Iklan

Sharemyloves Geng!

03 May 2013

Doakan kesihatan anak ini

Salam

Di pagi Jumaat yang mulia ini, mommycha sebagai seorang ibu ingin mengajak para ibu yang lain sekalian untuk memanjatkan doa, semoga anak kepada rakan blogger kita yakni Erina Asmawani, Aqil Hamzah sihat.

Baby Aqil telah dimasukkan ke ICU, HKL akibat daripada lung infection dan memerlukan rawatan blood transfussion untuk terus kekal sembuh. 

Sebagai ibu, sebagai rakan, sama-samalah kita berdoa agar baby Aqil sembuh seperti sediakala. Jika kita di tempat Erina pasti airmata kita akan tumpah melihatkan keadaan anak yang terlantar sakit seperti itu. Sama ada kita mengenali beliau atau tidak, itu tidak penting. Cuma sedikit doa yang diperlukan untuk mengembalikan kesihatan adik Aqil yang comel itu.

Dalam kita bergembira, jangan dilupa orang lain yang ditimpa musibah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Disamping doakan baby Aqil, marilah jua kita doakan kesihatan untuk anak-anak kecil kita, keluarga kita sama ada yang hidup atau yang telah tiada, dan rakan seperjuangan semoga beroleh kesihatan berpanjangan dan diberi perlindungan oleh Allah SWT.

Ini hanyalah sumbangan kecil mommycha kepada Erina sekeluarga. Semoga Allah mendengar setiap doa yang dipanjatkan kepadaNya.
 
"Ya Allah, Tuhan semua manusia yang dapat melenyapkan penyakit.
Sembuhkanlah, Engkau sahajalah yang dapat menyembuhkan.
Tiada yang berkuasa menyembuhkan kecuali Engkau, 
suatu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit."

(HR al-Bukhari)

Amin.

sharemy
mommycha

02 May 2013

Oh my Pampers...!

Salam

Kisah pampers.

Pagi tadi rasa pampers Mikha. Dah berat, mesti pasal banyak terkucil malam tadi. Al-maklumle semalam Shah Alam dilanda hujan dari malam sampai ke pagi. Tengah-tengah pagi buta, tanpa bersuluhkan lampu, hanya bertemankan backlight hanpon, daku pon bukak pampers dia untuk gantikan yang baru.

Baru je bukak, pastu bisik ngan baba suruh amik pampers baru terus......Pisssssssssssss! Pancut ko kencing kat haku. Habis basah tilam lah kiranya kan?. Terus bukak lampu, anak-anak kecik ni biasalah bila kita bukak lampu mata kemain bulat terus terjaga sekali kan???

Hai satu keja pulak nak salin sarung tilam baru...Grrrrrr!

Bila nak pakaikan pampers baru memang banyak cobaan dan dogaan. Tapi itu bukanlah persoalan mommycha disini. Persoalan yang ingin ditanya pada u ols sekalian berapa lamakah jarak masa untuk korang salin pampers yang baru untuk anak korang? Tak kisahlah siang ke malam ke?

Berapa kali kah sehari tempoh persalinan itu?
Cu citer?

Mommycha ni tiap kali salin pampers mesti baba bebel-bebel sebab pampers ringan lagi dah salin. Erk! Dah aku rasa berat je, so aku pon tukar ler. Ye lah, nak salin sokmo harga pampers kemain mahal lagi. Kalo pakai cap biase takpe la kan, ni kalo pakai mamypoko memang boleh pokai.

Disebabkan itulah aku ni agak failed bab salin pampers. Orang lain kata ringan lagi pampers tu, aku dah cuak-cuak nak salin yang baru untuk Mikha. Bukannya ape u ols, nak menjamin keselesaan anak katanyer. Lagipon sian pulak kalo pampers dah kencing banyak kali mesti gatal kan? Tambah yang baby boy ni, tergaru-garu celah bebird tu...Alahai cian anak mama :(

Kalo nak salin aku mesti picit-picit tekan tengan-tengah pampers tu. Kalau dah berat sikit pon aku akan salin. Tapi kalo dapat dekat Opah mesti dia cakap....Ringan lagi ni, tak kencing pon?

Erk. Ye ke? Awat bila dah pegang rasa berat semacam jer. Ke mommycha yang terlebih over konpiden asyik nak salin pampers anak ntah?

Selalunya every 2hours ai is akan salin pampers anak. Obses sangatkah diriku bab salin pampers ini u ols? Yang peliknya, mommycha tengok ada anak-anak yang pakai pampers sampai seberat batu pon mak pak tak salin-salin lagi.... Alahai ini kes lupa salin ke, atau jimat pampers ke haku pon tatau.

Itu sebablah dalam masa sebulan sometimes sampai 3-4 beg pampers sekali daku hangkut dari kedai. Lantak le, orang kata membazir ke ape, janji stok pampers sentiasa ada. Teringin jugak nak try cloth diapers tapi disebabkan ke "obsesan" sebegini mau nya mommycha terpakse beli banyak CD almaklumler setiap 2hours nak tukar baru. Itu baru bab tukar, belum tahap bab nak basuh CD lagi...Mau bergunung CD terperuk dalam bakul baru nak basuh kot? Hewhewhew....Kennot laike dat maaa......

So far, mommycha yang obses kepada pampers ni ade 3 type of pampers dekat rumah. Ade yang murah, mahal & separa mahal hehehehehe. Pastu pampers untuk pakai siang lain, pakai malam lain dan pakai jenjalan pon lain. Gitewwww! Kan...kan aku dah cakap aku obses dekat pampers. Hehehehehe! Then bila suruh baba pegi beli dia pon pening, nak beli yang mana? Brand apa? Hehehehe...Sebab binik dia ni very the particular bab pampers.

Rutin pampers Mikha
Siang: Whoopie (murah & boleh tukar banyak kali)
Malam: Mamypoko (mahal & tayah tukar banyak kali)
Keluar jenjalan: Diapers Easyfit pants

Sampaikan Mikhail pon naik menyampah bila mommycha nak tukar pampers dia. Ye lah...asal duduk ngan mama jer, tukar pampers, sikit-sikit tukar pampers. Dia pon dah boleh agak dan siap menangis-nangis tamau pakai pampers. Tu yang pagi tadi main pancut atas tangan mak dia tu. Baguih! Pasni pakai pampers sendirik, gi basuh kencing sendrik...! Hoh!

So, kepada u ols yang baik hati sila lah lontarkan buah pikiran berapa kali kah korang menukar pampers sehari? Agak-agak kalo macam style ai, mau kena kawin dengan tokey pampers untuk mengelakkan kepokaian membeli pampers hewhewhewhew!

Itu belom kira bab adik lagi....Esok-esok dah kuar adik mau penuh bonet keta dengan pampers jer. Hakhakhakhakhak ;p

Err..ade ke yang obses pampers macam mommycha ni?

ini adik punya...jangan ditanya ade berapa stok pampers adik. Opah pon beli lagi sebab ada supermaket baru bukak dekat kg, murah katanyer..Tengkiu opah, penyumbang stok pampers Mikha & adik :)

Pencapaian terbaik setakat ini, ade ekor Azroy..Kihkihkih! Ini tido di malam hari, kena kasi mamypoko baru selesa gitew. Baju pon lobang-lobang senang angin masuk, baru feeling duduk obersi ;p


sharemy
mommycha


Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...