr. Roliza cakap Kayla takde kuning, which is good. Pusat pon ok takde infection, perut pon ok, berat ok and everything was ok!. Then doc pon kasi injection hepatitis B (2nd dose) for 1month. Biasala kalo nama gegel tu tetap menangis melalak kuat sebab sakit. Poor kayla. Takpelah
nak, untuk protection kamu jugak kan?

Sempat juga mommycha discuss pasal pneumococcal untuk kayla. Then doc pon tanya samada kayla akan dihantar ke taska atau tak?. Ai pon jawab maybe opah yang akan jaga dia, so doc kata baby yang dihantar ke taska should given this vacc earlier dalam 2mons, berbanding yang homecare. So, kayla punya pneumococcal akan diambil dalam masa 4bulan nanti. Same goes to rotavirus. Kali ni, tanak delay-delay lagi. Semua kena ikut date, at least kita boleh protect baby dari ape-ape penyakit. Semuanya bergantung pada ibu bapa lah kan? What is good and not for their babies.

Then,settle bab kayla. Terus ambik appointment untuk next month. Dan tiba plak turn mommycha dengan Dr. Norleen. Rasa akward sebab selalunya jumpa dia dengan perot terboroi-boroi hehehe. Masuk je dalam bilik doc, terus dia scan rahim. Katanya ok, dah kembali ke normal size dan rahim dah kosong...oh! How I miss everytime scan nampak baby dok kicking dalam perut. Tahun depan lagi sorang, perhaps? Hahahaha... fengsannn daku!

Dan terus doc bertanya pasal kaedah merancang for next baby. Doc suggested daku mengguna pakai kaedah implan, yang mana satu minor operation akan dilakukan untuk memasukkan Rod plastik yakni implant tu ke badan aku. Selalunya dibawah ketiak, tempat yang tersorok. Implant akan tertanam dan melembut seumpama otot didalam badan. Dan peratusan untuk hamil adalah 0% berbanding IUD atau pil perancang.

Aku pon tanya bila doc boleh pasang implant ni? Katanya anytime, sekarang pon boleh. But I'm so not ready yet so kita tangguh until next month hehehe. Terkagum jugak aku bila Erie tanya soalan ape effect implant ni pada pemakai. Doc cakap period mebi tak regular dan kalo datang dengan kuantiti yang sedikit, jugak ade increase in weights. Itu bab yang paling tak seronok didengar. But she motivating me by burning my calorie dengan bangun dan menyusukan baby. Insyaallah badan akan maintain slim. Errrr..yer ke ni?

Maknanya I need to learn more about implant before using it. Taknak lah aku bila pakai tup-tup badan macam Enot...hoi! Larik kang laki makkk..hihihihi. Tapi kalo tak pakai kang tetiap tahun beranak jenuh pulak. At least pakai for 3years dan pastu bolehlah consume baby balik, anak-anak pon dah besar sikit time tu...takdelah terlondeh kain aku jaga anak kecik tetiap tahun, keeennnnn?

Oklah guys, dah banyak aku tulih today. Lenguh tangan sambil pangku budak 5.1kg ni, sambil menaip dekat Gtab. Lupa nak habaq..yup! Berat kayla sebulan adalah 5.1kg berkat aku tido duduk untuk menyusukan dia, alhamdulillah. Moga Kayla sihat, abang sihat, mama and baba pon sihat. Insyallah! Love my kecik familia....

sharemy ♥
mommycha

Masuk hospital?

Salam ♥

Today Mikayla kena jumpa doktor, bersekali dengan mama juga. Mama paling cuak sebab doktor nak check luka bersalin.

Oh yemmmm geeeee!

Nanti kite update entry baru okey? First time nak kuar setelah sebulan tak tengok luar, nak pi klinik pon macam nak pi Disneyland....beria-ria sungguh aih! Dari malam dok pikiaq baju apa nak pakai, kaler apa, nak kaler block ke idop, nak matching kontek lens ngan tudung lagi......hoi hover Esah!

sharemy ♥
mommycha

19 June 2013

Saye ok...saye dah besar!

Salam ♥

Semenjak jadi ibu kepada 2 anak kena terror untuk multiskill tugas.  Memula agak susah, but I'll managed to do it. Sebagai contoh, si abang nangis tido nak kena bobok and at the same time si adik nangis nak menetek. So how? Pulak sang suami kena OT, nak taknak terpaksa jugak kita jaga anak-anak kan?

For me it's easy if u're used to do it. Apa susah, angkat adik lekap dekat tetek and tangan lagi sebelah bobok si abang. Itulah yang kita orang perempuan ada. A mother touch, a mother power...yang ku rasakan takboleh dilaksanakan oleh kaum adam.

Itu anak baru 2,  cuba renung sikit dekat orang dulu-dulu yang beranak setahun sekali dan tup-tup kira balik...oh..dah 14 orang anak rupanya aku, hehehe! Betapa gigihnya membesarkan anak yang ramai, walau hanya mulut-mulut kecil itu disuap  dengan ubi kayu rebus.

Mommycha akui bukan senang nak jaga amanah Allah ini. Baru rasanya tahun lepas aku tak cukup tido bangun menyusukan Mikhail siang malam, dan tahun ni perkara yang sama berulang untuk Mikayla pulak. Mak-mak sekalian mesti dah rasa pengalaman tak cukup tido, tido sambil duduk sampai ke pagi, disebabkan hanya untuk menyusukan anak masing-masing. Itu belum masuk bab baby kembong, berak cirit setiap setengah jam lagi kan?

Itu belum masuk bab sakit bersalin, sakit tempat luka bersalin,  sembelit, breast bengkak, badan masuk angin, penat, kencing tak lawas dan macam-macam lagi peel pompuan lepas bersalin.  Bau badan jangan cakapla memang tengik sebab dok menelan jamu siang malam, dengan pilis, param dok bertempek dibadan...walaupun nampak sengsara tapi itu lah manisnya zaman bersalin dan berpantang.

Rasanya cukup-cukup sudah untuk hari ni. I'm currently dok ber multitasking sebelah tangan bobok Kayla dan sebelah lagi menulis entry ni. Budak ni pon satu hal taksuke diletak, mula lah matanya membeso. Ko duduk lah depan tv, sambil pasang volume paling kuat pon dia tak akan bangun, tapi kalo ko letak jap atas tilam mula dia nak bunyik! Hai la princess mama oi! Kecik-kecik dah buat perangai diva...... ohai!

sharemy ♥
mommycha

17 June 2013

Oh..my Mikayla & Mikhail!

Salam ♥

Lagi beberapa hari mommycha akan lepas pantang. For sure happy! Nak jugak keluar rumah dan jumpa kawan-kawan, geng gojes mommy blogger yang kemain rancak buat "temujanji" dekat sana sini. Hamboih korang..mentang-mentang ai is dalam pantang kennnn?

This week mommycha nak bawak Mikayla injection sebulan, check-up sebulan both dekat KK dan jugak DEMC. Nanti terus nak discuss dengan paeds Mikayla pasal vacc pneumococcal first dose. Segalanya pasal anak, bab mak dia letak tepi dulu...waloponnnnn kelas dekat uitm sedang memanggil-manggil ku... mana tak panggil u ols, first class will be on 30th June...hambek ko! Nasib cun-cun baru lepas pantang...kali ni kena focus kot, dah tetiap selang satu semester cuti bersalin...Hoi! Takkan nak tua dalam uitm kot? Hewhewhee....

Buat yang rindu Mikhail, he's doing fine. Walaupon suka bebenor usik adik dia.Sikit-sikit cium, korek telinga, mata, tepuk bontot, belakang adik dia. Tanda nak melawak agaknya kan? Sometimes, mommycha kesian tengok Mikhail macam kurang diberi attention oleh mak dia sendiri sebab, ai always with lil' Kayla menyusu and so on...poor boy! Tapi takpe selagi ada baba, Mikha will be fine. Baba oweys be the super life saver! Hehehehe.... ♥ u deep-deep, baba!

Oh! Pada yang bertanya pasal cerita bersalin mommycha, will update soon. Adventerous I tell you! Hehehehe..2 hari berumahtangga dekat sepital, joyah! Hihihihi...siap pekena char keow teow sepinggan baru turun tanda nak bersalin....Memori terindah betullah...

Will update more later. Mommycha tinggalkan u guy's dengan pic Kayla botak. Hehehehe...takkan hari-hari , mau bubuh bunga besaq ataih kepala kan?

sharemy ♥
mommycha

Turning 1 month old

Salam ♥

Kayla is turning 1 month old dan keadaan dia baik-baik belaka. Alhamdulillah kuning cuma sehari pastu beransur baik, bacaan cuma 136. No need to admit. Lega dan senang hati.

Perkembangan sebulan adalah....Kayla dah start tido dalam buaian sebab every nite dia stay up tanak tido sampai ke pagi, selain nak melekap dengan breast mommycha. Asal ko letak atas tilam je dia menangis kesyahduan.. nak kena berdodoi 24jam. Alahai anak dara ku...
Sebab tu terpaksa letak jugak dalam buaian, kalo tak pengsannn mama  & baba berdodoi Kayla sampai ke azan subuh.

Alhamdulillah sebulan lepas tarikh lahir Kayla adalah pada 16.5.2013 hari guru, dan after sebulan 16.6.2013 pulak adalah Hari Bapa. Pandai nau adjust tarikh cantik-cantik hehehehe...

Pada korang semua sorry sangat sebab bahasa ku agak skema. Agaknya inilah bahasa orang dalam pantang hehehe...terima kasih pada yang rindu blog mommycha. Yang bertanya bila nak update blog...bila nak letak muka Kayla di blog...telah pon mommycha tunaikan, walaupon tak seberapa... hehehe! Kita bukan pemes macam pasha sanda u olsss...

Oklah. Time to breastfeed Kayla sudah tiba. Will update more soon, with all the gurlie stuff. Oh! Tak dilupakan abang Mikha yang dah pandai panggil adik dia....adikkkkk..adikkkkk...adikkk sambil cium dahi adik bertalu-talu. Good boy!

Mommycha tinggalkan blog ni dengan gambar Kayla sebulan, with riben bunga besaq ataih kepala...enjoice! Hehehe...

sharemy ♥
mommycha

15 June 2013

I'm back...just for a while!

Salam. Inilah punca mengapa blog tak berupdate. Saya sudah bersalin. Ini semua berpunca daripada cek mek Nur Mikayla Aeesya. Mommycha jadi tak cukup tido, rehat, dan hilang waktu memanjakan diri heheheh.

Will update more soon.

With more picture.

With more roles being a mom for two kiddos.

And with much chaos! Hewhewhew....!

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...