Iklan

Sharemyloves Geng!

30 April 2013

Kena DERA?

 Nota: Ini bukanlah adegan penderaan, TAK PERLU call talian Nur, harap maklum :)
 
apo nok dikato???

:(

peha kurus melidi

belakang badan

peha dari side depan

dua belah kaki

belakang badan

sian kan?

kaki pon kena, muka pon kena

ubat-ubatan penyelamat :)


Salam

Rasa sudah lama tak berblog since I was on mc for 3 days. Brixton Hicks datang menyerang lagi. Haa....taktahu ape itu Brixton Hicks?...Cepat pi google.

Hari ni bukan nak bercerita pasal mc 3 hari or Brixton Hicks. Tapi nak story pasal Allergik!. Dah tengok paparan gambar di atas...cewahh....itulah dia alergik! Sobs-sobs-sobs...my son is alergik u olsssss! Huwaaaa....

Allergik....!
Satu perkataan yang sinonim dengan kita. Ada orang alergik dengan seafood, ade yang alergik dengan kacang, ayam, marjerin, cheese dan banyakkkkk lagi.

Kalau takat mak-pak yang alergik kita tak risau sebab kita dah besar, so boleh pandai survive sendiri. Tapi macamana kalau yang allergik tu anak kita? Errmm..means budak kecil yang tak tahu menahu tentang ape itu alergik? Budak kecil yang menerima seadanya tentang apa yang berlaku pada diri mereka, yang tak tahu bahawa kalau alergik itu merbahaya, yang tak tahu bahawa kalau demam panas juga boleh membawa maut?

Mikhail terkena alergik semalam. Puncanya?
Let me stori u.

Mulanya, Mikha telah demam berhari-hari. Kami bawak ke DEMC dan suhunya lebih kurang 39 darjah. Doktor bagi ubat dan seperti biasa, badan budak demam kan? Mana boleh sembuh dengan sekali makan ubat. Berhari-hari badan dia panas, ditambah dengan hingus dan batuk berkahak. Poor boy, asal batuk berkahak jer dia menangis. Sebagai ibu, mata pon tak dapat terlelap dengan betul-betul lena.

Bila dia demam nafsu makan dia berkurang. Tapi nasiblah dia still nak minum susu dan banyak minum air masak. Mommycha memang dah ajar dari kecik supaya Mikha banyakkan minum air suam. Im not into air bergula especially air kotak, dan sewaktu dengannya. Kenapakah begitu? Tips ini senang je, bila anak kita dah minum minuman yang lebih sedap, lebih manis, lebih sejuk. Makanya, dia akan refused susu dan air masak yang mana susu amat diperlukan untuk pertumbuhan pembesaran anak-anak. Manakala, air masak penting sebab bila dah masuk ke peringkat toddler, dan makan macam-macam badan derang memerlukan air yang lebih untuk "flush" apa yang tak diperlukan badan so, itu yang anak asyik sembelit tu kalo kureng bagi minum air. Jadinya kalau asyik bagi coke, pepsi, air kotak memang anak akan terdorong untuk minum minuman manis sokmo. Kalau asyik minum ringan, makan nye tanak kan? So achaner tu? anak sendiri, sendiri lah corakkan nye yer tak?

Sory, terambik feel Pakar Nutrisi Pemakanan pulak. Hewhewhew.  Berbalik kisah alergik tadi. Bila dia dah kureng makan, kita pon risau. Takkan nak makan ubat dengan perut kosong yer tak. Jadinya mommycha dah suap dia satu makanan "ringan" secubit dua. Nak tahu makanan ape? Ha...baca dulu sampai habis yer...

Mulanya alergik tu takde pon. Dan mommycha tak aspect dia akan alergik seteruk itu. Malamnya badan dia still panas. Bila tanya, Mikhail nak susu tak? Dia jawab: NAK!

Sekali mommycha bukak lampu nak susukan dia. Terkejut beruk u ols...Bawah leher tangan, kaki, belakang semua dah naik merah macam ruam. Dont know what orang KeyEll panggil tapi kalo orang Utara panggil "kelopak garam" gitu!

Hehehe..lawak kan? Nama kelopak garam itew? Kihkihkih!

Pastu mommycha mula tak tenteram hidup. Tengok sampai pagi still tak hilang. Mana nak hilang, dah aku sapu minyak gamat je pon. Hahahahaha! Ok. Tak lawak...

Disebabkan hari itu adalah hari Isnin dan aku ada kursus makanya, terpaksa jugak ku gaghkan drive ke opis. Duduk dalam dewan pon hati tak tenang u ols...teringat anak. Maklumla ai kan family-oriented orangnya. Habis je kursus terus zasss balik Shah Alam. Tengok Mikha semakin teruk. Habis satu badan dia naik merah-merah. Oh...ini tak boleh jadi. Moh le kita ke DEMC lagi. 

Nasib baik semalam Klinik Pakar still bukak. Terus jumpe Paeds, Dr. Ahmad sebab dia doktor on-call semalam. Mikhail pulak baru doktor pegang nak tengok ruam dah melalak. Belum ke episod doktor check temperature lagi. Begegar bilik doktor hoiiiii dengar pitching suara dia!

Macam-macam doktor tanya, but firstly dia dah cakap Mikha memang alergik seafood. Ok. Noted. Bla-bla-bla dengan doktor pastu dia pon suggest ubat-ubatan untuk Mikha. Nasib tak kena admit ward. Kalo tak berkampong lagi aku dekat DEMC, sampai beranak kot? Hahahaha!

Balik terus bagi makan ubat, dan sapu krim. Alhamdulillah pagi ni dah nampak kurang merahnya. Harapnya Mikha cepat sembuh. Mesti korang dah dapat agak yang Mikha alergik seafood kan? Tapi seafoood apekah yang menyebabkan dia terus naik alergik camtu? Cer teka?

Udang? Ketam? Ikan? Kepah? Siput? Lala?
Teka. teka. teka.

Tayah la susah-susah kerut kening. Mehla mommycha kasi jawapan. Tapi jangan gelak hokeh, sebab setiap orang yang tanya pastu bila aku jawab jer Mikha alergik dekat makanan *tetttttttt* terus derang gelak. Sampai hati tau... Sobs :(
So, Mikhail adalah alergik kepada......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 

KEPOK LEKOR!

Sekian. Terima kasih....

sharemy
mommycha

31 comments:

fifi said...

takde gelaknya mommy cha oiii...iols pun alergik dgn kopok lekor.sebenarnya bukan kopok lekor tapi ikan yg buat alergik kot..

Mimy Hamid said...

kesian teruk gak kulit dia sampai jadi gitu...dah la kulit bersih melepak....aduyai..takpe suh mama sapu hari hari yer kasi clean

intandayani said...

Alololo shiannye abam Mikha..Pasni mmg xboleh mkn kepok lekor lagi la..Tp mybe kepok tu tak diproses dgn elok kot..Ikan tu tak cuci bersih ke kan..

ayahmamilisa said...

siannye abam mikha..
ayahmamilisa doakan cepat2 sembuh ye..amin..

Siti Haslinda Sadiken said...

puas scrolll...hehehhehe..SB nampak elok mkn kopok lekor n seafood..tp pernah cuba udang je pun..ermmm..risau bila dh naik merah2..

e.t.t.y said...

jenuh nk scroll bawah haaaaaa...sian mikhaaaaa!!!!!!!

Nurul Hamimah said...

uish....habis merah2 eh...Mikha tak nangis ke MommyCha?tak garu2 badan dia?kesiannya....cepat2 sembuh tau Mikha....

cha said...

huhu macam i la kene camni tapi i pelik before ni i takde alahan apa pun seafood i la paling hantu huhu. sian mikha dhla alah kepok lekor muahaha

i sapu krim berangin je u lega sikit takdela i garu

cikpingu said...

fuhhhh... cian abg mikha... xdpt nk makan kopok lekor dah... :(

Sithambaram Pillay said...

hehe..gelak sikit jer..
anis rase die ellergic ikan yang dalam kepok tu lah..ikan jenis gatal kot..
sian mikha..cepat sembuh ye..

Cik Puan Rara said...

keropok lekor? hmmm senyum je.ok lah.myb dh besar nt baru boleh mkn kopok lekor =)

Ros Anis Rusli said...

maybe ikan yg drg wat kopok lekor tu xsesuai utk mikha..mang ada ikan yg gatal..sbb tu ms dlm pantang kita xleh mkn sebarangan ikan..

Leonora a.k.a Jacky Bass said...

alal siannyer..get well soon mikhael.dia gatal n garu x mommycha?

achiek anis said...

la...kepok lekor pun boleh buat alergik ek...igtkan ikan je xpe...huhu

ctmah said...

Masya Allah...takut pulak i tengok u...
takpelah..lesson learned kan =)
get well soon mikha..sihat n riang seperti biasa ye sayang

Wawa Yusoff said...

Hahahahahahaha...!!!


Apela abg long ni..! keropok lekor la sedap..!

Tp kan mommycha, not semua keropok lekor kot. wa rase mungkin mikhail alergik certain fish yg digunakan dalam keropok lekor tu. Ikan parang mungkin??

btw, seram ok tgk badan mikha mcm tu :(

Wawa Yusoff said...

Hahahahahahaha...!!!


Apela abg long ni..! keropok lekor la sedap..!

Tp kan mommycha, not semua keropok lekor kot. wa rase mungkin mikhail alergik certain fish yg digunakan dalam keropok lekor tu. Ikan parang mungkin??

btw, seram ok tgk badan mikha mcm tu :(

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

aiyo, get well soon Mikha.

Mr n Mrs Zaidi said...

alahai sampai macam tu sekali alergiknya...hi abg long xleh kawen dgn org trg ler mcm nie....kikikikikki

~aYu~ said...

alala.. siannya dia.. sedih tgk kalau anak kena camni. kopok lekor pun ada yg allergik gak tu. opismate pun ada yg alergik gak.

Aeen said...

kesiannya Mikha...semoga cepat baik yeh...mesti lambat nk baik tu....makan ubat au..:)

KUREKURE COMEL said...

anak sy pun gini gak...sama mcm mikha...lg bertambah teruk, anak sy alergik susu lembu...skrg sy bg susu kambing...alhamdulillah, alergik dia pun dh berkurang....sy kalo anak naik alergik, sy xkan sapu ubat...cuma sy letakkan anak dekat dgn kipas or aircond...lps tu ilanglah...

m@m@yAyA said...

Alahai mikha ciannya,sebab alah kepok lekor smp cmtu jdnya~
sian kan tengok lau ank kna cmni..[huhu

semoga abam mikha cepat sembuh yer syg,pasni say "NO" tu kepok lekor yer~

Chekgu Azrine said...

ikan yg dia buat kopok lekor tu gatal kot..huhu..kesiannya..

amirah said...

ooo...ikan dlm kopok lekor tu la yg mikha alergik.

cik chinta said...

jnis ikn kopok tu kot wt gatal. kesian nya. habis satu badan.

Cik Puan Mimi said...

Kesian mikaa. Kopok lekor tu ada certain yg kite jenis x alergy pon gatal mulut bila makan. May b ikan la kot kan

nurul said...

cube u check ikan ape buat kepok tu..that might be ikan yg mikha x boleh mkn..by the time nk heal ni avoid body wash yg ade sls(pureen,anakku...)try buds or moogoo..anak elergic n eczema ni high maintenance..kalah bedak mak.. :D semoga mikha cepat sihat ..lg 1 mandi dgn epsom salt

PuanSyimaSyaz said...

salam mommy cha.. nak share experience

kalau seafood means seafood yg ada air.cth mcm kerang, ketam, udang n certain ikan + ikan bilis.my dotter n husband alergic seafood, so all ths kind of seafood memang tak blh. tp tak tau la mikhail

1 thing, saya ni pun pernah kena alergik masa makan kopok leko. habis bengkak mulut mcm kna tumbuk. tp bkn sebab ikan atau seafood, tp sb minyak.sbb nya bila masak ikan yg minyak dia sangkut2 kat ikan tu, mulut saya akan naik lebam gitu... tp tu duluuuu... skrg dah takde dah.

cuba buat blood test..so blh detect anak alergik kat apa..

mama ila said...

alahai..kesiannya Mikha... keropok lekor ek...betullah tu..maybe ikan yg digunakan dalam keropok tu yg buat mikha allergic..

bedah gebu said...

salam..Bedah ni follower baru blog u mommycha..n ur blog mmg best..!!
anyway,Bedah pun slalu kena kelopak garam ni..(sebab Bedah org penang,2 ja nama i tau..scientificnya i xtau..hahaaa) tapi bukan sbb allergic dgn seafood or a.k.a kepok leko 2..huhuuuu..tp allergic dgn medicine iaitu antibiotic amoxicillin...mmg xbleh lgsg mkn antibiotic 2..huhhh! abeh la 1 bdn Bedah yg very the montokss ni akan jd mcm si encem boy mikha..start dr sebesar duit lima posen,then merebak smpai la 1 body jd mcm ikan buntal..wawawaaaa...derita hokeh!
utk kurangkan gatal,Bedah guna calamine lotion..
nnt klu rajin,singgah la blog Bedah pulak yer uuollss... http://musicakustiqa.blogspot.com/
salam perkenalan..!!
mikha,get well soon ok syg...auntie Bedah doakn u cpt2 sihat.. =)

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...