Iklan

Sharemyloves Geng!

07 February 2013

PENTING: Untuk anak kelahiran SELANGOR, peruntukan RM1,500 nak tak?

ATTENTION:

Untuk ibu yang mempunyai anak kurang daripada setahun (<12mons). Ada satu perkara yang ingin mommycha sharekan disini. Penting ke tak? Baca dulu lah baru tau penting ke tak. Kalau tak penting tak kose ai nak buat tulisan large siap font merah makngah lagi tu....

TAWAS @ Tabung Warisan Anak Selangor
Pernah dengar tak ni? Bukan tawas yang bagi cerah pelipat ketiak tu...oh-no-no-no-no-no...

Mai nak explain. 

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)?
Jawapan :
TAWAS adalah singkatan nama kepada Tabung Warisan Anak Selangor. TAWAS diwujudkan dengan tujuan untuk membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor. 

2. Apakah faedah yang akan diterima daripada skim ini?
Jawapan :
Faedah yang akan diterima adalah seperti berikut:
a. Di awal pelaburan, setiap Ahli TAWAS akan menerima RM 100.
b. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang untuk menerima sebanyak RM 1,500 hasil pelaburan di dalam skim ini. 

Ini bukanlah skim pelaburan, atau amanah saham atau insuran etc-etc. Ini adalah hak anak-anak kita jika mereka dilahirkan di negeri Selangor Darul Ehsan.  Sungguh! tak tipu, salah satu manfaat jika anak kita dilahirkan dinegeri merah kuning ni. Macam mana mommycha tau pasal hal ni?

Sebenarnya dah lama, dari opismate baba yang beria-ria bagitahu pasal TAWAS, dek kerana bz mengalahkan Perdana Menteri Zimbabwe, so mommycha sampai lupa berkenaan TAWAS ni sehinggalah satu hari nak pergi check up Mikhail dekat KK Seksyen 19, Shah Alam. Time tu untuk ambik injection setahun Mikha. Sekalinya nengok ada booth TAWAS. Terus zaassssss pergi daftar nama Mikha. Tapi disebabkan time tu Mikha dah setahun sehari....(cuma lebih sehari je) permohonan untuk TAWAS ni macam takboleh. Sebab TAWAS ni boleh didaftarkan untuk bayi bawah setahun saja. Nanti mommycha kasi tau syarat-syaratnya ok?

Lalu, daku pon pujuk rayu jugak staff TAWAS tu supaya terima jugak borang permohonan Mikhail. Try jela mana tau boleh kan? Lagipun terlepas sehari je kot....kawwwwwtiimmmmm lah sket!

Heh?

Bila ada booth TAWAS ni senang, kasi je IC anak, and both parents. Memang dekat situ jugak derang photostat dan register nama anak kita. Permohonan samada berjaya atau tidak kena tunggu dalam masa 3 bulan, nanti dia akan hantar melalui emel. Sekarang ni nak mohon secara online pon boleh. Senang jugak lah, tapi still kena pos form yang mintak pengesahan. Nanti u ols boleh tengok sendiri yer dekat website TAWAS tu.

TAWAS ni untuk apa sebenarnya?. 
Nanti anak-anak kita akan berpeluang menerima RM1,500 bila berusia 18 tahun. Ngam-ngam soiii bila nak masuk U lah kiranya tu. Boleh jugak buat bayar yuran pendaftaran kan? Sapa nak kasi RM1,500 free-free? Cer habaq mai sat?

Pada yang berminat u ols boleh terjah TAWAS online. FB derang pon ade, boleh tanya macam-macam soklan dekat situ. Eh..lupa nak kasi tau syarat-syaratnya....Jap eh:

SYARAT 01:
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008;
iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974. 

SYARAT 02:
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).

SYARAT 03:
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di luar Negeri Selangor (daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur dan Pahang) mulai 1hb Januari 2008 DAN;
iii. *Ibu dan Bapa lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Pahang. (Perlu mendapatkan Cop pengesahan Taraf mastautin)
*Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin di daerah Negeri Selangor yang bersempadan negeri lain. Contoh:- Selangor- Negeri Sembilan, Selangor-Perak, Selangor-Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Selangor-Pahang. 

3. Saya ingin mendaftar untuk anak saya, bagaimanakah caranya?
Jawapan :
i. Pendaftaran boleh dibuat di kaunter pejabat projek TAWAS di alamat seperti berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Syarikat Pengurusan Projek TAWAS,
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City/I-City, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 

Atau;
ii. Pendaftaran juga boleh dibuat di pejabat-pejabat DUN yang berdekatan dengan tempat tinggal pemohon. 

Atau;
iii. Selain itu, pendaftaran juga boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman sesawang kami iaitu www.tawas.org.my

Itu sajalah yang mommycha nak kongsi. Yang dah terlepas tu...tak dapek den nak nolong. Tapi boleh lah get ready untuk anak kedua. Make sure baby lahir di Selangor tau. Hahahaha! Sebenarnya, banyak manfaat untuk kita dan anak-anak yang kita sendiri tak ambik pusing. Contoh bantuan pelajaran, bantuan perkahwinan di Baitulmal etc-etc. Kena rajin sikit kalau nak bantuan daripada kerajaan ni tak kira lah negeri pembangkang ke, negeri pencadang ke, negeri peguambela/penguamcara ke..orang nak kasi duit tu amik jela, yer dok?. Jangan malas-malas. Kecuali kalau kita dah cukup kaya, dan tak memerlukan bantuan daripada pihak berwajib, then ko boleh lah buat donno jer dengan bantuan cenggini. Gaji puluh-puluh riban deknon....takat RM1,500 sekelip mata ada dalam tangan....kite ni orang susah kalau dapat BR1M RM500 pon rasa syukur sangat dah :)
RM500 weyyy sapa nak bagi?

proses nak isi borang TAWAS


inilah contoh borang TAWAS nye, ibuk-ibuk sekalian...

Mikhail dah isi...anak anda bagaimana? Hehehehe!

Teringat kata-kata adik mommycha:  
Solat jangan tinggal, insyaallah dipermudahkan semua benda..
:)

Semoga permohanan TAWAS Mikha dipermudahkan...
kalo takbley kita get ready untuk adik baby lahhh...

#pisnowar#
mommycha!

19 comments:

Mimy Hamid said...

Fayel tak layak apply TAWAS ...dia lahir KL huhu sob sob..sedeyyy tak de subsidi

SweetLikeWhat said...

oo bagus sangat tawas ni ye..hannah org perak..huhu ;)

e k i n ♥ y u s r i said...

ekin dah daftarkan zara on9
dah lame gak rsnye
tp xde feedback pape lg

achiek anis said...

tq for the info mommycha...erk...tadi ada pegi KK Presint 3 x? mcm nak tegur tapi takut salah org...huhu

e.t.t.y said...

tawas ketiak gua tak boleh tahannnnnnnnnnn mommycha oiiii.....

sweetlavender86 said...

eeeeee TAWAS ni dekat opis i jee icity.huhu..tapi xpenah nk amek tau.penah terpikir ape kepelik laa nama tawas company ni =_=..huhu.melepas eden.anak dua2 lahir kt selangor.ala xsempat laa.my bby ni dh setahun 14 hari.camnoooo

MimahAjil said...

syarat tk cukup la pulak...mak je lebih 5thn duk slangor...bapak belum smpai pn...semoga ada rezeki Mikha...Amin..:)

~ NANA ~ said...

farish lahir kat kuantan, sah2 la xleh apply kn..haha

erna said...

mommycha x tau langsung pasal ni. nampak beno terok ummi iman ni..hehehe
rasa macam syarat pertama tu dah lepas dah :)

ieda said...

haziq dh dpt kad ahli.katanya kena tunggu surat utk ambil sijil saving tu.tp adiknya blm dftr lg

Diana said...

Salam kenal...

Untung ler anak-anak kelahiran selangor kan..?
Anak saya made in Terengganu... takde laa...=p

Mommy_Cha said...

KL taktahu lah ape subsidi yang ade. lahir dekat wilayah ni kureng sikit kot ganjaran berbanding dgn negeri kan?

Mommy_Cha said...

hannah sama mommycha lah org perak..kejor yob kejor...

Mommy_Cha said...

at least rasanya feedback tu dlm masa 3 mons...

Mommy_Cha said...

so much pleassure! oh ya..memang ade pergi KK P3 tadi...hehehehehe kalo dah lipesetik merah nyalo tu dia dah le mommycha....tapi kalo tegur ai nak jwb ape eh? ai ni kan pemalu org nyer..hahahah!

Mommy_Cha said...

hehe...betullah ade org gosok tawas tu celah ketiak nak putih tau...hihihihihi!

achiek anis said...

hehe...saya pun segan nak tegur coz akak mesti xkenal saya...saya baru lg dlm blog2 ni...hehe...insyaallah next time leh la bertegur sapa...

Wawa said...

zaasssss....copy link blog mommycha kepada daddy naila...hikhik...

AkmaFaizal said...

Dah tau lama pasal TAWAS ni, tp semua anak2 lahir kat KL...yg bongsu ni je lahir kat Selangor. Memang nk isi, asyik bertangguh je.. Akan ku isi juga nnt. Thanks for this reminder :)

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...