Iklan

Sharemyloves Geng!

05 December 2012

Bayi lebih ceria..mama tersenyum gembira


PRODUCT REVIEW: PIGEON SAKURA BABY TOILETRIES
Mikha kalau berpeluh, badan senang naik ruam. Asal panas berpeluh, naik merah-merah. Semua nak kena ada ekon saja. Baru ok. Manalah tak bil elektrik rumah Mak Wan mencecah RM384.65 bulan ni! Luruh rambut ikal mayang mama...Kihkihkihkih!

Pening mama pikir nak tong-tong bayar bil dengan baba. Tak bukak ekon kang tetiba badan dia boleh naik ruam. Ah! dasar budak zaman sekarang. Dulu-dulu mama guna kipas angin cap Sanyo yang stand tegak tu je. Elok jer suci murni hidup sampai sekarang ;p

Berbalik pada Mikha, bila badan naik ruam, gatal-gatal, naik bijik-bijik mama dah gelabah. Asyik nak ajak baba bawak jumpa Dr. Koshy dekat DEMC. Biasalah mama, anak baru demam suam-suam kuku pon dah haru-biru, anak menangis nak tumbuh gigi pon nak ajak pegi sepital, anak kembung perut pon gelabah telepon opah kat kampong. Achaner tu?

Disebabkan masalah ibu-ibu yang cepat "cuak" inilah, Pigeon telah memperkenalkan Toiletries Bayi Sakura untuk membantu melindungi kulit bayi anda terhadap kerengsaan kulit dan masalah yang berkaitan dengannya. Formula khas menggunakan ultra lembut dan semula jadi bahan-bahan untuk menyuburkan dan melembapkan kulit halus bayi, menjaga bayi yang selesa, gembira dan segar sepanjang hari. Jadi ringan dan lembut, ia secara klinikal terbukti selamat pada kulit sensitif bayi.

Ini kerana kerengsaan kulit adalah satu kebimbangan yang semakin meningkat di kalangan ibu bapa hari ini. Pigeon memahami bahawa setiap ibu mahu menjaga kulit bayi secara semula jadi sihat dan dilindungi. Kulit bayi adalah satu pertiga nipis daripada seorang dewasa. Ini bermakna bahawa kulit bayi adalah lebih mudah terdedah kepada masalah kerengsaan kulit seperti ekzema, ruam panas dan ruam lampin yang boleh menyakitkan dan tidak selesa. Selain itu, keadaan cuaca panas dan lembap menjadikan ia mencabar untuk menjaga kulit halus bayi licin dan lembut

Ciri-ciri Produk
Pigeon Sakura Bayi Toiletries:

Diperkaya dengan ekstrak SAKURA semula jadi untuk menyuburkan dan menenangkan kulit sensitif
  •     Terbukti selamat untuk kulit sensitif bayi
  •     hypoallergenic
  •     Paraben percuma
  •     Sulfat bebas
  •     Bebas daripada pewarna tiruan
  •     Tidak memedihkan mata 
  •     pH yang seimbang
  •     Ringan & lembut

Diperbuat daripada  ekstrak bunga Sakura, produk mandian ini boleh memperbaiki struktur kulit, memerangi kulit kasar dan gejala kulit kering, menyegarkan dan memastikan bayi selesa sepanjang hari, melembapkan, dan selamat serta terbukti berkesan pada kulit sensitif. Serta baunya yang wangiiiiii membuatkan mak-mak seperti ku jatuh chenta dengan produk ini. Serius wangi sangat!

Bila bau pon wangi, kita pon dah bersemangat nak tenyeh banyak-banyak kat baby kita. Tak gitew? Kalo dah wangi-wangi, "gomol a.k.a wrestling atas katil" dengan baby pon sodap...kan?

Haa...sebab itu momy cha tidak ragu-ragu nak menggunakan produk ni pada Mikha. Dah macam YB dah aku ni, dok "berkempen" pasal produk terbaru keluaran Pigeon ni. So..para ibu, jika berkesempatan moh le reramai cuba new toilettries dari Pigeon Malaysia ini. Tak salah mencuba...demi untuk insan tersayang. Kalo tak sesuai, cuba produk lain pulak....tak susah kan? Poket jer yang susah sikit...kuikuikuikui!
:) 
Uhhh! semoga dapat menjimatkan bil lektrik anda juga.... Hewhewhew! 

INTRODUCING NEW PIGEON SAKURA BABY TOILETRIES
1) baby shampoo   2) baby wash 2-1   3) baby milky lotion   4) baby oil   5) baby powder
allowing baby to achieve soft, shiny and tangle-free hair
effectively cleanses and moisturises your baby's delicate skin and scalp
keeps baby's skin smooth and supple and gives natural, healthy glow skin
excess moisture from baby's skin folds and nappy areas, keeping him dry, fresh and comfortable
deeply nourishes and moisturises baby's skin, keeping it soft and supple all day long
mandi dalam jakuzi bagi dapat feeling berada di Spa
siap sedia "bibik Spa" nak melakukan massage kepala menggunakan Pigeon baby shampoo
oh! ini kah hasilnya???
Heyyyyy! I see u in COURT, bibik Spa! huh!.....hehehehehe!


#pisnowar#
momycha!





14 comments:

MimahAjil said...

mommyCha..mane nk beli ek ni?ada kt Watsons atau Guardian tk?

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

hahaa.. caption terakhir takleh tahan tuh! ada gaya.

fifi tiez said...

Wakaka.ayat memula tu memang sebijik ayat YB..hehe...

CikNaa said...

tak tengok sgt kt barang tuh.. tengok mikhail lagi syok.. kiki.

Mimy Hamid said...

hamboi spa yer abg bujang....mmg wangi...i likeeeeeeeee.....bila nak buat review ni

Mama Likha said...

tapi kantoii.... !!!!ada carrie junior dlm bath tub spaaaa huwargh2...

mrs kayrul said...

betul la momy cha..baby sekarang semuanya nak berekon jer maybe sebab bersalin dulu kat bilik aircond kot tue yg tak boleh kalu xde aircond..hehehe

Mommy_Cha said...

carrie junior tu tak bukak pon..saja bagi floating kasi dia main-main sebab bola ntah kemana ;p
carrie junior sangat kenot sebab sekali kena mata berjurai air mata anakanda ku...

PUAN SUE said...

hohoo...dapat tengok abam encem mandi..tak maluuu..ee..nasib xnmpak bebird die..aqilah senyum tgok mikha mandi ni..haipp!!

Ros Anis Rusli said...

hahaha..bibik spa...abam long mandi cekci hokeh!

amirah said...

saya mesti pilih! eh eh eh..hehe

Aty_Fared said...

Haha...gelak bace...tengk dak mikha...:-) wangi sgt kan..!! Sampai aty pon pakai...heheh..;p

Asz Miza said...

hahaha..gamba last skali mmg klaka..anak i eczema agak2 sesuai takkk? da banyak jenis cuba..skang ni pakai ezerra ok sket..tp berminat lak ngan pigeon ni..aritu g bebe kat pavi ada nmpak pigeon ni..

anak i pun tdo nak ekon jeee..klo x mula la naik merah sana sini..ni dua hari xpasang ekon da naik merah kat muka..padahal musim ujan..takkan nk kna bukak ekon jugak kan?

Shiela Mustaffa said...

Salam. Utk mommies yg anaknya ekzema or sensitive skin, boleh try Tropika Baby Skin Care products. Produk natural mesra alam, based on minyak kelapa dara or virgin coconut oil. Bebas bahan kimia, bebas steroids, bebas parabens & bebas SLS. Alhamdulillah good feedback from satisfied moms. Ni produk keluaran bumiputera, halal & plg penting harganya affordable.

For for info boleh visit website http://www.tropikababies.blogspot.sg/ ataupun FB - Tropika VCO & Medela Swing Maxi.

Harap dapat membantu :)

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...