Iklan

Sharemyloves Geng!

28 March 2013

Tak mudah rupanya.....











Bukan mudah rupanya untuk menjadi seorang ibu.....

sharemyloves;
Mommycha

posted from Bloggeroid

27 March 2013

Mak aiiii...BESAR nye perot!

Oh perutttttt ibu mengandong!

Sejak pregnant kan baby kedua ni, time terasa sangat laju. Laju memecut meninggalkan trimester pertama dan kedua dengan jayanya. Bila mengandung, opcos lah perkara petama orang akan tanya... Eh? dah berapa bulan? Wahh besar nye perot!! Ni mesti anak lelaki ni, bla-bla-bla-bla. Siok jugak sebab ramai yang jadi "doktor pakar" buat telahan sendiri pasal perot mommycha dan jantina dalam perot. So layankan jerla....

Bercerita pasal perut ni, banyak benda yang buat mommycha rasa kelakar. Sebab ramai sungguh ahlil nujum yang teka ni mesti baby boy, ni mesti baby girl, perot lonjong ni mesti boy, bulat ni mesti girl. Sampaikan mommycha terpakse suruh Doktor Norleen scan jantina baby untuk kali ketiganya! Sampai begitu sekali u ols untuk memastikan gender baby. Kang terbeli pink, tetiba kuar boboiboi nanti...Susah lah mommycha, takkan nak kasi boy pakai skirt kennn?

Dan bila check-up last week, Dr. Norleen dah bagitahu gender baby pada mommycha. Siap Doktor macam tak puas hati sebab mommycha suka benor dengar cakap orang yang dok buat "scan" sendiri dari luar perot ni....Kali ni biarlah ai simpan dalam hati. Kang ade yang tak puas hati dok komplen perot ai ikut ramalan derang lagi kan? Haii...nak ngandong pon susah hati, pikir cakap-cakap orang ni eh? Dapat boy salah, dapat girl pon salah... Sian mommycha tau..... :(

Pastu, bila tengok perot mommycha ramai jugak yang cakap. Weyyy! besarnya perot ko. Takut aku tengok, macam nak bersalin dah arini. Weyyy..larat ke ko bawak perot ko tu...Weyyy, si Minah tu dah 9 bulan perot takdelah macam ko yang baru 7 bulan ni...Bla-bla-bla. Again....complaining?? Hadoila..tu lah mommycha cakap ramai sungguh yang tak pueh hati dengan haku. Sian haku kan????

Buat pengetahuan semua, memang mommycha ni bangsa perot Mat Salleh sikit. Perot besar, Western size gitu. So, tayah le mempertikaikan "kebesaran" perut ku ini wey... Tak ingat ke dulu Mikha lahir pon 4.3kg? Maknanya memang aku bangsa perot besau, so anak pon lahir besau jugaklah. Ini semua gara-gara aku kan ade diabetes masa mengandung. So, kesannya sama ada baby akan besar atau baby akan kecik itu jer. Dah perot besar takkan aku nak sorok perot dalam selimut pulak eh? So, terima jela dengan redha, ini semua kuasa Tuhan. Tak sangka rupanya di zaman Ipong 5 ni ade jugak mulut-mulut manusia tak pueh hati sesama sendiri ek? Alahai...

Sebenarnya, bila mommycha tanya Doktor nape perut ai membeso bagai johan dia cakap. Sebab kulit perut ai memang tebal, then previous ceaserian tu membuatkan perut mommycha ni belum surut sebetulnya. Itu sebab bila dah 2nd pregnancy ni, perut membesar dengan lajunya. Padahal bila check baby baru 1.4kg untuk 30weeks. Ada ibu-ibu lain, perut kecik jer, tapi bila check-up baby at 30 weeks baby nye dah boleh cecah 1.6kg - 1.8kg tau! Haaa..achaner tu, baby ai baru 1.4kg jerrr tau!!

Pastu, mommycha ni suka pulak pakai baju yang strechable. Tu yang lagi menampakkan "kebesaran" perotku itew. Baju streachable ni best, lembut dah melekap dekat perot. Tu yang rasa best jer tu...Huhuhu! Ermm..bab fashion ni terpulang pada individu lah kan? Kalo nak dapat anak pompuan ke laki ke, kalo ko bangsa dah suka bermekap, ko tetap make-up jugak kenn? So, janganlah cakap...dulu masa aku pregnant kan anak aku (girl) aku tak suka make up langsung. Cemuih nak make-up bal-bla-bla...Terpulanglah pada individu masing-masing, kalo dalam time preggie korang nak rupa macam Hantu kak Limah ke, Catriona Ross ke, Lady Gaga ke, Hanis Zalikha ke, Miera Liyana ke, Susan Lankester ke ...itu semua adalah hak individu. Takde lah pulak kajian dari mana-mana university buat yang kata pompuan yang ngandong baby girl tak suka make-up ni...Kennnn?

Pasni, mommycha cuma nak diamkan je bila orang tanya pasal gender baby. Nak jawab tak scan pon. Boleh gitew? Sesama lah kita tunggu bila baby keluar nanti. Semua itu kuasa Allah SWT, tup-tup last minute bila kuar dapat baby sekian-sekian..kita cuma boleh redha. Janji baby selamat, kita selamat dan sihat sejahtera betul tak? Takpe u ols, nanti i hapdate dekat IG okeh....! Hehehehe :) Mommycha ade IG tau, jangan memain hehehehe....

Itu sajalah untuk hari ni. Jap ai is nak hapload gambo perot yang membeso bagai johan tu. Al-maklumler, ai kan size Western...haruslah besau-besau.... Tak nampak mata ai yang biru ni? Rambut ai yang blonde karatsss ni??? Ai ade bau-bau bacang dengan Kate Middleton hokeyyy!

;p

itu dia mak bidan merangkap my ex-boss, Puan Nurul mengecheck perot beso ai...

Ermm..Puan Nurul, kalo saye lipat-lipat puan nurul pon muat masuk dalam perot beso saye ni :)

lonjong..tak bulat..Memang bukan baby girl kan? Preggie at 31 weeks sebab gambo baru amik 2 hari lepas :)

Taraaa......tengok lah perot ai yang ramping ber size Western ni. Habislahhhh ai kena kutuk/kecam sebab bubuh gambo ni...Hahahahaha! takpe ai is tak kesah....



sharemy
mommycha


26 March 2013

Bukan KONDEM Susu Formula, bukan UP susu ibu

Serius mood MENYELUBUNGI diri...

Susu ibu. Mungkin agak menyampah bagi sesetengah orang jika mommycha meng utarakan topik ni. Tapi percayalah daku bukan sebahagian yang terlalu obses pada susu ibu, sehinggakan mengenepikan penggunaan susu formula dikalangan kanak-kanak. Sebabnya? Aku sendiri menyusui anak sulungku dengan susu formula. Kerana apa? Takda susu? Tak cukup susu badan? Susu taknak keluar? 

BUKAN!

Cuma ini semua di sebabkan penggunaan botol dan puting yang melampau dan terlampau-lampau menyebabkan Mikhail langsung tanak direct feed menyusu badan. Jadinya production susu makin berkurang sebab tiada tindakbalas dari otak bayi ke ibu, lalu menyekat pertambahan susu ibu. Menyebabkan, lama kelamaan susu ku makin kering dan langsung takde.

SADIS & SEDIH!

Walhal, Allah SWT mengurniakan keperluan susu ibu cukup untuk seorang bayi. Dia maha mengetahui. Disebabkan bayi dilahirkan dengan mempunyai perut hanya sebesar bentuk sebijik guli, disebabkan itulah susu pertama @ kolostrum itu mencukupi untuk bayi kita. Bodohnya aku dulu sebab terlalu obses mengejar membeli itu ini keperluan bayi tanpa langsung memenuhi ilmu penyusuan penuh didada. Yang aku terujakan adalah membeli pakaian, dan perkakasan bayi tanpa menyedari bahawa ada satu kepentingan lain yang paling utama. Yakni memberi bayi ku dengan susu ku sendiri.

MALAS?

Itu pun satu hal, setiap kali pam di pejabat aku akui sangat malas untuk bangun dan basuh segala perkakasan mengepam. Sebab itulah antara faktor susu semakin kurang dan berkurangan. Aku cuma sempat mengepam 2 kali sehari semasa dipejabat tanpa mengikut rules 3 jam sekali masa yang perlu dipam oleh seorang ibu yang bekerjaya. Sedih bila balik rumah dan tengok stok EBM semakin berkurangan. Mikhail yang berbadan gempal pulak semakin hari semakin kurus dek kerana "catuan" susu ibu semasa di Taska. Oh..maafkan mama, Mikhail.

Ketidakprihatinan aku terhadap keperluan susu ibu ini sangat ketara bila aku langsung tidak membeli breast pam. Bahkan hanya meminjam daripada kakak iparku. Padahal aku mampu untuk membeli stroller dan car seat yang beribu harganya, dibandingkan dengan membeli sebuah mesin pam susu. Sungguh kurang cerdik dan bodoh aku rasakan, jika dipikirkan balik.

Dan bila aku start menyusu Mikhail langsung aku taktahu caranya untuk handle susu aku sendiri. Cara untuk menyimpan? Cara untuk memanaskan susu? Cara untuk memberi stok EBM kepada bayi? Semuanya with ZERO knowledge! Memang semua aku berikan ikut kepala otak sendiri tanpa merujuk kepada sesapa pon.

Kini, aku banyak menyedari kesilapan diri sendiri. Aku mula belajar tentang selok-belok alam penyusuan susu ibu. Bukan....bukannnn aku terlalu obses dengan susu ibu ni. Tapi bila memikirkan bilangan anak yang semakin bertambah, dan ekonomi yang semakin meningkat, semuanya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Jikalau boleh aku saving kan untuk membeli susu formula kepada adik, aku rasa sangat happy. Susu formula bukan murah diknon....Mana nak beli pampers lagi? Taska lagi? Kereta? Sewa rumah? Bil-bil utiliti?

BERUSAHA KERAS?

Disebabkan itu moral aku sangat tinggi untuk terus-tmenerus menyusui bayiku. Teringat satu blog yang sangat aku sukai untuk dijadikan rujukan penyusuan susu ibu. Kata penulis blog tersebut...."Jangan bandingkan dengan orang lain berapa auns susu kita boleh dapat dalam sehari, tapi bandingkan berapa kali kita mampu pam susu dalam sehari, biarlah walaupun pam hanya sekadar keluar angin namun kita masih bersemangat tinggi untuk mengepam"

Sebab itulah aku rasakan susu ibu adalah amanah daripada Allah SWT kepada aku untuk bayiku nanti. Mungkin aku tak mampu memberikan barangan mewah kepada anakku seperti orang lain, namun akan ku cuba untuk terus-terusan memberikan susu ibu kepada bayiku nanti. Mewah @ kaya aku bukan terletak pada harta, tapi mewah ku nanti adalah terletak pada amanah yang diberikan kepada Allah SWT untuk ku.....Insyallah!

Disebabkan itulah aku terpanggil untuk DIY segala ilmu menyusu didalam sebuah file untuk rujukan ku dalam pantang nanti. Wanna more about my file? "The story of mother's milk?" 
Later on lah ok? Nanti kita share sesama....

BORING dengan topik ni? Sorry lah u ols...hanya meluahkan apa yang terpendam...

Nota kaki: Alhamdulillah, barang untuk menyusu (breastpump set, coller beg, ice pack, breast storage bottle, plastic storage) dah ku belikan 80% berbanding preparation untuk barangan bayi yang lain....kerana aku sayang anak-anakku, aku utamakan yang paling UTAMA....

my FILE. Segalanya tentang susu ibu. Nak tengok ape isi dalam? Tunggguu... :) #usahatanggakejayaan#
 
sharemy
mommycha

25 March 2013

Wajib ke pas tukar pampers kena basuh??????

Yeay! Sudah gaji......Makcik kayo sikijap....!

Hi korang. Today nak tanya sedikit pendapat dari u ols semua pasal satu issue ni. Dah lama terpendam baru sekarang nak bertanya. Al-maklum ler, malu bertanya sesat jalan kan? Ai tanak lah sesat, kang tak kembali ke pangkal jalan pulopss hehehehe :)

Sebenarnya, kisahnya ceni. Bila korang nak salin pampers anak kan, korang basuh tak? errmm..means basuh dekat "kemaluan & bontot" dia tu? Ke main lap-lap pakai baby wipes jer?

Musykil jap mommycha.
Boleh ke korang menjawab pertanyaan ku ini?

Adakah wajib kita cuci each time kita tukar pampers anak? Sorrylah memang benda ni basic. Tapi mommycha "beat" ade jugak yang kurang pengetahuan macam mommycha kan? Kalau ikut hukum agama pon, kita wajib cuci ke eh? Kan ke air kencing jugak dikira najis? Sebab anak kita dah makan macam-macam kan? For babies tu lain lah cerita nya.

Kalau anak beyak. Memang wajib cuci. Takkan nak lap pakai wipes je kan? Even kita guna wipes termahal & terbaik sekali pon kalo dah tahap beyak, haruslah dicuci yer dop? Tayah nak jadik pemalas sangat eh?

Kalau mommycha memang kena basuh la si Mikhail punya "angrybebird" tu. Sebab dia sokmo lah tergaruk-garuk kalo tak cuci, or even kita biar dia pakai pampers tu lama sikit. Mikhail nye bebird very sensitive, kena oweys tukar pampersnya, kena cuci lagi tiap kali tukar pampers. Jangan main-main hokey cuci pakai sabun Oilatum lagi. Baru dia feel comfy-comfy. Kalau tak, dok menggaruk ko, sampai naik merah bawah "anu nyer" tu. Pas cuci tu sometimes, ingat nak hair dryer jer anunya kasi kering...gitu hover mak ko Mikhail...Hihihihi! Baru kering...Kihkihkih!

Cuma nya kalo terdesak macam pegi sopping mall baru guna wipes. Kat rumah pon sometimes guna wipes jugak, then baru angkat basuh ke toilet. Kira superwomen gak le mommycha ni, cer bayangkan dengan perut memboyot ni, dok angkat plak anak pi toilet basuh "bebird" dia. Tak syak lagi award Ibu Mithail tahun ni jatuh je tangan sape kan??? Hehehehehe!

Ok. Tu cerita basuh dan wipes. Ini pulak cerita pampers. Apa kah yang mendorong korang membeli pampers? adakah dari segi kualiti nya? harganya? ketebalan nya? keselesaan baby? terpengaruh dengan iklan? atau ape eh?

Mommycha ni memang macam lalang sikit. Sebab bila nak beli pampers sokmo every month bertukar barnd itu ini. Cakap jer dari brand Drypers, Pet-Pet, Huggies, Whoopie, Mami Poko, Baby Love aduhai semua dah ku try. Bukan sebab saja ke hapa, cuma ikut keselesaan Mikhail jer. Sebab ada satu jenama ni bila pakai naik rashes kemain teruk lagi....Habis bercalar buntot sebab dia garuk. Hadoilah Mikhail wey. Mebi sebab bontot panas dalam pampers tu yang berpeluh. Bila berpeluh mula lah dia asyik gatal. Masuk tangan kecik dia celah pampers & garu okeyy..Hebak tak anak ai?

Sebab tu kitaorang bertukar pampers yang serasyi bersyame dengan dia. Last-last bila pakai brand Whoopie boleh pulak dia. Kira ngam soi laa... Takde merah-merah. So kitaorang decide, siang pakai Whoopie, malam pakai brand POKAI yakni Mamy Poko yang membuat mommycha ke pokaian. Hehehehe! Seriuosly, ikut u ols la kan brand ape yang suit dengan bontot anak masing-masing. Ada orang bila try Whoppie ni tak boleh, anak jadi ruam etc-etc. Tapi Mikha so far ok. Dan harganya pon tak berapa mahal 60 keping RM28.00. Sesuai dengan bajet ai. Yang Mamy Poko ni memang terbaik. Ikutkan hati nak pakai kan Mikha siang malam tapi mahal wey, 34 keping dah RM30.90. Baru 34 keping...Choiii! Yang sedap pakai lembut umpama sutera tu lah nak taruk harga mahal-mahal...Jadinya kita kasi pakai malam jer, tayah bangun tukar 3,4 kali. Pakai sekali pagi baru tukar. Haa...nampak tak? Save bajet disitu? 34 keping untuk sebulan kira cukup lah, sebulan baru 30 hari, so ade extra lagi 4 yer tak?

Kalau keluar rumah pulak, mommycha dah standy beli drypers pants. Senang dan mudah. Cuma sarung jer. Buat nye shopping mall yang KEDEKSSsss tak mampu buat nursing/changing room nak kena pakaikan anak pampers dekat toilet pulak. Kalo baby kecik tak pelah duduk statik jer, kalo toddler macam Mikhail berjenuh woiii..Nak kena main kejar pakai pampers baru dia nak. So, bermulalah acara 4x100 meter dalam toilet kejar anak semata-mata nak kasi pakai pampers... Nampak tak award Olahragawati 2013 jatuh ke tangan sapa tahun ni? Hehehehehe....

Itu sajalah pertanyaan dan statement dari mommycha today. Mintak lah u ols LONTAR kan pandangan. Nak kasi dua,tiga patah perkataan pon takpe, ai rela membacanya. Tak bermaksud mommycha tak balas komen korang ai is tak baca okeh? Ai baca tauuuuuu.....! Siap khatam baca komen patplohpat kali..Hihihihi! Bye korang...!

inilah jenama pampers yang Mikhail pakai sekarang

3 sekawan peneman setia buntot Mikhail hehehehe :)

Ini rupa pampers brand Whoopee (pakai siang only)

Ini rupa Drypers Pants (pakai jenjalan only)

Ini lah rupa Mamy Poko Pokai (pakai malam only)


sharemy
mommycha

22 March 2013

30 weeks antenatal check-up at DEMC


Currently, waiting for mommycha's turn untuk jumpe dengan Dr. Ñorleen. Semoga todaynye result ok. 10 patients to go....... menantilah daku dengan penuh sabar!
Nota kaki: nak double triple confirm dengan Doktor, pasal jantina baby ai. Sebab semua orang cakap perut macam baby boy jerrr....is it? Holohhhhhhhh...

posted from Bloggeroid

From Pakwe with love...



"the thought that counts"
:)


sharemy
mommycha

21 March 2013

Idola Mikhail.....

Hi uols!

Adakah anak anda "admire" kan sesuatu?
Contohnya, Mickey Mouse? Batman? Upin & Ipin? Dora? kereta? lori? train?

Mikhail sangat admirekan "sesuatu" yang ini. Nak tergelak pon ade. Tiap kali naik kereta kalo nampak "sesuatu" yang ni, mesti dia akan terjerit-jerit...Kahkahkahkah!

Sampaikan bila dia merengek/menangis gigih bebenor lah Erie bawak dia round-round, cari "sesuatu" yang ini jugak. Bila dah jumpa sebijik, terus senyap koo... Siap boleh tersengih-sengih kalo nampak benda yang di admire kan itu sangat. Hai anak, makin banyak "peel" sejak nak jadi abang ni.

Buku cerita dia pon ade gambar "mendalah" tu. Asal lalu tepi rak buku jer dia dah sebut...Nakkk-nakkkkk! Nakkk *&*&&^%#$......Bila kita kasi buku tu kat dia, elok jer dia bukak dan tunjuk terus gambar tu. Sedangkan banyak lagi gambar lain dalam buku kan? Punyalah minat sampai cenggitu sekali, yer dik?

Aritu ade sekali weekend dia memang mengamuk sakan. Pagi-pagi dah mengamuk. Nasiblah Erie memang cuti. Memula bawak naik motor round sekali dua. Asal masuk rumah nangis balik. Takpe pastu dengan aku yang mengikut trend tido terkini "berbaju kelawar" tribal turut terjebak. Oleh sebab dia nangis tanpa henti, kitaorang pon bawak round naik keta. Sekali tak cukup...pusing lagi seround pastu kali ni betul-betul stop sebelah dengan "secret admire" dia tu lah....

Terus SENYAP tau!
Drama baby sangat, Mikhaillllll!

So, sejak gunakan GTab ni pon gigih jugak mommycha download kan ape saja yang berkenaan dengan kesukaan Mikhail ni. Guna Apps Store sudahh, FREE kan? Pastu dapat lah downloadkan lagu feveret dia yang memang kesukaan dia sebab ade "admirer" dekat dalam tu. Semalam jer lagu tu berkumandang dekat G Tab dan 30 kali dah dok ulang. Haiii..siap aku pon dah terhafal lagu tu...

Err..mesti u ols nak tahu kan? Ape lah yang Mikhail suka sangat ni. Jap eh...nak hapload gambo.

Haaiiii anak sapelah ni.....?????

Dengan tak pakai selipar nye, comot sungguh lahai abang Mikhail oii.. ;p dan tiap kali mommycha tunjuk gambar ni dekat dia...sibuk la terjerit-jerit bassshhh-basshhh-basshhhhh! heheheh!

Siap baba pon enteprame sekali, hai anak ke bapak yang eksaited lebih ni?

Ni lah lagu tema Mikhail "wheels on the bus"...takpe nak, sok lusa bila kawin mama akan main kan lagu ini berkumandang di majlis perkahwinan mu...Kahkahkahkah!

Balik kampong aritu, dia mengamok jugak. Sampaikan mommycha, Erie and Pakngah & Makngah Mikhail bawak round-round tengok bas. Dekat STESEN BAS Parit Buntar, Hokeyyy! Dah le time tu tengah malam buta. Layankan jerlaaa....Pastu, Pakngah sound..."Dah besar nanti bolehlah buat Mikha Liner pulak. Mikha Liner takpo, jangan besaq-besaq jadi dreber bas sudah....."

Harharharhar! Takpat aku nak bayangkan budak muka macam Mikhail bawak bas weyyyyyyy!
;p

sharemy
mommycha

20 March 2013

Wishlist la kunun....nyer!

Wishlist on my birthday:
:)

Nak jugak wishlist..tak padan dengan mak-mak orang.
Ehhh....kata besday mommy kan? #gentelmisailebat#

Wishlist 1:

Pinky Swatch Watches :)



Wishlist 2: 

Medela FS... Gulp!
Wishlist 3:

Nursing cover HK yang comey-lotey :)
 


Apakah makne nya wishlist-wishlist yang disebutkan di atas itew? Kihkihkihkih!

sharemy
mommycha

Happy Birthday To Me..

:)


Semoga masih panjang umurku untuk mengurniakan & melahirkan anak-anak yang soleh & solehah kepada suamiku.

Dan terima kasih wahai mama, kerana telah melahirkan ku dengan penuh kesakitan dan kepayahan. Kerana mama, aku mampu hidup dan bernafas di muka bumi ini.
 
"20th March 2013"

sharemy
mommycha

19 March 2013

Kawin lagi

Entry seketot-ketot sedonia.
Kenduri-kendara datang lagi.

Kali ni adalah kenuri sepupu mommycha dan kenduri sepupu Erie. Harus la kena pegi kan? Jikalau tidak mahu di chop sebagai sepupu durhaka...kihkihkih!

Sepupu mommycha ni or wellknown as Pija bernikah on 8.3.2013 (Jumaat) dan kenduri nya pada keesokan harinya 9.3.2013 (Sabtu) di Puchong. Itu sebabnya tak dapat pegi besday Aqilah, anak Ummi Sue. Pohon maap dipinta yer Sue. Bukan sengaja-sengaja tak pegi. Kalo diizinkan ai lah orang pertama yang terpacak di majlis besday anak-anak blogger semua. Tapi apakan dayaku.....sobs :(

Bersama sepupu yakni pengantin baru, Pija. Mommycha colorblock sungguh dengan yang lain-lain. Baba awat katup mata? Sekian, harap maklom.

Pegi wedding pon kejap sangat sebab sakit ibu-ibu ni. Nasiblah tuan rumah mengerti dan memahami..hehehehe! Makan terus chow-cincau.....

Dan minggu lepas adalah wedding sepupu Erie di Seremban pulak. Seawal 10 pagi dah berada di Seremban. Walaupun kesakitan belakang, ku gigihkan jua ke wedding sepupu Erie ni. Wanita 7 bulan mengandung tau lah kan? Banyak nau "peel" nye sakit itu, ini. Hanya orang yang mengerti benar-benar mengerti..... Dengan anak yang cranky tanak dekat semua orang lagi....Haiiii! Bersabarlah wahai hati....


Ni pulak sepupu erie, yang pengantin lelaki nye tu. Kawin dengan orang Tepeng..Siap ade tarian pinggan, mangkuk, cawan tau...Ai is first time nengok..Kuikuikui! Jakun sikit...

Pengantin lama enteprame. Baju macam sama dengan wedding di Puchong, tapi yang ni lain ade manik-manik. Ini baju recycle besday Mikhail ritu. I kan suka pink, dress pink ade jugak 2,3 lai. Yang ni terlebih gebu sebab guna Camera 360. harharhar! haiii donia-donia....Nota: muka ku copypaste Mikhail sangat kenn?...

Dah tu je nak citer. Kalo ade ayat yang tak paham, pikir sendiri-sendrik  :)
Harharharhar..

sharemy
mommycha

Mikhail dilanda penyakit!!!!!!!!

Mikhail dilanda penyakit lagi.

Penyakit apa?

KUDIS API.....!
berkudis kaki Mikhail :( sadisss hoiii!

Pity my Mikhail. Diam tak diam tetiba dilanda penyakit kudis pulak. Berair-air pulak tu tempat kudis tu. Even worst, dah ade nanah pastu kudis tu dari satu lani dah jadi kembar...tetiba ade dua pulak. Alahai anak oiiiii! Melasak gaya camne ntah ler, sampai kena kudis..... 

:(

Ironinya, mommycha sendiri taktahu macamna seorang toddler macam Mikhail boleh kena kudis. Nak kata main tempat berpasir takdelah pulak. Mungkin dia ade alergik ape-ape then terus jadik kudis. Or ada hama/pijat dok melekap dekat kaki dia tu yang jadi kudis tu.

Memula memang mommycha tak perasaan kewujudan kudis tu, namun after bagi dia mandi atau basuh beyak dia kerap nangis. Kita pon terpikir dan terasa pelik dalam hati...Eh? Apesal anak aku ni asyik nangis? Before this nak mandi rilek jer..siap main cepuk-cepuk air dalam besen...Tersengih dapat main air, macam kera dapat bunga...Err...anak ai is not a kera okeyyy ;p

Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya banjir di tengah hari. Check punya check baru nampak dekat pelipat kaki dia ada kudis. Dah bernanah dan berair-air tu.....! Alahai anak omak. Apo kona ey jangg????? Patut la asal mandi, basuh yak jer kamu nangis. Rupanya pedih kan bila tempat bernanah tu terkena air?

:(

Kita ni pulak pesen anak sakit sikit nak bawak pi sepital. Pastu tunggu punya tunggu baba kata ok lagi ni, nanti baik lah kudis ni. Ah! choiiiii....after 4 hari kudis tu siap dah beranak jadi dua! Then takbley tunggu terus bawak Mikhail gi DEMC jugak. Jumpa Dr. then she said that...ini infection. Pastu aku dengan muka blur-blur "semperit" tanya...eh? Infection yer Doktor?. Bukan kudis ke? Pastu doktor pon jawab...yela dalam bahasa medical nya kita panggil infection, dalam bahasa Melayu panggil kudiss laa.....

Kuang3x. Okeh! Aku jadi "terbengom" disitu sebentar. Kihkihkih!

After consult dengan Doktor and dapat ubat berjenama Fucicort. Kitaorang balik terus letak ubat dekat kudis dia tu. Itu pon time dia tengah tido. Kesian kan, kalo tengah sedar kang dia menangis sebab sakit wooo dah berkudis, bernanah gitu. Tak sampai hati omak ko nak letak ubat pastu tengok anak meraung-raung sakit.....!

mangsa kejadian bergambar bersama ubat kejadian


Sekarang after 2 days, mommycha nengok kudis tu dah kering. Alhamdulillah syukur. Then mandi pon dah bertukar ke sabun Oilatum yang Mama Fayel suggest itu hari pas berborak lama dengan dia dekat phone. Tehehehe!. Memang berkesan dan tak mahal pon. Seketul baru RM12. Kulit Mikha pon dah ok sikit. Kalo tak, asal malam jer dia mulakan "habit" menggaruk satu badan dia sampai bercalar-calar....Dah nama pon early stage eczema, so badan dia memang super sensitive untuk apa jua "adik-beradik" habuk.

inilah contoh sabun Oilatum..cewah si baby pon tersenyum gumbira eh? Harap pasni Mikhail pon senyum ceni jugak.

Semalam ade jugak borak-borak dengan Mak Mertua ku. Pastu mak ade bagitau mebi Mikhail ni alergik sebab makan ayam banyakkk sangat. Yelah budak ni pulak pesennya, asal nampak nasik jer nak lauk ayam. Kadang-kadang mommycha terpaksa "bohong sunat" kalau suap ikan pon cakap...ini haaa ayam ni, sayang. Hehehehe. Sebab ayam ni kan gatal jugak kalo terlebih makan. Itu yang kaki dia semua habis berparut dek kerana "kegaruan" yang melampau. Habiss la turun saham Mikhail, achaner nak jadi peragawan ceni??? ahakssssssss *tetttttt*!
Hahahahaha!

sharemy
mommycha

18 March 2013

Mak ni kaco ar...

8 or 9 weeks to-go...Gulp!

Sorry terlambat update entry untuk hari Isnin.
Tetiba pagi ni, dekat opis...perut sakit giler ditambah dengan sakit kepala yang berdenyut-denyut jugak.

Untuk pregnancy kali ni, sorry to said. Memang selalu sangat sakit. Especially dekat area c-sect tu. Kadangkala rasa macam merenggut-renggut sakit, yang paling kerap dok rasa heartbeat baby ke hapa ntah le dekat area czer tu. Macam berdenyut-denyut. Tambah kalo kite tengah rilek-rilek lagi berasa berdenyut-denyut tu.

Bila tanya Dr. dia cakap biasalah sebab baby dah besar...bila bergerak tu yang akan sakit belah dalam tempat czer dulu. Memang sakit giler kot!

Ni pulak, aritu Dr. cakap ade kencing kotor. Ade infection. Lagi lah bila nak kencing jer rasa sakit. Menyucuk tau..Pastu dapat le antibiotik dengan ubat serbuk Lime yang bubuh dalam air tu. Boleh tahan ar lega sikit. Bila ku tanya nape eh doktor boleh kena kencing kotor ni. Dia cakap perempuan mengandung memang senang kena kencing kotor ni.

Untuk korang yang taktahu cena rasanya kencing kotor. Meh nak explain sikit. Rasanya bila kita nak wee-wee tu sakit sikit bila air kencing nak keluar. Macam pedih + perit. Itulah yang dinamakan kencing kotor. Penyebabnya, bukan sebab ko duduk atas mangkok tandas kotor ke hapa/ ko share toilet dengan orang ke, tapi sometimes bila ko kureng minum air kosong, or ko tahan kencing, tambah pulak mak-mak yang mengandung ni, mesti kerap kencing. Yang duk tertahan-tahan tu yang kadangkala buat kencing sakit tu...Macam haku sebab malas nak jalan ke toilet nak kuar opis je aku kena lalui 4 pintu sebelum sampai toilet, bapak gile gomen kaya buat pintu banyak-banyak..Harharhar! Buldozer kata koo, kan ke berat...nak jalan gi toilet jer 5minit, nak balik pulak 10 minit...tak ke haru. Bila ditahan-tahan tu yang "muncul" penyakit-penyakit tu!

Ni dah masuk tahap kritikal sakit gigi pulak. Lagi pulak ade gigi yang berlobang. Hadoilaaa bedah. Memang berdenyut sakit gigi mengandung ni boleh buat ko pitam. Nak tak nak, tahan jer laa... 

Biarpun hari ni dah menginjak ke usia 30minggu kandungan. Makin hari semakin penat terasa. Banyak part yang sakit, especially celah kelangkang. Ntah le perkataan tu censored ke tak. Aku nak jugak type "celah kelangkang" a.k.a celah bedah. Mungkin sebab aku berulang everyday dari Shah Alam - Putrajaya. Tekan minyak, brek. Itu yang buatkan sakit di celah-celah tu. Nak berjalan pon dah terhenjot-henjot. Apatah lagi, nak berdukung Mikhail kan? Dapat bayangkan ibu penguin yang besar belah bawah, tengah dukong anak penguin? Haa...gitulah gayanya...Memang henjot-henjot koo....! Bab nak panjat-panjat tangga pon dah surrender ni. Memang tepaksa guna laluan OKU jer semedang. Dah taklarat beb, memanjat tangga..Sobs! Tu achaner nak senang beranak kalo gitu?

Erm...kalo bab solat pon mommycha dah start solat duduk atas kerusi since 5mons pregnant. Al-maklom ler, kite ni bangsa perot besar. Nak merukuk' nye tak jadi masalah, tapi bila nak sujud pastu nak bangun ke rakaat seterusnya, memang hazab...Sakit sangat :(

Itulah antara beberapa "kesakitan" ketika mengandungkan si kecik ni. Kadangkala temenung dan terpikir, macam nilah mama-mama kita dulu eh? Betapa sakit, perit, pedih dan macam-macam benda yang berlaku dekat derang kan? Patut le syurga dibawah tapak kaki ibu...Anak sorang dua takpe...kalo anak yang 10-11 orang tu achaner, eh?

Tapi orang-orang sekarang dah tak pedulik semua tu...sebab:

Bila mak suruh, tolong buang sampah jap, jawab mak ni kaco ar...leceh.
Bila mak suruh, tolong gi kedai beli barang jap, jawab mak ni kaco ar..leceh.
Bila mak suruh, tolong kutip kain jap, jawab mak ni kaco ar..leceh.
Bila mak suruh, tolong picit kepala jap, jawab mak ni kaco ar...leceh.

Tapi derang lupa, waktu mak-mak mengandungkan derang dulu...tak sedikit pon mak cakap...
Eiii! ko ni kaco ar..leceh ar pada anak dalam kandungan mak dulu kan?

#renung-renungkan, dan selamat beramal#

sharemy
mommycha

15 March 2013

Beza nya yang pertama & kedua...

Salam Jumaat, u ols....

Secara jujur, ai is takde topik untuk hari ni. Tapi takpa, mari kita karutkan jugak sebaris dua ayat supaya blog usang ni tak jadi macam blog chipsmore..kejap ade-kejap takdee.....
:)

Sebenarnya, ada orang tanya ape eh beza mengandung anak lelaki dan anak perempuan?
Pada mommycha....fuh!! Banyak beza......!

Pertama-tamanya. Dari segi pembawakan budak tu sendiri. Bezanya ialah, dulu bila mengandung anak sulung..."teman baikku adalah toilet & uweekkk-uweekkk". Bau orang tumis bawang nak uwek. Bau sabun basuh sikit nak uwek. Bau deodorant jantan nak uwek. Al-kesah bila Erie dekat sikit ngan momycha pon terasa nak uwek

Gitu lah "hover" nya nak uwek-uwek haku. Jangan salahkan ai okey, salahkan Mikhail....Dia lah punca ai iz nak uwek sokmo that time.

Kuang2x.

Lohni, takde makna nak uwek. Semua steady je. Takde pulak nak uwek-uwek. Awal dulu adelah 4-5x uwek. Pastu okey je. Dulu tak suke kalo Erie dekat-dekat kita, lani...haiii, kalo tak pelok tium sehari mesti ai is merajok tau....Auuw! Manjer taik kudaaa......!

Kedua-duanya. Dari segi pemakanan. Dulu bila ngandong Mikha tak selera makan tau. Mana nak selera nye, kalo dah bau beras tengah mendidih dalam periuk nasik pon dah nak uwek! Pastu nak suruh makan nasik? Lagi lah ku uwek. Tapi sokmo lah minum susu, sometimes mencecah 8 gelas sehari!
Seyess...tak tipu..! Itu yang sekali keluar budak gedebuk 4.3kg tu...harharharharhar!

Sekarang ni, ko bagi lah ape pon semua ai iz telan kan saja. Makan memang takbley missed. Breakfast WAJIP. Lunch WAJIP. Dinner pon selang sehari WAJIP makan. Hahahahaha! Manalah badan tak gedak-gedabuk bam-bam aci bam macam pemain ragby. Takpe layankan saja, selagi boleh makan kita makan. Sok dalam pantang, tayah dok kecur-kecur liur itu, ini takbley makan. Kali ni punya pregnancy, memang mommycha takpenah minum susu walopon setitik susu. Why? Sebab ku takut kuar baby nanti segedabuk macam Mikha dulu...4.3kg wey...4.3kg! Fuhhhh...Berpeluh ketirr ke hulu-hilir bawak ke sinki nak membasuh beyak, dah le kita operate lak time tu....Walaopon tak minum susu, tapi multivitamin, vitamin, supplement semua ai iz makan tau.

Ketiga-tiganya. Dari segi pemakaian. Holoh, dulu selekeh mak nenek ko. Takde nak berdress-dress bagai. Malu ke, takut ke, jakun ke nak berdress pon ai iz tak tahu ngape pangai jadi centu. Hahahahahaha! sekarang, senang jer sarung midi dress orang preggy ni. Sarung zasssss...pegi opis. Takde rasa macam getah tersekat-sekat dekat perut macam pakai long skirt tu kan? Sebab dress ni senang, main sarung jer..pastu loose jer...angin pon senang masuk! hahahaha...nak gi check-up pon senang, ko selak jer dress terus Dr. senang nak scan ko....Gitew! yang penting LIPESETIK mesti mau merah nyalooooooo!
:)

Keempat-empatnya. Suka makan manis-manis. Suka coklat, suka eskrem coklat, suka kek, suka minum milo. Senang citer suka bebenor benda manis. Kalau dulu asyik la mencarik asam, mangga muda cicah garam+belacan. Sekarang...tidak ku suka semua tu. Itu yang kompom-kompom diabetes tu kennn????

Then, ramai orang kata...haaa mesti eksaited kan nak dapat baby gurl. Mesti dah beli semua pink-pink kan? Jawapan nya adalah NON-HADO! Ape pon belom beli. Hahahahahaha! Mommycha kini sedang mengamalkan dasar polisi, time kecik pakai dulu baju abam, dah besar baru beli baju pink-pink hokeyy?  Errrr...ley caye ke tak ni? Hehehehehe! Walopon, tangan sebenarnya menggigil nak membeli baju pinky-pinky my peberet kaler :)

Kelima-lima nya. Mommycha suka makan ayam instead of ikan. Taktahu lah nape. Memang kalo ikan tak boleh terima dek tekak. Kalo ayam tu lajuuu jer masuk dalam perut. Logik ke tak, terima akal ke tak itulah hakikatnya. Ikan tu aku rasa hanyir sangat, walau dah dimasak sempurna. Hahaha...takpelah ikan pon mahal sekarang ni, sejak kes Lahad Datu kena serang tu kan? ;p

Sejujur-jujurnya inilah antara perubahan mommycha rasai. Mungkin tak sama dengan orang lain kan? Yela perihal orang mengandung kita ni kan lain-lain. Tak sama. Ada orang kata bila mengandungkan anak perempuan ni mak nye tak seri sebab seri tu dah diambil oleh baby dalam perut. Hurm...macam tak betul jugak jer, sebab one of my fren ni Cik Wawa, maintain lawa dari mula pregnant sampai bersalinkan baby girl dia, Airin Adriana. Bukan takat lawa, baju semua up-to-date, make-up first class, bulu mata sentiasa lentik tip-top. Tup-tup keluar baby girl jugak. So tak berapa betullah persepsi kalo pompuan muka seri ni selalunya mengandungkan baby boy kan? Dari segi perut jugak, ramai yang buat telahan bahawa didalam perut ku adalah baby boy. Sebab perut membujur sikit. Sebenarnya, memula preggie dulu, seyes perut mommycha bulat macam kuih pau. Ni dah baby makin besar makanya, terbujur lah sikit....Dan bezanya lagi, baby boy adalah sangat lasak bergerak dalam perut berbanding baby girl yang sangat sopan ittew! So, senang lah mommycha nak tido malam, compare dengan mengandungkan Mikhail dulu yang asyik main ciku cak dalam perut ai....

Hurm..itu sajalah celoteh mommycha arini. Celoteh macam mak nenek pon ade ni...Hahahahaha! Asalnya takde topik nak cerita, alih-alih sekali tulis naaahhhh hameekkk kauuuuuu!

So, u ols...cena pengalaman pregnant dulu? Masih segar diingatan tak? 
Jom share!

ini mommycha punye. memang feminat fink zaman-berzaman. I pink!.... weyy korang. jangan kutuk wey gambar profile dalam G Tab tu, gambar carik makan ai tu. Hahahahahaha!

sharemy
mommycha


14 March 2013

Oh! adik Mikha..gegel or boboi?


Sebenarnya, takperlu mommycha melayan kesedihan atas pemergian seseorang. 
Macam tak rela pulak kan "orang" tu pergi meninggalkan kita?

Disebalik kesedihan ade sedikit penawar luka di hati. 
Rasanya a few of u ols dah tahu ape yang momycha maksudkan..kan?

Setelah di scan untuk kedua kalinya secara detail oleh my Obgyn Dr. Norleen, 
akhirnya inilah ayat-ayat yang mungkin mommycha kenang sampai bebila.

Dr. Norleen: Sha, aritu bila Dr. check jantina Dr. cakap baby ape yer?
Mommycha: Baby *tut*
Dr. Norleen: Kali ni Dr. nak double confirm and scan lagi sekali yer, Sha.
Mommycha: Orite Dr. (padahal berdebor giler)
Dr. Norleen: Errm...confirm la kali ni jantina nye. Sangat jelas nampak tak Erie? Sha? 
                    Baby *tuuttt* sebab tak nampak pon angry bird nyer....
Mommycha: #nangislaju-lajudalamhati#

Terima Kasih, Ya Allah kerana telah melengkap kan keluarga kecil kami. 
# Semoga perjalanan bersalinku nanti dipermudahkan #
Amin...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Yup...and it's a girl......! 
anak yang sedang berlegar-legar, berenang-renang didalam perutku ini adalah seorang 
"anak dara Pak Erie" 
:)


eeiii..nampak punggong dia ....! tak aluuuuuu ;)


sharemy
mommycha

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...