Iklan

Sharemyloves Geng!

06 December 2012

Your baby's poo: What's normal and what's not?

ape sengih-sengih? gigit mau?

Mikhail jarang sungguh ukk-ukk @ poo-poo @ berak sekarang ni.
Haish!
Naik risau omak dia memikior apekah masalah dia taksuke ukk-ukk ni.
Bukan nya apa, takut kalau 3-4 hari baru berak, nanti sembelit. Kalau berak sembelit, maka najis nye akan bertukar keras. Pastu bila teran muka ala-ala King Passola berkeriut-riut uuuhh-uuuhh-aaahhh-uuuhhh.
Sian sungguh, mere betta.

Kalau dah sembelit, mesti ada secalit dua darah atas pampers dia. Kita pulak bangsa cepat cuak. Time-time tu nak bawak pergi sepital sokmo, sebab anak berak berdarah boleh gitew? KG sangat omak kau, Mikha...

Bila minum susu cap lembu ni, lagilah menjadi-jadi berak najis keras. Ditambah pulak dengan dah makan solid food. Macam-macam pulak tu yang dia makan. Kengkadang bila makan sayur bayam, sah-sah berak keluar bayam, kalau makan karot lagi lah, sebijik-jibik keluar karot balik. Ohmyenglish!

Normal ke berak cenggitu? Saya tak tahu, al-maklumlah saya kan ibu baru belajar....Any advise, plis?
Heh!

Nak tanya Tok Dukon, pawang pon pasal penyakit bebudak ni kang dibagi air jampi pulak. Jenuh nak kasi Mikha mandi air bunga 7 hari 7 malam buang gejala berak keras, lagi naya. Khufarat sungguh! Dari ku terjebak dengan kekhurafatan ini, ku pon godek-godek google pasal poo-poo baby. Hei! over pasal berak pon nak google tau...
Takpe nak menuntut ilmu, google pon google lah, Senah oii!

Google punya google, terjumpalah artikel dekat baby centre ni. Kan? Takpayah jumpa tok dukun dengan pawang nak kutip tujuhbelas jenis bunga ke hapa dah...kihkihkih! 

Menurut artikel berguna dekat baby centre ni, 

"Najis bayi anda akan sentiasa berubah dari segi kekerapan dan warna, dari lembut dan kuning cair mustard, kepada warna kuning dengan tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal.

Kita dapati bahawa bayi yang menyusukan formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.


Jika bayi anda diberikan susu formula, najis bayi anda akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding bayi yang diberikan susu badan. Ini disebabkan susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya seperti susu badan. Najis akan berbau lebih tengik, seakan-akan najis orang dewasa.

Lazimnya, bayi yang diberikan susu formula membuang air besar sekali sehari untuk merasa selesa, dan najisnya adalah lebih besar. Namun, lagi lama najis berada dalam usus, lagi keras jadinya dan lebih sukar untuk dikeluarkan, sehingga membawa kepada sembelit."



Memulakan makanan pejal

Perubahan terbesar pada najis bayi anda akan berlaku apabila anda mula memberikannya makanan pejal. Ketika ini, najis sudah tidak mudah dibersihkan atau berbau manis seperti dulu. Dengan makanan pejal, apa yang masuk akan keluar dalam bentuk yang agak sama. Maksudnya, apabila anda memberikan karot yang dipurikan, kandungan lampin bayi akan berwarna jingga cerah. Juga, apabila bayi anda mula memakan pelbagai jenis makanan, najisnya akan menjadi lebih pekat, gelap dan berbau! Makanan yang lebih bertekstur, iaitu makanan yang kaya dengan serat seperti kismis dan kacang panggang, susah untuk dicerna, sehingga satu masa kelak apabila sistem pencernaan bayi menjadi matang secukupnya dan dapat mencerna dengan sempurna.


Apa yang tidak normal?

Cirit-birit: Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung untuk menghidapi cirit-birit sebab susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.

Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung untuk mendapat jangkitan, oleh sebab itu adalah penting untuk 
mensterilkan peralatan dan membasuh tangan anda. Punca cirit-birit mungkin salah satu dari yang berikut - jangkitan, seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, atau memakan ubat atau kesensitifan atau alergi terhadap sesuatu makanan.

Sembelit: Ini bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga muka bertukar menjadi merah cerah. Ia juga melibatkan simptom lain seperti kesukaran membuang air besar – najis berbentuk gentelan kering dan kecil – sakit abdomen dan senak perut, ketidakselesaan dan kadang-kala didapati najis bercampur darah.

Najis hijau: Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa bayi anda mempunyai kuman dalam perut.

Calitan darah: Calitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit sebab peneranan bayi semasa membuang air besar boleh menyebabkan fisur dubur. Fisur tu gapo dia eh?


Sorrylah kalau entry kali ni agak panjang, tapi ianya satu entry yang berguna untuk kita jugak. Pada yang mempunyai tahap kemalasan untuk goggle, boleh jer baca my entry yang tak seberapa ni. Kadangkala kita ni terlalu sibuk nak bagi anak itu ini, makan itu ini, beli itu ini sampai terlupa nengok keadaan najis baby kita keras ke tak? cair ke tak? ok ke tak? berak ke tak anak ku hari ni? Eh..penting tau semua tu. Cerr kita kalo tak buang bahan kumbahan kita, biar bertapuk je dalam perut harus perut jadi keras je, macam preggie 3,4 bulan kan? Terus jadi tak sedap perut, pandai pulak nak cari pisang, makan sayur, cari oren sunkist, betik untuk lawas beyak eh?

Samalah kes nya dengan baby kita. Dalam dok bergumbira, jangan dilupa pantau poo-poo baby korang tu. Nanti datang sakit lain....carik sapa jugak? Cari mama jugak kan?...heh! Jenuh nak bercuti lagi ujung-ujung tahun yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan kaloi ni...haiyooo! Nak berjalan guane gini, cuti pon non-hadoooo :(

#pisnowar#
momycha!

13 comments:

cha said...

ooo kene tgk jugakla ye. takut ada something wrong ke dgn baby kan. dia dhla tak pandai ckp sakit ke apa. good info

e k i n ♥ y u s r i said...

terima kasih mommy cha

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

oooh, thanks mommy cha. macam tu, kena bg budak2 ni mkn lebih2 makanan berserat, betik, pisang etc. anak buah sy kengkadang semeblit jugak

MRS. K said...

eh eh.. baju sama macam my son.. hehe

mama ila said...

thanks..good info =)

Hana Soffelia said...

hohoho seram bila baca baby kena sembelit ni. Tq ye mommycha share this udefull entry. Bersiap sedia kot2 naurah kena sembelit nanti. Harap2 tak lah. ehehe so far dia baru 4 bulan n bg fully bf. every two days akan poo poo.

CikNaa said...

razin tu plop berak je keje nye..sehari 2,3 kali.. lawas la kunon.. mkn lebih cket berak.. padanla tak beso2 badan nye.. metabolisme tinggi ko.. hoho.

e.t.t.y said...

king pasola. kakakakakak.

aTieYusof Family said...

TQ sharing info...
Singgah follow sini #400.. (suka no tu..hehe)..

Mimy Hamid said...

poo poo baby penting woo lagi fayel susu FM...hari hari mau berak...mesti!! so far okay takde masalah...memang berak..busuk tengik lak tu...huhuhu

ReYNa said...

Anak i pon sama skang jarang berak.huhu.smpi takutla gi jumpa doc.alih2 doc kata normal je.kena bg bnyk mkn sayur n buah.padahal i dh bg gak buah.

erna said...

erna pun akan risau kalau iman tak poo poo. pernah jugak kami suami isteri panik sebab iman x poo poo 3hari.masuk hari ke4,iman dah poo poo.legaaaa.....

Aty_Fared said...

Info penting camni tak,per kalau panjang menjelampon..:-)

Errr..aty tak suker diemmkn betik.u'uk die kemain lagi bau die...peerrggh...huhu

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...