Iklan

Sharemyloves Geng!

27 December 2013

Safe Sleeping: Cara tidurkan anak & Tips

Cara tidokan anak.
Memang sangat universal.
Haaaa...Senah, Mat Lazim?
Kau tau cara tidokan anak yang betul? 
Meh Mommycha nak stori sikit meh...

Apakah the best position untuk anak-anak tido.
Mengiring?
Menelentang?
Meniarap?
Membuai?
Menepok?

Mommycha ada dua kaedah yang digunapakai untuk tidokan Mikhail & Mikayla.

Mikhail dari awal baby dulu memang kitaorang main tepok-tepok buntot je.
Sampai berasap tangan oi.
Selagi tak berasap tangan tak sah.
Celik mata, segar bugar budak tu oi.
Nikmat betol dia kena tepukan bontot tau.

Nak kena tepok buntot sampai lena.
Kalau sejam baru nak lena sejam lah aku tepok.
Sebab tu tangan aku sentiasa mencapai tahap piawaian model antarabangsa.
Kurus kedengking je.
Tang tangan jela yek.
Tang part lain.
Sedeyh!
Bhahahaha.

Kaedah Mikhail ni walaupon agak sengsara sikit tapi "outcome" nya best.
Kau boleh bawak anak kecik kau ke mana-mana tanpa masalah.
Asal dia nak tido kau bobok jek bontot terus tido sampai meleleh ailio.
Senang lah nak soping, nak jenjalan, nak hu-ha-hu-ha bagai.
Lepas dia dah tido terus kau letak dalam stroller, pasang kipas 3 kepak tu bak kata besanku Tmah.
Then....zzzzzzzz mentido sampai rumah.

Yang sengsaranya cara Mikayla ni.
Tido buai.
Sehingga kini paling jauh aku bawak Kayla jalan adalah ke Melaka tu pon aku rasa dah jauh sangat dah.
Susah tido buai sebab nak berusung buai.
Kesian dekat Erie sebab bila nak kena pasang bukak buai tu.
Sebelum nak bawak ke kereta dari jauh aku dah dengo bunyi besi buai jatuh kelentung kelantang.
Al maklom nak tranfer buai tu jauh.
Rumah kitaorang kan bangalow tingkat 4.
Dah le lif ke paking pon jauh.
Hazabedah oit.

Tapi bukanlah itu yang aku nak cerita.
Yang aku nak tanye posdition camne akan buatkan budak tido lama?
Mikhail dulu tido meniarap.
Lama dia tido mau makan masa sampai 3jam.
Tapi ade nurse takbagi tido meniarap sebab boleh buat baby lemas.
Terlangkop kepala tu kan?

Sesetengah orang tua pulak kata elok tido meniarap.
Boleh buang angin dalam perot baby.
So baby tak akan kena kembong.
Sampai dah nak masuk dua tahun ni pon sometimes dia akan tido meniarap dengan sendirinya.
Yang bestnya bila dah semakin beso secara otomatik aku tak perlu bobok bontot dia lagi.
So kuranglah berasap tangan aku.
Tak feeling dah tangan modelling u ols.
Kembali jadi tangan Shrek.
Hehehehe.

Ok.
Ade beberapa tips untuk keselamatan anak semasa tido yang aku nak share.
Antaranya, jangan letak terlalu banyak bantal, selimut, soft toys keliling budak/baby tu.
Sebab benda-benda ni secara taklangsung boleh melemaskan dan membahayakan mereka.
Then, pakaikanlah anak-anak anda dengan baju yang sesuai semasa tido.
Jangan dok feeling matsalleh sangat nak bagi pakai jumpsuit aje.
Bagi pakai baju yang selesa...not too warm, jangan terlampau terdedah kepada sejuk dan tak terlalu panas.
Kipas tu make sure jangan "tala" ke dada anak sangat.
Itu yang boleh buat kahak terkumpul, dada berombak disebabkan sejuk yang melampau.

Ok setakat ini dulu yang aku nak share.
Sebeno nya budak-budak ni kalau dah letih mana-mana pon boleh derang tido.
Atas sofa, bawah kerusi, atas lantai hatta tengah mandi pon boleh tetido kalo dah ngantok sangat.
Yang penting kita ni sebagai makpak kena lah alert.
Pantau anak-anak.
Jangan pantau gossip Lana Nordin, gossip Che Ta, Jovianina aje.
Bab gossip laju nau nak pantau...amboihhh-amboih.
Termasuk aku lettew!
Mihmihmihmih....

okbai!

ku bina kubu bahagia cinta untuk anakku. bhahahaha! padahal bahaya kot letak bantak banyak camni. dulu tak ku tahu....hohohohohoho!

agagagagaga. cute!

Ade apehal...sharing is caring kan?

sharemy 
mommycha

26 December 2013

Rainbow party Birthday Bash! Jom tengok gambo...

#Entry banyak gambo!
Hari ni kita buat entry less bebelan.
Meh kita layan gambar.
Gambar birthday party anak-anak gojes.
Kejadiannya adalah semalam.
Tepat pada Krismas Day.
Bertemakan rainbow party.
Ada 3 birthday girl dan 3 birthday boy.
Jom tengok....

Ini gambo yang mase awal datang.
 Terus nak bergambo... 
Best la korang ramai yang bercolor block!!!



Macam-macam gaya muka ada. 
Tapi  memang happening gilerrrrr.
semua babies adalah cute.
Tahap cute nak cubit pipi gerammmmm!

Yang pasti aku nampak anak aku paling depan. 
Mana-mana event pon dia nak duk paling depan. Agagagagagaga. 
Comot sangat anak aku tu.
Makan semua tumpah atas baju.


Aku sayang semua gojes yang datang ni. 
Best rase dapat laga-laga pipi. 
Laga-laga vontot.
dapat jualan jemah.
Yeay!


Semua pon macam-macam kaler. 
Katanyer ikut tema rainbow. 
Best.best.best!


Nak list nama sorang-sorang jap eh: 
Dari kiri atas: Kayrul, Eja, Kakmi, Micha, Zura, Fariza, yumie, Lin, Erina, Etty, Anis.
Dari kiri bawah: Zara, Wawa, airen, Dayah, Umie, Rilla & anak masing-masing. 


Walaupon hujan lebat tapi bila dah masing-masing menjemah tak terasa ujan.
Kemain kalut nak bergambo.
Bhahahahah! terbaik lah korang.

Ni lah geng mommy blogger yang best. 
Pada aku semua mommy ni lawa, cantik, bergaya dan paling penting gojessss.
 Sayang korang!


Ni time besday boy & girl potong kek. 
Sekali 6 orang tuuu....Best! 


Besday girl: SB, Iman & Soffiya.
Besday Boy: Ammar, Zain & Rayyan.

Mak-mak pon eksaited. But guys... korang did a good job!
Puas ati sangat dengan makanan & layanan korang.
Tip-topp!

mak-mak sibuk meniup lilin.
Bhahahahah. comel!

Pastu dah pulak tak nyabo nak makan kek.
Kek sangat menggiurkan....

 Ni kek nye. So cute!

 And ini ponnn cute giler kek!!!!





Antara makanan yag dipersembahkan kepada tetamu :)
Ade mihun, laksa, spageti.
Sendat perut haku!


 Cream puff ni rasenya dari Eja...sedap!


 Ade marshmelo untuk choc fountain!


Apam polkadot! Cute...


Ni mak etty punya puding rainbow :)


 Hahahaha. Tergelak aku tengak try kosong tu...ampon koranggggg! Hahahaha!


 Candy bar yg sempoii tapi best!


Okeh double chin aku terserlah.
hahahahah.
Ctmah nyorok blakang aku.
cisssss!


Gambo lambai-lambai.
Hahahahah
Siap lambai sampai bergego kamera.


Kyra & Iman bermain bersame-same. Ewah.... 
Sian Kyra takde geng.
Comey skirt Nur Iman Raihanah.
yumiee...aku sebut nama penuh anak ko.....
Betul takkk???? Ahahahaha!


 Menantu aku anak si tmah.
Kemain makan tart!


Ammar terpaling syomel. Gigit pipi nak??
Sampai terduduk ko dik.


 Okeh muka jemah aku terselah.
Sempat aku jemah denganRatu Jemah.
Si Zura....dah kurus ko eh? Lawa tauuu!
Terkesima aku tengok ko.

 Para bapak-bapak. 
Dah rupa retis semalam banyak nau paparazi :)


Mak angkat Kayla..anis tokey perpium :) 
Anis sangat ikut tema oi.
Tudung pon rainbow :)
 Next sila pakai baju superhero!


Ni pulak gambo aku dengan tuan umah. Liza geng Pandora aku.
Jangan memain dia lawyer Habib Jewel.
Nampak jer cikeding camni sekali dia keluar Akta Kanun Tanah Persekutuan jenuh kau terkebil nak jawab.
Bhahahahahah :)


 Aku & Mikha. Dah rupa pokok kismes bergerak. 
Bhahahahaha!
kaler block katanyer..ah lin kau time-time tu lah nak dok belakang aku kan???
Bhahahah.


Okbai.

See u guys for the next baby birthday bash.
Superhero Theme....tungguuuuuuu!

sharemy ;
mommycha

24 December 2013

Medela Freestyle: Good Investment! Tak pecaye? Sila baca....

Aku takdelah "havoc" nau rajin nak mengepam susu.
Tapi tetaplah aku pam
Untuk anak dara ku Kayla.
Kalo takpam meleleh ailio dari jauh Kayla nengok tetek aku.
"Susu bergerak" lah katakan.
Bhahaha.

Semenjak pegang title "susu bergerak" ni aku memang kena pam.
Kat opis, kat kelas, dekat paking pon aku pam kalo tak sempat sangat dah.
Nasib aku beli pam yang aku rase "super" hebat dan super best.
Berbaloi dengan harga & function yang hebat.

Medela Freestyle.
Jangan beli kalo rase tanak menyusu lama-lama.
Nanti rugi ah gwa cakap sama lu.
Sebab rege dia agak mahal antara pam yang ade dijual di Malaysia.
Mahal takpe sebab kualiti tip-top.
Pastu dah beli mahal-mahal silalah guna.
Jangan dijadikan tukun pembiakan kerang/kepah/tiram hatta pearl sekalipon.
Paham ke idok?
Hehehehe.

Dulu bila dah tau preggie second baby cepat-cepat pikio nak menyusu badan betul-betul.
No main-main.
Pastu terus terasa nak invest membeli pam.
Lalu...rajinlah aku search harga medela freestyle ni.
search jugak cara nak guna, kelebihan pam ni, dan macam-macam lagi.
Sebab memang aim nak pam ni jugak.
Tak kira....nak jugak!

Memula rase macam ehh...ade main kutu medela fs ni.
Sekali pikio-pikio dah ditolak bahagi darab.
Erk! mahal sikit kutu ni, so moh le kita menabung sehari seringgit untuk membeli pam ini.
Bhahahaha.
:)

Bila dah beli aku memang fully utilized pam ni sungguh-sungguh.
Ade jugak skip pam sebab diri sendiri tak disiplin.
Kurang fokus terhadap konsep penyusuan gittew.
Demand & supply berterabur.
Jadual pam ke laut.
Jangan ditiru sikap pemalas macam aku.
Kelak merana diri....
Mihmihmih.

Lagi satu aku nak pesan....jangan kita pikir beli pam memahal akan produce susu banyak.
Itu persepsi yang salah deknon.
Kalau beli pam mahal tapi malas pam, malas direct feed baby, tak stimulate tetek, malas-malas-malas, semedang takcukup masa.
Memang susu akan drop.
Jadi konsepnya disini takbeli pam mahal pon takpe asal kita rajin & tawadduk menyusu gitew.
Baru secara otomatik akan dapat gelaran "susu cap gantung", gittew.

Berbalik kepada Medela fs ni memang best.
Suction nye lembut, selesa, comfy ala-ala kita memang tengah real menyusukan baby.
Tahap kelarasan suction ni ade sampai 9 tak silap aku.
Pastu fs ni ada stimulation phase untuk stimulate breast kita selama 2 minute dan meransang susu kuar dengan jayanya.
Stimulate function ala macam tetek kita tengah di massage tau.
Eh..massage? Huhuhuhu.
Lalu susu akan terpercik-percik, memancut-mancut macam fountain gittew.
Itulah yang dinamakan LDR or "let down reflex".
Atau bahase omputehnye.
"This let down reflex usually happens after your baby has been sucking the breast for about two minutes."
Sebab tu medela fs mencipta stimulation phase ni jugak selama 2 minit.
Paham dop konsepnye disitu.
 
Selain itu medela fs ni juga ade memory function.
Kegunaan nya adalah untuk kita set memory kesukaan kita semasa tengah mengepam.
Contohnya: Kata lah kau suka pam 20 minit dan setiap 10 minit kau nak tekan stimulation phase tu. Jadinya bila kau tekan memory button medela fs ni akan set pam ko otomatik. So for next pumping session takpayah sesibuk nak tekan button stimulation phase tu dan pam akan otomatik mati sendiri.
Tak paham?
Ntah aku pon tak paham.
Bhahahaha.

Medela fs ini jugak senang bila kau travel.
Sebab pam ni takperlukan janakuasa elektrik, pakai rechargeable bateri je.
Abis bateri, charge je.
So, tengah kau driving, cuci pinggan, basuh baju, lipat kain, time ngajor anak A,B, C pon kau boleh pam.
Kalau rajin lah.
Tak rajin takpe.
Taksape pakse.

Inilah antara kelebihan pam medela fs secara general.
Nak lebih detail sila bukak Medela untuk dapatkan lebih info.
Aku saje share untuk bagi pengetahun sesama kita jek tau.
Dan sebagai pengalaman aku yang sedang dan masih menggunakan fs ni secara tegar.
Aku yang dulu..bukanlah yang sekarangggg...dolu-dolu-dolu ku menderita...sekarang aku bahagieee...
:) 

P palang S: nanti kita share tips menyusu pulak eh?


sambil mengepam mulut wajib amik kesan sampingan jugak. hehehe :)
Tq mama...for being my "moo-moo" bergerak all the time :)

Ade apehal...sharing is caring!

sharemy
mommycha

20 December 2013

At 7 months: Mikayla Aeesya

Salam

Tiga hari lepas Mikayla Aeesya dah berumur 7 bulan.
Fuh.
Dah beso sikit anak dara aku ni.
Ade improvement sikit berat dari 7.6kg ke 7.75kg.
Bhahahaha.
Ape ke hey mu ni yong diet sangat ni?

Mikayla memang anak DEMC.
Sebab lahir kat situ, check-up dekat situ, cocok pon dekat situ.
Al-maklom bukan aku berlagak kaya..kalau aku kaya ke ape.
Tapi sebab baba dia keje DEMC so ape kes tak guna panel DEMC jugak kan?
So kita lenjan sebaiknye...
Dah ade panel pastu takgune itu memang dikira weng atau ade fius terbako kat mana-mana kot?
Khheennn???

Paeds Mikayla adalah Doc Koshy.
Ya. Seorang lelaki India.
Tapi dia sangat best.
Sangat huuu-haaa-huuu-haa.
Masuk je bilik terus nak hi-5, hi-5..
Pastu sayy Heloooo Aeesya!!!
Sekali imbas macam Santa Claus pon ade.
Mihmihmih.

Style Doc Koshy dia akan bukak bunyi music box dia.
Pastu baru dia start check Mikayla.
So, Kayla akan tertarik dengan bunyi dari music box tu.
Salah satu cara untuk tenangkan budak kot eh?
Pastu Dr. Koshy akan check badan, dada, belakang, "anu" Kyla.
Nak tengok ade infection ke idok.
The best part bila Doc Koshy cakap...
"She's a very healthy girl, badan ok, takde fever, takde flu, takde bunyi kahak, lung clear dan she's gaining weight!"
:)

Doc jugak tanye "Mommy are you still "menyusu badan?"
Dan aku jawab yer doc!
Doc selambe cakap..."Boleh tak you pegi berdiri dekat depan selama 5 minit dan beritahu to all mommy out there...susu ibu itu sangat baik?. So, that derang takpayah bawak baby derang every month jumpe saye sebab batuk, kahak, demam, flu, infection itu and ini?"
"Less my work, then...."
Kahkahkah.
Tergelak aku bila Doc Koshy cakap camtu.
Idok pulak koser aku nak jadi "speaker" dekat DEMC cakap pasal susu ibu.com
Masing-masing punya rezeki lah Doktor.
Susu orang ke.
Susu FM ke.
Janji anak sihat sudah.
:)

Berbalik pada Kayla.
Sekarang bila dah menginjak ke 7 bulan Mikayla dah selamat injek yang wajib-wajib.
Yang tak wajib pon dia amik, yakni pneunomococcal.
Alhamdulillah dah nak masuk dos 3 next year.
Mampu ke tak lain cerita.
Yang penting anak sihat sudahle, Senah.

Erk.
Sori arini aku rase entry aku macam skema.
Ini puncanya sebab ade orang request nak tengok gambo aku paling latest.
Bajet retis hot memang payah.
#muntah hijau.
Hahahaha.
Terpakse aku up entry check-up Mikayla yang tak berapa bagi info ni untuk tatapan minda & rohani korang semata hanya untuk masukkan gambo aku sekali.
Bhahahaha.
Yer.
Ini gambo paling baru bertarikh 16/12/2013.
Nak mintak sign dop?
Beratur-beratur...beratur.
Mihmihmih.

Okbai.


inilah aku & anak dara ku. Mengaku awal-awal ini gambo edit. bhahahahaha!

Dah beso anak mama. Edit jugak. Nak masuk IG katanye.

Hok ni aku letak gak gambo tak edit. Suka aku dapat baby girl. Bagi pakai skirt ropol sokmo. Hehehe!

Kang kata aku kaki edit je. Ni gambo aku tak edit langsung. Saksikanlah rupa aku yang tak seberapa ni. Ade apehal cantik ke idop, janji hepi sudah.

sharemy
mommycha

19 December 2013

Dilema ibu menyusu.

Dilema seorang aku.

Berat betul jari-jemari aku nak menaip entry nan satu ini.
Wah.
Nampak tak gaya macam penulis novel terkenal.
Bhahahaha.

Actually memang berat pon.
Masalah aku yang aku rasa aku perlu share untuk dapatkan pandangan dan cadangan dari korang.
Begini ceritanya....#gesekbunyibiola
Aku kan menyusu Kyla.
Terima Kasih, Allah untuk rezeki itu.
Menyusu itu bukanlah satu beban atau masalahnye.
Yang menjadi masalah bila badan aku semakin mengembang dek kerna aku kuat makan.
Eh? Ape kena mengena menyusu dengan kuat makan?
Let me story yu.

Semenjak aku menyusu Kyla, aku ibarat "membela" sekor jin dalam badan.
Bela anak jin.
Muahahahaha.
Seriously aku memang jadi bernafsu makan yang kuat.
Khaw-khaw satt punya kuat.
Setiap kali aku menyusu aku akan cepat lapar, dan lapar lagi.
Takat roti-roti memang perut aku tak layan nye derrr.
Kena jugak hadap nasik sepinggan baru pueh ati den ni ha.....

Bila menyusu secara otomatik perot aku lapar, sampai tahap gigil.
Dah le aku menyusu kerap especially dirumah.
Kau bayangkan kalo aku menyusu 6x sehari dirumah.
Tak ke nasik ku hadap 6 pinggan sehari?
Ohmaigooooodd!
Terlungkup tokey beras dapat bini camnih...

Memang tahap lapar dia takbley tahan.
Memula aku try minum oat, or milo untuk ganti nasik.
Tapi hawau.
Perot still kata nak nasik.
Penah jugak aku makan snek ringan, kepek, popia nestum dan sesekali curik honey star Mikhail pon aku penah nak diet punya pasal.
Tapi non-hadoooo...
Tetap ku lapo bergegar-gegar.
Pfftttt!
So, how?

Adakah ini perkara biase bila menyusu.
Sentap pulak aku bila orang kata.
"Eh..si polan binti polan tu menyusu tapi kurus jer...bukan menyusu badan buat ko kurus ke?"
Haaaa...camne tu?
Aku bukan makin mengurus...mengembang lemak ade lah.

Tang perot ni...tang perot sangat takboleh cover.
Itu belom kira babat kat peha, vontot lagi, pipi, dagu dabel cin, bawah lengan...sampai idong aku pon aku rase lebih beso dari sepatutnye....agagagagagaga!
T__T

Ade jugak certain orang yang awal-awal dah reject menyusu sebab tanak badan kembang.
"Sori..I tanak menyusu nanti badan i gemsss..."
Gittew. 
Jadinya boleh la makan ubat tu, ubat ni, jamu tu, jamu ni untuk kurus.
Ini aku baru jek telan pil Shaklee anak aku dah mencirit kemahen lagi.
Camno tu?
Arrggh.
Susahnye nak kurus!!!

Aku taksama sekali salahkan penyusuan buatkan aku gemok.
No-no-no-no...
Mungkin aku sendiri yang takdapat kawal nafsu.
So.... geng yang mana ade petua tu share lah dengan aku.
Or ini adalah lumrah biase ibu yang menyusu jadi badan gebus-gebas camni?
Bhahahaha.
Ayat sedapkan hati sangat ni.

Untuk pengetahuan korang bab beli minyak panas, sapu kat perot aku dah buat.
Pakai geder/korset jugak dah buat jugak.
Cuma tang nak suh eksasais tu kureng skit.
Jaga anak pon  dah lebih dari aku eksasais rasenya.
Hahahahaha.

Susah nak puaskan hati sendiri...tapi itulah.
Manusia yang bernama wanita.
Pasni nak try tekan tubi 1000 x lak.
Bhahahaha!

okbai!
gambo dengan reket sekadar hiasan semata. gambo 3 tahun lepas....kepalo beso...punkok tonggek! auwww..

sharemy
mommycha

17 December 2013

Review: Berus Ajaib Murah Untuk Cuci Daki Botol Air


REVIEW: BERUS AJAIB BRAND TUPPERWARE

Salam

Mommycha selalu stress tengok botol air Mikhail.
Stress dekat straw botol air tu.
Kalau baru beli cantik lah kan.
Putih berseri saja.
Tapi kalau dah lama?
Erk.
Hitam melengit oi.
Atau dalam erti kata lain dah berdaki.
Euuuwwwwww!

Disebabkan itu setiap kali kalau straw botol air tu dah hitam aku buat macam-macam nak buang hitam-hitam tu.
Termasuklan korek guna cotton buds.
Tapi memang sia-sia Senah.
Tetaplah hitam sebab cotton buds tu pendek.
Mana nak sampai cuci straw yang panjang berkaler hitam tu kan?

Takboleh aku nak imagine anak aku minum air daki berlumut gitu.
Dan sebagai penyelesaian kedua aku rendam pulak dalam air panas menggelegak.
Kononnye untuk buang daki berlumut di straw tu.
Tapi resultnya?
Negatif.
Hampa Senah!
Agagagagaga.
Ala-ala macam nak check pregnancy pulak negatif upt bagai.
Bhahahaha.

Pastu aku try cuci dengan berus botol yang kecik untuk cuci puting botol tu.
Tetap tak sampai sebab berus tu beso dan pendek.
Last option aku BUANG je dah payah sangat.
Dan, terpakse beli yang baru.
Nangis dalam hati lah aku.
Yela botol minum tu bukan murah kan?
Beli pulak yang upin ipin original punya.
Nak jugak 20 henggek tu Senah.

Sekarang aku nak share satu benda yang di share oleh kawan-kawan aku di Gojes.
Benda yang terpaling magic.
Sap-sap soiiii boleh hilangkan daki dan lumut straw botol air anak kita.
Inilah dia berus kecik ajaib yang aku beli dari Nurul, Geng Gojes.
Berus kecik ni brand tupperware tau.
Murah saje.
Sila carik dimana-mana agen tupperware terdekat.
:)

Memola aku hampir berputus asa.
Tapi lepas guna berus ni....wallawey hilang toknek daki oit.
Memang berguna sangat.
Kau orang cuma jolok je berus kecik ni dalam salur straw tu.
Sila refer gambo testimoni aku kat bawah ni.
Terusss zassss hilang segala daki.
Takpayah memandai guna cotton buds, lidi, garpu macam aku tu.
Muahahahaha.

So, guys pasni jangan dibuang botol air yang dah berdaki hitam lengit tu.
Beli saje berus tupperware ni.
Berguna  dan rege nya cuma RM5.
Berbaloi dan murah.
Oklah tu dari kau orang buang botol dan beli botol air baru kan?
Jimat kos disitu.
Dari beli botol air baru baik ko derma dekat mangsa banjir Pantai Timur nun.
:)

Apelagi Malaysiaaaa...
Setitik joybaru mampu menanggalkan kekotoran degil
#gaya ala saripah shahira gittew.
Mihmihmihmih.

betapa melengit berdaki nye straw anak aku. Gulp!

inilah berus kecik ajaib tu.

memang ngam-ngam boleh masuk dalam straw botol air anak kita.

tengok tu segala kuman, kekotoran, kehitaman, melekat di berus itu.

dan jeng-jeng-jenggggggg macam baru kan??????

Ade apehal...sharing is caring kan?

sharemy
mommycha

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...