Iklan

Sharemyloves Geng!

08 February 2013

Masalah susu anak...any suggestion guys?

Salam Jumaat!
 
Bila anak dah menginjak ke usia setahun, banyak betul kena buat "changes", maaf penggunaan bahse omputeh disitu. Hahahaha! Antaranya yang mommycha nak sentuh pada entry kali ni adalah pasal susu. Sorry, ai is memberi susu fomula pada my son since 8months. Time tu susu dah kering sekering-keringnya sebab dasar pemalas nak pam di opis. 

Padan muka aku kan?

Mikha ni pulak "peel" banyak nau. Asal dah boring dengan satu brand dia kan rejek. Mogok tanak minum susu berhari-hari. Banyak dah susu yang mommycha yang dah try & error, u name it...I got it oledi! Nak kena beli yang sesuai dengan selera tekak dia. Baru dia akan minum. Sama perangai dengan baba dia, cepat boring...sebagai contoh; tengahari mommycha masak tomyam seperiuk besar. Pastu bila nak dinner kita panaskan semula tomyam tu....hareemmm baba nak sentuh lauk tu. Dah boring sebab lunch dah makan tomyam yang sama. 
Get it? Paham tak ni contoh yang ingin mommycha sampaikan?

Lebih kureng gitu lah...!

Berbalik pada Mikhail & susu tadi. Memula elok je dia "setia" dengan Anmum, pastu dah lama-lama, asal buat..buang. Berangin mak ko dik. Susu dah le mahal. Pastu try beli Dutch Lady, murah sikit kan? Mana tau dia mau. Sama jugak Dutch Lady dia setia 3 minggu je. Pastu dah ketap bibir rapat tanak minum. Lagi satu kalo minum Dutch Lady ni, bila dia berak memang taik keras macam batu. Tak smooth macam minum Anmum. Mommy cha then try la Dugrow, Lactogen, ke sinki jugak jawabnya. Enfagrow pon penah try...menggigil nak bayar sebab tersangatlah mahal. S26 pon dia tanak. Common....nak try ape lagi ni? Susu kambing, susu soya semua dah try tetap kena rejek.

Pernah jugak mommycha buat langkah drastik...dengan bancuh Milo dalam botol. Ha! dah tanak susu kan? Try ganti Milo tengok. Tapi tetap sama....dia minum sikit je. Pastu berak kerassss lagi. Merah-merah padam muka dok teran berak. Siap nangis hokeh kalo nak teran, kena umpan isap puting sambil teran berak baru dia senyap. Cerr bayangkan...teran berak sambil isap puting? Hahahahahah! Maharajalawak Mega sungguh hoiiiii!

Disebabkan itu lah, mommycha try beli susu lain pulak. Sebab terpengaruh dengan iklan lah kisahnya tu. Suka tengok iklan Sustagen Junior 1+ yang anak dia susah nak makan & minum susu tu. Tetiba macam...eh! nak try lah kot-kot Tuan Besar Mikhail suka kan?

Survey dulu harga...ok tak mahal sangat.

650g tu adalah RM29.65. Kira ok lah kan? Balik je terus zasss bancuh untuk Mikha. Memula dia rasa agak pelik kot sebab before this susu semua flavour plain, tup-tup bertukar ke perisa creamy vanilla. Oh..susu ni adalah formula khas untuk budak 1 -3 years old.

RESPON?

Dia suka......! Alhamdulillah. Memula buat 90ml je. Pastu up sikit, then now dah 180ml sekali minum. Selera makan jugak bertambah. Syukur sangat...Tapi ada orang tua pesan, budak-budak kecik ni jangan ditegur seleranya. Kang terbantut pulak...so kita diam & perhati dulu perkembangan pemakanan dia.

Gitew ye puan-puan!

Mommycha takdelah suggestkan brand susu ni dekat u ols. Sebab selera anak-anak adalah berlainan. Sama gak dengan pampers, ade mak-mak suka Drypers, ade yang suka Huggies, ade yang suka Pet-Pet, Momypoko kan? Terpulang pada individu. But so far, Sustagen ni ok untuk Mikhail. Berak pon ok. Tayah dah nak teran-teran berak sambil isap puting loni ;p

Heh?!!


Inilah contoh susu nyer :) gigih snap gambo untuk tatapan u ols tau...

Source of Appetit Support ni lah punca utama paling momycha suka...

Kita introduce bagi flavour creamy vanilla...ade a few lagi flavour. Tak ku hingat flavour ape! Sory hihihi :)

Ade food pyramid bagai....baca jugak untuk menambah pengetahuan sebagai ibu, gitew!

Pastu ade pulak application form untuk jadik membership. Kena isi sebab nak dapat hadiah FREE...Hehehehe!

Momycha dah isi..yeay!

Kena sertakan bar code macam dekat atas tu untuk bukti pembelian dan sekaligus layak untuk dapat banyak privileges bila dah jadik member. Siap ade birthday bonus tau :)

Kong Xi Pak Chaii...ols!

#pisnowar#
momycha!


19 comments:

Mr n Mrs Zaidi said...

Daaliyaa pun semalam mak pengasuh dia cakap dia dah mula macam tak susu, bila tengok botol susu jer, dia buat2 nak muntah.. Dengan saya pun macam tu, ingatkan sebab dia tak sihat, tapi semalam sy perhatikan dia sekali jer dia minum..dia rela minum air putih..ke sebab dia pun dah boring dengan susu tu...ish2..dah ler susu tu de lagi satu stock tak habis..nak buat mcm mommy jgk la, nak try susu lain plk kt dia...

LisaLisut said...

hi mommy cha.1st time ni nk komen.sbb br jmpe blog ni smlm hehe. i xredeem pn yg mead johnson ni.dh lps due date. huhu. nx time i redeem la.rugi la pulak ye dok..my baby 6bln.minum dumex mamex cherish skrg. dlu s26 gold huhu.

Mommy_Cha said...

boleh try tapi better tanya doktor jugak apa yang sesuai dgn baby kan? takut salah try baby sembelit or cirit birit lak nanti...lagi haru...

Mommy_Cha said...

hi lisa. oh baru terjumpe eh blog ni? hihihihi takpe. dumex mamex pon penah minum gak dulu. itu susu soya kan? tin jkaler pink. mikha minum ni sebab dia cirit berpanjangan. dr suggest sebab soya elok utk bayi yang cirit birit.

:)

achiek anis said...

lor mommycha dekat je kita tgl rupanya...saya duk p17rk2...heeeee

Misz Pinkie Winkie said...

salam....sama presintla...dulu lin duk kat blok e, 18r12..skg dah pindah...duk presint 11.

Mimy Hamid said...

yesza kak mmg nak sustagen tapi ko tau la si papa fayel tu..susu dia beli kan...anmum 3 la penyudahnya hukhuk...fayel memang tau ..papa aje selalu menang...

cikpuanputeri said...

Hye mummycha. First time komen kat sini. B4 ni silentreader. Hehe. Tadi perasan kat blog lisa u tulis asal parit buntar. Hee husband i org parit buntar. Nanti boleh la beraya. Hihi. Owhh oot jap

SweetLikeWhat said...

hannah minum susu mama + anmum..okla berak die.tapi malam tadi kena sembelit plak..haru biru maknye ni..agaknye kurang minum air masak kot coz die dah start makan..huhu

missayu said...

memang dah niat Nia turn 1 y/o nanti nak bagi dia try minum sustagen..sekarang minum dutch baby,dia dah kurang sangat nak minum susu..nanti buat mainan jer botol susu dia,memilk cap gantung jugak xlepas2 bila malam

MimahAjil said...

klu bc entri MommyCha tk tgelak tk sah.klaka jgk orgnya ni...fuh...blh fenin ek pkr nk bg susu ikt selera ank.nsb yg las tu dia ok.hrp2 lama la bthn dgn sustagen jr tu.

amirah said...

anak akak cenggitu le jugak kekdahnya. macam2 susu..kenmain byk brand lagi. tapi camne tukor pun berak memang kerassss...boleh kira ta*k dia..sebab mcm ta*k kamben...huhu..tp la ni guna nan grow pulak. sebelum ni baruuu je berenti enfagrow. ahmad x tahan panas. milo2 coklat2 susu memang cepat je batuknya. berenti tukor2 susu sebab batuk. bila tukor susu kurang sket batuknya

CikNaa said...

laa ingatkan dia serasi ngan dacledi ritu.. afiq menten lg dgn susu murah dulac tu.. hehe. eh sedap dop vanilla tu. rase cm nak minum je susu mikha, cam sodap plak ;D

Suhaida said...

Hehe..comel je..maharaja lawak ek..mm..su pk2 masa haykal 2 tHun nnti cmne la ek...mmmm..

shaheeda said...

mommmy cha, cuba try susu ilham, saya pon nk cuba pas susu anmum dia abis stok, susu ilham tu buatan malaysia ada kismis, kurma, badam.. dan dibacakan dgn ayat alquran, cuba try, dengan bahan2 dia tu, konfem rasanya sedap.. hehe

Wawa said...

naila pown tolak susu semalam! tp mama wat bodo je...bile mama wat bodo baru la die minum sambil usha2 mama dia...bila mama pandang die, terus campak susu...apekah?? hahaha...tp klu lapar sgt, abes jugak susu sebotol...tp masuk setahun nti nak bg jugak la sustagen...motip? sbb ade perisa vanilla...:p

Mar Mansor said...

as salam.boleh tnya?Mikhail start minum sustagen jr1+ ni masa umur dia brp bulan ye?

Mar Mansor said...

ooo sama dgn ank saya..tp bila tukar ke step 2 mamec explore cam kurang pulak minum..

Ekin Aziz said...

sama mcm saye gak.. dah setahun lebih ni agak cerewet susu...nak yg sodap ajo... mkn je ketap bibir ketat2 taknak mkn..huhu.. last dia minum susu dutch baby 6-36bulan..tp dah tak sesuai la cirit setiap kali abis minum susu.. pening memikir nak bagi susu ape plak.. punye la survey susu kat hypermarket tu last2 nampak susu sustagen junior 1+ perisa creamy vanilla.. mmg sedap la... hihihi... sampai sekarang dah 5 kotak beli.. seminggu sekotak... terbaek la...

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...