Iklan

Sharemyloves Geng!

29 November 2012

Misteri jam 3.55 pagi...Gulp!


Disebabkan entry ala-ala misteri, kita kasi gambar fefeeling miseri nusantara jugak. Kasi background gelap sikit...baru sereeemmmmm! ;p

Sebenarnya sudah 2 malam berturut-turut Mikha start meragam malam. Yang paling best tepat pukul 3.55 pagi dia akan tetiba terjaga dan menangis sampai teresak-esak. Masa yang sama tu tau tak...Sebab nya aku dapat tau masa yang sama, sebab henpon blackberry aku sentiasa di tepi aku everytime aku terjaga dari tido! So, tepat 3.55 pagi dia buat drama meragam dia...

Malam tadi paling worst. Dia siap nangis sampai tersedu-sedan, syahdu sungguh macam orang putus cinta gitew. Yang aku ni ingatkan pampers dia basah, pastu cepat-cepat tukarkan pampers. Baba pulak siap bancuh susu kasi ke dia. Dalam minum susu tu diam jap. Pastu tak sampai 10 minit, "bersyahdu airmata" balik.
Hoh! kenapakah mere betta ni?

Puas ku pujuk, ku tepuk, ku kasi mainan, dia main kejap pastu nangis. Sambil ku tepuk mata pulak membulat pandang ke luar tingkap. Erk! Terus misteri nusantara menyelebungi ku. Takleh jadi si Mikha ni, then aku tutup mata dia dengan bantal. Boleh pulak dia tolak bantal tu pastu membulat mata nengok pulak macam ada "something' atas almari baju. Haiii nak memalam gini jangan dibuat pasal....! Meremeng segala bulu roma mak ekau ni...

Pastu, terus ku baca 3 kul dan ayat kursi. Ku tiup ke ubun kepala dia. Okeylah kejap, pastu sambung syahdu sedan lagi. Aduhai! Si Erie dah mula nak bengang sebab anak tanak tido. Nak buat guano abang oii...layankan je lah budak ni, kan? Dah dia tanak lelap..terpakse lah kita "entertain" dia...

Disebabkan aku tahu ibu mertua dan kak iparku bangun awal pagi untuk prepare nasi lemak + kuih-muih meniaga sarapan nanti. Pastu aku pon terus dukong Mikhail dan letak dia depan tv. Ok pulak mamat ni bila tengok tv. Siap aku suapkan roti lagi. After bout pukul 5 pagi aku bawak dia masuk bilik tido. Terus sambung nangis. Aii...tadi kemain nengok tv ok. Alih-alih masuk bilik menangis lagi...tetap membulat mata pandang ke tingkap lagi :(

So, pagi ni aku agak terhuyung-hayang ke opis. Mengantok beb...anak meragam malam. Banyak kemungkinan dalam kepala otakku ni kenapa tetiba dia boleh meragam time yang sama dah dua malam berturut-turut. Adakah sebab satu kebetulan? Atau dia memang nak berubah bulan? Atau memang tetiba dia nak main time malam? Atau dia perlukan kasih sayang aku? Atau dia dah cukup tidur di siang hari? Atau memang dia ternampak "sesuatu"?
Semuanya berlegar dikepala momy cha...

Terus ku google pasal budak meragam malam. Terjumpa satu blog yang ibu ni sama nasib dengan ku. Katanya anak dia yang bernama Safi turut meragam malam dan kejadian tu berulang berhari-hari, dan berturut-turut. Ibu Safi ni cakap anak dia akan menangis dan tertido, pastu terjaga dan menangis lagi berlarutan sepanjang malam. Disebabkan itu ibu Safi bertanyakan ustaz di tempat kerjanya dan ustazah tersebut menyuruh dia membaca Surah Al-Baqarah (Ayat 1-30). Baca dengan kuat-kuat.

Khasiat surah Al-Baqarah untuk melindungi rumah dari gangguan syaitan telah banyak diajarkan oleh Rasulullah di dalam banyak hadis sahih. Malah menariknya, khasiatnya boleh tahan sehingga 2-3 hari untuk melindungi rumah.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan (hanya untuk tidur sahaja) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Bacalah surat al-Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah”.

Intipati surah Al-Baqarah menceritakan tentang asal usul kejadian manusia, dan asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan. Ia mendedahkan kelemahan syaitan dan kehormatan manusia yang dilantik sebagai khalifah di dunia oleh Allah SWT. Hal inilah yang melemahkan syaitan apabila manusia membaca surat tersebut.

Lepas dapat tau perkara ni, ibu Safi terus praktikkan membaca surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 30 selepas solat maghrib. Dan keajaiban itu berlaku. Khasiat surah ini memang nampak kemujarabannya serta-merta. Malam tu, Safi tak lagi meragam.

Insyallah malam ini kan malam Jumaat, lepas baca surah Yassin akan ku praktikkan surah ini pulak. Mintak dijauhi segala kemudharatan. Sebagai ibu-bapa tak salah kita berikthiar untuk kebaikan anak-anak kan?

Kelebihan surah Al-Baqarah juga boleh digunakan apabila berpindah rumah. Sebelum memasuki rumah baru, bacakan surah Al-Baqarah di dalam rumah tersebut. InsyaAllah selamat dari gangguan syaitan selama ianya diamalkan.

"Jadi parents di luar sana, sekiranya berhadapan dengan masalah anak yang meragam akibat gangguan makhluk lain, bolehlah cuba amalkan surah ini dengan ikhlas dan yakin" - blog ibu Safi
Wallahualam.

- Semoga Mikhail sentiasa dibawah lindungan Allah SWT dan para Nabi junjungan. Amin!

#pisnowar#
momycha!

16 comments:

missayu said...

my baby pun diz week meragam...every 2 hour mesti bangun dari tido,nangis pas tu tido balik then 2 jam bangun balik

Wawa said...

meremang bulu roma baca. Annaila pun dah 2 malam ni duk terbangun tengah malam menangis2. bila kene peluk, baru tdo. bangun pukul 12 tgh malam, 3 pagi, 5.30 pagi. dan dia sangat suka pandang atas almari. huh ntah apa ade atas almari tu. cuak gak. malam ni nak praktik kan jugak lah. huhuhu~

Wawa Yusoff said...

mommy cha, my mikhael pun jadi mcm tu untuk seminggu berturut2 dan waktu yg sama mcm akak! serious x tipu. wawa pun buat yg sama mcm akak, bg makan bwk tgk tv semua dia ok je. bile masuk bilik sambung sedu sedan.

wawa bwk dia pegi jumpe ustaz dan ustaz nasihatkan supaya sebelum baring, selepas isyak duduk atas katil dan bacakan ayat Al-fatihah,3qul + surah al-baqarah mcm yg kat atas tu.

Atas nasihat dia, di sekeliling kita ada Jin, dan tempat tidur kita adalah kegemaran Jin. jadi sebelum tidur tu elok lah kita bagitau makhluk2 Allah yg kita x nampak ni supaya beralih dari tempat tidur kita.

Alhamdulillah sampai sekarang ok.. Akak cuba la, InsyaAllah, moga Allah pelihara mikhail dan akak sekeluarga. amin :)

CikNaa said...

si razin mse dalam pantang.. dia melalak, ai pun melalak same..dahla takde orang kt umah time tu.. balik je atok dia, siap cakap ngan razin.. kan anak jantan, apsal tak lawan.. g nanges watpe.. sabo jela kan..

Puan Ira said...

takut mak bc ragam mikhail nie...semoga usaha mommy cha berjaya yew...

cha said...

thanks for the info mommy cha. i nak praktikkan jugak sebab i selalu tinggal sorg skrg mlm mlm. dh tinggal sorg tu selalu la terbayang benda bukan bukan huhu T_T

~Leyyatasha~ said...

thanx akk kasi info ni..

Aty_Fared said...

Kejadian mcmni selalu jd biler aty tido kat umah family aty...sbb bilik tu aty tinggalkn..tak de org pulak mah tu..masing2 ade blk sndr..jd kalau blk kosong setan sukera la kan..jd biler kkteorg dok bilik tu biler blk..mesti qaleef tngh2 mlm or maghrib jadi mcm tu dan tak mo duk bilik..same mcm mikha...pndng jer satu tmpat...seram kot...
Sll mak aty akn solat kat blk tu nk bg setan tak dok nompang kat blk tu..lain kali aty lry ngaji surah baqarah ni lak biler tido sane...

e k i n ♥ y u s r i said...

terima kasih mommy cha

Mimy Hamid said...

misteri nya..cuba jumpa ustaz minta air penawar...tak pun malam ni malam khamis kan..bacaan yassin sediakan air...air tu boleh sapu kat ubun dia...In Shaa Allah

amirah said...

insya Allah kalo diamalkan surah albaqarah tu akan trhindar gangguan nnt. tp budak2 kecik mmng leh nmpk kan. ahmad pun tgh demam ni cha. akak rasa dia trnmpk sesuatu sebab semalm dia ikut babahnya ke rumah baru. dia takut smp nyorok blkng babahnya. bila babahnya tanya ahmad kenapa "babah, ada hantuuu.." huhu..anak bujang akak selalu gtu. "mama, tengok! ada ultraman terbang" "mama, ada atok la" "mama, hantu kat situuu" tengah2 malam. kdng2 tgh aktif main malam2 terus terkepit bawah ketiak kita, mesti dia ada nmpk sometng tu. pastu manjanggg demam. selalu gi jumpa ustaz gak. smlm pun mak mentua akak dh sound sblum pindh kena bc surah albaqarah dlm rumah.

PUAN SUE said...

Thanks m.cha..boleh su amalkan..aqilah mase 3-4 blan jam 8.10 mst nangs time tido..seram

Allene said...

seramnya... kecian budak kena ganggu. lin kena take note ni. senang klu terjadi bila kita keluar bercuti ker... g bilik2 hotel kan... ohh... kena bawak alquran kecik ni...

sheera aya said...

dulu adik sy mse kecik2 pun selalu nangis tepat jam 10 malam.skrg ni dah besar pun sik kena ganggu je padahal yg lain oke je dduk kt rumah ni.

D Yatie said...

meremang bulu tengkuk saya baca mommy cha nyer entri kali nih. huhuhu. Alhamdulillah Arissa tak pernah lagi mengalami macam ni dan semoga tidak, mak Arissa jauh. isk. isk. isk. btw, kte amalkan baca ayat kursi jugak dan ala2 tiup d setiap penjuru rumah as pendinding macam tu.

semoga anak2 kita dilindungi dari sebarang gangguan jin & syaitan. aamiin.

mama ila said...

huhu..thanks share info nie...leh amalkan.. =)

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...