Iklan

Sharemyloves Geng!

21 November 2012

Ragam pregnant saya dan anak yang semakin melasak!

Diam tak diam usia kandungan momy cha sudah berginjak ke 3mons ++.
Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi kekuatan pada diri ini untuk terus "membawa" kandungan yang semakin besar ini, ke hulu-hilir lagi 7 bulan, jika diizinkanNya.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, macam mana momy cha handle Mikha yang semakin melasak sebab nak semakin membesar tu kan?
Yu ols pon ada anak yang semakin membesar, pasti u ols jugak tahu macam mana rasanya...kan? >.<

Banyak sungguh cabaran membesarkan anak ketika dalam fasa kehamilan di trimester pertama ini. I tell you...it's NOT EASY!
Mana kan nak membawa diri yang sedang "mabuk", pening, mual, alah kepada itu ini.
Mana kan nak melayan anak "jantan" yang semakin melasak, memanjat, menendang, meng "karate-do", merangkak...hadoi, memang tak terlayan. Susah untuk momy cha menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Sehingga ada ketika nya, airmata ku tertumpah jua...

Orang kata every pregnancy is different. But not to me. Sama saja keadaan nya ketika mengandung Mikha dulu. Sebijik cenggini, bezanya cuma ku kurang muntah. Pening jangan dikata, sebab kadangkala aku sendiri nampak kelibat Mikha dah berbayang-bayang ramai, padahal anak aku tu cuma sorang saja, tapi aku boleh ternampak double-vision pulakss. Hadoi.

Itu belum ambilkira, tahap kemalasan nak ke opis. Bila bangun pagi sewaktu azan subuh berkumandang tu, ku rasakan penat dan malas sangat, asik lah kata pada diri sendiri...lagi 10mins...lagi 5mins....  Yelah, tak sanggup rasanya berulang-alik dari Shah Alam ke Putrajaya sehari-hari sejauh 70km setiap hari. Mampu kah aku bertahan, apabila perut ku makin membesar nanti?
Hanya Allah SWT yang tahu.

Sakit pening, muntah sewaktu perjalanan hanya berbekalkan beg plastik, mineral water dan a few mints dalam kereta. Ntah berapa kali aku berhentikan kereta sepanjang 3 bulan ku berulang alik, hanya semata-mata untuk muntah di tepi jalan yang bersusur-galur dengan kenderaan, lori, dan treler yang banyak. 

Merbahayakan, tapi itulah pengorbanan seorang ibu!

Bercerita mengenai fesyen seorang ibu mengandung?
Non-hado...
Kemalasan sewaktu bangun pagi untuk bersiap mengatasi segalanya. Nak pilih baju apa nak pakai pon aku tak berselera, inikan pulak untuk "mengiron" baju. Mahu saja ku sarungkan baju kelawar yang loose ala-ala kaftan tu dan terus zasssss ke opis. Menginjak ke usia kandungan yang semakin membesar, ku rasakan harus mengucapkan BYE-BYE kepada baju kurung. Padahal itulah "sahabat baik" tika ke opis setiap hari. Mana kan tidak, masuk baju muat, tiba nak zip kain cuma boleh zip half, but most of the time hanya suku yang boleh di zip. Dah kain ku jadi ala-ala "pashmina" senget sebelah...fesyen ala-ala nak ke sawah bendang sesangat!

Mikhail pulak "peel" nya dah lain, makin mengada-ngada. Suka nak berdukong, pastu kalau kita letak dalam walker dia buat lembik-lembik, melenting badan ke belakang. Pengsan mak ko anak oi! Pastu, minum susu tanak, makanan dia tanak, tapi kalo makan kita lauk-pauk tengahari tu laju je dia nak-nak-nak. Kang tak pasal aku suap sambal belacan pulak kan? Pantang orang "setting" meja untuk makan, dia dah mintak nak-nak-nak. Kasi bubur nasi dia ketap, tutup mulut rapat. Geram hangin satu badan mak ko anak oi....

Perangai budak berubah sejak nak beradik. Makin menjadi dan manja terlebih. Need more attention I think. Aku sendiri tak boleh nak handle this situation. Bilamana aku pening dan mual-mual dan terpaksa mengasuh anak sendiri yang ada depan mata. Kadangkala aku nak mengeluh, tapi ini semua kuasa Tuhan. Dia dah bagi rezeki kita kena bersyukur. Sometimes, bila aku dalam bilik dan Mikhail di ruang tamu bersama MIL, SIL bergenang airmata aku bila terdengar Mikhail menangis dan merengek macam mahukan sesuatu. Macam mahukan aku, macam mahukan perhatian dari seorang ibu. Tapi apakan daya, "morning sickness" aku menghalang aku untuk terus "mengulit-anyam" Mikhail setiap hari.

Inilah realitinya mengandung ketika masih mempunyai kecil. Mungkin aku tak cukup kuat untuk semua ini...yaaa! mungkin aku terlalu LEMBIK. Tapi aku perlu tabah demi anak-anak ku. Penawar aku cuma baba & Mikhail. Nasib baik ada baba yang memahami dan sanggup menjaga Mikha demi aku. 
Ayat penyejuk jiwa ku... "Takpelah mama pegi rehat, tido. Biar baba yang jaga Mikhail...." 
Biarpun hanya beberapa patah perkataan tapi mampu untuk menenangkan hati seorang ibu yang tersangat memikirkan macam-macam hal di kepala otak ini.

Aku harap aku cukup kuat untuk semua ini...
:(

bestfwen baba :)


#pisnowar#
momycha!


16 comments:

Mama Likha said...

cha.. sbr yer... ya allah.. lamanya tk jumpa, wassap2 pun dh lama tak.. dlm kead mcmni, bila tah kita dpt jmp kan? arap2 sickness cha tk bpanjangan... masuk bln ke 4 ke arap2 dh stop....

rindu mikha, rindu mami cha.. :(

cha said...

be strong ye u. gagahkan diri tau. jauhnya u ulang alik shah alam - putrajaya. mcm husband i la tp dia lg jauh :(

m@m@yAyA said...

sabar yer mommycha~

Memang penat kan sb ank nk mbesar pastu bwk pewot lg,zura dpt ase kepenatan mommycha tue even zura lom peknen lg..[tp dalam ati berharap gak nk peknen lg cm mommycha]

mikhail da terasa tue bkal dpt adik lg,tu dia kata sblom adik kuo bia dia mnja puas2 ngn fmly dia~

Wawa said...

dah bersalin nti, mikha akan jaga adik die bebaik. :)
sabar ye. 7 bulan tak lama. mommycha tak cari org lain yg boleh jaga mikha?jauh tu shah alam - putrajaya stp hari. pheww~

cik fadh said...

semoga akk kuat ye..pejam celik pejam celik nnt dah keluar je junior mikha..mst seronok xterkata time tu ;)

CikNaa said...

takpe, baba ada.. sib baik dpt suami yg memahami kan?

Pink Lavender said...

congrats...murah rezeki u sis...

Puan Ira said...

semoga mommy cha tabah hadapi segalanya...

aTy _faRed~ said...

Cha kuat...insyaallah cha boleh laluinyer..aty tak sabar nk dtg ziarah cha nnti..:-)

Allene said...

sama la kita... anak macam tahu je dia ada adik. dia pun nak manja lebih2... kadang2 terangin gak ngn anak... :( tp nak buat macam ner... anak kena jaga gak kan...

Mr n Mrs Zaidi said...

btl tu mommy, daaliyaa pun skrg mcm tu, pantang nampk kalibat sy, mesti nak merengek je kejanya... xnak dgn org lain,..bila nk gi keje plk perasaan malas tu mmg mengunung la jawabnya..penatkan tp ape2 semoga mommy cha tabah yek...

fifi tiez said...

Sabar ye dear.kejap je 7 bulan tu..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

nasib baik baba nye nak sama2 bantu, dan memahami.. Get well soon Mommy Cha !

Erina Asmawani said...

Uhukk..sedih pulak ena baca entry ni. Ena dapat rasa camne penatnya mommy cha. Mommy cha stay strong ok, tabah tau.Abom lom mikha paham..mommy dia penat. huhu

WaWa_EzRiLL said...

sabar cik cha...dalam2 duk 70km tu ang sempat berbbm ngan aku.. kira superb mummy.. Inikan rezeki Allah bagi kat kita..anugerah yang sangat indah.. dan banggalah menjadi seorang isteri, ibu dan anak buat keluarga yang sangat bahagia..

Mimy Hamid said...

bersakit sakit ke hulu bersenang senang kemudian hari..ha ini lah pepatah sesuai utk awak....takpe susah sekarang senang kemudian...lepas ni dah ada 2 anak...Insha Allah selamat semua...be strong key ...mommy cha peluk dia kejap pun takpe kalau tak leh dukung...hugs dia...kiss selalu...pastu ckp kat dia abam nak ada adik...kena behave then kiss dia..sure dia paham :)..take care

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...