Iklan

Sharemyloves Geng!

18 January 2013

First sama, number dua pon sama jugak...!

Cakkkkk!
Entry hari Jumaat sudah kembali. Disebabkan hari Jumaat biarlah entry ni panjang sikit, umpama khutbah Jumaat gitu. Harharharhar! Semenjak duamenjak sibuk organize birthday party abam long Mikha, sampaikan ku terlupa sebenarnya tengah preggie anak kedua. Boleh gitu? Marilah kita buat entry pasal pregnancy pulak. Buat yang sudi baca silakan baca dan buat yang ter "INSPIRE" bila baca entry ni pastu macam...eh bestnya pregnant balik. Silakan jugak. Buat yang said tanak baby lagi pon, boleh dipersilakan baca. Takpa-takpa itu semua kerja Tuhan, yer tak?

Yer ke tak?

Genap 20 minggu, mommy cha kena menjalani test gula @ MGTT. Ini adalah untuk cekidout samaada pregnancy kali ni masihkah daku "terjebak" dengan penyakit diabetes sama seperti mengandungkan Mikhail dulu?. Lepas ambik darah, minum air gula, ambik darah lagi. After 3 days result pon keluar. Dan, dah sah-sah aku yang gedempol badan naik mendadak 7kg dari bulan lepas ni disabitkan kesalahan ada diabetes dalam badan.
Cis!

Result adalah 8.4mmol/L selepas minum air gula. Sebelum minum adalah 4.74mmol/L. Buat yang taktahu kalau paras manusia normal tak boleh lebih dari 7.8mmol/L. Kalau lebih maknanya sah lah korang ada diabetes. So, kesimpulannya, second pregnancy pon mommy cha ada diabetes. Bila dah ada diabetes, maknanya kenalah buat BSP yang amik darah every 4hours tu.
Fuhhh! berpeluh ketiak!

Nasib baik tak kena marah dengan nurse. Doktor pon baik, lemah-lembut, sopan santun je. Atas nasihat nurse lepas ni kena lah mommy cha berdiet sakan. Makan roti je untuk breakfast, roti pulak high-fiber (yang palstik hijau tu), pastu kalau makan biskut pulak yang wholemeal punya. Nasik makan sesenduk saje, sayur + ikan kena makan banyak-banyak. Kena banyak minum air masak + jus. Tanpa gula. Tayah gatal-gatal nak bubuh gula...nurse kata gitu....
:)

Bila jumpa Doktor ada lagi malapetaka baru. Disebabkan mommy cha tergolong dalam kategori ibu berisiko tinggi, makanya pada 34 minggu nanti segala check-up kena terus direct ke Hospital Putrajaya. 

Eh? Untuk apa eh?
Untuk buat full check-up sama ada mommy cha boleh bersalin normal atau tidak. Dr di situ akan scan laluan bayi, sama ada kepala dah engage laluan yang betul atau songsang, ukur berat, tinggi dan ukur pinggul sama ada boleh tak lepas untuk bersalin baby secara normal. Untuk ibu-ibu yang berisiko tinggi ni, masa sakit bersalin yang diberikan cuma 6 jam, dan jika selama tempoh enam jam tu masih tak bersalin, Doktor akan zassssss czer tempat jahit lama ko dulu. Tempat yang sama jugak. Untuk pengetahuan korang, jika first baby dan second baby adalah czer maknanya bayi seterusnya pon haruslah di czer. Dah tak boleh normal. Menurut doktor lagi, disebabkan zaman dah canggih, so sekarang beranak czer dah boleh 4 orang. Tengok kepada umur ibu dan faktor risiko yang lain.
Gulp!

Mommy cha berharap sangatlah kali ni dapat bersalin normal. Walaupun rata-ratanya ramai yang cakap perut ni besar untuk perut ibu 5 bulan mengandung. Kalau boleh nak lah kumpul anak ramai-ramai, mampu tak mampu belakang kira. Kalau dah rezeki Tuhan bagi kena terima kan? Bukan nya apa esok tua-tua dah kerepot ada jugak orang nak jaga sakit pening kita. 

Idop gitu?

Bila dah masuk ke trimester kedua ni, makanya check-up pon dah jadi semakin kerap. 2 minggu sekali dah. Jadi makin banyak lah darah akan ku dermakan untuk KK Presint 3, Putrajaya tu. Oh...buat yang taktahu sekarang kalau nak check HB dah kena ambik darah di lengan yer. Bukan macam dulu cucuk hujung jari jer. So, terimalah dengan hati yang redha dan pasraahhhhhhh!
Sobs-sobs-sobs!

Buku pink pon dari sticker hijau dan bertukar kuning (diabetes). Pastu belah kiri ada tampal sticker biru untuk perancang keluarga. Hahahaha! nampak sangat gelojoh nak berbaby sampai kena tampal sticker biru. Gasaklah...rezeki kan? Ada orang nak baby tapi tak dapat, ada orang buat IVF berpuluh ribu tapi still tak dapat baby, ada orang sampai ambik anak angkat nak berbaby. Jadinya bila kita dapat sesuatu yang dikurniakan kepada kita, perlu kita ucapkan syukur dan terima kasih. Tak perlu duit banyak pon, menunjuk harta sana-sini, menunjuk apa yang kita ada dekat orang lain, takperlu-takperlu. Takperlu itu semua. Kita pon tak hingin harta awak lah..!

Riak @ menunjuk namanya kan?

Yang penting pasni berdiet lah mommy cha. Eh...i dah diet tau. Roti adalah my BFF sekarang... Huahuahuahuahuahua..Pasni body Rozita Che Wan larhh daku...
#penggsssaaannn# 

:)

My BFF now. Peanut butter bubuh sikit-sikit je ;p

my buku pink, jugak my BFF kini.


#pisnowar#
mommycha!

15 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

kena diet sokmo pasni..

Allene said...

stress bila semua orang da ada buku pink ni... bila la nk g buat buku... =)

Mr n Mrs Zaidi said...

ooo bru sy thu, stiker biru tu untuk perancang keluarga...hahahha..mula2 ingt trend baru untk kk skrg...hahahahhaha...sbb kt buku sy pun de jgk stiker biru tu...hahhaha... ape2 pun semoga mommy selamat sumenya ok..

MimahAjil said...

Mudah2an MommyCha bersalin normal la utk 2nd baby...boleh share experience 2nd baby bersalin normal kn...to inspired mom yg planning 2nd baby n 1st baby adalah czer....Amin~~



~~tetibe ngilu kt tmpt czer bila MommyCha sebut czer for 2nd baby kt tmpt yg sma....waaaaa..tatotttt~~

CikNaa said...

haha.. ciknaa smpai skrg takde lg KK call gtau result.. ayoyo mommycha, peanut butter tu tak bley la jd bentuk cek ta.. kalo mkn hari2 jadi ciknaa la.. :D

as ♥ Leenda said...

ehhh mommy cha..kt KKIA gombak setia dari dulu lagi amik darah kt pelipat lengan tu..bayangkan dah banyak mana saya derma darah time pregnant asyraf dulu..sebab HB low..huhu..tetiap minggu amik darah..aptb..
2nd pregnancy ni takmo buat meternity photoshoot ke mommy cha..
suke nengok yg mikha dulu..hehhe..

Mommy_Cha said...

kena lah diaet sokmo...tapi mulut jer diet perut telan jugak semua benda hahahaha!

Mommy_Cha said...

bila lagi tuu nak buat? jom lah buat buku pinkkkk ;p

Mimy Hamid said...

Sian mommy cha ..pengorbanan terbesar ibu mengandung..touching tau baca..sabar byk2 yer.jaga makan jaga diri hugss

erna said...

cantik cover buku pink tu, ada sticker biru, kunig, warna warni :) x mengapalah mommy cha, pengorbanan seorang ibu. paling x tahan..Rozita Che Wan. hehehe. Jaga diri. Jadikan roti dan biskut sahabat setia mu :)

Erina Asmawani said...

Ala..mommy cha..cane nak makan abc spesel nih..huhu..takpe2..kita wat yang kuranng manis tuk mommycha k. Heheh. U take care dear. MMuahhh!

D Yatie said...

dalam serius, kelakar pulak. hihihihihi. comel la mommy cha ni.. hehehehe... btw, take care mommy cha! :))

amirah said...

aduiii...siksa kan cha? nak kena cocok sana cocok sini

cikpingu said...

skrg dh bambam balek lah ye mommycha...

AkmaFaizal said...

Patutlah kurus katenya..berdiet pulak yer...Semoga dipermudahkan mengandung kali ini. Aamiin

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...