Iklan

Sharemyloves Geng!

22 January 2013

The bizziest week EVER!

Susahnya nak merancang sebuah majlis, sebenarnya...
Patutlah wedding planner boleh "kaut" beriban-riban untuk organize sesebuah majlis. Stress pulak ibu mengandung ni bila terkejar sana-sini untuk memastikan semua nya smooth and easy. Patutlah dah kurus sikit sekarang ni...a'ah kurus tang jari kelingking, jadi ler dop?

Hoh!

Bukanlah 100% majlis besday ni dibawah tanggungjawab mommycha. Tapi 60% adalah tanggungjawab ku. Goodie bag, isi kandungan goodie beg, sticker, DIY bunting, DIY Guest book, baju besday boy, backdrop khemah, meja untuk platting kids food, finger food bebudak, belon-belon, tempah makanan ringan, booking photographer, design besday kad, lari pergi carik birthday cake semua itu atas bahu ibu mengandung ni.

Gigih kan? Sebab terlalu gigih itu lah, sampai boleh daku terlupa ade kelas Ahad lepas....boleh gitu?! Maapkan ai tuan lecturer, sejak dah beranak ni, banyak urat putus kot..tu yang pelupa tu!

Pastu letih jugak nak mengejar supplier-supplier ni. Call orang tu, call orang ni, bbyem sana-bbyem sini, sms sana-sms sini, beremel sana-beremel sini. Dengan tokey sticker baru sms bagitahu mesin printing rosak pulak dah. Mana tak stressmaknak! Majlisnya lagi 2,3 hari dengan cuti Maulidur Rasul lagi, dah tinggal berapa hari kan? Berdebor wei......macam nak terima menantu!

Mungkin perkara ini nampak mudah bagi sesetengah orang yang dah biasa. Tapi orang yang kekok, kayu, jendul, bendul macam mommycha ni alahai..susah jugak yer. Nanti kepada ibu-ibu yang bakal meng "organize" kan birthday party ni tahu lah u ols langit tu tinggi ke rendah!

Berpelok ketiak weh!

Nasib baiklah ade in-laws family yang sudi membantu. Itu pon mommycha dah siap bertekak dengan pakcik khemah. Orang nak khemah besar, dikasinya khemah kecik sebab khemah besar dah full-booking dengan orang kawin. So kepada yang datang nanti, diminta bersabar kalau kurang tempat duduk. Sabar kan separuh daripada iman u ols. Disebabkan minggu ni kan minggu cuti, itu pasal sana-sini pon wedding sesaje. Nak mintak kain kanvas buat backdrop pon tak dikasinya, sebab dah full booking untuk wedding. Ape ingat duit mommycha ni currency Bangladesh ke? Tak laku? Pilih-pilih duit eh, pakcik khemah?

Bayar khemah pakai duit syiling baru tauuuuu!
Heh!

Buat yang membebel taktahu jalan, mari momycha cerita sikit plan ke rumah. Disebabkan kali ni, majlis diadakan di rumah MIL di Flat Kuaters Polis, Seksyen 20, Shah Alam. Memola cari dulu Shah Alam tu dekat mana. Jangan pulak pegi Klang, Rawang, Ceruk Tok Khun, Bayan Lepas ke?..Harus tak jumpa. Carik sign board Shah Alam. Pastu landmark carik la KPJ Selangor, di Seksyen 20. Berdepan dengan KPJ Selangor tu ade Petronas Seksyen 20. 

Untuk yang taktahu, Kuaters Polis tu cuma belakang KPJ Selangor tu saja. Nanti dah ade depan KPJ jalan terus dan kasik signal belok kanan masuk first simpang. Belah kiri korang akan nampak ade orang jual buah-buahan (ade durian, rambutan, manggis etc) ade orang jual ayam golek, ade bus stand itu semua belah kiri. Paham?. After kasi signal kanan terus jer drive, then jumpa bonggol kedua, depan sikit belah kanan ade tulis besau-besau Perumahan Polis Seksyen 20. Pastu nampak lah flat building kaler biru+putih...kaler korporat PDRM tu. Kalau tak nampak jugak, KPJ ade sebelah tu je, pegi jumpa pakar mata. Hehehehehe!

Pastu terus je, masuk area kuaters tu, blok umah MIL number 2. Tengok khemah cinonet kaler BIRU PINK...diulangi BIRU PINK. Nanti mommy cha akan tiup belon banyak-banyak untuk gantung dikeliling khemah. Kalau tetiba macam eh-eh-eh..apesal ade karaoke ni? Haaa...memang pon, kitaorang ade karaoke. Siap ade pertandingan lagi. So, sesapa yang teringin nak masuk Mentor, Vokal Bukan Sekadar Rupa, AF, Malaysian Idol, Muzik-muzik tak dapat tu, meh la masuk pertandingan nyanyian kitaorang ni. Hahahahahaha! Sore sedap ke idop belakang citer...

Bila dah sampai jangan segan silu, terus carik tempat, amik makanan dan makan. Kot-kot lah mommycha ter bz, maklumler tuan rumah kekdahnye kan, jadinya korang self-service dulu. Nanti kalau yang baru first time kenal mommycha tegur la...Eh! mommycha, ni |nama korang| kawan blogger u. Insyallah mommycha akan layansssss. Ok? Calit sket!!

Gitu sajalah serba-sedikit update untuk ke rumah MIL dan persiapan besday Mat Mikhail. Kalau ade ape-ape pertanyaan insyallah mommycha akan jawab. Nak tahu menu ape yang spesel??? Kena datang lah. Ade yang spesel menanti korang, tau! Tapi kalau datang lambat pastu makanan dah habis takpe, mommycha dah spare meggi cup perisa tomyam.... 2 singgit! 2 singgit! 2 singgit!

Kuang-kuang-kuang ;p



Nota: sedikit hasil kerja DIY mommycha for Mikha's besday, simple is better kan?
Yang PENTING jimat kos...kita tak kaya lah nak oder semua benda..janji ade sudah la yer?
:)

Gigih tau. Nak duduk bersila buat menatang ni pon ibu mengandong ni dah semput.

haruslah diutamakan kaler rainbow gitew, kata tema nya rainbow!

My DIY work. Mebi tak secantik hasil orang lain, tapi ini kerja ikhlas dari hati seorang mummy tau. Sampai pukul 2 pagi bersengkang mata buat itu-ini.

Jangan lupa tinggalkan notes birthday dekat sini tau! Sayang acik-acik semua :)


#pisnowar#
mommycha!
012-656 2795 (call me for any circumstances berkenaan besday Mat Mikhail SAHAJA)



22 comments:

cha said...

wah kreatif jugak mommycha ni gigih tau sampai berpeluh ketiak demi mikha mikha. sorry tak dpt attend this party. have a great time :D

e k i n ♥ y u s r i said...

chayok2 mommy cha!!
kami nak dtg nie...hehehe

Wawa said...

santeknyeeeeee.....iolls jeles tak pandai nak kretip2 ni...hihihi...insyaAllah kami datang sekuarga nak karok...nantikan...lalalala~

erna said...

wahhhhh semangat kemain. join semangat sama. rasa tak sabau pulak nak pegi besday ni nanti. Erna x la kretip mana. sume tempah je la nampaknyer. hehehe. apapun semoga semuanya berjalan lancar! :)

semangat ibu hamil itu yang penting! hehehe

missayu said...

mommy cha....sorry maybe tak dapat datang bday abam mikha....ade family trip last minute plan...but,boleh bagi alamat???mama ayu dah buykan abam mikha hadiah,nnt boleh send pakai possss.....email ayu address tau hidayu_amanshah@yahoo.com

Mimy Hamid said...

darling mommy cha sgt kreatip...akak pun tak prepare cam gini tau...bravo ibu mengandung..kelas ko maria..tak sabar nak attend..nak karokkkk

Bazilah (^0^) said...

gigih mommy mengandung sorg nih demi abg mikha :) cantik2 DIY tuh. kreatip!

as ♥ Leenda said...

fuhhh..kretip sungguh la mama mikha ni..
rasenya tak dapat nak attend besday mikha ni nanti..
tapi mommy cha datang fayel punye besday nnt kan..
jumpe kat sana jelah..hehe..

malynd_anggun said...

cahiyok mommy cha!! yg penting ikhlas mummy bt utk mikhail..

sweetlavender86 said...

kreatifff nye u!hahha..i bru nk buat birthday anak next month.bru je beli sket2.sepatutnye birthday anak khamis ni.tapi cm bnyk sgt halangan nk buat dis week so kite postpone la next month.hahaha..insya allah klu sempat i singgah je.umah i pun xjauhh dri umah mommycha nie.setia alam je.hehe

veesakura said...

gigih tau mommycha nih! comel plak tuh DIY die

Mr n Mrs Zaidi said...

wahhhh comel2...rajinnya mommy nie walaupun berbadan 2... nnt boleh buat tempahan la kalu de org nak order...semoga sumenya berjalan dgn lancar ok..

UMIE SUE said...

yeay! nnt kami dtg yer..hihi

Diyana Didie said...

wow! kretif nya. im sure its gonna turn out good! chaiyok chaiyok!!! ;)

Liyana said...

rajin n kreatif nye mommy cha ni.... mst bby kt dlm pun kreatif nt ni..hehe

D Yatie said...

teruja tengok mommy cha & mama fayel prepare birthday anak. sob. sob. sob. mak arissa ni kedekut gamaknya. tak nak buat birthday arissa jumaat nih. plan mende lain untuk arissa.

best kan kretip2 nih. saya tangan batu. urat besi. hahahahahaha.

m@m@yAyA said...

wah santeknya diy mommycha~

nie ase smngat gak nak diy tuk bfdy yaya..tp xthula nti kot da msk bln 2 jd hangit jelah diy tu bgai[..]

ok mommycha jmp ahad nie erk..xsbr nak mamam sgla mcm mknan yg ado..eh nak nyanyila,untung2 pas mjlis mommycha selesai ujan br sejuk nak tdo mlm tue lepas penat majlis~[hihi[

Erina Asmawani said...

tanteknyeeeee!! Aqil suka! Aqil suka!! InsyaAllah kalau Aqil sihat, nak datang.

Baguslah mommycha ni, kreatip lagi inovatip. Preggy mommy pun gigih buat diy, haruslah mommy yg tak preggy ni kena rajin buat diy gak *motivatemyself* :D Chaiyok mommycha!

mrs kayrul said...

kretif abis la momy cha...kita nie tangan kayu so nengok je la org kretip nie buat

deena awanis said...

I was berangan nak organize birthday for my rafique last year. Yet masa mencemburui. Tahun ni Cuba la I Lah...seronoknyaaa nak but all those...

AkmaFaizal said...

Cantik...cantik..ko memang tangan senilah... :). Boleh datang ke idok ni...sampai la ni tak dapat kad...ke alamat rumah tak sampai2..huhu

ieda said...

cantik.puas hati kan kalau DIY ni.

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...