Iklan

Sharemyloves Geng!

13 February 2013

Mandi swimming pool di Tahun Baru Cina

Hi korang!
 
Rasa tak bersalah bila tak update. Oleh kerana itu marilah kita update new entry untuk kini dan masa depan. Baru habis cuti CNY, mood pon masih mood nak makan limau dengan tarian singa lagi. U ols pegi mana cuti-cuti 3,4 hari ni? Mommycha duduk rumah saja, nak berjalan pon "fulus" dah menipis akibat birthday bash Mikhail aritu. Hewhewhewhew!

Tapi dok rumah 3,4 hari pon kematu buntot u ols. Serba tak kena. Nak jugak berjalan bawak anak kennn? Dekat-dekat pon jadilah...janji keluar jalan. Pucuk dicita ulam mendatang, bila call Pak Kim (my bro) dia cakap datang le umah dia untuk amik souvenier dari Langkawi. I pon apelagi u ols...terus ajak my driver pegi Damansara umah Pak Kim. Ala......Shah Alam - Damansara je tak jauh tol baru sehengget!

Pastu, Pak Kim siap offer bawak le baju, towel nanti Mikhail boleh mandi-manda dekat swimming pool. 

YES!

Dah lama Mikhail tak jadik badak berendam. Ok inilah masanya....jom baba...jommmmmmmmm!

Oleh itu ke Damansara lah kita. Sesampainya di Damansara, terus tunggu Pak Kim dekat area pool. Tak sabar kata kooo. Mikhail lagilah sejak dah pandai tunjuk-tunjuk ni, keja nya nak tunjuk je. Kekadang tu apa yang ditunjuk pon ku tak faham...Tapi kali ni mommycha paham, dia tunjuk ke arah pool. Tak sabar sangat dah nak terjun pool kan?kan?kan?

Adik mommycha ni sebenarnya tinggal dekat kondo ni dah bertahun. Rumah ni pon my cousin punya. Muda-muda dah beli kondo, bawak keta kancil takpe. Janji ada rumah kondo...siap dah ber renovate kondonya. Rezeki lah kan? Ada jugak ek orang muda-muda berpikiran cenggini. Mommycha ingatkan budak-budak muda ni asal ada duit nak beli kereta baru, henpon baru, awek baru...

Kan?

Ok. Moh sambung cerita pasal mandi pool. Si Mikha ni punya tak sabor sampai tak sempat nak bukak pampers, suar, baju dia dah. Nasib iman ku kental melayan kerenah anak ni. After bukak baju, kasi pakai swimming pants terus letak dia dalam air. Berkocak-kocak air kata kooo....Kejap-kejap dia tepuk air, sengih sana-sengih sini, gaya macam tak pernah jumpa air. Gitew!

Oleh sebab ini last minute plan. No pelampong fo Mikha. Sebab pelampong semua dekat rumah di Putrajaya nun. Takpelah takat air paras lutut takkan nak lemas yer dik? Hehehehehe!

itu dia...Pak Kim sudah datang :) sambey membawak buah tangan dari Langkawi.

muka tak sabar nak mandi dah ni...siap ada little mermaid pakai spender tunggu dalam air hehehehehe :)


tepuk air, main air, kocak air, sedut air semua keja dia lah tu...

ada jugak bebudak situ yang join main dengan Mikhail, da kawan lagi naik SYEHHHHH! hihihihi...

besar dah abang BESAR ni, sok lusa berendam dengan adik lak yer?

baba yang setia menjadi lifeguard kepada Mikhail, itu sebab sayam baba lebih dari sayam mama, kan?

his enjoying all the moments...im happy as long as u happy, my boy...

Gitulah ibu-ibu sekalian, hari cuti dihabiskan di swimming pool saja. Itu pon tak kasi mandi lama-lama kang demam susah plak yer dop? Sorry u ols, momycha teramat takde mood nak ber blogging today, pastu asal bukak blog korang bila nak tinggal komen terus macam loading lamaaaaa gilerrrrrr...then terus takbley nak leave comment. 

Kenapakah??? Apekah????

Till next entry yang ade mood sikit dan yang ade pekdah sikit...chow beeeedahhhh!


sharemy
mommycha

11 comments:

Ros Anis Rusli said...

little mermaid pakai spender..tbahak2 gelak baca ayat tu..kahkahkah

MimahAjil said...

sronok betul Mikha main kt pool ye....

SweetLikeWhat said...

tomeinye muka masa nak bukak seluar tuh..nampak muka kepuasan di situ..tomeiiii

hannah duk ikut mama pergi tengok orang kawen saje cuti ni.. ;)

Allene said...

mmg sronok bwk budak mandi... bila dia mandi tu, macam da teror sangat.

Wawa said...

haha comelnyeeeee mikha! die punye senyum bile dapat air...hihihi...

kita pun duk umah jugak...mengemas rumah...yehaaa^^

Aty_Fared said...

Bebudak mmng pantang nmpak air kannnnnn....:-)

missayu said...

Nia pun sangat suka main air....

erna said...

sepanjang iman dah hidup 10bulan..xpenah lagi erna bawak iman mandi manda. nak bawak x terbawak-bawak. hurm..sian iman x penah mandi kolam. mandi dlm bekas mandi dia je la. hehehe

Puan Ira said...

abg mikhail nmpk dewasa & handsome bertambah...muuaaahhh!!

Erina Asmawani said...

Wah wah..suka dia ada mermaid approach eh. Mohla Mikha mandi sesama ngan Aqil :)

Chekgu Azrine said...

Comelnya anak u..

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...