Iklan

Sharemyloves Geng!

05 February 2013

Berkelah jom?!


Nampak tak gambar yang tengah bersantai-santai petang ni...Ditambah dengan kesepoian angin-angin sayup, aduhai bertambah lagi senyuman di wajah abang ipar ku itew. Hahahaha! Inilah aktiviti hujung minggu kami sekeluarga Ahad lepas...pegi BERKELAH u ols! Macam gempak tapi tepi tasik Shah Alam je pon. Hey..gempak tau! siap bawak tikar, raga berkelah, air Rengrap (oren+sirap), makan ringan-ringan dan Pak Mertua tak dilupa membawa termos Man Utd yang berisi air teh panasnye.

Hohoho..horlicks!


Sebelom pegi main moh le kita bergambar kenangan dulu. Kelasss! Inilah family SIL. Dek ngikut kehendak sekutu Mikhail ni lah...Haniey beria nak sangat main dekat playground-playground. Mamanya yang morning/evening/night sickness pon mengikut kemahuan anakanda tersayang. Nampaknya tahun ni Mak Wan nak terima 2 orang cucu serentak...Walawey...tahun depan ada 4 orang cucu dah ibu mertua ku ini. Cayalah....


Buat yang terkebil-kebil bijik mata eh? Bila mommycha ade anak pompuan lagi ni? Hahahaha! Kot yer pon nak menipu tak hagak-hagak u olss..Tu kan Haniey my niece, nak jugak bergambar. Sebab dia kan Ratu Posing. Asal posing tangan dekat pinggang, asal posing kaki naik sebelah...Gitew. Takpe amiklah aura Neelofa sikit dik, besar-besar boleh belakon pilem.


Masih merindui mommycha? Kahkahkah! Statement takbley blah. Nah lagi sekali ku tempek kan gambar kitaorang. Perot ku agak membulat dari biasa. Oh! Mana tak bulat...semalam genap 6mons dah u olss. Cepat betul second pregnancy ni. Lagi 3 bulan nak beranak. Buant kengkawan bloggers, cepat pikior hadiah ape nak kasi ke baby mommycha tau. Hahahaha! Takde hadiah...nanak kawan!

Boley gitew?


Dah bila sibuk bergambar, si kenit ni sibuk jugak nak main. Jenuh la bab melayan dia. Mommycha dah tak koser nak bawak dia panjat itu ini sebab perutku yang semakin membesar. Hanya mampu melihat dari jauh jela. Main elok-elok, kang jatuh bangun sendirik!


Disebabkan anak-anak leka bermain, mak-mak sibuk bergambar lagi. Yang tudung hitam tu our Mak Teh. Kebetulan hantar anak dia ke UiTM, pastu tuup-tup sambil amik angin petang dekat tasik, terserempak pulak dengan kitaorang. Namanya langkah kanan, sebab banyak makanan menanti di tikar ajaib kami...zam-zam ala kazammm.......!

Heh!


Pas main kompom lapar. Tangan dan mulut dia disumbat dengan hotdog. Kali ni boleh makan tapi kena dengan pemantauan orang tua-tua macam baba. Mama taleh pantau sebab mama muda lagi. Hahahahaha! Mikhail ni asal bergambar mulut huruf U ke bawah macam gini :(...tak penah U ke atas macam gini :). Cebik sokmo....


Eh? Tahu lapar yer? Hahahahah! Haniey ni memula girang gembira nak gi playground. Sekali bila sampai semua dia takut nak main. Hek ele...achaner tu?


Ini kes nak azan Magrib suh orang balik ke ape ni? Hahahaha! Bila dah buat muka cebik U ke bawah gini adalah tu makna tersembunyi. Sama ada dia dah boring atau dia nak pegi main lagi. Buat yang perasan ni lah t-shirt yang Mikha selalu pakai pegi playground. Dah jadi official t-shirt dah....berangin ko kena ketiak peluh pon cepat kering..hahahaha!


Ajak baba escort sebab belom boleh jalan. Penakut Mikha ni, jalan 4,5 langkah pastu duduk. Takut benar dia jatuh agaknya. Tapi nafsu jalan dia kuat, bayangkan tengah-tengah pasar malam pon dia menjerit nak berjalan sendiri. Eceh...kena lenyek kang baru tau!



Ini bab paling berani lah. Turun gelonsor sendiri. Tayah ko coba-coba nak pegang. Mau di meronta suruh lepas sebab nak buat lagak ngeri keseorangan. Kang terhantuk kepala ke tanah, sendiri susah dik...


Taraaaa....cewah! Gitu aksi PRO. Kali kedua main terus menggelunsor ke bawah. Zasssss terus terantuk jugak ke simen bawah tu. Dapatlah kita lihat & dengar aksi PRO menangis sakit. Hahahahaha....Hanya kau yang mampu dik....Mak dah larang tanak dengar!


Last but not least, inilah makanan kitaorang. Ape omputeh kata tu? Finger foods? Haa..gitu lah lebih kureng. Mommycha tak reti beromputeh-puteh ni. Ai is Melayu makan sambal belachan u ols. Hahahahaha! Makanan still sedap sebab masih panas-panas suam tau. Pastu ditambah mood santai petang...sangat terbaek!

MORAL OF THE STORY: Jangan kasi anak pegi playground pakai suar jersey bola, sebab kain tu licin. Itu yang gedeganggg kepala terus meluncur ke lantai! The end.

p.s: sebenarnya banyak lagi gambar besday Mikhail, tapi nanti lah yek... Macam lah anak aku sorang sambut besday nak pampang gambar berlori-lori. Hahahahah!

#pisnowar#
mommycha!

7 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

hehee,, kalau budak dah besar sikit pandai kontrol elok pakai sua jersey tu, laju je luncur.. besar2 Mikha ni takleh la.

With Julia said...

wahhh sonok mommy cha gan family pi berkelah...seronok mikha hehhe :)

MimahAjil said...

beronok2 ye Mikha bermain gelongsor di playgroud.....syomellll....:)

SweetLikeWhat said...

air rengrap tu nampak sedap pulak..haha..
comel mikha..dah besar nak jd abang long dah :)
jap jer masa berlalu

erna said...

lama dah x berkelah. sekali sekala dapat santai macam ni seronok juga.

Erina Asmawani said...

Bestnyeee!! Nak berpiknik gakla nanti..SIL mommycha memang ada iras mommycha lah..masa besday Mikha haritu sikit lagi nak terkomfius. Hehe..

mama ila said...

aisehhh..tasek....lama betul xgi sini..dulu time belajar kat uitm..selalu jugak pegi sini...rindu tetiba...

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...