Iklan

Sharemyloves Geng!

07 March 2013

Makan di Islan BBQ Steamboat

Siapa suka makan-makan? Angkat tangan?
Mewahnya negara Malaysia ni, sebenarnya bukan terletak pada duit ringgit, tapi terletak pada pelbagai jenis makanan...Betul tak murid-murid??? 
(Gaya cekgu Bahasa Melayu sesangat kennn?)

Oleh sebab itu marilah kita keluarkan entry pasal makan. Seminggu sekali WAJIB hado gambar makan-makan, baru terasa feeling-feeling JJCM kennn? Ape ingat Ikram Dinzly jer mampu makan sedap-sedap? Eh...hello...Ai is pon mampu lah. Takat nak ganti Ikram ngan Qi jadi pengacara JJCM tu..sap-sap soiii ah!

Kehkehkehkeh!

"Minggu ini kita bawakan kepada anda, satu lagi tempat makan yang menarik di sekitar Selangor ini. Buat anda yang gemarkan makanan celop-celop, rebus-rebus, bakar-bakar, gril-gril...Haaaaa...inilah tempat yang dicari-cari...."(pssttt..ade gaya Ikram tak?) Kihkihkihkih!



Malas ar nak berlakon jadi Ikram, tak best! Cover line sesangat. Ini semua pooooyyoooooo! Meh momycha nak story dekat u ols. Sabtu lepas me & my family went to this place. Sebenarnya inilah kali kedua pegi sebab first time dulu datang sini berbuka puasa. Hazab nak mampppp...sebab payah nau nak paking! Tapi sebab dah ade orang nak lanjer, so kita ON kan saja lah yer....

Dasar nak makan FREE punya kaki! Hehehehe...


Inilah rupa Mikhail bila memula sampai. Ntah le nape, Misteri Nusantara menyelubungi aku sebab tetiba rambut Mikhail macam Prof Albert Einstein tu..Tetiba kembang macam aku taruk mauripan roti atas kepala dia. Terus rambut dia rupa K-Pop serabai...Takpe layankan jerr...Belom ade makwe nak ngorat pon, kecik sangat lagi, sunat pon belom .. Hohoii!


Kami makan beramai-ramai that day sebab my untie yang belanje. Lebih kurang 25 pax semuanya. Best makan ramai-ramai sebab boleh nengok telatah anak masing-masing. Selain dapat merapatkan ikatan kekeluargaan yang jauh keennn? 

Ok start dari gambar ni sampai bawah dah malas nak type dah, jin malas sudah merasuk mak buyong...Sila tengok gambar sudah yer...

Inilah situasi ketika makan.



 
Situasi di Island BBQ Steamboat tu. Pelayan baju hijau diimport khas dari Shah Alam.
:)



Ini pulak pemandangan outdoor dekat situ. 



Ini pulak antara bahan-bahan steamboat.
 

Ini pulak bahan-bahan grill bakar-bakar.


 Ini pulak, margerine & sos cicah-cicah.


Suka tengok kaler margerine ni, so amik le pic lebeyh sikit :) Kaler tengah "in" sekarang ni, yellow mustard..Hihihi!


Berjenis-jenis sos pencicah...


Ini pulak tempat minum panas.


Ini pulak tempat minum sesejuk.


Hasil BBQ & steamboat meja kami.


Inilah kami sekeluarga. Berkaler hijau, Maaf ai is terpaksa gelapkan muka separuh, kehkehkeh! Muka ala makcik-makcik balik berkebun sangat...Ko tengoklah peel Mikhail tu...ralit main sudu. Pas tu tetiba ada bau busok giler, rupa-rupanya Mat Mikhail ni dah ter berry seketul besar koo... Berhari-hari tak berry dekat rumah, alih-alih kuar makan berry dekat kedai. Molek sungguh la, bersilat, berkung fu, ber karate do mak pak bila anak berry, u olss!


Last but not least muka kekenyangan sudah. Heehehe! Ini lah dua pupu Mikhail, namanya Umar. Seyes sokmo muka dia. Pastu, kitaorang makan until magrib dan solat disitu jugak. Kemudahan surau disediakan, usah risau ye kawan-kawan. Makan-makan jugak, solat jangan dilupa tau?...


Pada yang nak try bolehlah google tempat ni. Secara overall, boleh lah taste nya. Nak kata superb sangat pon takde lah. Berapa kah herga sekepala pon ai is tatau. Sebab kata ade orang lanjer kan? Kihkihkih! 

Lepas makan terus balik rumah MIL. Pastu, sambung makan satay, pastu terus bum-bum. Sekian saja karangan dari saya untuk awak.
Salam walimatulurus....

sharemy
mommycha

10 comments:

cha said...

tapi yang tak bestnya sini takde ketam kan? sebab i dah google dulu muahah memang murah harga dia tapi sayang takde ketam. so no no no bagi i dengan suami yang hantu ketam ni

SweetLikeWhat said...

haha..tergelak ai pasal rambut mikha tuh..
banyaknya makanan..best..best..

ciNDerella stRikEr said...

teringin nak pg jgk... tq for sharing

Mooniqueen said...

Huhhh best ni... Tapi kena tunggu dah boleh makan lauk2, baru boleh terjah.... nak makan laukkkk...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

ooh ni yang masuk JJCM ritu.. best nya stimbot

♥ Wina ♥ said...

tempat best!

tapi me kuranglah makan steamboat..hubby sukelah

With Julia said...

Mommy cha...marveloss habis tmpat makan baru mommy cha sekeluarga....weeeeehuuu nak pi nak pi nak pi....baba lets go serang hendapppp hehhehe tq mommy cha! muahhh kt mikha tomeiii yg serba ijauuu i likeeeee u!

erna said...

lama dah nak pergi tempat ni momy cha. siap masuk JJCM lagi. tp x pegi2 lagi. ni tengok entry mommy cha ni makin bersemangat nak ke sana.

mama ila said...

Amboi mommy cha..nak ganti ikram ngan qi ek..hihihi..mesti xdapat cari mkn tau mereka berdua sbb mommy cha lagi best...hahaha..best nyer kat sini...steambot sedapppp...suasana pun best...nanti kalau dtg sana..boleh lah try..

Mimy Hamid said...

island bbq ni kat area kg subang tu eh

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...