Iklan

Sharemyloves Geng!

03 May 2013

Doakan kesihatan anak ini

Salam

Di pagi Jumaat yang mulia ini, mommycha sebagai seorang ibu ingin mengajak para ibu yang lain sekalian untuk memanjatkan doa, semoga anak kepada rakan blogger kita yakni Erina Asmawani, Aqil Hamzah sihat.

Baby Aqil telah dimasukkan ke ICU, HKL akibat daripada lung infection dan memerlukan rawatan blood transfussion untuk terus kekal sembuh. 

Sebagai ibu, sebagai rakan, sama-samalah kita berdoa agar baby Aqil sembuh seperti sediakala. Jika kita di tempat Erina pasti airmata kita akan tumpah melihatkan keadaan anak yang terlantar sakit seperti itu. Sama ada kita mengenali beliau atau tidak, itu tidak penting. Cuma sedikit doa yang diperlukan untuk mengembalikan kesihatan adik Aqil yang comel itu.

Dalam kita bergembira, jangan dilupa orang lain yang ditimpa musibah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Disamping doakan baby Aqil, marilah jua kita doakan kesihatan untuk anak-anak kecil kita, keluarga kita sama ada yang hidup atau yang telah tiada, dan rakan seperjuangan semoga beroleh kesihatan berpanjangan dan diberi perlindungan oleh Allah SWT.

Ini hanyalah sumbangan kecil mommycha kepada Erina sekeluarga. Semoga Allah mendengar setiap doa yang dipanjatkan kepadaNya.
 
"Ya Allah, Tuhan semua manusia yang dapat melenyapkan penyakit.
Sembuhkanlah, Engkau sahajalah yang dapat menyembuhkan.
Tiada yang berkuasa menyembuhkan kecuali Engkau, 
suatu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit."

(HR al-Bukhari)

Amin.

sharemy
mommycha

19 comments:

ctmah said...

hopefully adik aqil kuat...
saya tolong amin kan doa mommycha

Nurul Hamimah said...

Amin...Amin...Amin Ya Allah...semoga adik Aqil sihat seperti sediakala...buat Erina...kuatkan semangat...kekuatan Aqil datang dari awak...kami disini sentiasa mendoakan kesihatan Aqil...kalau mommyCha tak buat entri ni tk tau sampai sudah coz dh takde fb nak dapat info mommy2 gojes...

Ezza said...

Salam Mommy_Cha,

Terima kasih dari pihak keluarga bapa Aqil kepada Mommy_Cha kerana mendoakan kesihatan Aqil.

Aqil, walaupun sudah menunjukkan response yg baik tapi masih kritikal di ICU HKL dan sekarang sedang menerima dialisis kerana buah pinggang tidak berfungsi. Mohon semua pembaca blog Mommy_Cha panjangkan doa untuk baby Aqil Hamzah bin Amir Fozy.

*Aunty Aqil*

Mimy Hamid said...

ameen...aqil kuat...erina too...ameen ..**tears**

Wawa Yusoff said...

moga baby aqil segera sembuh. amin :(

intandayani said...

wad bpe ni Cha?

Ros Anis Rusli said...

sdh sgt2 anak2 kita jd gini..insyallah esok atau ahad nk g melawat aqil...

::puan ungu:: said...

Semoga baby Aqil sihat seperti sediakala..Amin...

Izzati Asyraf said...

amin ya rabbalaalamin..

Mr n Mrs Zaidi said...

amin...semoga hari jumaat nie doa2 kita cpat dimakbulkan...amin...

SweetLikeWhat said...

amin ya Allah..sembuhkanlah aqil...

With Julia said...

Aminnn2 yarabbalalamin...
Doa dan terus berdoa utk semua anak2 ibu di dunia ini senantiasa sihat dan cepat2 sembuh...

p/s xleh komen pjg...air mata berjuraian x henti2...sebak :(

Anak Lebah Comot said...

Ameen...be strong aqil n mama aqil too...sob2

Aeen said...

semoga adik aqil cpt sembuh..n be strong mama aqil....kami turut rasa sedih..:(

Chekgu Azrine said...

aamiinn...semoga anak kecil ni cepat sembuh..dan semoga dipermudahkan utk keluarga anak kecil ini..

De' Wanie said...

aminn..semoga dia cepat sembuh ye..huhu

Leonora a.k.a Jacky Bass said...

Al-Fatihah buat adik Aqil. Semoga ibu dan family arwah sabar dan redha dengan ujian ini. Sesungguhnya syurga adalah tempat Aqil.

~ NANA ~ said...

mommy cha...bila nk update blog ni? hihi

mynameismy said...

My baru je bace citer psl arwah... sedih sgt... moga ena tabah!

slm ukhwah dr blogger gojes supermom & baby.. =)

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...