Iklan

Sharemyloves Geng!

26 March 2013

Bukan KONDEM Susu Formula, bukan UP susu ibu

Serius mood MENYELUBUNGI diri...

Susu ibu. Mungkin agak menyampah bagi sesetengah orang jika mommycha meng utarakan topik ni. Tapi percayalah daku bukan sebahagian yang terlalu obses pada susu ibu, sehinggakan mengenepikan penggunaan susu formula dikalangan kanak-kanak. Sebabnya? Aku sendiri menyusui anak sulungku dengan susu formula. Kerana apa? Takda susu? Tak cukup susu badan? Susu taknak keluar? 

BUKAN!

Cuma ini semua di sebabkan penggunaan botol dan puting yang melampau dan terlampau-lampau menyebabkan Mikhail langsung tanak direct feed menyusu badan. Jadinya production susu makin berkurang sebab tiada tindakbalas dari otak bayi ke ibu, lalu menyekat pertambahan susu ibu. Menyebabkan, lama kelamaan susu ku makin kering dan langsung takde.

SADIS & SEDIH!

Walhal, Allah SWT mengurniakan keperluan susu ibu cukup untuk seorang bayi. Dia maha mengetahui. Disebabkan bayi dilahirkan dengan mempunyai perut hanya sebesar bentuk sebijik guli, disebabkan itulah susu pertama @ kolostrum itu mencukupi untuk bayi kita. Bodohnya aku dulu sebab terlalu obses mengejar membeli itu ini keperluan bayi tanpa langsung memenuhi ilmu penyusuan penuh didada. Yang aku terujakan adalah membeli pakaian, dan perkakasan bayi tanpa menyedari bahawa ada satu kepentingan lain yang paling utama. Yakni memberi bayi ku dengan susu ku sendiri.

MALAS?

Itu pun satu hal, setiap kali pam di pejabat aku akui sangat malas untuk bangun dan basuh segala perkakasan mengepam. Sebab itulah antara faktor susu semakin kurang dan berkurangan. Aku cuma sempat mengepam 2 kali sehari semasa dipejabat tanpa mengikut rules 3 jam sekali masa yang perlu dipam oleh seorang ibu yang bekerjaya. Sedih bila balik rumah dan tengok stok EBM semakin berkurangan. Mikhail yang berbadan gempal pulak semakin hari semakin kurus dek kerana "catuan" susu ibu semasa di Taska. Oh..maafkan mama, Mikhail.

Ketidakprihatinan aku terhadap keperluan susu ibu ini sangat ketara bila aku langsung tidak membeli breast pam. Bahkan hanya meminjam daripada kakak iparku. Padahal aku mampu untuk membeli stroller dan car seat yang beribu harganya, dibandingkan dengan membeli sebuah mesin pam susu. Sungguh kurang cerdik dan bodoh aku rasakan, jika dipikirkan balik.

Dan bila aku start menyusu Mikhail langsung aku taktahu caranya untuk handle susu aku sendiri. Cara untuk menyimpan? Cara untuk memanaskan susu? Cara untuk memberi stok EBM kepada bayi? Semuanya with ZERO knowledge! Memang semua aku berikan ikut kepala otak sendiri tanpa merujuk kepada sesapa pon.

Kini, aku banyak menyedari kesilapan diri sendiri. Aku mula belajar tentang selok-belok alam penyusuan susu ibu. Bukan....bukannnn aku terlalu obses dengan susu ibu ni. Tapi bila memikirkan bilangan anak yang semakin bertambah, dan ekonomi yang semakin meningkat, semuanya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Jikalau boleh aku saving kan untuk membeli susu formula kepada adik, aku rasa sangat happy. Susu formula bukan murah diknon....Mana nak beli pampers lagi? Taska lagi? Kereta? Sewa rumah? Bil-bil utiliti?

BERUSAHA KERAS?

Disebabkan itu moral aku sangat tinggi untuk terus-tmenerus menyusui bayiku. Teringat satu blog yang sangat aku sukai untuk dijadikan rujukan penyusuan susu ibu. Kata penulis blog tersebut...."Jangan bandingkan dengan orang lain berapa auns susu kita boleh dapat dalam sehari, tapi bandingkan berapa kali kita mampu pam susu dalam sehari, biarlah walaupun pam hanya sekadar keluar angin namun kita masih bersemangat tinggi untuk mengepam"

Sebab itulah aku rasakan susu ibu adalah amanah daripada Allah SWT kepada aku untuk bayiku nanti. Mungkin aku tak mampu memberikan barangan mewah kepada anakku seperti orang lain, namun akan ku cuba untuk terus-terusan memberikan susu ibu kepada bayiku nanti. Mewah @ kaya aku bukan terletak pada harta, tapi mewah ku nanti adalah terletak pada amanah yang diberikan kepada Allah SWT untuk ku.....Insyallah!

Disebabkan itulah aku terpanggil untuk DIY segala ilmu menyusu didalam sebuah file untuk rujukan ku dalam pantang nanti. Wanna more about my file? "The story of mother's milk?" 
Later on lah ok? Nanti kita share sesama....

BORING dengan topik ni? Sorry lah u ols...hanya meluahkan apa yang terpendam...

Nota kaki: Alhamdulillah, barang untuk menyusu (breastpump set, coller beg, ice pack, breast storage bottle, plastic storage) dah ku belikan 80% berbanding preparation untuk barangan bayi yang lain....kerana aku sayang anak-anakku, aku utamakan yang paling UTAMA....

my FILE. Segalanya tentang susu ibu. Nak tengok ape isi dalam? Tunggguu... :) #usahatanggakejayaan#
 
sharemy
mommycha

26 comments:

Allene said...

btul tu... lin pun hope boleh lebih gigih susukan baby kali ni.

Nadt said...

syabas mommycha. semangat dah ada, teruskan dengan usaha!

lia said...

all da best 4 u dear....

as for me, kena semangat & degil utk bf anak ni... sbb byk suara dari luar yg mungkin wat kita lemah d tgh jalan.... chaiyokkk chaiyokkkk

cik chinta said...

br bli brestpump manual kak cha. sush nk bli byk brg. sbb pekan ni xde byk brg. sdih je x dpt rasa keseronokan mumy len bersoping mcm kat smnjung. ehe..

m@m@yAyA said...

Semangat yang penting mommycha~

Sebabkan mommycha ada semangat yang tinggi camni insyallah sumenya kan berjalan lancar~
yang penting tanam dalam ati "susu aku cukup untuk anak aku"..
nti masa pantang rajin2la pam specially time sbuh start pkul 1am-6am sebab masa tue kilang susu tengah bekerja keras~

U can do it,mommycha~

MimahAjil said...

mama boleh...yakin pada diri dan pada rezeki Allah....


~ini orang nasihat pandai...sendiri kdg2 down bila susu drop...takpela...sambil doa untuk diri sendiri..doa utk kawan2 lain jugak~~

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Insyaallah, kuatkan semangat mommycha.

Syima Syaz said...

amin..semoga kali ni dimurahkan rezeki
kena pekakkan telinga k..n semangat kuat

Mimy Hamid said...

pengalaman lalu mengajar...xxpe tekadkan semangat...In Sha Allah anak sterusnya akan berjaya penyusuan...kita dulu pun gagal masa Fayel sebab czer terbukak ulang alik klinik ...tinggalkan baby kena la bagi botol kan..sudah nya dia kesedap

achiek anis said...

Insyallah moga lepas ni adik mikha dimurahkan rezeki utk SI sepenuhnya ye mommycha...chaiyok mommycha...:)

CikNaa said...

terbaik.. tp bila baca entry kali ni serius nak nangis mengenangkan kesilapan lalu..

SweetLikeWhat said...

bagus mommycha..teruskan usaha ye..semoga berjaya susu kan adik mikha hingga 2 tahun..amin..

che'pi said...

terbaek la.... semangat tu penting.... nanti usaha lagi :) sy suka susu ibu

UMIE SUE said...

kuatkan smgt! syukur su msh bf wlupun susu xmeriah.kt doa same2 ye

Hana Soffelia said...

All the best. Kuatkan semangat mommycha.

sweetlavender86 said...

good luck mommy cha!zura dulu pun anak 1st tak berjaya fully bf sbb kuranggg sangat2 ilmu penyusuan dan mls mengepam.bile pregnnt 2nd bby dah niat mmg tekad nk fully bf.alhmdulillah allah permudahkan.kene positive + sabar + rajin dan suami pun kene supplort jugak dri segi mental n fizikal.yang aling best jimat sangat2 uolssss.duit susu formula bleh la di salur kn ke benda lain. :)

D Yatie said...

hope the same thing for next baby insyaAllah

HANI IZWAN said...

bagus idea u, mommycha..nanti boleh i refer kat your blog aje pasal penyusuan susu ibu ini. i dah berazam sgt nak bagi susu ibu sepenuhnya kat my 2nd baby (yang tak tahu bila akan ada..huhu).

waktu isa dulu, i malas! breast pump ada, storage ada, tapi MALAS. bila fikir balik macam teruk sgt rasanya..(+.+)

Chekgu Azrine said...

good luck sis..msh blm terlmbt sis..in shaaAllah..semoga dipermudahkan ye

erna said...

pasal obses susu ibu ni..erna memang mengaku erna obses. biarlah apa orang kata, erna x penah nak amik pusing. apa yang tahu..nak cuba sedaya upaya bagi susu ummi kepada iman dan bakal adik-adik iman nanti. Memang ramai la yang cakap erna obses susu ibu. sampai ada yang cakap.."nanti kalau tuhan uji xde susu, macam mana? obses sangat la erna ni.." owh..makan dalam. tapi keep on positive thinking. doa..doa..doa..semoga allah izinkan susu erna sentiasa melimpah ruah.

entry ni dah jadi satu azam dn tekad buat mommycha. niat paling penting. sekarang mommycha dah berniat. semoga allah makbulkan impian suci mommycha. AMIN

semoga selamat semuanya mommycha

Asz Miza said...

Goodluck MommyCha!

Aty_Fared said...

Takper cha..sekurang2 nya masih diber peluang utk lebih baik lepas ni..insyaallah aty yakin cha boleh..belajar dr pengalaman..aty sure cha akn lbh gigih dan hebat lepas ni..insyaallah..:-)

veesakura said...

Takpe mommycha. chaiyok! Yg lepas tu dh lepas. now, try your best ek. i pon ade up and down psl production susu ni.sbb x pam ikut time.huhuhu

amirah said...

chaiyok cha! rajinnya cha wat buku sendiri..insyaAllah pasni adik baby boleh nyusu dengan susu terbaik atas muka bumi ni ye. insyaAllah. kentalkan semangat tabahkan hati. insyaAllah 2 tahun tu tak rase mende pun. kejap je

Misz Pinkie Winkie said...

insyaallah..chaiyok2..

Cik Iman said...

Cik Iman pun sama :( Benda lain beli berlambak-lambak tapi tak pernah terpike pasal breast pump. Dah keluar anak baru nak mengelabah. Pas cukup 44 hari pantang baru nak cari breast pump. Padahal anak campur breast milk dengan formula. Lama-lama dia taknak dah nenen Cik Iman. Lagi la kita perlukan breast pump nak kejar demand dia.

Menyesal skang tak guna gak :) Jadikan ia pengajaran walaupun anak yang jadi mangsa keadaan (ada pulak). Anak Cik Iman baru 3 bulan dan Cik Iman sedaya upaya bagi dia breast milk sedaya mampu.

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...