Iklan

Sharemyloves Geng!

28 December 2012

Bukit Bendera...here we come!

Hujung minggu ni dah start kelas balik.
Mood bercuti sem dah habis.
Kena fokus belajar balik sebab kalau boleh nak sesangat grad tahun depan.
Insyallah!

Disebabkan mood bercuti sudah sampai ke penghujung, marilah momy cha refresh balik our short trip to Penang.
Pi pon sehari je.
Jadilah kan?

naik feri. memula jer senyum naik feri. dah lelama dia takut. Cis....fondan lah Mikha!

Kitaorang choose untuk naik feri instead of naik jambatan. Berjanggut jugaklah nak tunggu turn naik feri tu. First time nak bagi Mikha rasa naik feri. Rupanya kawan tu takut nengok air laut. Ohmyenglishhh!

Daku bukanlah anak mami, anak mama iyer. Sebab tu, jalan kat Penang langsung tak mahir. Masuk sana one-way, sini one-way, main pusing-pusing last-last dekat situ juga. Pulau kan? Nak besar celah mana pon jalan nyer?
Heh!

Tapi oleh kerna baba mengidam sangat nak makan nasik kandaq Hameediyah. Kami pon melilau lah jugak carik. Padahal dekat jer kedainya dengan Line Clear yang super-duper mahal tu. Kata orang keyell kan?
Mana nak jumpa tempat....
:)

Bila dah sampai Hameediyah carik port baik dulu. Baba kalau dah oder, kalau boleh nak penuh meja. Hantu "gulai" lah katakan!
Baba oder gulai ikan, ayam ros, ayam percik madu, daging masak hitam, papadom (wajib).
Kalau pi Hameediyah kena minum teh O' limau ais, sedap tol rasa teh+limau dia!
SUPERB!

tak nama Penang kalo tak pekena nasik kandaq, pastu tak nama mamak kalo bukan masak minyak berlinangan....oh! semua di atas berharga RM38.50 termasuk air.

Pas pekena nasik kandaq, we ols macam nak pegi Ferringgi, sekalinya....jem pulak jalan ke situ. Ok cancel. Terus cakap dengan baba, jom kita pegi Bukit Bendera, sebab last time pi time momy cha besaq Mikha tu. Alahai time kenit lagi. Baba pon macam ok, since dia tak pernah jejak kaki lagi kat situ. Moh le kita bagi Mikha merasa naik cable car ke Bukit Bendera.
Zasssss....

replika tren lama, zaman dulu-dulu.


Sesampai ke destinasi dengan bantuan signboard, kami berjanggut pulak carik paking. Sebab semua paking dah full. Al-maklumlah cuti sekolah kan?.
Pastu bila nengok orang beratur beli tiket, rasa macam nak meraung baqq hang! 3 jam daku beratur nak beli tiket, sanggup tu lenguh-lenguh kaki semata-mata nak naik bukit FLAG!
Hoh! Gigih mak jemah...
Oh! pada yang tanya harga tiket RM8 untuk dewasa (sila bagi IC dekat kaunter untuk dapat harga ni), kalau ade student card macam I cuma RM4. Hehehehe! Untung jadi student....

Bila dah beli tiket kena beratur ikut turn untuk naik cable car tu. Bukan sikit umat manusia weh. Dengar cerita on that day 5 ribu pengunjung yang datang situ. Wooowoooowooo.....Senget Penang sebab manusia semua serbu Bukit Bendera jer...Hehehehe!

Bila bawak anak kecik, baru ko tau hazab kecik ke besar kan? Time tu lah dia melalak, menangis, dan macam-macam memmmm lagi lah. Kang ikat dekat cable car kang, baru tau.....

Mikha berhenti melalak bila dalam cable car tu. Mebi sejuk sebab ade ekon. Dah ala macam komuter pon yer jugak. Beza sangat dengan yang dulu. Pastu lajuuuuu jer meluncur ke atas, seriau perut ai!

yang ni tren tengah bergerak laju. ala-lala cerita Matriks gitew. Akak yang pakai t-shirt hitam tu pon orang Shah Alam, Sek. 27 katanya. Sembang kemain dengan aku time beratur panjang tu....

Dekat atas sejuk, pastu pemandangan not bad. Boleh nengok kesibukan Penang. Tapi seriously, takde ape pon kat atas. Penuh manusia je. Kitaorang sempat beli souvenier and minum secawan kopi pemanas badan. Dah le tak bawak sweater...sian abang long Mikha kesejukan. Ade jugak Muzium Burung Hantu, tapi tak koser kitaorang nak pi, sebab dah petang pastu pikir nak beratur naik tren lagi...Hazab menanti!

Baba kemain rock, mama nya dah macam ustazah bahiyah dah ku nengok. Hahahahaha! Dengan tudung kembang, dengan dress besau + labuh...ah! gasaklah...janji sampai Bukit Bendera!

view dari atas bukit

boleh nampak Jambatan Pulau Pinang


Nak balik Mikha melalak lagi. Last-last tertido atas bahu baba. Kitaorang berbaris 2 jam untuk turun. Memang buang masa betul. Dalam tren terdengar jugak ramai dok bebel, nilah first and last time nak naik bukit bendera.....hiihihihihihi! Betul tu kak, ai pon terpikir centu....Tak koser dah berpeluh ketiak semata-mata naik atas untuk minum kopi secawan!
Hohoiiiii...

Ni lah antara activity kitaorang dekat atas. Pedulik kan ustazah bahiyah tuuu...baju tak kena dengan tempat...fesyen victim sangat aku weh...hahahahahaha!
ini bukan kamera AES...no-no-no. Ni lah teropong ajaib yang boleh buat kita nengok Penang dengan lebih dekat. Kena masuk syiling 50cen x 2. Pada yang takde syiling takpe sebab ade servis tukar syiling..so leh nengok sampai lebam mata. Ko nengok Mikha tu, macam reti jer nengok..kihkihkih!

Odw balik terpikir nak singgah Pesta Pulau Pinang. Tapi disebabkan anak ai dah melentok...baiikkkkk punye tido. So kita cancel and balik terus. Sampai rumah opah ngam pukul 11 malam, elok lah sebab keluar pon pukul 11 pagi. Dua belas jam ko berjalan....!

Gitulah rentetan short trip kitaorang yang biasa-biasa saja. Tak mampu nak pegi jauh-jauh lagi. Dekat-dekat udah ler yer. Pada yang nak berjalan pegi Penang, google lah dulu tempat mana yang nak pi. Sebab as I noe Penang banyak tempat yang best and heaven untuk food lovers!

Till then, chow!

#pisnowar#
mommycha!

14 comments:

erin said...

pernah sekali je pergi penang, masa bujang dulu. padahal adik duduk penang dah 2 tahun, sekali pun tak pernah pergi rumah dia lagi, ingat taun dpn nk g jalan penang..lagi berapa hari je taun depan kan :)

Allene said...

xsempat ke bukit bendara... nak berjalan lebih mood xde... sempat g mkn je kat sana... :)

PUAN SUE said...

su pun pegi sane time honeymooon..hehhe..nasib xberapa ramai mase tu

cha said...

haha tak boleh blah ayat u fashion victim haha. i tak pnh sampai bukit bendera lg. nk pg tp time weekdays la kan mesti tak ramai. sedapnya nasi kandar tu. skrg yg femes nasi kandar beratur kan? katanya lg sedap dr line clear

Mimy Hamid said...

lama nya tak pi penang...next year plan cuti sini..

Mama Likha said...

knp smua makan masa lama ye ? beli tiket q smpi 3j, nk q naik tren pun smpi 2j.. tk sistematik ke atau knapa uhuhu...



Mommy_Cha said...

sebab nye mama likha..time tu ramai giler orang. mebi musim cuti sekolah...tapi dek kerna kegedikan melampau ku gagahi jua nak naik terpakselah beratur....
:)

Mooniqueen said...

Tu la teringin jugak nak pi Penang... Seumur hidup ni, baru sekali je pi...

Hani Othman said...

whoaaa... bestnya pegi jenjalan... hehe... Penang best! tempat saya dan kawan2 melepak tiap kali balik kampung... hehe

!k@ said...

Ika dulu blaja kat usm..BB ni tempat dating ngan abah ammar dulu..muahaha..tp masa tu kabel car yg zaman tok nadok tu..ni tgok gambar mummy cha mcm dah canggih..hihi..setuju..penang mmg banyak tempat best nk pi...
Rindu ngan penang..bla la nk boleh pi sana lagi..l

amal said...

x penah jejak penang! huahua kesian kan hehe.. teringin jugak. insyaallah one day. peh sedapnye nasi kandar tuuuuuu

♥ ROS ♥ said...

haishh, ros yang duk penang ni xsampai lagi bukit bendera nih..hahahah.. :P
sonoknya dpt berjalan...


**baru sempat blogwalking... sorry lama xjengukk..huhuhu

Ann Ilias said...

Dear, kitorang pergi last Oct. Singgah Bukit Bendera tapi x sampai hati nak naik cable car tu. Dari bawah tgk seriau je dia punya railway, cerun betul. Hubster tak berani, den apatah lagi. Jadinya ambil gambar gate B. bendera aje lah haha

Wawa said...

akhirnyeeee ade gak gambar mommy cha kan! eh ke dah ade gambar sebelum2 ni??pape pun mommy cha mmg gojes mojes la dr peknen kan mikha smpai la ni...;)

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...