Iklan

Sharemyloves Geng!

28 February 2013

Will be back soon...




sesungguhnya sebaik-baik kejadian adalah kejadian seorang manusia..
 
Will be back tomorrow
:)

sharemy
mommycha

25 February 2013

Duit-duit, dimana kau duit....?


Hi uols...

Tadi ada membebel sikit kan pasal gaji dah keluar...alhamdulillah walaupon tak berjuta-juta ringgit, namun masih lagi mampu untuk menyara diri sendiri dan anak-anak. Auwww! Sweet tak ayat?
Untuk apak Mikhail, gaji ai iz ai punya, taleh share, tapi gaji yu iz ai punya jugak boleh share-share gitew...
:)

Kali ni punya gaji perlu di "limitkan" penggunaan nya. Nak bersalin dah katanyer, kena berjimat simpan mana yang perlu. Banyak yang nak guna lepas bersalin nanti. Sapa yang ada anak dia akan tahu betapa banyak duit yang nak "spend" lepas beranak nanti. Takpe-takpe, rezeki anak ada dimana-mana kan?

Semoga dipermudahkan, semuanya.
Insyallah!

Ni baru jer membeli breastmilk storage online dekat Eizmierahmunbabyshop. Macam rasa termurah pulak, terus terbeli 3 box, consists of 30 botol. Satu box tu akak ni jual RM30.00 jer. Dekat luar dalam RM38++ rasanya, more or less la kot. Takpe benda boleh pakai lama tak salah untuk "dilaburkan" pada jalan yang benar. Kehkehkeh!

Dulu time Mikha pakai yang plastic storage tu. Rasa macam rugi pas pakai buang, memang lah save space dalam freeze tapi asik membuang jer plastik tu rasa rugi pulak. This time nak kumpul botol banyak-banyak, next month kalo rasa tak cukup moh memborong lagi :)

Pastu, terus zasssss teringat nak booking Mak Bidan lagi. Kena taruk deposit jugak tu. Sekali booking RM50, takpe. Mari kita buat yang wajib-wajib, sok lusa nak bersalin merana diri pulak kena urut badan sendiri sebab tak booking awal-awal hewhewhew!

Kali ni memang nak bajet beranak normal kalo dipermudahkan. Insyallah bila dah bertukar Gynae, ke Dr. Norleen ni dia macam bersungguh-sungguh nak mommycha bersalin normal. Bil sepital dekat DEMC belakang kira lah kan? Harap rege bil tu berpadanan dengan servis yang kita dapat. Ada jugak orang kata, nak save bajet pegi beranak sepital Gomen. Sekarang ni pon Gomen dah bukan macam dulu. Yup! ku akui semua tu, tapi diri dan mind set dah bercadang nak bersalin DEMC jer. Memang bayar mahal beriban-riban, tapi pas bersalin nurse jaga ko 1st class, siap tukar pad itu ini, lap badan ko semua, ade pakar terapi datang lagi, doctor buat personal visit, katil 1st class tayah share-share, mak pak, suami boleh teman sampai naik kematu buntot duduk dlm bilik....Bersilang kaki tengok channel tv itu, ini!

Hoi! sape tanak tu hoi?

Ni pon dah menggeletar dengar Sogo ade sale. Cisss! Sogo ni memanjang sale, pastu kali ni ade baby sale apekemende ntah. Menggigil mak buyong nak serbu Sogo. Tapi bila dipikirkan tak daya dah nak berasak-asak macam dulu, so better kita beli yang ade depan mata sudah. Kang pegi Sogo tak habis beriban-riban tak sah...asal nak beli sikit jer, bila balik terus terbeli sampai selori....Kuat sungguh pakai hantu "pelaris" Sogo ni....!

Ciss!

Mujur set breastpump dah beli. Takpelah beli yang chap mahal atau murah yang penting dah ade kepunyaan sendiri. Niat kena ikhlas kan? Niat nak menyusu anak sampai 2 tahun, insyallah. Sebab itu mommycha dah start bukak web yang ade pasal penyusuan, cara yang betul, cara nak simpan susu, perbanyakkan susu, doa-doa nak banyakkan susu teknik yang betul dan macam-macam lagi. Semoga "perjuangan" menyusukan ini juga akan berpanjangan. Jadinya tak terbeban sangat nak membeli susu Mikha & adik nanti. 

Betul tak, kengkawan?

Itu belum dikira nak membeli barang adik baby lagi. Haiiiiii!-hoiiii!- Haaiiiii! A few things kena beli yang baru, sebab ape? Sebab nya...hewhewhew...Malu nak bagitau! Yelah Mikha punya banyak gambar robot-robot, cars-cars, lorry, bas, tiger, panda, haiii semua yang tak melambangkan adik langsung....Takkan lah nak kasi ke adik pakai kan?

Hehehehe.... Itu dia nafsu membazir telah "wujud" disitu!

Balik esok lusa nak pi sekodeng pampers untuk newborn. Teringin nak try mamypoko newborn since ramai yang kata pampers tu ok. Untuk Mikha pon kena tukar pampers. Takbley nak teruskan dengan Drypers sebab dia sokmo garu lah bontot macam panas berkuap pon yer jugak. Bila mommycha rasa bontot dia memang akan ade wap peluh yang panas. Itu sebab bontot dah bercakar-cakar dengan kuku dia akibat gatal, asyik dok menggaruk jer kejanya. Nanti nak survey yang ok-ok sikit...Any suggestion u ols?

:)

Hai..itu belum dikira nak membeli botol susu baby lagi, this time pon nak beli yang brand elok sikit sebab brand yang Mikha pakai tu dah nampak macam botol bertukar ke kaler kuning. Alahai sangat tak berkualiti! Pening kepala mak incik, semua nak beli....Benda nak beli banyaaaakkkk, tapi gajinya ciput.....!

Achaner tu, yong?
Kuang-kuang-kuang ;p

sharemy
mommycha

Aqil Hamzah turning 1, at KFC Extrema Park

Salam Isnin, guys!

Hari gaji today untuk orang gomen, marilah kita bukak Maybank2u dan transfer ape-ape yang wajib. Hehehehe...Biar berasap acc. maybank, jangan berasap bontot bank dok kol tak bayo kereta, tak bayo loan, tak bayo rumah. Hehehehe..Lagi kes naya tu, tipah...!

Lupakan kesah Tipah tertipu, sebab nak cerita pasal pegi besday anak mommy bloggers sorang ni. 

Firstly nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada mama Aqil Hamzah, yang menjemput mommycha se famili ke besday Aqil last Saturday di KFC Extreme Park, Sek. 13 Shah Alam. Dekat pon dekat...so moh le kita pergi makan KFC sekaligus berjumpa dengan idola zaman kecik-kecik mommycha yakni, Si Cheekie...

Tak kenal Cheekie?
Alahai...Si ayam besar kaler putih yang pakai baju & topi KFC tu...
;p


Inilah rupa-rupa mak-mak yang hadir. Ada Mama Naila, Mama Fayel, Mama Qaleef, Mommy Aish, Mommycha & opcos ade Mama Aqil sebagai tuan rumah. Kalau ade yang tertinggal pohon maap diucapkan, ai is bukan kenal orang sangat...Hahahahah!

Abaikan kalo gambar bergegar, tak cantik ke hapa. Biasalah bila ada babies ni, "perilaku" derang sukar di kontrol. Jangan kata babies..kengkadang gambo mak-mak pon ter "parkinson" gak. Bergegar semacam..al maklum camera tak canggih..Kuikuikuikuikui! 

Kalau gambar bergegar takpe, marilah kita salahkan camera. Tapi kalo objek dalam gambar tak berapa cantik, tudung senget, tudung melekap kat muka, dagu berlapis, pipi kembong, peha berlemak (refer pada tuan empunya diri) itu jangan dok gatal nak salahkan camera...Itu salah sendiri kot, mommycha oii...Hoi-hoi-hoi!


Sesampainya di KFC, tercengang-cengang mommycha nengok para ibu bloggers yang dok berposing amik gambar. Takpe-takpe, pas salam-salam dengan mama Aqil terus ku pon tumpang sekaki bergambar. Apa lagi Mikhail pon dalam tercengang-cengang lagi lah tercengang sebab suh pandang kamera. Dia memang cenggitu, asal pandang kamera buat gaya idong kembang, alahai..cer try buat gaya pisnowar ke, rock the world ke, yaaa aaww auww ke, muncung mulut itik ke? Boleh dik?


Tak sah kiranya tak dipertemakan dua orang budak "kembar" tak seiras ni. Hahahah! Inilah Fayel anak Kak Mimy. Sama baya dengan Mikha. Sama pulak tu bulan Januari 2012. Sorang awal bulan and sorang akhir bulan. Derang ni asal jumpa je saling mengusik, ko cuit aku, aku cuit ko. Haa...gitu!


Ok marilah bercerita pasal besday Aqil. Inilah first time ku jejakkan kaki ke Party di KFC. Selalunya kita buat besday kan dekat rumah je? So macam KG jugak lah omak ko ni pestime pegi party dekat KFC. Jakun/jangok/perghak semua ada. Hahahahaha! Pada mommycha, best tau buat di KFC. Suka dengan surrounding yang babies-babies, pastu suasana yang amat sesuai lah untuk sebuah besday party. Hujan pon tak basah...tak macam ai dulu u ols...basah kuyup para tetamu yang sampai time hujan tu. Kesian nyer...

Pastu, mama Aqil ni tersangatlah kreatif. Ai iz very like the candy bar preparation. Sangat suwit! Memang kena dengan tema Jungle Safari, lah mama Aqil. 5 star mommycha kasik! Ai iz very the like-like....


Candy bar yang sweet ni di penuhi dengan choki-choki, ladybug choc, jelly, macaroons, chupa chup mini, choc rocks, pop-cakes, cheese tart yang berflavor-flavor and ade jugak baby bites! Mikhail bila tengok memang semua dia nak...Last-last, pop-cakes menjadi pojaan hati dia, habis sebatang sorang dekat dia. Mommycha & Kak Mimy kami berdua berulang dok merasa cheese tart....Sedap weyh! Setiap satu rasanya lain-lain...harus semua flavor nak ku coba.....!

Kang ngidam kang jenuh mama Aqil nak menghantar ke Sek. 20...Hewhewhew!


Inilah Cheekie. Haru koo..bila Party Planner ni kata ade kuiz untuk parents terus mak-pak teruja lebih...Errr! Aku lah tu yang teruja, kemain tamak nak hadiah banyak-banyak. Sekali Minah ni tanya, sape ade henbeg? Terus zassss kasi henbeg sebab memang dok galas kat bahu, kahkahkahkah! Saiko sungguh aku!, Pastu dia tanya, sape ade kunci kereta...teruss zassss laki aku pulak kasi kunci keta. Lagi dapat hadiah! Kahkahkahkah! Laki bini saiko nak hadiah. Pastu-pastu minah ni tanya lagi...sape ade kasut baby, terus zassss kasik kasut Nike Mikha. Kehkehkeh! Terlompat-lompat mak buyong hilang ingatan kejap kata tengah mengandung 6bulan....Harharharhar! Pastu Erie kata dah la tu sayang, kasik chan orang lain plak...Ala, gitu tau baba ni. Dalam hati redha jela jangan tamak dapat hadiah banyak-banyak! Ni buat macam party sendiri ke hapa ni? Hehehehehe!


Pastu dah letih-letih main, tibalah masa untuk besday boy tiup lilin. Ala tomey, siap cheekie teman gitu. Tapi Aqil nangis nengok ayam besar tu...Tanjat boboi Aqil kan? Nengok ayam besar hidup-hidup? Hehehehehe :)


Lepas dah tiup lilin potong kek, tibalah masa untuk makan. Apa lagi kitaorang pon melayan lah anak-anak nak makan. Kesian Mikha lapar sangat kot? Tengok ar tangan dia, cubit ayam sendiri tu...Mulut tak habis mengunyah..harharharhar! Dia memang hantu ayam goreng sikit, sebab terpengaruh cite Upin, Ipin. Makan nasik pon hari-hari ayam goreng je lauk dia..Takpe makan lah nak oi, jadi tokey ayam besar nanti pon boleh gak...ayam memang sentiasa larisss sokmo, nak-nak musim raya :)
Tehehehhehehe!


Tiba masa untuk berpisah setelah borak sakan paling tak hengat donia. Baba siap bagi hint-hint mata ajak balik, sebab tak larat nak melayan Mikha yang semakin aktif nak ke sana-sini. Dia kan dah boleh tatihh-tatiihh sikit, pastu kejanya nak berjalan jerla. Sebelum tu tengok lah hasil kerja Erina, Mama Aqil yang kreatif ni, aduhai jeles tengok idea-idea dia yang cun-melecun ni :)

Pada mommycha, Alhamdulilah... selain dapat meraikan besday Aqil ni, dapat jugaklah para ibu-ibu, bapak-bapak merapatkan silaturahim sesama kita. Best sebenarnya bila buat majlis macam ni, cuma penatnya jangan ditanya. Boleh tercabut tulang empat kerat, mak Bedah oiii...! tapi segalanya untukmu duhai anak...mak-mak rela kan jua.....



To Aqil Hamzah, once again mommycha, baba erie & Mikha ucapkan Happy Birthday ye, sayang. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat! Dan terima kasih sebab sudi jemput kitaorang datang :)

Next babies birthday please?
;p

sharemy
mommycha


22 February 2013

Oh..ibu!


Oh....ibu!



"Seorang ibu mengandungkan anak dalam keadaan  lebih daripada bersusah-payah. Seorang ibu sentiasa merasakan berat dan sukar sejak masih dalam bentuk sperma di dalam rahimnya. Di samping itu, ibu juga merasakan sakit, lemah, berat, perubahan keadaan dan kesakitan. Sakit ketika hendak melahirkan adalah saat yang paling sukar yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja."

Dr. Muhammad Albar menyebut:

"Kamu tidak akan mampu menandingi kekuatan perempuan mengandung ketika menahan susah payah yang bersifat fizikal mahupun fikiran sebagaimana kamu mampu menahan susah payah dalam keadaan biasa. Apabila perkara-perkara yang menimpa pada orang mengandung dialami oleh seorang lelaki atau perempuan yang tidak mengandung, pasti lelaki tersebut atau perempuan yang tidak mengandung itu akan merasakan sangat sakit."

Sungguh berat pengorbanan yang dilalui oleh seorang ibu. Semua perubahan tersebut terjadi secara fitrah ketika seseorang sedang hamil. Seorang ibu menjadi lemah sejak mulai hamil hingga selesai. Dia selalu merasakan pedih, sakit, mengalami kesulitan sehinggalah masa melahirkan. Sungguh, sakit ketika hendak melahirkan dan pada saat melahirkan melebihi semua jenis sakit. Meskipun demikian, hampir tidak ada seorang ibu pun yang jemu melalui proses melahirkan. Bahkan seorang ibu akan bersedia melahirkan lagi di waktu yang lain. Maha suci Allah SWT yang menanamkan rasa cinta kepada anak sebagai fitrah seorang wanita yang normal.

- Buku Zikir Ibu Mengandung, Kemilau Publika Sdn. Bhd.

sharemy ♥ 
mommycha

21 February 2013

Kisah benar seorang ibu.

Kisah benar seorang ibu.

Hari ni aku pukul Mikhail. Ntah apa syaitan yang merasuk aku sampaikan aku tergamak memukul anak aku sendiri. Being a mommy and at the same time, pregnant for 6mons it was no as easy as ABC. Most of the time, my stress limit sentiasa berada di tahap yang paling "kritikal".

Mikhail is super duper cranky now. Takboleh jugak nak salahkan dia. Berusia setahun sebulan, umur-umur time gini memang sedang explore dan belajar untuk melasak. Semenjak dah tahu turun, panjat katil itulah kerja dia hari-hari. Asik nak memanjat, menurun. Sebagai emak, aku risau kalau-kalau dia terjatuh dan terkena bucu meja solek dalam bilik yang memang bersebelahan dengan katil.

Kena bucu tang dahi, elok pulak nak berjahit bagai kan?
Membuasss sungguh laa......!

Bila dilarang, makin dia buat. Orang said NO-NO Mikhail...NO! Tetap dia buat jugak! Today pulak aku memang stress disebabkan malam tadi aku takboleh tidur seperti biasa. Dengan perut yang makin membesar, back pain yang teramat sangat, ditambah pulak dengan batuk yang tak hilang-hilang kurang lebih 2 minggu ni, buat aku lagi stress tahap maksima!

Nampak macam kejam bila aku pukul anak. Namun takde niat nak mendera ke ape. Cuma time tu aku dah tak boleh nak menahan rasa marah. Bila nafsu marah dah menguasai diri kan?

Bukan senang rupanya mengandung dan mempunyai seorang anak yang sedang membesar sekarang ni. Bila kita cuba kawal marah kita, ada saja perkara yang kadangkala akan membuatkan kita bertukar menjadi "singa betina".

It's true rite?

Aku memang "tabik spring" pada ibu-ibu yang lemah-lembut melayan anak-anak derang tanpa sedikit menaikkan "pitching" suara. Sorry im not that type of mother. Aku akan menjerit-jerit marah kalau anak aku melakukan sesuatu yang salah or sesuatu yang merbahaya. 

It's my mistake. Mungkin mama aku dulu adalah seorang yang tegas. Itu sebab aku menurut jejak langkah dia, kot? Ok. Berbalik pada Mikhail tadi, lepas aku pukul dia...dia menangis. Yela sakit kot kena pukul. Tapi aku pukul di bontot ade berlapik pampers kan? Takdelah pukul kuat, cuma pukul untuk mengajar dia bahawa apa yang dia buat tu adalah salah!

Dah le stress dengar Mikhail menangis, pastu dok carik baju nak pakai ke opis boleh pulak tak jumpe kain dalam or skinny legging aku....Hoi! lagi double stress maknak! Tak jumpe carik kain dalam pepagi time kelam kabut pon boleh stress tau...Korang ape tahu, korang tak berulang alik sehari 80km tau. Pastu elok Erie pulak bagitau aku yang keta aku kena block dengan keta anak jiran depan, siap tarik handbrek lagi mana boleh tolak kalu camtu. Phuiii! berdouble-triple stress aku! Dah le aku lambat, pulak Shah Alam ni kaya dengan roundabout yang selalu jem memang akan melambatkan lagi perjalanan aku ke Putrajaya!

Hoh! Terasa nak terjun Niagara Falls, bedahhh ooiii!

Elok nak pegi kerja Mikhail merintih sayu menangis, panggil...mama...maammmaaa.... Nak ikut aku pulak! Pehhh..berderai airmata aku tau tak. Dah le tadi aku pukul dia, pastu nak pulak ikut aku pegi keja sekarang ni? Wahai anak takde perasaan benci ke kamu pada mama sebab mama pukul kamu tadi? Heh?

Aku sudahi entry ini dengan rasa bersalah teramat sangat sebab memukul anak ku. Sejak dalam kereta dari Shah Alam tak henti-henti aku pikirkan hal ni. Sesungguhnya aku tak berniat apa-apa. Cuma ingin mengajar...

Salah kah aku?

mama tetap sayang kamu hingga hujung nyawa, mama...


sharemy
mommycha


20 February 2013

Entry makan-makan & banyak gambar sedonia :)

Lama sungguh tak cerita pasal makan-makan. Moh le kita "merombak" gambar lama yang dipenuhi dengan aktiviti makan-makan sedonia. Sebenarnya ada 4 kejadian makan-makan yang mommycha dah lalui bersama-sama keluarga. Jom kita gegarkan perut di pagi Rabu yang mulia ini. Baca doa makan dulu sebelom tengok gambar yang bakal dipublishkan dibawah ni nanti yer :)

Scene 1:

Ai iz keluar makan bersama baba dan Mikhail di Big Plate Restaurant, Kg. Melayu Subang. Time tu "merembes" air liur nak sangat makan western. Jadinya ke Big Plate lah kita. Kalau ditanya sedap ke tak? Boleh lah tahan rasanya. Takdelah sedap sangat...dan takdelah taksedap sangat. Voleyyy laaa....

ehem-ehem..baba makan yang ni: MIX STEAK!

mine :)

sama-sama share, mushroom soup+bread. tak sedap sangat sebab rasa aji sangat banyak!

Mikhail makan yang ni je :) err..means yang timun + tomato + salad tu je hahahaha!


Scene 2:

Baba lanjer mommycha makan salad. Hoh? salad jer? Hehehe. Actually time tu awal-awal preggy memang tersangat mengidam mix salad bersama air coke. Sila jangan tiru aksi ini. So, makan lah kami di Pizza Hut siap dengan set pizza bersama-sama salad jugak. 

baba lah tu buat peace yaw tu..haish! nampak coke tu terliuq lak dah....

harus taruk sos banyak-banyak, baru layannnn :)


Scene 3:

Gamaknya ini gambar tahun lepas, yakni bersamaan dengan besday Mak Wan bulan November lalu. Sekali lagi tekak Mak Wan nak makan pizza. Moh beramai-ramai kita "kayakan" tokey pizza hehehehe. Mommycha dah lupa time tu pizza nye nama apa. Lapar kata koo...so, main sebat mana yang terdaya. Kata pregnant kan? Makan pon haruslah untuk berdua...whoopppsss!

besday cake tajaan dari momycha + baba + mikhail

sementara tunggu makanan sampai, photogediks dulu ;p

Mak Wan tiup lilin, dikelilingi cucu + atok tersayang. Tahun depan tambah lagi 2 cucu, Insyaallah!

homei-homei kek ni, tak muak pon. sedap mata memandang, sedap tekak memakan :)

brownies kot? huh! sedap...tak manis pon, sesuai untuk pesakit Diabetes macam ai

yang ni cookies with ice-cream kot. lupa sudah...tapi tersangat manis hokeh!

pizza in the house

mommycha punye :)

Scene 4:

Ahad aritu, Atok bermurah hati belanja kitaorang breakfast dekat Kopitiam di Tesco Shah Alam. Lupa plak nama kopitiam yang ade muka Misbun Sidek tu. Huhuhuhu. Disebabkan hampir pukul 11 pagi semua dah berperut keroncong. Pastu masing-masing order makanan berat sebab dah lapar. Haiiii kata breakfast?... breakfast ke ceni, bedah?


keowteow kungfu rasanya..this one is baba punye

nasik lemak rendang ayam..old time peberet...

air tiga layer...bapak manis kooo! air potong kaki ni...ish-ish-ish!

siap Kate Middleton Jr. bersantap dengan kami, kau mampuu pakai crown pegi breakfast? hahahaha!

awek baru nampak?

muka ku sesuci murni baru lepas bangun pagi....

rakan sepermainan & seperjuangan bersama-sama.

Scene 5:

11.2.2013 adalah besday Achu Eira. So, Achu kata nak makan KFC baru yang ayam ade wrapping tu. Alahai kfc kreatif betul ayam pon taruk wrapping eh? Tanpa mengecewakan permintaan besday girl. Kitaorang pon bergerak-gerak khas menuju ke KFC Sek. 7 Shah Alam, bersebelahan Jakel tu. Sorry le, tekak momycha takleh terima le ayam wrapping tu. Baik makan ayam goreng + cheezy wedges je lagi mengancam :) hoi-hoi-hoiiiiii!

ayam wrapping di KFC

yang ni jugak menawan QOLBU....

kali ni no cake for achu, momycha + baba menaja Big Apple donatz. muak la asik cake jer kan? Tukar selera pulak :)

Mikhail ni semedang tak duk diam...grrrr! Haiseh..muka aku tu muka mak-mak Bedah sangat...hadoiyai!

berangan lah kendian hari dapat sepasang baby gurl & boy :) #ehem-ehem#

itu dia Mak Buyong bersama-sama famili terchenta :)

harap u ols tak urut dada dok scroll gambar banyak-banyak ke bawah yer? Hahahahaha! Nafsu makan melebihi segalanya...kan? Pasni masuk bulan March adalah besday seseorang...sapekah itu???? #ehem-ehem-ehem#  

p/s: baba..err mama nak adiah, voley?


sharemy
mommycha

#wordless Wednesday#


#wordless wednesday for today#



hehehehehehehehehehehehehehehehehe.
jom MPH jom?

sharemy
mommycha

19 February 2013

Mencari mak bidan @ confinement lady...

Semekom!

Makin dekat jarak untuk besalin, makin gementar mommycha rasa. Takut, cuak, tetap ada walhal ini adalah pengalaman kedua bersalin. Dan pengalaman tika melahirkan Mikhail dulu pon masih terbayang-bayang didepan mata mommycha ni. Bohong la kalo kata tak sakit kan?

Sakit hoi...tak kira lah beranak normal ke czer ke....
Kena gunting/toreh/potong idop-idop tau takkkkk!!!

Lupakan hal beranak tu dulu, today mommycha nak bercerita sikit pasal mak bidan. Eh? Penting ke mak bidan @ confinement lady ni? Perlu ke kita cari mak bidan untuk penjagaan lepas bersalin nanti? Kan ke mak kita dah ade...cukup lah tu...!

Ok! Itu adalah persepsi yang salah yer tuan-tuan dan puan-puan.

Bila seseorang perempuan tu dah melahirkan anak, badan kita secara automatik akan menjadi lemah sebab kekurangan darah dan banyak energy yang hilang ketika bersalin. Cewah..ada gaya Kak Tonn tak mommycha? Oleh sebab itu lah, kita memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Kata nak badan macam Kim Kardashian, so haruslah berhabis wang ringgit sikit untuk cari mak bidan yang betul-betul hebat dan berpengalaman dalam meng "handle" perempuan lepas bersalin.

Tahun lepas, mommycha cuma sempat mengurut selepas sebulan melahirkan Mikhail. Haa..ko! sebulan baru berurut tau. Padahal duduk dekat kampung...zaman sekarang ni kampung pon dah susah nak cari mak bidan. After a month baru jumpa, itu pon makcik tu lah yang tolong cukurkan kepala Mikhail dan urut mommycha sebab breast dah tersumbat susu. Malas pam kan? Gitu laaa...susu tersumbat sokmo!

Disebabkan tahun ni, tanak sejarah lama berulang jadinya awal-awal lagi mommycha dah survey untuk cari mak bidan ni. Bila survey kena jugak survey harga dan pakej yang ditawarkan. Duit pon kena prepare awal-awal. Simpan untuk bayar mak bidan nanti... Tak gitu? Lagi memudahkan kerja, insyallah mommycha akan bersalin dan berpantang samada di Shah Alam atau Putrajaya. So, marilah kita survey mak-mak bidan yang ada di sekitar Klang Valley/WP jer yer tak?

Ada sorang akak di Putrajaya ni, menawarkan 3 pakej dengan harga yang berlainan. Pakej paling mahal include (berurut, bertungku, bertangas, pilis dan param) RM170 per day. Memula ingat nak jugak amik dia sebab urut dia sedap, tapi bila dipikirkan takde pulak mandian herba, mandian baby so takpe...kita cekidout yang lain. Ada akak di Batu Tiga, Shah Alam ni, pakej sehari RM250 semua ada termasuk jamu homemade dia. Tapi dia punya urut..memang sakit satu badan. Mungkin tak serasyi bersyama dengan mommycha, yang dah ada pengalaman berurut dengan dia masa keguguran pertama dulu. Urut pakai kuku koo...Eh? akak ni jelmaan ponti harum sundal malam ke hapa ni?

Sereeeeemmm ahkak!

Pastu yang third ni, orang Indon. Namanya Amy. Urut badan memang tip-top. Sedap urutnya, pastu badan jadi segar jek. Tapi masalahnya si Amy ni pandai urut je, tak pandai jaga orang dalam pantang. Pulak doh....! Tetiba my SIL rekemenkan sorang mak bidan ni, namanya Aishah tapi nama glemer ICE. Gitew..glemer wooo nama dia. Hehehehe! Ice ni pon muda lagi. Lawa orangnya. Survey punya survey macam ok. Pakej paling mahal harga RM120 (area Shah Alam & Putrajaya). Dalam pakej Ice ni ada berurut, bertungku, bertangas, mandian herba mak & anak, pilis, param dan semuanya menggunakan produk Nona Roguy. Mommycha rasa macam ok, eventhough tak pernah try NR except for minyak urut lepas bersalin NR je yang pernah ku try.

Menyelit sikit yek. Sebenarnya, masa nak carik mak bidan ni teringin jugak nak membeli set postnatal tanamera tu. Yelah..katanya ok, hebat, terbaik bla-bla-bla. Tapi bila terpikir-pikir balik, balik aku bayar jer RM300++ untuk mak bidan sah-sah semua ni ada orang tolong buatkan (means dari urut, mandi, jamu, semua lah). Dari aku beli set penjagaan bersalin yang sememangnya sah-sah aku kena rebus/mandi/urut semua sendiri kan? kan?kan?

Ok, berbalik pada Ice. Dia ni pon bersalin anak rapat-rapat. Same like me. Beza anak sulung dengan number dua cuma 100 hari. Gitew...hebat kan? Pastu bersalin dua-dua czer jugak. Hahahahaha! Tapi body dia sekarang memang meletop ah! Mak bidan kan mesti jaga badan, yer tak? Ice pon ade blog, sila klik kat sini. Dalam blog dia pon ada macam-macam pantang larang, penjagaan selepas bersalin dan tips penyusuan. Banyak info jugak dekat situ. Kelassss mak bidan mommycha, ade blog jugak tau! Hehehehe....Jangan terkezut kalo bukak jer blog ade gambo pompuan tengah posing (paling atas/header blog) haa...itulah Ice.

Gitu lah kisah pasal mencari mak bidan. Samada ianya satu keperluan atau kehendak, sesama lah kita pikirkan ok? Tapi bagi mommycha, selepas pantang kita kena lah menjaga kesihatan dalaman dan luaran sebaik mungkin sebab itulah antara moment paling penat tak terhingga bagi seorang ibu kan? Yelah selepas melahirkan, kena pulak menjaga baby yang baru lahir dengan badan kita yang tak lagi pulih sepenuhnya. Itu belom masuk bab nak menyusu badan, bangun tengah malam, baby kembong perut etc-etc kan? Itu belom lagik bab Mikhail meraung lapar susu, nak suruh baca buku ABC dia tetiap malam dengan nanyi twinkle-twinkle little stars setiap kali salin pampers dia...Ohemmgeeee! Terlondeh kain akak, dik oiii...

Pada u ols yang nak mencadangkan mana-mana mak bidan yang best (area WP) ni boleh lah drop ur komen yer. Mana lah tau korang sendiri ke yang pandai mengurut? Auuwww.. boleh berkenal-kenal dan beramas mesra...Gitew! RAMAS mesra kata kooo.... Atau pon yang tak pernah mengurut langsung dan tetiba macam eh-eh-eh dah pulih baik sendiri. Apekah tips korang? Boleh jugak share dengan mommycha kan? Nama blog pon sharemyloves, haruslah nak bershare-share ngan ai, kan u ols? Oklah...ai nak teruskan misi mencari & mencari mak bidan lagi....Chowwwzzzz bedah!

P/s: Mommycha selitkan gambo-gambo Ice dari blog dia.... Err kalo ade mak bidan yang ade blog jugak boleh le tinggalkan link di sini yer :)
1st pregnancy Ice, body tetap bergetah u ols... dengki aku nengok!

walaupon waktu pregnant kedua badan besar gak, tapi pas pantang..hambekk ko! selim-melim!

Ice tengah bertungku time anak kedua..kalo tak silap ar..aiii sendiri jadi mak bidan ke?

Still dalam pantang :)

Ice waktu ke Langkawi, sibuk-sibuk kerja breast pum, beg pump tetap dia usung sekali...

Ice after bersalin baby kedua, balik berpantang di Kulim, Kedah

Ice & Family.
NO TELEFON ICE: 012-722 5184

sharemy
mommycha

18 February 2013

Breastpump chap ayam? Wat the heck ayam-ayam?

Hai u ols.

Lupakan pasal kes melompat bintang dari katil DEMC entry pagi tadi. Mari kita teruskan dengan entry kedua. Hari ni moh kita berbicara pasal breastfeed, tak kiralah full atau setakat 4,5,6,7,8 bulan saja korang sempat menyusu baby. Macam ai cuma sempat 8 mons only...ai iz veri leziii....!

sobs-sobs-sobs..

Pada sesiapa yang mempunyai pengalaman & adventure sebagai seorang ibu yang menyusu anak. Susah sangat ke nak fully menyusu baby ni sebenarnya???
Can u tell me?

Adakah kita memerlukan brand breastpump yang super-duper mahal untuk menjamin kita dapat fully BF anak kita? Perlukah kita membeli breastpump yang berharga RM3,4 ribu untuk menjamin susu kita akan sentiasa keluar sehingga anak kita 2 tahun? Atau adakah kita memerlukan supplement yang mahal-mahal untuk memastikan susu kita sentiasa ada?
Can u tell me?

Mengikut MY OPINION lah kan. Kalau ikut nafsu sapa tanak brastpump yang mahal, ringan, senang dibawak kemana-mana, stylo untuk kegunaan kita. Hebat weh..boleh guna dimana-mana even time tengah driving....sapa tanak! Tapi kita kena tengok bajet jugak kan? Esok lepas bersalin banyak duit yang nak dipakai. Duit untuk pampers, mak bidan, bil hospital dan lain-lain kegunaan lagi. Jadinya, baik kita membeli mengikut kemampuan. Ukur baju dibadan sendiri..kalau tak mampu baik jangan beli, yer tak deknon?

Jangan tanya mommycha apa yang dah dibeli dan apa yang belom. Even telah hampir 7 mons preggie. My preparation is still ZERO. Aduh! kemalasan melanda..Cuma haritu ada mommycha tanya pasal nak beli set breastpump, disebabkan yang mommycha pakai last year adalah pinjaman semata-mata SIL yang punya. This year kena beli yang  baru sebab my SIL also expecting newborn and...and...and...nafsu untuk fullbreast feed baby itu seakan berkobar-kobar. Mommycha tanak kisah lama berulang. Asyik pening nak kasi susu apa ke Mikhail. Kali ni sebab dah ada pengalaman, so mommycha nak kasi baby Full BF sebab mommycha yakin boleh lakukan.

YES! I can do it!

Oleh sebab itu tahun lepas bila guna SIL punya Spectra pump, mommycha rasa macam best je. Memula kekok dan rasa macam berat je tapi lelama jadi best. SIL bagitau spectra ni memula dulu harga dalam rm700. Ya Allah! mahal jugak ye? Jadinya niat dalam hati nak membeli terkubur. Tup-tup bila tanya dekat group FB gojes blogger supermom&baby, ada yang rekemen tengok package di One Baby World (OBW). Sekalinya memang tengah promotion CNY. Alhamdulillah...rezeki!rezeki!

So, Sabtu lepas terus zassss ajak baba ke OBW di Shah Alam. Masuk jer OBW ni, alahai banyaknya barang baby. Juling mata ai u ols. Takpe barang baby kita soping kendian yang ni kena laksanakan misi untuk membeli breastpump dulu. Package yang mommycha nak beli ni harganya RM406 termasuk pelbagai barangan yang FOC bersekali dalam package tu.

Antara barang yang terdapat bersekali dalam package tu adalah Autumnz nursing bra, Autumnz ice pack (3 pieces), Autumnz breastmilk storage bottle + breastmilk plastic storage, bottle rack, bra nursing pad, Autumnz breastpump storage beg, receiving blanket, pastu mommycha add on spectra breast shield set untuk membolehkan mommycha double pumping nanti. Termasuk dapat voucher RM20 dari OBW and skim insurans kemalangan from Zurich Malaysia sebanyak RM10,000. Pi mai, kalo campur original price mau jugak lah dalam RM600++ tapi bila ada sale kita pon grab untuk membeli time murah-murah kan?

Puashati dan semangat untuk menyusu baby nanti sangat berkobar-kobar, weyyyyy!

Alhamdulillah, tercapai jugak misi mempunyai breastpump sendiri....... akhirnya.
Walaupun bukan membeli breastpump yang mahal-mahal, mommycha amat bersyukur sebab dah memiliki harta benda sendiri. Yang penting keikhlasan untuk menyusu anak tu ada. Kali ni bukan main-main, kalau ber rezeki dan tak malas-malas nak jugak bagi susu ibu kepada anakanda yang bakal lahir nanti. Ya Allah! semoga dipermudahkan.....

Disini mommycha nak mintak pandangan pada ibu-ibu, mama-mama, mummy-mummy, ummi-ummi, mak-mak di luar sana yang mempunyai pengalaman untuk menyusu, menambah susu, makanan yang elok untuk menyusu, tips penyusuan, cara menyusu atau cara untuk "merembeskan" susu dengan banyak...supaya dapat menolong mommycha. Bukan nya apa dengan berkongsi pengalaman dengan mommycha yang baru nak setahun jagung bergelar ibu ni dapat juga kita menambah ilmu pengetahuan kan? Dapat pahala tu kalo berkongsi ilmu....sape tanak pahala kan?

jeng-jeng-jeng...bunyik dram sikit!

hasil soping hari tu... #shah alam...pis yaww#

yang ni kalo beli berasingan rege dalam RM38.90

yang ni pulak beg breast pump dalam rege RM55.90 kalo beli berasingan means dapat rege package lar dalam RM16.00 saja harga beg ni :)

receiving blanket, amik duck-duck rasa macam baby-baby ucok-asyem sangat auwww!

WOW! nursing-bra kaler mengancam hoi-hoi-hoi..boleh jadikkan bikini pakai pas bersalin nanti hehehehehehehehehehehe :) Pusat Akuatik Darul Ehsan...tunggu kemunculan mommycha berbikini nanti...hahahahahah! mampuuu??? ;p

harga ice pack seperti tertera. tapi kalau beli dalam package murah lah, dek non :)

inilah ghupernya pam spectra tu, yang kotak putih bawah tu ada bottle rack...kaler PINK! hahahaha..naluri ibu-ibu nak kaler pink ;p

disebabkan pam tadi cuma ade single pumping, mommycha terpaksa add set ni untuk jadikan double pumping. Harga memang RM70 tapi bila beli bersekali dengan pakej cuma RM20 sajork! Ok tak?

last but not least inilah voucer nya...nampak sikit tapi boleh gak la beli baju ke atau ape-ape barang baby kan? Err..sape lah conteng voucher aku nih? adoiyainyeponnnnnn!


sharemy
mommycha

 

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...