Iklan

Sharemyloves Geng!

22 February 2013

Oh..ibu!


Oh....ibu!



"Seorang ibu mengandungkan anak dalam keadaan  lebih daripada bersusah-payah. Seorang ibu sentiasa merasakan berat dan sukar sejak masih dalam bentuk sperma di dalam rahimnya. Di samping itu, ibu juga merasakan sakit, lemah, berat, perubahan keadaan dan kesakitan. Sakit ketika hendak melahirkan adalah saat yang paling sukar yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja."

Dr. Muhammad Albar menyebut:

"Kamu tidak akan mampu menandingi kekuatan perempuan mengandung ketika menahan susah payah yang bersifat fizikal mahupun fikiran sebagaimana kamu mampu menahan susah payah dalam keadaan biasa. Apabila perkara-perkara yang menimpa pada orang mengandung dialami oleh seorang lelaki atau perempuan yang tidak mengandung, pasti lelaki tersebut atau perempuan yang tidak mengandung itu akan merasakan sangat sakit."

Sungguh berat pengorbanan yang dilalui oleh seorang ibu. Semua perubahan tersebut terjadi secara fitrah ketika seseorang sedang hamil. Seorang ibu menjadi lemah sejak mulai hamil hingga selesai. Dia selalu merasakan pedih, sakit, mengalami kesulitan sehinggalah masa melahirkan. Sungguh, sakit ketika hendak melahirkan dan pada saat melahirkan melebihi semua jenis sakit. Meskipun demikian, hampir tidak ada seorang ibu pun yang jemu melalui proses melahirkan. Bahkan seorang ibu akan bersedia melahirkan lagi di waktu yang lain. Maha suci Allah SWT yang menanamkan rasa cinta kepada anak sebagai fitrah seorang wanita yang normal.

- Buku Zikir Ibu Mengandung, Kemilau Publika Sdn. Bhd.

sharemy ♥ 
mommycha

12 comments:

SweetLikeWhat said...

teringat kisah nak bersalin hari tuh..sangat2 sakit..huhu

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

sebab itu lah ibu yang syahid kala melahirkan dijanjikan syurga.. Alhamdulillah dilahirkan sebagai seorang wanita, yang banyak ganjaran menanti

♥ Wina ♥ said...

saya bangga menjadi seorang ibu :)

Allene said...

like..like...

erna said...

rindu nak mengandung lagi. rezeki allah kan..special kita ni bila dah jadi ibu :)

With Julia said...

sebenarnya seronok alam mengandung dan melahirkan..wpun sakit tetapi hadiah yg diberi oleh Allah adalah hadiah permata hati yg sgt2 indah dan plg cantik dlm dunia ini...tiada tolok bandingan yer dear...seronok x terkata bila melihat pertama kali itulah bayi kita...itulah dia...penyambung zuriat kita...nyawa hati kita...sayang anakkkkk :D

Noli@Ibu Wafa said...

tq sharing..xsbar nk bg adik kt wafa..hihi..aamiinnn..moga ade rezeki lagi

Ratu Hatiku said...

Saya sayang mak saya... tq sharing ya. :D

cha said...

mommy cha sorry lama tak dtg sini. busy huhu sedih

seronoknya bilala i nak jadi ibu jugak ni :(

Puan Ira said...

tq info . moga2 urusan utk umairah jadi kakak dipermudahkan...amin

Waffaa by Wawa Tasliman said...
This comment has been removed by the author.
Wawa Tasliman said...

ada butang like tak untuk like? :)
good sharing.. betul tu precious sangat pengalaman semasa mengandung.

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...