Iklan

Sharemyloves Geng!

30 April 2013

Kena DERA?

 Nota: Ini bukanlah adegan penderaan, TAK PERLU call talian Nur, harap maklum :)
 
apo nok dikato???

:(

peha kurus melidi

belakang badan

peha dari side depan

dua belah kaki

belakang badan

sian kan?

kaki pon kena, muka pon kena

ubat-ubatan penyelamat :)


Salam

Rasa sudah lama tak berblog since I was on mc for 3 days. Brixton Hicks datang menyerang lagi. Haa....taktahu ape itu Brixton Hicks?...Cepat pi google.

Hari ni bukan nak bercerita pasal mc 3 hari or Brixton Hicks. Tapi nak story pasal Allergik!. Dah tengok paparan gambar di atas...cewahh....itulah dia alergik! Sobs-sobs-sobs...my son is alergik u olsssss! Huwaaaa....

Allergik....!
Satu perkataan yang sinonim dengan kita. Ada orang alergik dengan seafood, ade yang alergik dengan kacang, ayam, marjerin, cheese dan banyakkkkk lagi.

Kalau takat mak-pak yang alergik kita tak risau sebab kita dah besar, so boleh pandai survive sendiri. Tapi macamana kalau yang allergik tu anak kita? Errmm..means budak kecil yang tak tahu menahu tentang ape itu alergik? Budak kecil yang menerima seadanya tentang apa yang berlaku pada diri mereka, yang tak tahu bahawa kalau alergik itu merbahaya, yang tak tahu bahawa kalau demam panas juga boleh membawa maut?

Mikhail terkena alergik semalam. Puncanya?
Let me stori u.

Mulanya, Mikha telah demam berhari-hari. Kami bawak ke DEMC dan suhunya lebih kurang 39 darjah. Doktor bagi ubat dan seperti biasa, badan budak demam kan? Mana boleh sembuh dengan sekali makan ubat. Berhari-hari badan dia panas, ditambah dengan hingus dan batuk berkahak. Poor boy, asal batuk berkahak jer dia menangis. Sebagai ibu, mata pon tak dapat terlelap dengan betul-betul lena.

Bila dia demam nafsu makan dia berkurang. Tapi nasiblah dia still nak minum susu dan banyak minum air masak. Mommycha memang dah ajar dari kecik supaya Mikha banyakkan minum air suam. Im not into air bergula especially air kotak, dan sewaktu dengannya. Kenapakah begitu? Tips ini senang je, bila anak kita dah minum minuman yang lebih sedap, lebih manis, lebih sejuk. Makanya, dia akan refused susu dan air masak yang mana susu amat diperlukan untuk pertumbuhan pembesaran anak-anak. Manakala, air masak penting sebab bila dah masuk ke peringkat toddler, dan makan macam-macam badan derang memerlukan air yang lebih untuk "flush" apa yang tak diperlukan badan so, itu yang anak asyik sembelit tu kalo kureng bagi minum air. Jadinya kalau asyik bagi coke, pepsi, air kotak memang anak akan terdorong untuk minum minuman manis sokmo. Kalau asyik minum ringan, makan nye tanak kan? So achaner tu? anak sendiri, sendiri lah corakkan nye yer tak?

Sory, terambik feel Pakar Nutrisi Pemakanan pulak. Hewhewhew.  Berbalik kisah alergik tadi. Bila dia dah kureng makan, kita pon risau. Takkan nak makan ubat dengan perut kosong yer tak. Jadinya mommycha dah suap dia satu makanan "ringan" secubit dua. Nak tahu makanan ape? Ha...baca dulu sampai habis yer...

Mulanya alergik tu takde pon. Dan mommycha tak aspect dia akan alergik seteruk itu. Malamnya badan dia still panas. Bila tanya, Mikhail nak susu tak? Dia jawab: NAK!

Sekali mommycha bukak lampu nak susukan dia. Terkejut beruk u ols...Bawah leher tangan, kaki, belakang semua dah naik merah macam ruam. Dont know what orang KeyEll panggil tapi kalo orang Utara panggil "kelopak garam" gitu!

Hehehe..lawak kan? Nama kelopak garam itew? Kihkihkih!

Pastu mommycha mula tak tenteram hidup. Tengok sampai pagi still tak hilang. Mana nak hilang, dah aku sapu minyak gamat je pon. Hahahahaha! Ok. Tak lawak...

Disebabkan hari itu adalah hari Isnin dan aku ada kursus makanya, terpaksa jugak ku gaghkan drive ke opis. Duduk dalam dewan pon hati tak tenang u ols...teringat anak. Maklumla ai kan family-oriented orangnya. Habis je kursus terus zasss balik Shah Alam. Tengok Mikha semakin teruk. Habis satu badan dia naik merah-merah. Oh...ini tak boleh jadi. Moh le kita ke DEMC lagi. 

Nasib baik semalam Klinik Pakar still bukak. Terus jumpe Paeds, Dr. Ahmad sebab dia doktor on-call semalam. Mikhail pulak baru doktor pegang nak tengok ruam dah melalak. Belum ke episod doktor check temperature lagi. Begegar bilik doktor hoiiiii dengar pitching suara dia!

Macam-macam doktor tanya, but firstly dia dah cakap Mikha memang alergik seafood. Ok. Noted. Bla-bla-bla dengan doktor pastu dia pon suggest ubat-ubatan untuk Mikha. Nasib tak kena admit ward. Kalo tak berkampong lagi aku dekat DEMC, sampai beranak kot? Hahahaha!

Balik terus bagi makan ubat, dan sapu krim. Alhamdulillah pagi ni dah nampak kurang merahnya. Harapnya Mikha cepat sembuh. Mesti korang dah dapat agak yang Mikha alergik seafood kan? Tapi seafoood apekah yang menyebabkan dia terus naik alergik camtu? Cer teka?

Udang? Ketam? Ikan? Kepah? Siput? Lala?
Teka. teka. teka.

Tayah la susah-susah kerut kening. Mehla mommycha kasi jawapan. Tapi jangan gelak hokeh, sebab setiap orang yang tanya pastu bila aku jawab jer Mikha alergik dekat makanan *tetttttttt* terus derang gelak. Sampai hati tau... Sobs :(
So, Mikhail adalah alergik kepada......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 

KEPOK LEKOR!

Sekian. Terima kasih....

sharemy
mommycha

23 April 2013

MilkBooster Terbaik

Salam

Tumpang tanya....Apa eh milkbooster korang?
Adakah;

-shaklee?
-quaker oat?
-susu?
-horlicks?
-milo?
-pil ASI?
-nursing tea?
-fenugreek?
-longan?
-kurma?
-daun kucai?
-lobak?
-halba?
-sawi?
-madu?
-pegaga?
-jantung pisang?
-roti?
-biskut marie?
-air suam?

Al-maklumlah, mommycha tahu ramai ibu-ibu adalah pembaca blog mommycha. So, apekata uols share sikit ape yang korang makan sebagai milk booster. Tak kisahlah murah ke mahal. Adakah milkbooster yang mahal harga beratus-ratus ni menjamin kita dapat susu yang banyak? Atau mungkin ianya hanya sebagai perang psikologi kita saja contohnya camni; "oooo..kalo aku makan produk XYZ ni mesti susu aku mencurah-curah bak air terjun Niagara Falls tu...."

Ada satu pengalaman mommycha nak share ngan korang lah. Dulu time Mikha 3 bulan aku sangat risau bila dia kerap kali cirit-birit. Sehari adalah dekat 30x cirit. Pastu bawak le ke Klinik Pakar di Parit Buntar, opah cakap klinik ni bagus. So, bila jumpe Doktor Pakar Kanak-Kanak tu firstly dia tanya... "Ur son consume formula milk or 100% breastmilk, ma'am?" Gitew..siap ber ma'am dengan haku, kuang2x.

Pastu ma'am ni pon jawab. "I campur-campur Doktor, sebab I rasa susu I tak cukup for my boy. And yet, I still makan supplement untuk banyakkan susu badan I."

Doktor tanya lagi. "What kind of supplement?" Aku jawab "Produk XYZABC, ramai my friend cakap produk ni boleh tambah susu badan, so nanti susu akan banyak!" Berkaca-kaca mata aku pandang doktor tu. Dengan harapan dia sokong aku lah....

Alih-alih dia jawab "Puan, secara logiknya supplement tak perlu. Puan cuma kena jaga pemakanan. Makan banyak sayuran dan minum banyak air. Orang dulu-dulu takde pon produk macam puan cakap tu...tapi kenapa boleh bagi susu badan pada anak mereka?. Lepas tu supplement tu kan costly, so untuk orang miskin kawasan luar bandar yang takde duit macamana diaorang boleh menyusukan anak diaorang sehingga besar tanpa mengambil apa-apa supplement, ada je susu untuk anak dia kan? Macam ni Tuhan tu tak adil lah, kalau u makan supplement susu u banyak. Orang tak makan supplement susu dia sikit, kan?"

PANGGGGGGGGGGGGG!.... 
Macam kena penampo sedasssss dekat muka aku!

Realitinya, aku bukan kondem apa-apa produk pon. Terpulang pada individu lah kan. Kang meroyan pulak orang yang cari makan dengan jual-jual milkbooster ni. Sekali lagi aku tekankan....aku mintak maaf. Aku pon makan jugak supplement yang korang jual tu...Kot-kot nanti kalo aku nak beli jangan lah tak jual kat aku kan??? Ini cuma pendapat dan memberi pendapat tak salah in this FREE country kan?

Buat masa perot tengah terheboi-heboi ni, aku suka minum quaker oat & horlicks every morning dan nite before tido. Ntah lah, kalo habis aku minum especially horlicks "teteks" aku serta merta jadi tegang...Petanda apakah ittew? Harharhar..

antara bekalan di opis, mana rasa nak minum bancuh sajo

jangan buat manis sangat, buat dalam mug besar bubuh air banyak sikit :) watever it is, this is the best milkbooster EVER!

mommycha punye hot horlicks ;p

Korang...cepat ar share dekat mommycha milkbooster korang tau!tau!

sharemy
mommycha

Nursing cover...perlu ke tidak?

Salam

Nursing cover?
Adakah keperluan atau kehendak bagi penyusuan susu ibu?

Ayat pendahuluan tak hagak, macam ayat Wanita Hari Ini sangat kan?? Hehehehehe :)

Dari segi logik akal nya, mommycha rasa ada pro & cons mengenai nursing cover ni. Tapi moleklah kiranya mommycha mulakan dengan review yang baik-baik dulu kan?. Oleh kerana orang zaman sekarang especially ibu-ibu yang telah aware dengan kepentingan susu ibu, maka nya; penjualan alatan berkenaan susu ibu sangatlah "hot" macam goreng pisang panas.

Sebut saja mengenai breast pump, storage bottle/plastic, warmer, set milk booster Shaklee, nursing cover, nursing pillow dan lain-lain lagi. Sahih semua ibu-ibu terbayang mengenai EXCLUSIVE nya penyusuan susu ibu kan? Sapa yang cakap tak exclusive, ai is dont care sebab for mommycha tiada setitik susu formula pon yang dapat menandingi kekuasaan/keajaiban susu ibu ni.

Berbalik kepada nursing cover tadi. Actually ini adalah hadiah besday daripada my sister untuk aku. Terima kasih banyak-banyak dik. Pemilihan corak semua dia yang pilih dan terus di pos kepada mommycha. 

Sesetengah orang mungkin rasa, ketidak perluan nursing cover sebab boleh cover dengan benda lain contohnya, tudung (kenalah tudung labuh kan? kalo tudung ala-ala Fareeda tu idop le ai jamin boleh cover anak time nyusu), shawl, sweater etc. Yelah nak heret nursing cover merata-rata kan leceh. Kadangkala tertinggal lah, berat lah, malas lah...yer dop?

Disebabkan itu mommycha suka dengan nursing cover daripada manjakuhappycollections ni. Sebab ianya berbentuk mobile, yakni mudah dibawa, boleh dilipat dan diletakkan didalam karung beg dan zasss terus masukkan dalam hendbeg kita. As easy as ABC, u ols...

Ntah le berapa lama mommycha mampu "setia" dengan nursing cover ni. Kita ni kan bangsa cepat cuak, kang baby nangis nak susu, nursing cover ke mana, apa ke mana hehehehe. Tapi at least dengan adanya nursing cover ni, takdelah kita tercangak-cangak nak cari nursing room if kita dekat shopping mall or kita dekat tempat public kan? Tak gitew kengkawan? Dalam masa yang sama bolehlah kita tutup aurat, takdelah nanti timbul issue bangsa jantan-jantan tak reti melayu ni yang tertoleh-toleh bila kita nak nyusu anak di public kan? Jendullah manusia camtu....

Nursing cover daripada manjakuhappycollections ni materialnya lembut, banyak jenis kaler, corak dan boleh digunakan both side. Contohnya kalo korang boring kaler A, korang boleh terbalikkan nursing cover tu dan guna plak kaler B. Gitew, ye puan-puan. Pastu nursing cover ni pulak rupa macam apron, so bila kita nyusu anak at the same time boleh main ciku-cak dengan anak. Boleh la, mengendap anak tengah nyusu tu. Disebabkan fabriknya yang lembut, so tak timbul issue baby akan meraung kepanasan ke hapa. Nak lagi lembut basuh le dulu cover tu then, rendam dengan Downy Hello Kitty, haruussss selembut sutera u ols!

So far sebab ai is belum guna so belom nampak kepentingan nursing cover ni lagi. Takpe once dah guna untuk nyusu adik baby nanti cepat-cepat ai hapload dekat IG & fb hokeh. Sharing is caring keennn??? Sebenarnya terpulang pada individu itu sendiri untuk menilai adakah cover ni satu keperluan atau pembaziran. Hak masing-masing kan? Samalah jugak dengan breast pump, nak beli yang murah ke, mahal ke, itu bukan penentu susu ko melimpah ruah macam Sungai Nil tu. Orang dulu-dulu main picit-picit jer breast boleh pulak nak nyusu anak sampai 4-5 tahun kan? So tak timbul isu ko beli pam beribu-riban susu ko banyak dan ko beli pam murah susu ko ciput. Itu semua terpulang atas kerajianan individu dan konsep deman & supply antara anak dan ibu. Contohnya gini lah, kalo korang pam jamban tu bila kita flush tangki nya akan kosong kan?, pastu after a few minute air akan masuk dan penuhkan tangki semula kan? Camtu gak le susu, bila kita rajin susukan anak, breast dah kosong so cepat lah signal dihantar ke otak untuk penuhkan semula breast kita. Errr..sorry ai kasi contoh yang euuuwwww sikit, tapi as long as senang kita ingat konsepnya takpe kan?

Dari nursing cover aku tersasul pasal breastfeeding pulop. Takpelah kita ni kena ade aura positive, pikir baik-baik saja untuk kepentingan masa depan kan? Ini hanyalah pendapat mommycha, if korang ade pendapat lain boleh jer luahkan dekat ruangan komen tu. Ai is okeh :)

Oh, ade jugak suara-suara sumbang-mambang yang bertanya nape nak jual breast pump spectra 3 mommycha tu. Errmm..kepada suara-suara tu nanti ai buat entry lain yer, neway dah ade orang beli pon.... Errr.....ibaratnya gini lah.....ape salahnya kalo pakai myvi tetiba nak tukar BMW kan? Woopppssssss! ;p #kalaumampulahnoksss#

tanjat boboi sekali bukak parcel kaler merah ang-ang :)

nursing cover ni di datangkan bersekali dengan beg kantung gini

kantoi tengok blog ceera time keja. ginilah kalo pakai side A, menyerlah mak ngah. harus semua orang menoleh tengok haku hihihihi :)

so kalo pusingkan ke side dalam, jadilah kaler pink. Ai is liking kaler pink! macam apron pon hade kan?

ada peng adjust untuk keselesaan baby & mama baby :)

lipat dan simpan jika tidak digunakan. boleh taruk dalam hendeg, tak berat mana pon, ai Gtab/Ipad/Perfume 150ml boleh bubuh dalam hendbeg takkan nursing cover malas nak bawak lak eh? ngeh-ngeh-ngeh ;p

sharemy
mommycha

22 April 2013

SOLD!

Salam

Alhamdulillah, SOLD already.
Rezeki mommycha & adik baby agaknye. 
Not a fussy buyer at all.
Thanks to my silent reader and old fren of mine, Mrs. Fadzlinie binti Murad.
:)


bye-bye spectra, belum berkesempatan nak bermesra nampaknya kita :) kau telah menjadi hak milik orang lain :)


alhamdulillah ya Allah!


sharemy
mommycha

Well preparation for second baby

Salam

Pagi ni bukak blog, terus tengok Lilypie Tickers tu. Biar betik, dah 35 weeks pregnant and about 35 days to go?

Bersediakah daku untuk bersalin buat kedua kalinya?

Sebenarnya, dari segi fizikal dah bersedia. Barang baby dah beli, breastpump baru pon dah oder..eh? Hihihi. Tapi dari segi mental ni, dah cukup kuatkah mommycha untuk menempuh alam bersalin sekali lagi? Rasa baru jer kena belah perut tahun lepas kan beranakkan Mikhail? Harap-harap tahun ni boleh keluar ikut pintu elok-elok yer, dik. Tanak lah keluar ikut sliding door lagi. Sian mama tau....sakit :(

Menjelang 35 hari sebelum bersalin, persediaan untuk baby takdelah semeriah yang pertama dulu. Kenapa kah? Sebabnya, masih banyak barang Mikha yang adik boleh guna. Macam lampin still elok sebab aritu bila lampin-lampin ni tak guna, opah dah basuh lipat dan ikat dalam beg plastik. So, tak timbul lah issue lampin naik kuning-kuning tu kan? Bila nak guna balik tengok elok jer. So zasss, masuk dalam baldi rendam dan suruh Achu cuci. Kihkihkih! Tengkiu Achu KKM. Banyak tolong akak dia sorang ni. Haii mana nak carik adik camni. Rajin, lawa, putih melepak, pandai bergaya, baik hati..hehehehe...! Puji ade makne ke? Tettttttt.......

Beg adik baby pon momycha baru bukak dari plastik. A gift from my officemate, Ina :) Kiranya beg tu still new. Asalnya nak bagi ke abang, alih-alih adik yang dapat. Kira ON jela. Momycha letak baju newborn, pampers, towel, lampin, wet tissue, baby blanket, mittens & booties and a few things yang important. A good thing beranak di swasta ni sebenarnya kelengkapan baby takperlu sedia banyak sangat. Sebabnya derang akan bagi, termasuklah pampers. Kita cuma perlu bagi baju, mittens & booties jer. Blanket baby pon derang akan sediakan :) Kata bayar kan? So itulah antara benda yang kita akan dapat.

Sehingga kini, beg baby dah selamat dalam bonet kereta. Ke hulu-hilir bawak beg. Takut terberanak ko... Dah le berulang kemain jauh setiap hari. Elok lah, perut pon dah semakin rapat dengan stereng. Cuak jugak. Nak ke belakangkan sikit seat nya, dah pulak kaki ku tak sampai...achaner tu? Terpaksa lah adjust itu ini before nak bawak kereta. Hihihi. Dah macam Mr. Bean aku rasa....

Minggu depan genap 9 bulan. Makin cuak dirasakan. Ini pon asal sakit perut sikit dah cuak-cuak. Yelah dulu time ngandungkan Mikha tak rasa pon contraction, so I've no idea how contraction supposed to feel like? Kadang-kadang sakit perot silap makan pon, aku rasa eh ni contraction ke? Hehehehehe...Ngok-ngek. Pastu bangsa dan-dan tu jugak nak ajak Baba pegi sepital dah. Padahal sakit perut biase jer. Alahai....

Sekarang ni, bila perut makin membesar nak tido pon susah. Nak cari posisi tido comfy-comfy memang tak dapat ar. Asik terjaga malam yer jugak, asal jaga jer kaki Mikha dah dekat muka aku. Asal jaga je kaki Mikha dah ade dekat area perot aku. Hoi! Tak bley caye budak ni..Merbahaya!! Pastu pulak sekarang musim panas kan? Malam dah berpeluh-peluh aku, bukak ekon mulalah sok-sek-sok-sek selsema pulak. Macam-macam peel kan ibu mengandong ni?

Bab datang opis pulak, tahap kemalasan adalah bab paking keta. Hazab hoi kalau opis dekat Putrajaya ni. Paking memang very limited. Ko kena lah berhempas-pulas datang awal untuk dapat paking cun dan dekat, kalo tak memang paking ke hujung dunia & terpakse blok keta orang. Tak suke hoi...jap-jap orang tipon suh alih keta. Dah le dengan perot terheboi-heboi aku ni, terpakse jugak mintak opismate tolong ubahkan. Bilakah ibu-ibu mengandung akan dapat facility paking yang elok sikit eh? Cobaaannnnnn-cobaannnn! Itu belom yang kereta aku kena blok. Pastu bila kita kol suruh dia ubah, boleh lak jawab..."Saya dekat PICC ni, awak tolak jela kereta tu, saya tak tarik handbrek". Phuiiiii! Ha kannn..dah kena phuiiii dengan aku. Aku dah le membawak perot 8 bulan ni, nak pulak suh aku tolak keta Waja 1.5 ko yang berat gedabak tu kan? Mana tak hangin aku weyyyyyyy! Memang nak merasa kaki size 7 ke muka gamaknye?!!

Itulah antara cabaran mengandung. Sebenarnya, antara suka terselit banyak jugak kisah duka yek? Aku cuma mampu berpesan, buat yang nak mengandung tu better biar anak korang besar sikit dalam 3,4 tahun. Bukan aku menghalang, cumanya banyak dugaan tambahan pulak anak sulung masih kecil dan memerlukan perhatian kita. Aku dah rasa..so aku cuma kasi nasihat yang berguna. Kang tak pasal-pasal ko akan penat dan jadi nak marah dengan anak sulung ko yang makin melasak. Lagi pulak yang hubby asik out-station...Mana nak layan morning sickness, layan anak kecik lagi, bila perut dah membeso lagi teruk, mengah sana-mengah sini. Mungkin Allah SWT tahu aku mampu untuk mengandung dan masa yang sama mengasuh Mikhail. Itu sebab aku dapat rezeki ni, dan alhamdulillah aku sangat suka mengandung kali keduanya. Cuma cabarannya agak KENTAL! Banyak kali gak aku marah Mikhail, pas marah menyesal, mintak maaf dengan dia, cium-cium then...then tak sampai 10minit buat perangai...dia kena marah lagi.... :(

Itulah saja entry kedua aku. Ingat nak type dua tiga patah perenggan jer, sekali terhover u olssss! Hehehehe. Buat yang nak memberi komen membina di alu-alukan. Lagi sekali mommycha tekankan dekat sini, bukan mommycha tak suka second pregnancy ni, cuma agak penat berbanding yang first dulu. Itu jer, jangan salah sangka pulak yer, kengkawan :) 
I so glad Allah SWT giving me this second opportunity to be pregnant again :)
#pisyaw#

beg baby & half of the stuff :), teruja macam nak sambut anak sulung jugak..beli pampers NB banyak-banyak sekali baby kuar 4kg lebeyh dah kena sedekah pampers dekat orang lain mcm Mikha ritu. #nyesal# sobs :(

inilah gambo perot yang hampir mencecah ke streng tu...cobaan-cobaan....hihihihi!

hai perot  ke belon ni? :) tapi lengan ai still kurus keding hokeh! perot je membeso bagai johan


sharemy
mommycha

Cousin wedding

Salam

Isnin menjelma. Marilah mommycha re-post entry yang telah tertangguh agak lama. Disebabkan mood ber blogging kembali. Marilah kita merajinkan diri menaip apa yang patut, yek?

Dalam bulan March aritu, ade my cousin wedding. Bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Disebabkan ade VVIP di majlis tu so, mommycha takbley lah bawak baby masuk grand ballroom. Jadinya daku stay bersama Mikhail dalam bilik jer sampai majlis habis...oppps! siap tido sana semalam jugak :)

Sempat lah Mikhail berendam dalam bath tub sampai kecut-kecut hehehehe :)

Baba join lah wedding tu, siap hantar nasik minyak ke bilik..ala-ala room delivery gitew. Kami tunggu dalam bilik sambey lepak-lepak dengar Manifesto BN..hahah boley gitu? Petang before wedding Opah mama sangatlah sibuk. Tapi dalam kesibukkan tu sempat lah jugak opah, achu, granny pegi Ariani Jalan TAR membeli tudung yang matching dengan baju. Ehem...baju pon sponsor okeh dari family pengantin. Untunglaa....

Opah Mikha jadi urusetia lah for that majlis. Kena in-charge bahagian gift untuk VVIP & VIP. Opah buat handmade tart nenas untuk semua VVIP. Kelasss kan? Pastu derang jugaklah yang kena ikat-ikat riben for VVIP punya cenderahati. Cenderahati pon bukan calang-calang punya hadiah woo...menangis mommycha tengok isi dalam kotak tu. Huhuhuhu!

Oleh kerana ini entry pendek, marilah kita layan beberapa keping gambar. Tak banyak pon, sebab sibuk mengepong Mikhail dalam bilik. Ko tau lah budak dah dapat kaki, berlari sana sini. Jap-jap dah ade dalam bilik air sorang-sorang ko! Urut dada mak ko, Mikha..gitu lah orang kampong dapat duduk hotel jadi jakun seketika...Hikhikhik!

Pastu boleh pulak dia usik gift-gift untuk tetamu. Haiii..kecut perot mommycha nengok budak sorang ni. Takut habis jatuh berterabur berderai tart nenas opah kang....hai laaa anak! Opah sumpah jadi decoder Astro kang, baru tau ;p

antara gift nya.

so cute...suka the combination color

The very VVIP :)

VVIP also..

Inilah hasil kerja opah, tart nenas kepada VVIP & kerabat diraja

baju untuk opah & adik beradik nye..

suka betul ai tengok kaler combination hadiah ni :)

sibuk dia ke hulu hilir dengan bantal busuk. gigi tak comey asik isap puting jerrrrr! geram hokeh!

achu pulak melayan anak buahnye, kasi gtab diam lah sat..
bala tentera kami :)

last but not least, THE PENGANTIN. My cousin yang lelaki. Side perempuan dah buat dekat Sime Darby Convection Centre.

Itu saja dulu ye kengkawan. Nanti mommycha update citer lain pulak. Dah basi punya story pon nak jugak ku hupdate :)

C ya later on!

sharemy
mommycha

19 April 2013

Tora kembali...

Salam

Hye u ols. Semenjak dah betukar background ala-ala ganti langsir macam nak sambut raya ni, semangat nak berblogging tu sudah kembali. Bak kata Mei-Mei dalam Upin&Ipin, "saya sukaa...saya sukaaa".

Bukan ganti backround susah-susah pon. Yang simple saje, sebab dah boring dengan design lama. Nak buat cun-cun tak reti lagi. So cuba yang simple dulu lah. 

Dikesempatan ini, nak ucapkan Happy Birthday buat babies yang lahir pada bulan April. Ramai rasanya dalam group kita yang baby derang lahir bulan ni. Antaranya: 

1.faida annaila bt mohammad hakim -1/4/12
2.(Umie-puanpingu) Nur Dhia Khadeeja Bt Mohd Termizi - 03/04/2012
3.(ibubearlife) Nur Qaleesya Izara Bt Mohd faizal- 05/04/2012
4.Nur Daaliyaa Rafhanah Binti Norzaidi- 15 April 2012
5.Adelia Zahra Mohd Akbar-21/04/2012
6.Muhammad Razin Mikhaill bin Mohd Saifful - 22/4/2012
7.Muhammad Farish Adyan B. Mohd Fahmy (Nana Farhana) - 30/04/2012
8. Aish Yusuf bin Asrul Sani (Erin Jamaludin) - 09/04/12
9.Muhammad Elman Mikhael bin. Mohd Mirza - 16.04.2012
10. aty fared - qaleef eeman b mohd farid - 18 april 2012

Semua mommycha curik dari file dekat group fb kite. Hehehehe :)

Ramai sungguh ada 10 orang semuanya. Meriahuolsssss!
 Semoga semua baby-baby ini menjadi anak yang soleh & solehah serta menjadi akak-akak & abang-abang yang baik kepada adik-adik mereka nanti. Amin!

Terkini, mommycha sudah genap 34weeks. Maknanya dah 8 bulan. Estimated baby weight pon dah 2.2kg last week check-up. Baby takdelah besar sangat. Yang besar tu emaknye je. Berat mak dah 75kg! Memang gaya ikan paus tengah berjalan sangat, sebab kalo compared dengan penguin tipulah pulak kennn? Kemain cinonet penguin dibandingkan dengan mommycha tu. Harharharhar!

Situasi orang mengandung 8bulan seperti biasalah, kejap cramp, kejap sakit ulu hati, kejap kaki bengkak, kejap sakit perut memulas, kejap-kejap nak terkencing, kejap-kejap pening, takbley tidur malam alahai macam-macamlah. Sebagai ibu, kita terpaksa lah bertahan kan? Takkan sakit gini pon, nak mengagau carik panadol jer. Bahaye tu....isk!

Simptom yang paling ketara mommycha kena sepanjang mengandung adalah kerap selsema dan bersin. Pantang hoi, habuk skit dah bersin. Orang vaccum pon aku yang bersin. Itu tak masuk kalo termakan makanan yang mengandungi belacan lagi tu. Lagi hebatlah penangan bersin haku! Terpakse jugak tahan, lap-lap dengan tisu je, nak makan ubat pon Doktor tak galakkan sangat. Jadinya redha & pasrah sudah ler bersok-sek-sok-sek sedut, hembus hingus sendiri :)

Oh buat yang merindui mommycha, nanti ai akan letak sekeping gambo latest/terbaru/terkini sewaktu melawat one of my officemate last 2 weeks. Hehehehe. Tak berapa nak gorjes lah wajah daku ketika itu, tapi hentam sajalah labu!

My officemate, Puan Wawa Raihan selamat melahirkan baby ketiganya, yakni baby girl setelah beranakkan 2 orang hero-hero lelaki terdahulu. Cewah! ayat gomen sangat kan? Akhirnya tercapai jugak hajat Wawa untuk berbabykan gegel. Tahniah Wa!

Oh! sebelum terlupa, pada sesiapa yang berminat nak beli pam spectra mommycha tu silakan wassap/pm/emel/bbm mommycha yer. Entry ade dekat bawah. Hilang ingatan dah camne nak buat sticky post. Hahaha!

Itu sajalah yang mampu ku tulis today. Mengah sangat hari ni sebab setelkan satu perkara yang penting. Hehehe! Ape kah ianya??? 

Buek. 

Rahsia.....!

sedap tido yer baby? gift set tu dari mommycha & the geng :)

Airin Adriana :)

tak boleh edit dah. tang idong memang dah kembang semangkok. Mommycha with Mama Airell, Aaron & Airin :) Triple "A" dah, ko mampu badan slim gitew dalam pantang?


sharemy
mommycha


 

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...