Iklan

Sharemyloves Geng!

22 April 2013

Well preparation for second baby

Salam

Pagi ni bukak blog, terus tengok Lilypie Tickers tu. Biar betik, dah 35 weeks pregnant and about 35 days to go?

Bersediakah daku untuk bersalin buat kedua kalinya?

Sebenarnya, dari segi fizikal dah bersedia. Barang baby dah beli, breastpump baru pon dah oder..eh? Hihihi. Tapi dari segi mental ni, dah cukup kuatkah mommycha untuk menempuh alam bersalin sekali lagi? Rasa baru jer kena belah perut tahun lepas kan beranakkan Mikhail? Harap-harap tahun ni boleh keluar ikut pintu elok-elok yer, dik. Tanak lah keluar ikut sliding door lagi. Sian mama tau....sakit :(

Menjelang 35 hari sebelum bersalin, persediaan untuk baby takdelah semeriah yang pertama dulu. Kenapa kah? Sebabnya, masih banyak barang Mikha yang adik boleh guna. Macam lampin still elok sebab aritu bila lampin-lampin ni tak guna, opah dah basuh lipat dan ikat dalam beg plastik. So, tak timbul lah issue lampin naik kuning-kuning tu kan? Bila nak guna balik tengok elok jer. So zasss, masuk dalam baldi rendam dan suruh Achu cuci. Kihkihkih! Tengkiu Achu KKM. Banyak tolong akak dia sorang ni. Haii mana nak carik adik camni. Rajin, lawa, putih melepak, pandai bergaya, baik hati..hehehehe...! Puji ade makne ke? Tettttttt.......

Beg adik baby pon momycha baru bukak dari plastik. A gift from my officemate, Ina :) Kiranya beg tu still new. Asalnya nak bagi ke abang, alih-alih adik yang dapat. Kira ON jela. Momycha letak baju newborn, pampers, towel, lampin, wet tissue, baby blanket, mittens & booties and a few things yang important. A good thing beranak di swasta ni sebenarnya kelengkapan baby takperlu sedia banyak sangat. Sebabnya derang akan bagi, termasuklah pampers. Kita cuma perlu bagi baju, mittens & booties jer. Blanket baby pon derang akan sediakan :) Kata bayar kan? So itulah antara benda yang kita akan dapat.

Sehingga kini, beg baby dah selamat dalam bonet kereta. Ke hulu-hilir bawak beg. Takut terberanak ko... Dah le berulang kemain jauh setiap hari. Elok lah, perut pon dah semakin rapat dengan stereng. Cuak jugak. Nak ke belakangkan sikit seat nya, dah pulak kaki ku tak sampai...achaner tu? Terpaksa lah adjust itu ini before nak bawak kereta. Hihihi. Dah macam Mr. Bean aku rasa....

Minggu depan genap 9 bulan. Makin cuak dirasakan. Ini pon asal sakit perut sikit dah cuak-cuak. Yelah dulu time ngandungkan Mikha tak rasa pon contraction, so I've no idea how contraction supposed to feel like? Kadang-kadang sakit perot silap makan pon, aku rasa eh ni contraction ke? Hehehehehe...Ngok-ngek. Pastu bangsa dan-dan tu jugak nak ajak Baba pegi sepital dah. Padahal sakit perut biase jer. Alahai....

Sekarang ni, bila perut makin membesar nak tido pon susah. Nak cari posisi tido comfy-comfy memang tak dapat ar. Asik terjaga malam yer jugak, asal jaga jer kaki Mikha dah dekat muka aku. Asal jaga je kaki Mikha dah ade dekat area perot aku. Hoi! Tak bley caye budak ni..Merbahaya!! Pastu pulak sekarang musim panas kan? Malam dah berpeluh-peluh aku, bukak ekon mulalah sok-sek-sok-sek selsema pulak. Macam-macam peel kan ibu mengandong ni?

Bab datang opis pulak, tahap kemalasan adalah bab paking keta. Hazab hoi kalau opis dekat Putrajaya ni. Paking memang very limited. Ko kena lah berhempas-pulas datang awal untuk dapat paking cun dan dekat, kalo tak memang paking ke hujung dunia & terpakse blok keta orang. Tak suke hoi...jap-jap orang tipon suh alih keta. Dah le dengan perot terheboi-heboi aku ni, terpakse jugak mintak opismate tolong ubahkan. Bilakah ibu-ibu mengandung akan dapat facility paking yang elok sikit eh? Cobaaannnnnn-cobaannnn! Itu belom yang kereta aku kena blok. Pastu bila kita kol suruh dia ubah, boleh lak jawab..."Saya dekat PICC ni, awak tolak jela kereta tu, saya tak tarik handbrek". Phuiiiii! Ha kannn..dah kena phuiiii dengan aku. Aku dah le membawak perot 8 bulan ni, nak pulak suh aku tolak keta Waja 1.5 ko yang berat gedabak tu kan? Mana tak hangin aku weyyyyyyy! Memang nak merasa kaki size 7 ke muka gamaknye?!!

Itulah antara cabaran mengandung. Sebenarnya, antara suka terselit banyak jugak kisah duka yek? Aku cuma mampu berpesan, buat yang nak mengandung tu better biar anak korang besar sikit dalam 3,4 tahun. Bukan aku menghalang, cumanya banyak dugaan tambahan pulak anak sulung masih kecil dan memerlukan perhatian kita. Aku dah rasa..so aku cuma kasi nasihat yang berguna. Kang tak pasal-pasal ko akan penat dan jadi nak marah dengan anak sulung ko yang makin melasak. Lagi pulak yang hubby asik out-station...Mana nak layan morning sickness, layan anak kecik lagi, bila perut dah membeso lagi teruk, mengah sana-mengah sini. Mungkin Allah SWT tahu aku mampu untuk mengandung dan masa yang sama mengasuh Mikhail. Itu sebab aku dapat rezeki ni, dan alhamdulillah aku sangat suka mengandung kali keduanya. Cuma cabarannya agak KENTAL! Banyak kali gak aku marah Mikhail, pas marah menyesal, mintak maaf dengan dia, cium-cium then...then tak sampai 10minit buat perangai...dia kena marah lagi.... :(

Itulah saja entry kedua aku. Ingat nak type dua tiga patah perenggan jer, sekali terhover u olssss! Hehehehe. Buat yang nak memberi komen membina di alu-alukan. Lagi sekali mommycha tekankan dekat sini, bukan mommycha tak suka second pregnancy ni, cuma agak penat berbanding yang first dulu. Itu jer, jangan salah sangka pulak yer, kengkawan :) 
I so glad Allah SWT giving me this second opportunity to be pregnant again :)
#pisyaw#

beg baby & half of the stuff :), teruja macam nak sambut anak sulung jugak..beli pampers NB banyak-banyak sekali baby kuar 4kg lebeyh dah kena sedekah pampers dekat orang lain mcm Mikha ritu. #nyesal# sobs :(

inilah gambo perot yang hampir mencecah ke streng tu...cobaan-cobaan....hihihihi!

hai perot  ke belon ni? :) tapi lengan ai still kurus keding hokeh! perot je membeso bagai johan


sharemy
mommycha

23 comments:

mama leen said...

comelnya perut itu

Erina Asmawani said...

Mulat2 dah perut mommycha! Chaiyookk..mommycha kuat! Tak lama lagi je..pasni mommycha rehat pepuas k. Semoga dipermudahkan segalanya :)

hayati hashim said...

a ah..tgn kurus jek... besar lagi tangan perempuan yang x ngandung ni :))

missayu said...

alololo..comelnye perot....rindu plak nak pregnant lagik..huhuhuhu....

Siti Haslinda Sadiken said...

moga2 dpt bersalin normal ye:)

Riana said...

entry ini membuatku berfikir supaya merancang jauh skit anak tu..hew hew,,tq mommycha..moga dipermudahkan bersalin nt =)

Allene said...

wow... kita pun da siap brg bby.. tp bag hospital je blum....

cha said...

hihi takpela setiap mengandung tu kan dapat pahala walaupun penat sikit kan mommy cha. doakan i pulak ok. u dh 2 kali i ni belum lg sobs sedih T_T

Hamimah Nazir said...

rezeki Allah kn...untung MommyCha dapat pengalaman ni...semoga mudah nak bersalin utk baby kedua ni ye....Amin :)

Mooniqueen said...

betul tu mommy...cabaran anak ke2 ni besar sgt lagi2 anak 1st tu kecik lagi..MQ walaupun anak 1st skrg ni 3 tahun(bulan 8 baru genap), tapi memang menguji kesabaran sgt..time dia buat perangai tu...memang berdoa je la tuhan bagi kesabaran yg tinggi kat aku..

Mr n Mrs Zaidi said...

tup2 dah nak bersalin kan..kejap jer masa berlalu..sy pun tak prepare ape2 pg..cuma dh siap basuh baju2 daaliyaa yg dia tak muat..bju baru untuk baby nie de jgk la beli sikit2 sbb ingt dpt baby boy kan..alih2 scan baby girl jgk...so mmg stop dulu la beli bju...cume nak cri sikit2 jer la gi brg mcm lampin sbb smpai skrg lampin daaliyaa dia guna lg...btw, semoga sumenya selamat yek kak sha..

Wawa Yusoff said...

entry ini sangat comel mommycha. xtau kenape tp wa asik sengeh2 je baca. takde pun rasa kesian kat mommycha... hahaha comel..!

Mimy Hamid said...

untung apa..penat sekali...kang dah selesa banyak berat pulak nak pregnant..so salah satu hikmah terbesar Allah bagi tu...akak pun rasa ada hikmah kenapa akak nak sgt pregnant tak dpt...tak larat la...penat sgt...dah la berpenyakit :((

intandayani said...

lawak lak baca word terheboi-heboi tu..tahniah mommy cha yg berjiwa kental ni..

lia said...

semoga baki mengandung ni d permudahkan & bakal melahirkan dengan mudah...

UMIE SUE said...

MOGA SEMAKIN KENTAL TAU! KAMI DOAKAN CHA SELALU

amirah said...

takpe cha..sket je lagi. pasni cuti..yeayyy...bleh tgk tivi citer sinetron sambil cium2 baby masa dlm pantang...hehehe

With Julia said...

mommycha...
great super mommy! dh siap siaga nk tggu baby gegirl deliver...
tang perut tuh comellll....syukurrrrrrr alhamdulilah... :)

mama ila said...

alahai..dah dekat sangat yer mommycha nak deliver..semoga semuanya dipermudahkan..anak jarak rapat2 nie mmg banyak cooobaan....ehh..cam ada pengalaman pulak..hehe..xderlah..akak ila anak dia rapat2..mmg kena kental sket lah =)

cik chinta said...

bhaya momy, perut dkt btl dgn streng, tp tgn kurus lg. menten gitu. btw beg biru cntik r. jeles i. hihi

Ros Anis Rusli said...

perut comey gila..cian bby ari2 gesel ngn stering...

CikNaa said...

alalala.. perut kite tak cecah streng lg :D

SweetLikeWhat said...

alamak tetiba rase best bile baca mommycha dah siap prepare beg nak ke hospital..tetiba teringat rase excited masa nak beranak kan Hannah dulu..hihi

moga dpermudahkan segala urusan ye dear..

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...