Iklan

Sharemyloves Geng!

29 January 2013

Mikhail Birthday Bash Party (2)


MY DIY projekkkkkkkkk!



Bukan tanak tempah-tempah, tapi disebabkan "financial limitation" so better mommycha DIY saja. Mudah, ringkas but perlukan kesabaran yang tinggi. Lebih-lebih lagi yang sedang berbadan dua macam ai. Hahahaha! Nak bersila pastu bila kebas kaki, then nak bangun dari duduk bersila tu...hoi bercinta dik! Kena ade bulldozer tarik baru boleh bangun...gitew! Biaselah orang size badan anak gajah katakan.....nasib size anak gajah kalo badan mak gajah??
:)


Inilah semuanya hasil artwork untuk candy bar. DIY jugaks! Beli gula-gula yang comey-lotey ni dekat kedai borong di Selayang, setelah misi meredah Chow Kit tidak berjaya dek terkesima dengan gangguan "orang sakai&gila" yang tetiba datang bukak pintu keta time jalan tengah jem. Bukak nak masuk u ols... Hey! taraf VIP ke ape main terjah masuk keta orang? Nasib baik orang gile. Pastu diketuk-ketuk cermin katanya nak masuk, tak cukup dengan tu, nak bukak bonet pulak masuk ikut bonet. Dengan pakai plastik ikat jadi ala-ala kasut kungfu...
Aduhai! tragedi chow kit road sungguh!
Pastu sumpah terus vrommmm ke Taman Ehsan, Kepong pick-up my makngah ajak teman ke kedai borong di Selayang. Baru rasa selamat sikit!
Borong sakan amik 4 beg plastik gula-gula besaq-besaq baru RM180. Jimat! Harus diutamakan yang berkaler rainbow..ikut tema katanya. Borong sampai tak hingat dunia...bersama makngah ku yang sporting
:)


Bila borong, harus diutamakan yang berwarna rainbow. Senang choose rainbow theme. Asal ade kaler campur-campur dah kira rainbow. Pastu terus otak ligat nak buat itu-ini janji rainbow. Kalau u ols nengok yang stick rainbow ade tulisan spinny lolly, summy jelly etc-etc tu. Semua mommycha print saja. Pastu lidi tu guna lidi untuk choc fountain, sebab beli banyak...jadi jangan membazir! Boleh buat ape yang patut. Tulisan yang buruk, herot, tak lawa tu pon tulisan mommy cha jugak. Lantak ler janji ade rainbow-rainbow kan?


Ramai orang tak pecaya mommycha DIY. Semua macam eh...betulke? betulke? 
Aah betul...sumpah tak tipu buat sendiri. Bukan tanak oder dik, tapi kalau nak print oder memang mahal. Baik mommycha spend untuk beli makanan ke, jajan ke, gula-gula ke...biar orang makan kenyang kan? Lagipun bukan sikit duit nak guna dik oi..banyakkkkkk yang perlu dibayar. At least mana yang boleh jimat kita jimatkan.
Membazir kan amalan syaitooonnnnn!?


Rainbow jelly ni kalau beli dekat kiosk dekat mall 100gram dah RM3-4 kan? Ni sekilo baru rm7. Muntah jelly kata koo...terus kong sebab makan gula banyak sangat DIABETES! Mommycha beli 2kg untuk dijamu pada kanak-kanak. Ade yang tapau-tapau bawak plastik...Makan dik, gigi rongak jangan salahkan acik yer?! Hahahahaha!


Ini special sikit. Homemade daripada Opah Mikhail. Thanks Opah. Sebab itu diberi nama Opah's Cookies gitew. Ada bentuk ikan dengan butterfly. Bila kasi ke Mikha dia dok...fiss-fissss-fisssss! Makan dik, jangan tercekik macam aritu sudoh! Kang besday ke mana lak....
:)


 Ini jugak hasil DIY mommycha & my sister. Beli jer kertas waffle tu kan? Then beli doily paper tu. Murah sangat rege nya. Then touch up riben polkadot with pastel color. Mommycha cuma tempah sticker tu jer. Murah jugak 200 keping baru RM65. Jadilah janji budak-budak suka makan jajan dalam tu kan?


Bila susun nampak sangat cantik. Sangat cute. Wahhh! puji diri sendirik. Penat tau nak buat, tak tidur sampai pukul 3 pagi. Dengan perot memboyot lagi. Nasib adik baby tak buat hal. Elok jer duduk senyap bila mama tengah bizi. Takpe nanti turn besday adik pulak... 
errr! besday adik pulak ke?
#pitam!#


 Buat 200 paper beg, letihnya macam buat 1000 beg. Gilos! penat..sakit segala urat, bahu, pinggang, ketiak & celah bedah semua weh!


Nampak suar achu jer sibuk dok tampal riben. Tq Achu, nanti along kasi upah. Sekarang taleh le...bonus+gaji semua dah hangus sebab salurkan ke besday Mikhail ni. Huwaaa!!!! 
Makan megi la pasni...botak pale den!


Lurve this combination color. Biaselah asal pink jer mesti cantik kan? Hahahahaha!
Dasar pink-pankther!


DIY lagik. Kali ni buat birthday message pulak. Tak senonoh lupa nak buang double sided tape time ni. Hehehehe! Disebabkan nak tulis atas kertas tu kecik-molek-cinonet pastu gigih suruh baba beli kertas yang baru, sebab tulis atas kertas kecik-kecik tak puas u olsss. Anak I kan retisss...
#tangankedada#


 Semua DIY, berjenuh daku ikat riben ni. Harus pilih pink, peberet kaler katanyer!


 Pastu bekas popcorn ni untuk apa?
Beli popcorn banyak-banyak ke baru dapat bekas cenggini? Takdelah!
Ini mommycha beli dekat kedai di Parit Buntar. Murah je satu bekas RM2. Pastu atas nye mommycha ikat double riben. Carik kaler-kaler rainbow jugak. Baru kena dengan tema. Bekas popcorn ni, mommycha taruk kacang-kacang. Pastu letak atas each meja bulat bawah khemah. Ala-ala makan kacang sambey nengok bola lah gitew!
:)


Mungkin ramai dah tengok yang ni kan? Inilah birthday wishes kadboard untuk besday boy & gurl. Siap jugak bertemakan rainbow! As I told u guys before...rainbow ni best...boleh main dengan banyak-banyak kaler. Boleh jadi kretif&inovatif. Cuma kena rajinnnn la....kalo tak rajin, tak dapek den nak nolong..
:)


See...nampak nama fayel buat wishes untuk Mikha. Tq Fayel. Hehehehe... nama orang lain tak nampak dah. Ramai jugak yang wish ni. Tq u ols...


Inilah dia besday wishes kepada 2 orang budak tu. Alhamdulillah menjadi jugak board ni. Comel-comel je bebudak yang datang ni tulis. Lawak pon ade, yang silap eja 
birthday = bertay, britday,  
mikhail = mirhail...
hahahahah! banyak yang lawaksss! But it was cute dowh!
:)


 Dalam banyak-banyak paling teruja nengok yang ni. Siap lukih gambar Mikha & Haniey. Hahahaha! Rambut tetap pacak, even that day Mikha tak berambot pacak. Dah macam lukih pengantin pulak ku nengok. Tapi Mikha bukan bercinta ngan Haniey dik, siap ber love-love bagai...Hahahahah! Kretip dik, boleh bukak Art Gallery di masa depan cemgini...caiyok!
:)


Akhir sekali, betapa touching nengok yang ni. Siap doakan semoga jadi anak yang soleh & solehah buat derang. Nak menitik airmata mommycha. 
Terima kasih banyak-banyak pada semua. 
Tak terlafaz dek kata-kata tau, nanti kita sambung lagi pasal besday Mikha.
I nak pegi cuti-cuti bawak baba + Mikha esok lusa.
Sekaligus sebagai hadiah besday untuk Mikhail Riefqee.
Bye u ols!
~to-be-continued~

#pisnowar#
mommycha!

Mikhail Birthday Bash Party (1)


Salam!

Kita hangatkan birthday bash Mikha Ahad lepas dengan beberapa 
keping pics yang unofficial dulu.
Biasalah sementara photog nak edit gambar cun-cun..moh kita layan pics hp dulu yerk.
Enjoice!
:)










Last but not least inilah gambar birthday boy & birthday gurl.
Kepada yang sudi hadir, yang membawak hadiah, yang mengepos hadiah, yang wish, yang kasi salam kaut tu mommycha ucapkan terima kasih bebanyak sangat.
Pada yang tak dapat hadir, ade program last minute, yang datang tersalah hari pon mommy cha ucapkan terima kasih jugak.
Biasalah bukan semua yang kita rancangkan itu menjadi, yer tak?

Dari pihak tuan rumah sendiri, mommy cha mohon seribu kemaafan seandainya ade yang terkurang, terlebih, terkasar bahase, terkena hujan, balik demam, makan tak sedap, 
layanan tak memuaskan etc-etc ok?
Tanak kutuk-kutuk kata-kata belakang tau...tak baik doseeeeer!
Kami juga manusia biasa yang penuh dengan kekhilafan. 

Nanti kita buat satu write-up pasal full coverage birthday bash party Mikhail & Haniey.
:)


Again, thanks guys!
mommycha
love u ols!

22 January 2013

The bizziest week EVER!

Susahnya nak merancang sebuah majlis, sebenarnya...
Patutlah wedding planner boleh "kaut" beriban-riban untuk organize sesebuah majlis. Stress pulak ibu mengandung ni bila terkejar sana-sini untuk memastikan semua nya smooth and easy. Patutlah dah kurus sikit sekarang ni...a'ah kurus tang jari kelingking, jadi ler dop?

Hoh!

Bukanlah 100% majlis besday ni dibawah tanggungjawab mommycha. Tapi 60% adalah tanggungjawab ku. Goodie bag, isi kandungan goodie beg, sticker, DIY bunting, DIY Guest book, baju besday boy, backdrop khemah, meja untuk platting kids food, finger food bebudak, belon-belon, tempah makanan ringan, booking photographer, design besday kad, lari pergi carik birthday cake semua itu atas bahu ibu mengandung ni.

Gigih kan? Sebab terlalu gigih itu lah, sampai boleh daku terlupa ade kelas Ahad lepas....boleh gitu?! Maapkan ai tuan lecturer, sejak dah beranak ni, banyak urat putus kot..tu yang pelupa tu!

Pastu letih jugak nak mengejar supplier-supplier ni. Call orang tu, call orang ni, bbyem sana-bbyem sini, sms sana-sms sini, beremel sana-beremel sini. Dengan tokey sticker baru sms bagitahu mesin printing rosak pulak dah. Mana tak stressmaknak! Majlisnya lagi 2,3 hari dengan cuti Maulidur Rasul lagi, dah tinggal berapa hari kan? Berdebor wei......macam nak terima menantu!

Mungkin perkara ini nampak mudah bagi sesetengah orang yang dah biasa. Tapi orang yang kekok, kayu, jendul, bendul macam mommycha ni alahai..susah jugak yer. Nanti kepada ibu-ibu yang bakal meng "organize" kan birthday party ni tahu lah u ols langit tu tinggi ke rendah!

Berpelok ketiak weh!

Nasib baiklah ade in-laws family yang sudi membantu. Itu pon mommycha dah siap bertekak dengan pakcik khemah. Orang nak khemah besar, dikasinya khemah kecik sebab khemah besar dah full-booking dengan orang kawin. So kepada yang datang nanti, diminta bersabar kalau kurang tempat duduk. Sabar kan separuh daripada iman u ols. Disebabkan minggu ni kan minggu cuti, itu pasal sana-sini pon wedding sesaje. Nak mintak kain kanvas buat backdrop pon tak dikasinya, sebab dah full booking untuk wedding. Ape ingat duit mommycha ni currency Bangladesh ke? Tak laku? Pilih-pilih duit eh, pakcik khemah?

Bayar khemah pakai duit syiling baru tauuuuu!
Heh!

Buat yang membebel taktahu jalan, mari momycha cerita sikit plan ke rumah. Disebabkan kali ni, majlis diadakan di rumah MIL di Flat Kuaters Polis, Seksyen 20, Shah Alam. Memola cari dulu Shah Alam tu dekat mana. Jangan pulak pegi Klang, Rawang, Ceruk Tok Khun, Bayan Lepas ke?..Harus tak jumpa. Carik sign board Shah Alam. Pastu landmark carik la KPJ Selangor, di Seksyen 20. Berdepan dengan KPJ Selangor tu ade Petronas Seksyen 20. 

Untuk yang taktahu, Kuaters Polis tu cuma belakang KPJ Selangor tu saja. Nanti dah ade depan KPJ jalan terus dan kasik signal belok kanan masuk first simpang. Belah kiri korang akan nampak ade orang jual buah-buahan (ade durian, rambutan, manggis etc) ade orang jual ayam golek, ade bus stand itu semua belah kiri. Paham?. After kasi signal kanan terus jer drive, then jumpa bonggol kedua, depan sikit belah kanan ade tulis besau-besau Perumahan Polis Seksyen 20. Pastu nampak lah flat building kaler biru+putih...kaler korporat PDRM tu. Kalau tak nampak jugak, KPJ ade sebelah tu je, pegi jumpa pakar mata. Hehehehehe!

Pastu terus je, masuk area kuaters tu, blok umah MIL number 2. Tengok khemah cinonet kaler BIRU PINK...diulangi BIRU PINK. Nanti mommy cha akan tiup belon banyak-banyak untuk gantung dikeliling khemah. Kalau tetiba macam eh-eh-eh..apesal ade karaoke ni? Haaa...memang pon, kitaorang ade karaoke. Siap ade pertandingan lagi. So, sesapa yang teringin nak masuk Mentor, Vokal Bukan Sekadar Rupa, AF, Malaysian Idol, Muzik-muzik tak dapat tu, meh la masuk pertandingan nyanyian kitaorang ni. Hahahahahaha! Sore sedap ke idop belakang citer...

Bila dah sampai jangan segan silu, terus carik tempat, amik makanan dan makan. Kot-kot lah mommycha ter bz, maklumler tuan rumah kekdahnye kan, jadinya korang self-service dulu. Nanti kalau yang baru first time kenal mommycha tegur la...Eh! mommycha, ni |nama korang| kawan blogger u. Insyallah mommycha akan layansssss. Ok? Calit sket!!

Gitu sajalah serba-sedikit update untuk ke rumah MIL dan persiapan besday Mat Mikhail. Kalau ade ape-ape pertanyaan insyallah mommycha akan jawab. Nak tahu menu ape yang spesel??? Kena datang lah. Ade yang spesel menanti korang, tau! Tapi kalau datang lambat pastu makanan dah habis takpe, mommycha dah spare meggi cup perisa tomyam.... 2 singgit! 2 singgit! 2 singgit!

Kuang-kuang-kuang ;p



Nota: sedikit hasil kerja DIY mommycha for Mikha's besday, simple is better kan?
Yang PENTING jimat kos...kita tak kaya lah nak oder semua benda..janji ade sudah la yer?
:)

Gigih tau. Nak duduk bersila buat menatang ni pon ibu mengandong ni dah semput.

haruslah diutamakan kaler rainbow gitew, kata tema nya rainbow!

My DIY work. Mebi tak secantik hasil orang lain, tapi ini kerja ikhlas dari hati seorang mummy tau. Sampai pukul 2 pagi bersengkang mata buat itu-ini.

Jangan lupa tinggalkan notes birthday dekat sini tau! Sayang acik-acik semua :)


#pisnowar#
mommycha!
012-656 2795 (call me for any circumstances berkenaan besday Mat Mikhail SAHAJA)



21 January 2013

Kiranya Mikhail telah tiada dari ku.. :(

Salam Isnin.
Isnin dah pun. Hujung minggu ini adalah yang paling dinanti-nantikan oleh mommy cha sekeluarga. Semoga majlis sambutan kelahiran anakanda Mikhail berlangsung dengan sempurna. Oh! bagi yang tak dapat kad jemputan, maaf dipinta mungkin dah tak sempat nak pos. Kepada semua yang membaca blog mommycha dijemput hadir, tak kiralah silent reader ke, noisy reader ke, dah ada anak ke, belum ade anak ke, semua dijemput hadir. Datang makan je pon...bukan ade "cover charge" u ols...Semua FOC!
Datang tau!

Sebenarnya, yang perenggan atas tu cuma iklaneka. Mommycha nak mengimbau balik tragedi semalam. Tragedi yang membuatkan separuh dari jiwa ku pergi. Tragedi yang kalau mommycha lambat sesaat dua mungkin Mikhail dah TIADA!.... Diulangi...telah TIADA! Semuanya berpunca daripada mommycha sendiri. Iyaaa..ku akui itu semua salahku.
:(

Petang Ahad semalam my SIL menggoreng ayam drummet Ayamas tu. Sedang asyik leka mommycha menjamah ayam goreng tu, Mikhail ku letakkan diatas pangkuan. Memula terasa nak suap sikit ayam goreng tu, tapi bila dia dok juih-juih mulut macam dah kenyang, so daku biarkan saja dia duduk atas pangkuan. Tup-tup, abang ipar kupas epal. Lalu, semangkok epal diletakkan betul-betul dihadapan mata kitaorang. Mommycha pun apalagi terus kasi sepotong epal untuk Mikha pegang. Tanpa memikir baik buruk nya seorang bayi berusia setahun memegang sepotong epal sendirian!

Sedang dia leka makan epal di atas pangkuan mommycha. Kita pon asyik la dok meratah ayam goreng sambil mata nengok tv. Tetiba...Mikhail batuk kuat, batuk-batuk-batuk tanpa henti. Sampai keluar airmata, sampai merah padam muka sebab asyik batuk. Rupanya dia TERCEKIK epal!

Ya tuhanku........Baba yang kebetulan duduk turut sama pangku dan tonggang kan Mikhail dengan harapan buah epal tadi terkeluar. Namun hampa....Mak Wan Mikhail dah menjerit-jerit suruh bagi air terus ke dapur amik air. Tetap hampa...Muka Mikhail dah naik biru lebam....Aku masih panik! Blur..taktahu nak buat ape. Hanya berdoa agar jangan tuhan amik nyawa anak ku sekarang....belum puas aku mencurahkan kasih-sayang pada anakku yang seorang itu!

Dengan kudrat yang ada, aku terus korek tekak Mikha. Dan....aku dapat rasa sebutir potongan epal tersekat dekat kerongkong dia. Cepat-cepat aku tarik keluar. Baba terus tepuk-tepuk Mikhail, dengan tangisan yang kuat dan menggila...Mikhail terus terbatuk dan, zasssssssss terkeluar epal tu! Syukur sangat-sangat! Muka Mikhail yang tadinya dah biru lebam kembali normal berwarna merah seperti biasa.... Syukur alhamdulillah!

Lepas terkeluar epal tu, Mak Wan amik dukong dan peluk dia. Macam biasa orang tua tu terus membebel tanpa henti dekat aku. Padan jugak muka aku. Tapi syukur, anak aku selamat itu yang paling penting. Dengan esak tangis dia sebut maammaa...maaama....maammaaaa.. aku terus peluk dan cium dia berulang kali.
:( 
Sedih sangat!

Itulah kejadian yang paling menakutkan aku kini. Tak sanggup aku kehilangan Mikhail. Bodoh sungguh aku membiarkan anak aku dengan sepotong epal. Dan hanya sepotong epal itu jugak, mampu meragut nyawa anakku sekelip mata....Terima kasih Ya Allah kerana masih memanjangkan nyawa anakku itu...
:(

Sorry! no more apple for Mikha next time!..I really mean it... 
NO MORE APPLE!



Sempat mommycha google first aid kiranya bayi tersedak @ tercekik. Sebagai ibu-bapa kita kena persiapkan diri dengan ilmu-ilmu sebegini sekiranya terjadi kecemasan di rumah. Ingatlah wahai ibu-bapa sekalian, seminit terlambat nyawa anak anda mungkin melayang!

Ini pulak tips sekiranya bayi tersedak susu. Boleh jugak dipraktikkan untuk bayi yang tercekik makanan. Mungkin nampak benda ini mudah, tapi bila kejadian tak diingini berlaku pada kita, baru kita dapat rasa betapa pentingnya ilmu-ilmu untuk mengelak tersedak susu ni.
BYE-BYE APPLE!

18 January 2013

Pencuri Kit-Kat, mama!


Triloginya senang:

 |merangkak laju-laju, panjat sofa, sambar crunchy kit-kat bar mama|
kecik-kecik dah makan cekelat, haiip! biase tu!
kena kencing manis baru tau.
:)

First sama, number dua pon sama jugak...!

Cakkkkk!
Entry hari Jumaat sudah kembali. Disebabkan hari Jumaat biarlah entry ni panjang sikit, umpama khutbah Jumaat gitu. Harharharhar! Semenjak duamenjak sibuk organize birthday party abam long Mikha, sampaikan ku terlupa sebenarnya tengah preggie anak kedua. Boleh gitu? Marilah kita buat entry pasal pregnancy pulak. Buat yang sudi baca silakan baca dan buat yang ter "INSPIRE" bila baca entry ni pastu macam...eh bestnya pregnant balik. Silakan jugak. Buat yang said tanak baby lagi pon, boleh dipersilakan baca. Takpa-takpa itu semua kerja Tuhan, yer tak?

Yer ke tak?

Genap 20 minggu, mommy cha kena menjalani test gula @ MGTT. Ini adalah untuk cekidout samaada pregnancy kali ni masihkah daku "terjebak" dengan penyakit diabetes sama seperti mengandungkan Mikhail dulu?. Lepas ambik darah, minum air gula, ambik darah lagi. After 3 days result pon keluar. Dan, dah sah-sah aku yang gedempol badan naik mendadak 7kg dari bulan lepas ni disabitkan kesalahan ada diabetes dalam badan.
Cis!

Result adalah 8.4mmol/L selepas minum air gula. Sebelum minum adalah 4.74mmol/L. Buat yang taktahu kalau paras manusia normal tak boleh lebih dari 7.8mmol/L. Kalau lebih maknanya sah lah korang ada diabetes. So, kesimpulannya, second pregnancy pon mommy cha ada diabetes. Bila dah ada diabetes, maknanya kenalah buat BSP yang amik darah every 4hours tu.
Fuhhh! berpeluh ketiak!

Nasib baik tak kena marah dengan nurse. Doktor pon baik, lemah-lembut, sopan santun je. Atas nasihat nurse lepas ni kena lah mommy cha berdiet sakan. Makan roti je untuk breakfast, roti pulak high-fiber (yang palstik hijau tu), pastu kalau makan biskut pulak yang wholemeal punya. Nasik makan sesenduk saje, sayur + ikan kena makan banyak-banyak. Kena banyak minum air masak + jus. Tanpa gula. Tayah gatal-gatal nak bubuh gula...nurse kata gitu....
:)

Bila jumpa Doktor ada lagi malapetaka baru. Disebabkan mommy cha tergolong dalam kategori ibu berisiko tinggi, makanya pada 34 minggu nanti segala check-up kena terus direct ke Hospital Putrajaya. 

Eh? Untuk apa eh?
Untuk buat full check-up sama ada mommy cha boleh bersalin normal atau tidak. Dr di situ akan scan laluan bayi, sama ada kepala dah engage laluan yang betul atau songsang, ukur berat, tinggi dan ukur pinggul sama ada boleh tak lepas untuk bersalin baby secara normal. Untuk ibu-ibu yang berisiko tinggi ni, masa sakit bersalin yang diberikan cuma 6 jam, dan jika selama tempoh enam jam tu masih tak bersalin, Doktor akan zassssss czer tempat jahit lama ko dulu. Tempat yang sama jugak. Untuk pengetahuan korang, jika first baby dan second baby adalah czer maknanya bayi seterusnya pon haruslah di czer. Dah tak boleh normal. Menurut doktor lagi, disebabkan zaman dah canggih, so sekarang beranak czer dah boleh 4 orang. Tengok kepada umur ibu dan faktor risiko yang lain.
Gulp!

Mommy cha berharap sangatlah kali ni dapat bersalin normal. Walaupun rata-ratanya ramai yang cakap perut ni besar untuk perut ibu 5 bulan mengandung. Kalau boleh nak lah kumpul anak ramai-ramai, mampu tak mampu belakang kira. Kalau dah rezeki Tuhan bagi kena terima kan? Bukan nya apa esok tua-tua dah kerepot ada jugak orang nak jaga sakit pening kita. 

Idop gitu?

Bila dah masuk ke trimester kedua ni, makanya check-up pon dah jadi semakin kerap. 2 minggu sekali dah. Jadi makin banyak lah darah akan ku dermakan untuk KK Presint 3, Putrajaya tu. Oh...buat yang taktahu sekarang kalau nak check HB dah kena ambik darah di lengan yer. Bukan macam dulu cucuk hujung jari jer. So, terimalah dengan hati yang redha dan pasraahhhhhhh!
Sobs-sobs-sobs!

Buku pink pon dari sticker hijau dan bertukar kuning (diabetes). Pastu belah kiri ada tampal sticker biru untuk perancang keluarga. Hahahaha! nampak sangat gelojoh nak berbaby sampai kena tampal sticker biru. Gasaklah...rezeki kan? Ada orang nak baby tapi tak dapat, ada orang buat IVF berpuluh ribu tapi still tak dapat baby, ada orang sampai ambik anak angkat nak berbaby. Jadinya bila kita dapat sesuatu yang dikurniakan kepada kita, perlu kita ucapkan syukur dan terima kasih. Tak perlu duit banyak pon, menunjuk harta sana-sini, menunjuk apa yang kita ada dekat orang lain, takperlu-takperlu. Takperlu itu semua. Kita pon tak hingin harta awak lah..!

Riak @ menunjuk namanya kan?

Yang penting pasni berdiet lah mommy cha. Eh...i dah diet tau. Roti adalah my BFF sekarang... Huahuahuahuahuahua..Pasni body Rozita Che Wan larhh daku...
#penggsssaaannn# 

:)

My BFF now. Peanut butter bubuh sikit-sikit je ;p

my buku pink, jugak my BFF kini.


#pisnowar#
mommycha!

17 January 2013

Ini Serius..jangan GELAK!

 Kisah mengimbau zaman budak-budak baru nak UP...

Kulit putih mulus kan igauan setiap wanita, dara, mak dara, jejaka, teruna di zaman kini
Bila nengok iklan Fair&Lovely  tu...
"Woiii..putihnya muka model ni, pakai 7 hari pon dah putey berseri"
Nak try lah centu.

Pastu bila tengok Yuna guna Olay, gedik nak try Olay pulak
Pastu bila nengok Adira makan Beauty Skin SNE, gedik nak try jugak
Bak kata ikhlas dari hati, daku memang kuat terpengaruh dengan iklan
Rabak.rabak.rabak.

Dolu-dolu, daku berkulit hitam
Seyes-aku-memang-hitam
Sampaikan nak pakai tudung bawal pilih kaler hitam jer
Kaler putih non-hado
Sebab kalo pakai tudung bawal putih, maka bertambahlah "kegelapan" kulit wajahku.

Sebab apa hitam eh?

Sebab dulu time belajar aktif,inovatip & kreatip kata kooo..
Orang main hoki, aku main hoki
Orang main netball, aku main netball
Orang masuk kawat, aku join kawat
Orang lumba lari, aku join lumba lari
Sampai melekit hitam, ireng, arang muka aku
Tetap buat dekkk jer.

Sampailah aku sendiri terasa nak berubah mengikut arus zaman "keputihan"
Aku start tonyoh muka aku dengan Fair&Lovely everyday
Sebab dulu dekat UiTM mampu beli tu je pon
Serius very the DESA dat time
Kah-kah-kah-kah!
 
Inilah daku time belajo dulu....
Tayah nak  gosok-gosok mata buat-buat tak caye sangat lahhhhh oi!

 
Tak caye dolu-dolu mommy cha "segorgeouusssssssss" ini?
 
Sobs....
Percayalah weiiiii!
Hahahahahaha :)

#pisnowar#
mommycha!

16 January 2013

Baba mengidam durian crepe pulak?



Ini bukanlah bantal kekabu gebu bersalut sarung bantal Aussino berwarna kuning hijau
Tidak sama sekali!
Ini lah Durian Crepe, 
Orang dah boring, jemu, out-of-date, ketinggalan zaman
Kita baru nak update
Nampak sangat naik KTM tau
:)


 

Bila orang sibuk-sibuk sana-sini durian crepe
Daku macam eh...sedap ke? Tak mual ke? Tak manis ke? Tak muak ke?
Yelah dah le bubuh cream pastu taruk durian pulak
Naik lagi la gula dalam badan omak ko ni haaa....

Disebabkan aritu berkesempatan ke Ninie's Cake House
Untuk acara menempah kek besday boy
So, baba telah pon terpengaruh dengan bau durian crepe yang AWESOME dekat situ
Jadi terus dia macam...
"Errr..sayang Bb nak beli durian crepe ni lah...nak rasa!"
Amboiiii...anjerrr nye ayat abang kita
Beli bang...beli jangan tak beli!
Kang meleleh air liur baby dalam peyut awak tu
Eh?


Bila dah beli...hamboiiiiii
Tergugat iman bila dah berbau durian satu kereta
Hohoi macam beli sebakul durian pulak bau nyer
Sabar-sabar!
Balik rumah zassss, amik gambo dulu mana yang nyempat
Dah le durian crepe Kak Ninie ni gebu + sejuk + pastu rasa cream dengan durian tu...
Pehhhh! sedap betul!
Nak makan pon rasa alahai sayang nyer homey-homey antal ucuk ni
Tak manis sangat dan menepati citarasa ibu-ibu
Macam makan ice-cream durian pulak...
Terbaek wokkk!




Baba selamat tibai dua bantal durian crepe yang gebuss ni
Mommy cha cukup half untuk rasa-rasa
In-laws semua kata sedap
Maknanye memang sedap lah hasil tangan Kak Ninie
Tak nyabor tunggu rainbow cake Mikha pulak nanti 
Harap-harap sesedap DC ni jugakss
:)




Untuk pengetahuan korang owner shop ni, Kak Ninie sangatlah friendly
Best betul cara dia layan customer
First time jumpa macam dah kenal lama
Dan yang paling penting dia sanggup melayan kerenah pelanggan yang banyak "songeh" 
macam mommy cha
Hehehehehehe.
Oleh sebab itu kami berdua tak segan silu asyik ber bbyem pasal cake besday Mikha & 
besday cake Barbie Doll Haniey
Sempoi lah Kak Ninie ni!

Lagi satu mommy cha sangat tertarik dengan deco kedai cake dia
Alahai cumil mungil berkaler pink!
So, kepada sesapa yang berminat nak beli / oder silalah menjenguk ke kedai kek beliau
Atau ber online pon boleh saja.
Sekian, disudahi dengan wassalam.

p/s: nak diskaun Kak Ninie..
boleyyy takkk?
;p

#pisnowar#
mommycha!


 

Wordless Wednesday



#wordless wednesday#

from left: mommycha, baba, and last but not least Suria Perkasa Hitam....kuang3x!

"My biggest gift from Allah SWT is my family" 
~ mommy cha~

15 January 2013

Rainbow Theme Birthday For Mikhail!


Semakin dekat, semakin kalut ku rasakan.
Berdebor macam nak terima menantu,
Padahal baru nak organize besday party anak sendiri je.
Heh! hover tau!

Actually, setelah siang malam, pagi petang ku berpikir
Akhirnya telah ku pilih tema baru untuk besday Mikha ni
Sesenang momycha dah pilih tema RAINBOW!
Senang jer kan?

Sebenarnya kaler rainbow ni universal
So pada sesapa nak datang boleh pakai kaler apa yang derang nak
Tak gitu?
Jadinya rainbow theme is so fleksibel.
Kan? kan? kan?

Kek baru tempah tadi,
Disebabkan tema rainbow mau tak mau ku terpakse jugak ku oder rainbow cake
Baru padan dengan tema kan?
Hahahahaha...harap-harap kali ni rainbow kek nyer sedap, less sugar and gebusss hendaknya!

Goodie beg dah berbulan beli, cuma isinya jer belom dibeli,
Minggu ni kena setel dah semua
Baju untuk besday boy lom beli,
Mama pon lom beli baju baru jugak,
Hehehehe. 
Nak sibuk gak tu berbaju baru.

Menu semuanya ku serahkan pada MIL,
Tempahan khemah, kerusi, meja jugak MIL yang uruskan,
Sekali lagi tanggungjawab daku adalah untuk buat backdrop bawah khemah
Idea dah ade harap everything is going to be smooth & easy!

Cuak pon ade ni,
Duit jangan dikata dah mengalir bak air sungai,
Itu ini semua nak ber deposit,
Itu pon banyak yang momy cha DIY,
Nak save costs sikit kan?

Takpelah yang penting niat untuk menjamu tetamu tu ada
Menu pon ringan-ringan saja
Banyak finger foods. I Guess!
Sesuai untuk kids party.
No nasik!
So boleh lah diet sikit yer tak para ibu sekalian heheheheh..
:)


Hanya luahan perasaan seorang ibu yang kelam-kabut;
#mommycha#

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...