Iklan

Sharemyloves Geng!

30 November 2012

Wedding of Azrie & Aida

Salam Jummat!

Ingat tak ade aritu momy cha bagitahu yang my bro nak kawin?
Alhamdulillah, majlis akad nikah dah selamt berlangsung pada 11.11.2012 yang lalu. Uniknya tarikh ni bukan hanya kerana number nya yang senang diingati. But, this is my late father's birthday :(
Insyaallah semoga everytime wedding anniversary korang akan ingat tarikh ni jugak besday arwah baba.

Al-Fatihah!

Majlis akad nikah berlangsung selepas solat Asar di sebuah masjid di Alma, Bukit Mertajam. Dengan dua kali lafaz (gile adik aku punya kecut, sampai 2x lafaz) maka sahlah derang berdua menjadi status pasangan yang halal kepada satu sama lain :)
Alhamdulillah! Tahniah abang Imigresen & kakak pensyarah :)

Ni cuma majlis nikah saje. Kenduri akan berlangsung bulan Disember ni. Maka rumah opah Mikhail akan meriah dengan kehadiran tetamu. Oh! This is first time buat wedding di rumah opah. Sebab before this momy cha kahwin di Putrajaya...Putrajaya okeh! I kan orang Putrajaya :)  #matakeatastangankedada#

Hoi! ni nak cerita pasal wedding orang ke wedding ko? Hoverrr tau menyelit kisah dia pulak!

Ok berbalik kepada cerita akad nikah tadi. Aku ni punya nak tergelak nengok adik aku terketaq-ketaq, sampaikan nak sign kat borang nikah tu pon boleh menggeletar satu badan. Siap ustaz tanya:
"Ni nama Mohd Azraie ka?"
Dia boleh jawab "yaa...yaa saya". Padahal nama dia Azrie jer...Hadoilahhhh hang, buat malu kampeni jek! Ciss....Ni nak gelak ke nak kasi penampar sedass ni? Hihihihihi....
Nasib ustaz tak tanya ni nama Aaron Aziz ka? Kalo dak mau dia tibai...ya..yaa..yaa jugak! Hehehehe :)

Alahai dik....itulah malam tadi Western sangat sampai ada Bachelor Party bagai...kahkahkah! Depan ustaz bachelor kemana, party ke mana.... ;p

So, bertambahlah sudah ahli keluarga momy cha sekarang. Dah ada adik ipar dah aku. Sweet sangat adik ipar ku dok panggil aku along-along-along :) Bajet akak-kakak sangat momy cha sekarang...gitew!

Kepada pasangan sama sepadan ni Mohd Azrie & Mas Aida (double MA), sebagai along I nak ucapkan semoga perkahwinan ini kekal selama-lamanya dan diberkati oleh Allah SWT, serta dikurniakan cahayamata sebagai pelengkap keluarga ampa berdua. Nikmatilah sweet moments sebagai pengantin baru...

nak kasi ke pihak pompuan, simple saja kitaorang buat. nanti wedding day kasi hantaran betul-betul. ni saguhati je. coklat tu momy cha tempah dekat choc lovers :)

muka pengantin yang cuak+ketar. eh ade gambar tok la...hi tok, sian tok tak larat dah... tapi kami semua sayang tok :)

ni bukan bini dia, tapi ni adik dia hihihi...my bro wit our lil sis :)

ni pulak bukan adik dengan abang tapi anak-beranak haaa gitew... :)

hoi peten idong sama lah u ols ;p kihkihkih!


adik + sepupu mama


masuk mesjid pakai suaq pendek...tak tutup orat tau Mikhail!

pengantin + opah+ ibu pengantin + adik pengantin + sanak sedara..eh! eh! ade pic ai lah terselit tuuu.... :)

muka ni kalo toreh pon tak kuar darah kan? pucat bebenor dik!

sweet je pengantin pompuan punya hantaran ni

:)

yang baju merah tu bapak pengantin pompuan

upacara sarung cincin

:) semuga berbahagia ke anak cucu cicit

muka ekslusip i masih belom ada kan?..kihkihkih! kita tunggu kenduri-kendara nanti lahh....
:p

#pisnowar#
momy cha!


29 November 2012

Pernah try ni tak?

masuk ni dah botol kedua aku makan asam jawa siam ni. Aku tau tak elok makan masam-masam untuk ibu mengandung. tapi tekak aku laju jer terima asam siam ni. erk! dah letak dadah ecstacy ke, ketamin ke, air ketum ke aku pon taktahu lah..kehkehkeh! disebabkan rasa asam siam ni yang EXTREMELY sour, buatkan aku jatuh cinta dengan beliau, gitew! Ade gak tulisan halal walaupon rata-ratanya semua ditulis dalam bahse siam. korang dah try lom? Aku beli pon kat pantry opis aku ni haaa...ade akak dari kelate letak jual satu botol rm5. tapi adik aku yang imigresen kat padang besar kata, kat sana murah 3 botol RM10 jek...Hohai...ade tak tiket air asia yang promotion 11 sen tu berenti kat Padang Besaq, Perlis? kuikuikuikui...Yang aku paham tulih asam siam nih BB Food..oh makanan untuk baby lah ni ghuper nyer, kan?...kahkahkah! In love with u, asam siam!


momy cha!

Misteri jam 3.55 pagi...Gulp!


Disebabkan entry ala-ala misteri, kita kasi gambar fefeeling miseri nusantara jugak. Kasi background gelap sikit...baru sereeemmmmm! ;p

Sebenarnya sudah 2 malam berturut-turut Mikha start meragam malam. Yang paling best tepat pukul 3.55 pagi dia akan tetiba terjaga dan menangis sampai teresak-esak. Masa yang sama tu tau tak...Sebab nya aku dapat tau masa yang sama, sebab henpon blackberry aku sentiasa di tepi aku everytime aku terjaga dari tido! So, tepat 3.55 pagi dia buat drama meragam dia...

Malam tadi paling worst. Dia siap nangis sampai tersedu-sedan, syahdu sungguh macam orang putus cinta gitew. Yang aku ni ingatkan pampers dia basah, pastu cepat-cepat tukarkan pampers. Baba pulak siap bancuh susu kasi ke dia. Dalam minum susu tu diam jap. Pastu tak sampai 10 minit, "bersyahdu airmata" balik.
Hoh! kenapakah mere betta ni?

Puas ku pujuk, ku tepuk, ku kasi mainan, dia main kejap pastu nangis. Sambil ku tepuk mata pulak membulat pandang ke luar tingkap. Erk! Terus misteri nusantara menyelebungi ku. Takleh jadi si Mikha ni, then aku tutup mata dia dengan bantal. Boleh pulak dia tolak bantal tu pastu membulat mata nengok pulak macam ada "something' atas almari baju. Haiii nak memalam gini jangan dibuat pasal....! Meremeng segala bulu roma mak ekau ni...

Pastu, terus ku baca 3 kul dan ayat kursi. Ku tiup ke ubun kepala dia. Okeylah kejap, pastu sambung syahdu sedan lagi. Aduhai! Si Erie dah mula nak bengang sebab anak tanak tido. Nak buat guano abang oii...layankan je lah budak ni, kan? Dah dia tanak lelap..terpakse lah kita "entertain" dia...

Disebabkan aku tahu ibu mertua dan kak iparku bangun awal pagi untuk prepare nasi lemak + kuih-muih meniaga sarapan nanti. Pastu aku pon terus dukong Mikhail dan letak dia depan tv. Ok pulak mamat ni bila tengok tv. Siap aku suapkan roti lagi. After bout pukul 5 pagi aku bawak dia masuk bilik tido. Terus sambung nangis. Aii...tadi kemain nengok tv ok. Alih-alih masuk bilik menangis lagi...tetap membulat mata pandang ke tingkap lagi :(

So, pagi ni aku agak terhuyung-hayang ke opis. Mengantok beb...anak meragam malam. Banyak kemungkinan dalam kepala otakku ni kenapa tetiba dia boleh meragam time yang sama dah dua malam berturut-turut. Adakah sebab satu kebetulan? Atau dia memang nak berubah bulan? Atau memang tetiba dia nak main time malam? Atau dia perlukan kasih sayang aku? Atau dia dah cukup tidur di siang hari? Atau memang dia ternampak "sesuatu"?
Semuanya berlegar dikepala momy cha...

Terus ku google pasal budak meragam malam. Terjumpa satu blog yang ibu ni sama nasib dengan ku. Katanya anak dia yang bernama Safi turut meragam malam dan kejadian tu berulang berhari-hari, dan berturut-turut. Ibu Safi ni cakap anak dia akan menangis dan tertido, pastu terjaga dan menangis lagi berlarutan sepanjang malam. Disebabkan itu ibu Safi bertanyakan ustaz di tempat kerjanya dan ustazah tersebut menyuruh dia membaca Surah Al-Baqarah (Ayat 1-30). Baca dengan kuat-kuat.

Khasiat surah Al-Baqarah untuk melindungi rumah dari gangguan syaitan telah banyak diajarkan oleh Rasulullah di dalam banyak hadis sahih. Malah menariknya, khasiatnya boleh tahan sehingga 2-3 hari untuk melindungi rumah.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan (hanya untuk tidur sahaja) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Bacalah surat al-Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah”.

Intipati surah Al-Baqarah menceritakan tentang asal usul kejadian manusia, dan asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan. Ia mendedahkan kelemahan syaitan dan kehormatan manusia yang dilantik sebagai khalifah di dunia oleh Allah SWT. Hal inilah yang melemahkan syaitan apabila manusia membaca surat tersebut.

Lepas dapat tau perkara ni, ibu Safi terus praktikkan membaca surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 30 selepas solat maghrib. Dan keajaiban itu berlaku. Khasiat surah ini memang nampak kemujarabannya serta-merta. Malam tu, Safi tak lagi meragam.

Insyallah malam ini kan malam Jumaat, lepas baca surah Yassin akan ku praktikkan surah ini pulak. Mintak dijauhi segala kemudharatan. Sebagai ibu-bapa tak salah kita berikthiar untuk kebaikan anak-anak kan?

Kelebihan surah Al-Baqarah juga boleh digunakan apabila berpindah rumah. Sebelum memasuki rumah baru, bacakan surah Al-Baqarah di dalam rumah tersebut. InsyaAllah selamat dari gangguan syaitan selama ianya diamalkan.

"Jadi parents di luar sana, sekiranya berhadapan dengan masalah anak yang meragam akibat gangguan makhluk lain, bolehlah cuba amalkan surah ini dengan ikhlas dan yakin" - blog ibu Safi
Wallahualam.

- Semoga Mikhail sentiasa dibawah lindungan Allah SWT dan para Nabi junjungan. Amin!

#pisnowar#
momycha!

28 November 2012

Keperluan memperkenalkan telur pada usia 8 bulan & Vaksinasi MMR


Hi! saye dah nak masuk 11 mons. Ini gambar censored saye :)

Dua, tiga hari kita dah sampai ke bulan Disember. Bermaknanya dah hampir untuk kita mengucapkan BYE-BYE kepada tahun 2012 yang penuh dengan memori suka dan duka.
Bulan Disember bermakna Mikhail sudah menginjak ke usia 11 bulan. Oh! How time flies...Sudah jadi big boy anak momy cha ni. Esok lusa nengok-nengok dah nak terima menantu pulak aku nanti...hehehehe!

Bercerita mengenai baby dah 11 bulan ni, tetiba momy cha teringat pasal check-up di Klinik Kerajaan untuk Mikhail. Kan ke dari baby kita kena bawak derang untuk suntikan imunisasi every month tu? And tak silap momy cha waktu berumur 12 bulan / setahun nanti ada suntikan yang dinamakan Suntikan Pelalian MMR. Adakah anda sebagai ibu-bapa ALERT terhadap perkara ini?

Apa itu MMR?

"Vaksin MMR adalah campuran daripada tiga jenis virus yang dilemahkan yang disuntik untuk imunisasi melawan demam campak , beguk dan rubela . MMR umumnya diberikan kepada anak-anak yang berumur 1 tahun dengan dos penguat diberikan sebelum memasuki umur sekolah (sekitar umur 4 atau 5)" - sumber blog kak Fara Rahim.

Oleh sebab itulah Vaksinasi MMR @ lebih dikenali sebagai cucuk telur ni perlu diberikan kepada bayi seawal usia mereka setahun. Tapi tahukah peranan kita sebagai ibu-bapa sebelum bayi kita mengambil imunisasi ini? Nak tau tak? Let me story u....

Tujuan:

- Untuk mengelakkan akibat alahan yang teruk seperti kebiruan dan anak sukar bernafas.
- Boleh diberi kepada bayi seawal usia 8 - 10 bulan. Ini adalah untuk "test" dulu samaada bayi kita mempunyai alahan pada telur ataupun tidak.

Arahan:

- Beri anak makan kuning telur (sepenuh masak) 1 sudu . 1-2 kali seminggu sebagai permulaan.
- Kalau ada alahan seperti kemerahan didalam mulut atau badan, stop dulu makan telur untuk seminggu.
- Teruskan makan kuning dan putih telur. Lebihkan dari masa ke semasa (seminggu 2-3 kali)
- Jika tiada alahan, baby kita sedia untuk menerima suntikan MMR tersebut.
- Jika simptom alahan berlarutan, sila berjumpa doktor untuk consultation- sumber PPUM

kesian dier!


Oh! no..sehingga kini to be frank, momy cha belom pernah bagi menu cenggini dekat Mikha. Maksudnya bukan tak pernah bagi telur, pernah lah bagi. But bukan seperti arahan PPUM tu. Disebabkan takut Mikhail ada alahan pada telur, momy cha cuma bagi dia makan benda yang berasaskan telur sebagai permulaan. Contohnya kek, tauhu, penkek. Belum lagi terpikir nak bagi makan kuning telur 1 sudu sebagai permulaan eventhough dia dah berusia 11 bulan. Erk! should start today...bukan susah pon kan? Rebus telur dan suapkan satu sudu dekat dia. Habis cerita. Tapi after that kena pantau lah jugak ada alahan ke tidak kan?

Dulu masa perkenalkan makanan "pejal" dekat Mikha, momy cha memang begitu choosy. Apa yang nak dibagi makan anak semua kena buat research dulu. Kalau ada orang suap yang bukan-bukan mulalah aku nak bertukar jadi "singa betina". Bukan kita eksyen ke apa, sebabnya kita sendiri taktahu anak kita sesuai atau tidak atau ada alahan kepada certain makanan kan? Buatnya dikasi kuih raya, pastu anak kita alergik tepung gandum ke...muka bertukar biru, sesak nafas, pengsan...kan ke kita yang susah?

So, para ibu sekalian. Marilah kita praktikkan dulu cara pengambilan telur untuk "test" kepada anak kita menjelang usia dia setahun nanti. Jangan kita tak ambil berat hal-hal sebegini. At least sebagai ibu bapa kita kena ada serba sedikit pengetahuan untuk kesihatan anak kita jugak kan? Sebab alahan yang teruk boleh membawa maut kepada bayi kita. 

Mungkin perkongsian ilmu hari ini sedikit sebanyak dapat memberikan info dan membantu ibu-ibu yang non-hado experience di luar sana. Momy cha pon takdelah pandai sangat, untuk rujukan yang lebih jelas u ols boleh terus hubungi KK yang terdekat untuk keterangan lanjut, ok?

Oklah, balik ni terus nak rebus telur and "mengetest" dekat abam long Mikhail tu. Mintak-mintak semuanya ok lah. Bahulu sebalang boleh habis makan....apetah lagi hanya sesudu telur kuning rebus yer tak Khail? kacang jerla....
Heeeeeheee!

oh! my telur ayam...

#pisnowar#

momycha!

27 November 2012

Petua supaya anak berhenti hisap puting "O"

Oh! puting...gigi anakku dah tak cantik gara-gara engkau...
Nak marah kat puting pon tadak guna jugak. Tetap puting jugak dicarinya...
Adeh!
Semenjak-dua menjak ni, Mikha dan puting ibarat abang beger dan kedai serbaguna, burung biru dan muka buku, budak hipster dan jeans ketat...mereka lah BUDDIES...takkan terpisah!
Gitew ala iklan Digi....!

Sebenarnya nak salahkan siapa pon i dono. Dulu masa budak ni kecik dia dah disumbat oleh puting since di NICU gara-gara dia lahir overweight. Disebabkan Dokter perlu hadkan susu dalam badan dia nurse terpakse sumbat puting "O" tanpa kebenaran momy cha.
Sad thing, but wat-to-do?

Kini, bukan main hebat lagi dia dengan puting. Biarpon puting tu cuma bestpren dia time tido, tapi bayangkan lah kalau tido dari pukul 10.00 malam sampai 7 pagi dah  berapa jam? Itu tak masuk ketiduran disiang hari lagi. Parah dah anak aku...Jongang la dia besar nanti...sobs boleh geng OSBON! :(

Sebenarnya, dah banyak kali momy cha try tidorkan dia without puting. Tapi result nya....huh! sungguh ku kuciwa! Kemain kita tepuk dia siap dodoi lagu terhebat, terkini, sensasi, sampaikan ku dendangkan lagu terhebat AIM "Patah Seribu" hoh! lagi langsung dia tanak lelapkan mata. Tetap jugak dia merengek nak-nak-nak...dah tau dah...nak puting!
Cis.....! tak sedap eh sora mama? Hihihihi...

Kalau keluar jenjalan memang takde kekdahnya momy cha nak bawak puting spare. Sebab kalo kuar jalan tau pulak dia tak nangis mintak puting. Cool jer. Maintain smart dengan jambul dia tu.Tak macho lahkan abang hensem isap puting depan aweks...hihihi! Tapi masalah terbesar bila balik rumah time nak tido ni. Grrrr! dah le hisap puting pon cap Doktor Baby yang murah tu je. Memang takde lah puting bodo tu di reka khas untuk elak gigi anak jongang ke hapa. Sebab rege nye pon baru RM2. Takkan puting rege RM2 direka khas untuk elak anak gigi jongang kan? Lagi jadi abang JOE adelah... kuikuikuikui!

Nak kata aku tak beli brand mahal. Huh! sebut saja brand Avent, Tommy Tippe, Mam, NUK, Pigeon, Japlo hadoi semua ai dah beli. Dan semuanya selamat dalam tapeware dalam freezer sebab dia luek-luek-luekkk bila bagi! Hoh....bagus! Ikut perangai sapa ntah?
Yang mahal tanak, yang murah nak...Ada bagus gak, tapi siok ke gigi ko nanti jongang dik?
Cu citer?

So, disebabkan itulah momy cha ter "gigih" hari ni untuk google petua/tips cara untuk anak berhenti hisap puting. Heeee...gigih kan?
Moh sesama nengok:

PETUA (A)

"ari ini, saya akan berkongsi pengalaman mengenai cara supaya anak kecil berhenti menghisap puting plastik atau sesetengah orang panggil soother. Jika anak tidak berhenti menghisap puting plastik ini, kemungkinan susunan gigi tidak cantik.

cara yang saya gunakan adalah potong puting plastik tu sehingga tinggal separuh. Ini akan menyebabkan anak kita berasa tidak selesa apabila menggunakannya. Tetapi kita kena pandai melayan karenahnya selama lebih kurang semingu" - HEXAGOLD.

PETUA (B)

"berikan mainan baru supaya dia leka dengan mainan, dan terlupa dengan puting dia" - PETUANENEK.COM

"berikan ganjaran kiranya anak anda berhenti menghisap puting" - PETUANENEK.COM

PETUA (C)

"sapukan benda masam/pahit/masin pada puting tersebut. Contoh; garam, asam jawa etc. sapu setiap kali anak anda nak hisap puting. Insyallah lama-kelamaan dia akan berhenti hisap" - PETUA MAMA MOMY CHA SENDIRI

Sebenarnya petua C tu momy cha belajar dari my mom. Dulu adik momy cha yang sorang ni memang tak lepas nak hisap tetek. Disebabkan cuti bersalin mama dah nak habis, jadinya momy cha nengok my mom bancuh asam jawa + air. Bancuh pekat-pekat dan sapu pada nipple. After 3 days terus baby tanak direct feeding. Hehehehehe....Cuma minum susu my mom dalam botol jerlah...Itu pon my mom perah pakai tangan dolu-dolu mana nak hado breast pump macam sekarang :)

Nampaknya itu jer petua yang ada. Kot-kot lah korang ade lagi petua/tips lain yang berkesan untuk kurangkan "penghisapan" puting ni. Rerajinlah komen kat komen box ai okies? Perlu sangat bantuan u ols yang cantik bestari ni...

Tetiba teringat kata-kata makcik momy cha dulu....
Haaa..kalo tamau anak gigi jongang. Pasang "braces" siap-siap. Tanam atas gusi baby. Esok tumbuh gigi senang tayah bubuh braces dah....heeeee!
  
newborn Mikha

zaman "kegelapan" Mikhail bersama puting nya

ape nengok-nengok? tumbuk mauuu ka?

ni dah pakai songkok, hisap puting gak lagi..hadoi

tido wajib ada puting, bestpren katakan

posing bersama puting kesayangan

main pon kalo jumpa puting harus puting pon kena main sekali. gitew!

yang ni pic paling ku soka...nengok lah tu ala-ala BIG BOSS sambey nengok tv, sambey isap puting...hehehehe. Nak marah ke idop kalo gini?

#pisnowar#

momycha!

26 November 2012

Space U8 jom!

Kengkadang kesian tengok Mat Mikhail terperap macam "anak dara" seharian dekat rumah.
Asal nak bawak jenjalan wiken, time tu jugaklah baba on-call, kalau tak on-call, time wiken jugak lah nak turun hujan selebat-lebatnya...
Dah tu achaner nak bawak main dekat playground? Cu citer?

Duduklah Mikhail dekat rumah nolong bibik lipat kain, mop lantai, sapu sampah, kemas bilik, cuci toilet, masak lunch+dinner...haaaa! bertepatan sangatlah dengan tema nak jadi "anak dara" yang terperap dekat rumah seharian..gitew!

Oleh sebab itu, minggu lepas, yakni semalam momy cha bertekad nak jugak bawak Mikha ni keluar jenjalan. Bukannya apa, kita ni dah kesian sesangat nak bawak dia hirup udara luar. Kalo hujan takpe, momy cha bawak indoor saja. Janji kuar jenjalan...kan?kan?kan?

Dekat Shah Alam, ni memanglah "kaya" dengan Tesco, Giant, K4, Mydin dan sewaktu dengan nya. Dah jadi boring pulak asik nak ke situ je. Alkisahnya, suruh la baba try bawak kitaorang pergi Space U8. Mall baru dekat TTDI, Shah Alam. Nama macam nak pegi angkasa lepas ke hapa..space-space gitew. Tapi sorry to say, NOT INTERESTING AT ALL!
Heh! Jangan saman ai :)

Kita ni ingat nak widow sopink ke hapa. Pastu kedai nya ala-ala bukak tak bukak. Aiii...nak meniaga ke tak ni? And dengan suasana yang agak panas, macam tak ade air-con lagi buat tempat ni tak berapa best. Cumanya orang ramai sebab nak pergi nengok movie dekat situ. Yela...Shah Alam kan non-hado TGV & GSC...so terpakse lah deme nih pegi Space U8, kekdahnye gitew.

Ditengah-tengah mall ni, ada macam giant playground lah untuk budak-budak. Yang momy cha ni punya teruja kasi lah Mikhail main belon, main dalam playground tu. Dalam tempat tu pon ramai bebudak..sekali ade pulak orang sound 
"Sapa nak main suruh mak pak korang bayar dulu.....tak bayar tak boleh main!"
Hoh!
Sentapmaknak.
Kot ye pon nak sound orang taleh ke cakap berbudi bahasa amalan kita sikit? Ko tak sekolah ke, main nak sound sondol orang gitu je? Next time tanak kasi orang main, letak pagar besi ke, pagar lektrik kat playground ko. Takpon tulih banner besar-besar BAYAR DISINI ke hapa..takdelah mak-pak yang KG macam aku ni tak nampak...ada paham? 

Pastu sebab tawar hati terus dukong Mikhail bawak pegi tempat lain. Dan tetibe..eh..eh..eh! ada kereta kontrol yang besaq tu. Terus sewa 5 minit untuk dia naik. 5minit pon RM5 tu...takpelah janji anak hepi. Baba tukang kontrol, kemain budak tu menyengih naik kereta tu. Siap berdiri lagi sambil kereta bergerak. Kemain buat aksi stunt PRO dia....Cewah...

Sempatlah mama amik video kenangan. Snap 2,3 keping pic and send BByem dekat opah. 
Hoh!
Terus opah cakap tunggu besday Mikhail nanti opah beli lagi canggih punya...cayalah opah....!
Hoh! Besday Mikhail??? Errr..serabut-serabut pikior...lupakan hal besday tu jap...kuikuikui!
 
Lepas 5-10min main, teruslah dukong dia kengkonon nak balik. Niat nak round-round cuci mata terbantut sebab mall tu tak menarik. Terus zasss ke Giant nak beli makan Mikha. Tapi budak kecik tu "meroyan" mengantok, so mama nya tak sempat nak beli apa pon. Alahai kalo dah mengantok...ko sogok apa pon tanak. Cuba kalo kat rumah,"berasap" tangan tepok pon tanak tidoq lagi...Grrrr! makan budok!

Dah la. Itu sajalah update untuk minggu lepas. Semenjak dua menjak ni, nafsu makan mengatasi segalanya. Dok menghitung time nak makan jer...Ngeee :)
Penangan berbadan dua...Oh! today tetiba nak tampal pregnancy ticker kite lah...
Kepada yang tertanya-tanya pasal my pregnancy sila rujuk ticker di bawah, gitew ;p
Hoh!
Tapi....ade ke yang tanye???....Haaahaaahaaa...! 

semoga semuanya dipermudahkan. amin :)
menyengih sungguh anak bujang ai :)
dia belom pandai jalan, tapi nak suruh orang bawak dia gini. So baba...layankan saja laa.
ade fountain tengah-tengah laman mall Space U8 ni
sebelum dihalau sempat lah bergambar dekat sini jap
sepadan je saiz kereta ni dengan Mat Mikhail ni :) boboi boy sesangat!
orang duduk dia berdiri...aksi stuntman katanya...makpak yang seriau nengok dia gitu....janji hepi yer dik? yang terjengol tu kaki baba, ngah pegang remote kihkihkih!

Nota kaki: gambar mama adelah sekeping, tapi belom sedia nak reveal. Muka exclusive katanyer...Ekslusip ke? Ko hengat ko Leuniey Natasha?? Heh?! hahahaha!
 
#pisnowar#

momycha!

23 November 2012

Swasta vs Gomen...Which are more better?

Just to share my experiences dealing with people at this place.
Wonderful place, and wonderful people...that what I can say!

Perspektif orang ramai terhadap hospital swasta kini sudah berubah sama sekali. Sebut saja KPJ, Assunta, Columbia Asia, DEMC, Ampang Puteri Specialist, Prince Court, Gleneagles Hospital, PUSRAWI dan banyak lagi deretan nama hospital swasta ini, sangat cukup dikenali pada zaman sekarang.

Kita sanggup berhabis duit untuk memastikan kesihatan kita di tahap "tip-top" sehingga memilih hospital swasta berbanding hospital kerajaan kini. 
Dont get me wrong, dear. Momy cha tak maksudkan yang servis di hospital kerajaan ni slow. Tapi itulah kenyataan nya, apabila segalanya menjadi percuma. Maka servisnya pulak agak sedikit lambat disebabkan berpusu-pusu umat manusia yang sedang menanti giliran untuk mendapatkan perkhidmatan yang diberikan.

Pendapat orang berbeza-beza, kiranya entry ini adalah mengikut perspektif momy cha. And this is not a FREE advertisement for any hospital.
But really...I love DEMC #hoh! tetibe#
Bukan sebab my hubby kerja dekat situ. Tapi momy cha suka dengan sikap hospitality yang diberikan oleh staff derang untuk patient. Memanglah sebab berbayar kan? Haruslah bagi first class service. Pengalaman bersalin anak pertama disitu, dan insyallah for upcoming baby. Momy cha rasakan dari makcik cleaner sampailah kepada Dr. semuanya baik-baik belaka. Itu sebab ku tak boleh lupa insiden di lap-lap satu badan oleh Nurse disitu, dalam keadaan ku yang togel telanjang tanpa seurat benang. Berkali-kali ku cakap...err..takpe lah nurse, saya boleh buat sendiri, boleh mandi sendiri. Tapi dia tetap nak tolong jugak. #shame-shame ai#
Sampaikan maternity pad pon dia tolong pakaikan.. Hadoiyai! Yeap mereka nurse-nurse ni rupanya memang di "train" untuk buat segala jemala benda sebegitu...dah keja derang kan? Tq dear Nursie!

Kini dalam mengandungkan anak kedua, I need to say bye-bye to government hospital's check-up. Sorry, bukan ku berlagak. Tapi hakikatnya aku tak tahan leteran sesetengah veteran nurse pasal pregnancy aku ni. Yelah, anak baru 7 bulan tup-tup mengandung lagi, dah le ko czer kan? Cukuplah awal bleeding hari tu dah kena "basuh" kaw-kaw dengan Dr. dekat KK Putrajaya ni. Ah..sudah cukup-cukup sudah...
Tak rela berdesing telinga lagi...Kita mengandung pon rezeki Allah yang bagi takkan nak tahan kuasa Allah SWT kan?

Dulu memang ku sering consult dengan Dr. Zamri. Namun untuk baby kedua, ku telah switch kepada Dr. Norleen yang jugak salah seorang The Board of Director di DEMC. Kind, friendly, polite, passionate, proficient and ada motherly touch. Itulah rumusan yang boleh aku cakap mengenai Dr. Norleen. Memang recommend sesangat, but for the time being dia dah tak ambil patient lagi. Dunno why...

Cara percakapan dia yang memang sebijik mak-mak dan first time jumpa pun macam dah lama kenal. Oh! how i love her. Selalu sangatlah dia pesan kat baba suruh momy cha jangan lupa makan ubat. And paling best saat dia nak scan baby. Aduhai best! She explain everything completely, and always remind pasal preparation on my EDD. Alhamdulillah, segala stress hilang seketika bila nak jumpa dia. Segalanya boleh ditanya pada dia....And to be true, I cant wait to see her for my next appointment. Insyaallah...

Check-up di situ sangat simple. Memula cuma timbang weight then urine test guna stripe yang nurse bagi. Then wait for your turn. As simple as that. Takpayah selalu sangat amik darah macam dekat gomen. Yang momy cha ingat amik darah cuma sekali time preggie Mikha dulu. Pastu tayah dah. Kalo dekat gomen memang "cekik darah" asik-asik nak darah orang jer...Seriau mak! Kali ni punya pregnancy Dr. Norleen cakap no need to do blood test. Sebab yang blood test masa mengandungkan Mikha dulu still valid. Expiry for 1 year..kuikuikuikui! Best! Tayah cucuk sokmo lah...Bukan banyak darah sangat nak derma sana-sini kan? Hihihihi!

Mesti yang tertanya how much rate per consultation kan? Oh. Rate dia rasanya still boleh consider berbanding hospital swasta lain :)
Mengikut pengalaman momy cha, masa bersalinkan (secara czer) Mikha dulu rate about RM3000++ and Mikha kan ade admit di NICU for 1 week rate about RM4500++. Oklah tu, berbanding charge 10K my cousin beranak czer dekat Hospital teeetttt* lagi mahal tuuu!

Apa-apa pon nak beranak ni, duit memang kena banyak simpan. Bukan nak pikir bil sepital jer, esok-esok duit mak bidan urut, jamu, pampers baby, barang baby semua sapa nak tanggung kan? Nasib baik barang Mikha time baby dulu and a few things macam stroller, baby chair, car seat, set tilam bantal, baju-baju baby still boleh adik pakai nanti. Save lah sikit kan? Cuma ku tengah berusaha keras kumpul duit untuk membeli breastpump baru yang diidam-idamkan saja...Hehehehe! Insyallah ade rezeki adik nanti :)

So, dari awal entry dah ku kata ini adalah from my ponit of view. Kalau ada yang tak setuju dengan my opinion up-to-your guys lah kan. Gomen ke swasta ke, janji dapat beranak sudah lah...kang terberanak tepi bas-stop payah pulak kan? Dah kena tulih tempat lahir anak : TEPI BAS STOP! Tak ke naya???!

Hoh!


inilah bilik momy cha sewaktu bersalinkan Abam Mikha dulu...

Sengih meleret baba dapat pangku Mikha eh?

hoh..baju besau dari orang..hik!

ini bilik Mikha time dia admit bulan Jun aritu sebab demam

Muka budak tak sehat :(

Ni toilet bilik Mikha kat DEMC aritu

I fokus dekat toilet bowl sebab comel ade mcm sea shell, tapak sulaiman, amacam ala-ala tepi pantai :)

Mikha punya food, tapi mama yang makan :)

Ini lauk mama masa dalam ward 2 days after beranak makan ikan bakar cili gini...kahkahkahkah!

Ini pon mama punya dalam ward after bersalin aritu :)

Ini bukan mama punya, opcos lah Mikha nye kan? Hadiah dari sape ni???? paper beg fareeda tu je momy cha punye...hiks!
Taraa....baru nak bubuh dalam entry, hihihi TQ kakak Malikha & Mama Ztee datang melawat kitaorang dat day :)

Mikha suka bebenor dengan gift comel ni...tak nyempat nak pegang dah...

#pisnowar#
momycha!

22 November 2012

Please..Jangan bandingkan anak anda dengan anak orang lain...

Aku suka duduk Shah Alam ni.
Tapi ada satu benda yang paling membuatkan ku stress tak hengat.
Nak tahu ape?
Jom aku cerita sikit...

Oleh sebab aku menumpang tinggal di rumah ibu mertua ku di Kuaters Polis Sek. 20 Shah Alam ni, macam-macam ragam yang aku dah tempuhi. Yang kadangkala boleh membuat aku malas nak keluar rumah, nengok Astro Mustika HD layan Adam & Hawa lagi best!

Paling aku menyampah dengan sikap sesetengah makcik @ jiran dekat situ yang suka perbandingkan cucu derang antara satu sama lain.Contohnya, ada satu insiden bilamana aku tengah kelam kabut nak pergi opis satu pagi tu, tetiba datang sorang makcik depan rumah ni terus tegur aku. Laa..kurusnya Mikhail, tak kasi makan ke?, Mikhail dah boleh buat ape? Cucu acik dah boleh berjalan 7 bulan aritu dah berjalan. Gigi pon dah penuh ni ha... Badan pon semangat sikit dari Mikhail ni kan..bla-bla-bla!

Hoi. Amboih kemain makcik ni pepagi buat ku "berasap" telinga.

Persoalannya, perlukah kita sebagai ibu-bapa, atuk, nenek atau sesapa saja membandingkan anak kita dengan anak orang lain?
Jawapan: TAK PERLU!

Cara tumbesaran anak kita adalah berbeza. Tak semestinya dulu anak aku lahir seberat 4.3kg sampai sekarang badan dia nak "maintain" gemok-gedempol je. Agak-agak ar. Dah tu kalo gedempol gitu, bila pulak anak aku tu nak belajar meniarap, terbalik kan diri sendiri, menyulur, merangkak, duduk, meniti dan berjalan? Gemok-gemok nak bergerak pon susah kan?
U story me, sikit makcik?

Jadinya lantak lah kalo anak, cucu, cicit orang lain badan lebih semangat ke, dah pandai berjalan ke, dah pandai bertatih ke, dah penuh gigi berbatang-batang ke, idop le aku kisah. Yang penting adalah kesihatan anak, kan? Kalau badan "semangat" chubby, comel dah boleh berjalan hatta berlari sekalipun tapi kerap masuk keluar hospital...tak guna jugak. Aku lebih prefer anak yang badan "sedang-sedang" dan sihat walafiat. Itu sudah memadai. 

Macam mana agaknya nak mengelak dari manusia yang suka buat perbandingan cenggini eh? Tapi lumrah donia lah kan, mulut manusia ngakk bisa ditutup, unless kalau aku bolehlah kan.... nak je aku beli selotape besar kaler itam yang wrapping wayar tu, lekat kat mulut orang-orang cenggini. Aman sikit donia!

No point bandingkan anak aku putih, anak ko hitam. Anak aku rambut lebat, anak ko rambut nipis. Anak aku hidung mancung, anak aku hidung pesek. Anak aku mata bulat, anak ko mata sepet, Anak aku cepat jalan, anak ko lambat jalan. Hoi sudah-sudahlah.......

Paling aku tak boleh lupa cara seorang makcik ni suruh aku jaga badan time dalam pantang dulu. Lebih kurang gini lah ayat nye, " kau ni kena berurut selalu, kulit kena jaga, muka kena tegang, tengok anak acik si ...... tu sama bersalin dengan ko, cantik jer, hari-hari berurut, jaga badan, makan jamu, kena guna minyak yang acik jual ni. Ko nak tak..murah je RM250, komfem laki ko tak lari...yang bawah still ketat macam anak dara..." 

Haa...sori ter 18sx. Alkisah nya dia cuma nak jual minyak urut ala-ala spa dia tu yang rege nya mencecah RM250 per bottle. Hok olo! acik kot yer pon tayah lah gitu buat perbandingan nya, sebab sekarang aku nengok anak ko badannya tiga kali dari badan aku ni ha...Kiranya kemujaraban minyak Spa acik tuh tak menjadilah yer? ;p

Itulah antara asam,garam kehidupan duduk berjiran yer tak? Sebab itu aku suka duduk di Putrajaya rasa aman makmur damai sejahtera jek. Hehehehehe..
Buat sementara waktu, sementara menunggu opah Mikhail pencen bulan Jun tahun depan aku harus "pekakkan" telinga dan "butakan" mata dengan peel serta kerenah manusia disini. Buat dek jerla...

Oh..today Mikhail salam cium tangan aku sambil dahi nye ditampal dengan "Kool Fever"... dari jauh aku dah terdengar laungan....

"Laa...bertampal dahi anak ko tu Tasha...makin kuruslah jawabnya Mikha asyik demam jer...."

Erk! Berdesing lagi telinga mak jemah, hoiiiii!

dolu-dolu pipi bak pau dilayang..
 Dah nak jadi abang kenalah selim sikit yer tak Mikha?
#pisnowar#

momycha!



21 November 2012

Ragam pregnant saya dan anak yang semakin melasak!

Diam tak diam usia kandungan momy cha sudah berginjak ke 3mons ++.
Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi kekuatan pada diri ini untuk terus "membawa" kandungan yang semakin besar ini, ke hulu-hilir lagi 7 bulan, jika diizinkanNya.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, macam mana momy cha handle Mikha yang semakin melasak sebab nak semakin membesar tu kan?
Yu ols pon ada anak yang semakin membesar, pasti u ols jugak tahu macam mana rasanya...kan? >.<

Banyak sungguh cabaran membesarkan anak ketika dalam fasa kehamilan di trimester pertama ini. I tell you...it's NOT EASY!
Mana kan nak membawa diri yang sedang "mabuk", pening, mual, alah kepada itu ini.
Mana kan nak melayan anak "jantan" yang semakin melasak, memanjat, menendang, meng "karate-do", merangkak...hadoi, memang tak terlayan. Susah untuk momy cha menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Sehingga ada ketika nya, airmata ku tertumpah jua...

Orang kata every pregnancy is different. But not to me. Sama saja keadaan nya ketika mengandung Mikha dulu. Sebijik cenggini, bezanya cuma ku kurang muntah. Pening jangan dikata, sebab kadangkala aku sendiri nampak kelibat Mikha dah berbayang-bayang ramai, padahal anak aku tu cuma sorang saja, tapi aku boleh ternampak double-vision pulakss. Hadoi.

Itu belum ambilkira, tahap kemalasan nak ke opis. Bila bangun pagi sewaktu azan subuh berkumandang tu, ku rasakan penat dan malas sangat, asik lah kata pada diri sendiri...lagi 10mins...lagi 5mins....  Yelah, tak sanggup rasanya berulang-alik dari Shah Alam ke Putrajaya sehari-hari sejauh 70km setiap hari. Mampu kah aku bertahan, apabila perut ku makin membesar nanti?
Hanya Allah SWT yang tahu.

Sakit pening, muntah sewaktu perjalanan hanya berbekalkan beg plastik, mineral water dan a few mints dalam kereta. Ntah berapa kali aku berhentikan kereta sepanjang 3 bulan ku berulang alik, hanya semata-mata untuk muntah di tepi jalan yang bersusur-galur dengan kenderaan, lori, dan treler yang banyak. 

Merbahayakan, tapi itulah pengorbanan seorang ibu!

Bercerita mengenai fesyen seorang ibu mengandung?
Non-hado...
Kemalasan sewaktu bangun pagi untuk bersiap mengatasi segalanya. Nak pilih baju apa nak pakai pon aku tak berselera, inikan pulak untuk "mengiron" baju. Mahu saja ku sarungkan baju kelawar yang loose ala-ala kaftan tu dan terus zasssss ke opis. Menginjak ke usia kandungan yang semakin membesar, ku rasakan harus mengucapkan BYE-BYE kepada baju kurung. Padahal itulah "sahabat baik" tika ke opis setiap hari. Mana kan tidak, masuk baju muat, tiba nak zip kain cuma boleh zip half, but most of the time hanya suku yang boleh di zip. Dah kain ku jadi ala-ala "pashmina" senget sebelah...fesyen ala-ala nak ke sawah bendang sesangat!

Mikhail pulak "peel" nya dah lain, makin mengada-ngada. Suka nak berdukong, pastu kalau kita letak dalam walker dia buat lembik-lembik, melenting badan ke belakang. Pengsan mak ko anak oi! Pastu, minum susu tanak, makanan dia tanak, tapi kalo makan kita lauk-pauk tengahari tu laju je dia nak-nak-nak. Kang tak pasal aku suap sambal belacan pulak kan? Pantang orang "setting" meja untuk makan, dia dah mintak nak-nak-nak. Kasi bubur nasi dia ketap, tutup mulut rapat. Geram hangin satu badan mak ko anak oi....

Perangai budak berubah sejak nak beradik. Makin menjadi dan manja terlebih. Need more attention I think. Aku sendiri tak boleh nak handle this situation. Bilamana aku pening dan mual-mual dan terpaksa mengasuh anak sendiri yang ada depan mata. Kadangkala aku nak mengeluh, tapi ini semua kuasa Tuhan. Dia dah bagi rezeki kita kena bersyukur. Sometimes, bila aku dalam bilik dan Mikhail di ruang tamu bersama MIL, SIL bergenang airmata aku bila terdengar Mikhail menangis dan merengek macam mahukan sesuatu. Macam mahukan aku, macam mahukan perhatian dari seorang ibu. Tapi apakan daya, "morning sickness" aku menghalang aku untuk terus "mengulit-anyam" Mikhail setiap hari.

Inilah realitinya mengandung ketika masih mempunyai kecil. Mungkin aku tak cukup kuat untuk semua ini...yaaa! mungkin aku terlalu LEMBIK. Tapi aku perlu tabah demi anak-anak ku. Penawar aku cuma baba & Mikhail. Nasib baik ada baba yang memahami dan sanggup menjaga Mikha demi aku. 
Ayat penyejuk jiwa ku... "Takpelah mama pegi rehat, tido. Biar baba yang jaga Mikhail...." 
Biarpun hanya beberapa patah perkataan tapi mampu untuk menenangkan hati seorang ibu yang tersangat memikirkan macam-macam hal di kepala otak ini.

Aku harap aku cukup kuat untuk semua ini...
:(

bestfwen baba :)


#pisnowar#
momycha!


Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...