Iklan

Sharemyloves Geng!

22 October 2012

Update Terkini!

Salam,

Diberi sedikit kekuatan untuk menulis di blog usang momy cha. Maaf tersangat lama tinggalkan blog ini. Bukan kerana suka-suka. Tapi kerana masalah kesihatan.

Berita gembira kehamilan ini, memang tidak terduga. Siapa menduga, menjelang usia anak yang baru menjangkau ke angka 8 bulan, momy cha mengandung lagi. Alhamdulillah itukan rezeki Allah SWT. Tiada guna mempersoalkan kekuasaan Dia Yang Maha Esa.

Berita gembira dan tidak diduga, bila disulami dengan kejadian tidak diingini sangat lah sinonim sekali. Menjelang 6 minggu kehamilan, darah berwarna kecoklatan sedikit demi sedikit keluar. Ya Allah dugaan apekah pulak ini? Adakah aku akan berhadapan dengan second miscarriage seperti dulu? Hanya Allah yang tahu...

Cuak, gementar, takut, sedih, buntu semua ade. Bercampur-baur. Dalam hati..semoga babyku masih selamat, hendaknya. 

Bergegas ke KK Putrajaya. Setelah di scan, momy cha diberi 3hari MC. Tak puas hati dengan penjelasan Dr. terus momy cha ke DEMC. Berjumpa dengan my gynae yang sambut Mikha 9 bulan lepas, Dr. Zamri. Menurut Dr. Zamri semua still ok. Dan perlu menunggu beberapa hari untuk tengok perkembangan janin. Moga, dipermudahkan...

Setelah seminggu, ke DEMC lagi. Still bleeding. Kali ni, berjumpa dengan Dr. Norleen. Tak salah berurusan dengan beberapa dr. demi "orang" tersayang, kan? Dia merumuskan apa yang aku telah lalui dengan "Threaten Miscarriage" iaitu keguguran ancaman. Dan nyawa janin aku umpama "telur dihujung tanduk". Sebak sungguh!

Namun, Allah SWT memberi ku sedikit kekuatan bilamana, janin ku telah "berkelip-kelip", tanda jantungnya telah ada bila di scan...Alhamdulillah tuhan...terima kasih!

Kini setelah janin berusia baru 8minggu dan 3hari, satu lagi penyakit tanpa diundang datang. Dugaan lagi untukku. Dr. mengesahkan aku positive kencing kotor. Patutlah semenjak dua menjak ni, sakit sungguh bahagian bawah ari-ari terutama bila bersin dan nak pee-pee :(

Bilamana darah masih lagi keluar, kesusahan memanjat bukit dan tangga ke final exam di UiTM Shah Alam dan kesakitan tika mendukong Mikha sangat menjadi-jadi. Ku panjatkan doa, dan ku sujud padaMu ya Allah moga dipermudahkan janinku untuk terus membesar. 

Terima kasih pada yang bertanya khabar, yang sentiasa ingin tahu tentang perkembangan momy cha. Terharu sangat-sangat. 

Tak banyak yang mampu dititipkan. Hanya mampu tersenyum melihat entry rakan-rakan yang lain. Indahnya dunia kalian :)
Semoga perkhabaran gembira menanti diriku jua..

peneman setia.

salam sayang,
momy cha!

27 comments:

Lala Latif said...

cepat sembuh mommy cha...

Bazilah (^0^) said...

take care mommy cha. cepat sembuh yer :)

Allene said...

get well soon moomy cha. harap xde apa yang tak diingini berlaku.

Ann Ilias said...

Get well soon Mommy Cha
Semoga baby dalm perut akan kuat, sekuat mummy-nya
:)

cikpingu said...

take care mommy cha.. smoge cpt sembuh n btambah kuat... :)

CikNaa said...

kuat tau mommy.. dulu bole, skrg lagi boleh.. utk adik mikhail, mommy cha mesti kuat..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

ya allah, patutlah senyap je dari blogging. sabar ye Mommy Cha. kalau Allah swt dah tetapkan, insyaallah menjadi milik juga.

aThidEaN said...

tahniah on ur second pregnancy.
semoga fasa first trimester berakhir dgn lancar.

Mooniqueen said...

Semoga mommy cha cepat sembuh ye...

Erina Asmawani said...

Ala..sebak baca entry ni :,(. Syukur Alhamdulillah..semuanya dah ok. Mommy Cha terus kuat ok demi baby & abg baby. Ena tau mommy cha kuat. Hugs.

as ♥ Leenda said...

rindu kat mikha..eh?
get well soon mommy cha..

fifi tiez said...

Take care ya dear!

amirah said...

kuatkan semangat ye cha..insyaAllah takde pape..semoga semuanya ok ye..

Mimy Hamid said...

mommy cha kuat...i love u dik :))

PUAN SUE said...

su dan family doakan mommy cha okay!

luvira said...

get well soon mommy cha...
ira doakan semoga semuanya selamat...insyaallah :)

e k i n ♥ y u s r i said...

rimdu mommy cha
semoga cpat sembuh je
mikha teman mama yer
good boy!

Ros Anis Rusli said...

semoga cpt sembuh!

Mama Likha said...

kite kuat oke ?

Puan Ira said...

rindu kat mommy cha..umairah & mak umairah doakan mommy cha cpt smbuh..

~Leyyatasha~ said...

semoga cepat sembuh :)

~YUN~ said...

congrates mommy cha on ur 2nd pregnancy...be strong k!insyaAllah semuanya dipermudahkan..get well soon and rest well! =)

Fara Fadzil said...

get well soon.. jangan lupa makan ubat or supplement untuk kuatkan diri n baby ok..take care!
nway, if u r still looking for a good supplement during pregnancy, i highly recommend shaklee..insyaAllah semulajadi, selamat, berkesan n halal..

www.naturally-vitamin.blogspot.com

yUmIe said...

congrats dear n be strong!!insyaallah both of u will be fine..jga diri n jgn lasak2 k:)

m@m@yAyA said...

mommycha rdunya...

semoga mommycha cepat sembuh and baby membesar ngn sihat yer~
abg mikha kna tk cre mommy ngn adik baby tau~

aTy _faRed~ said...

Kuatkn semangat yer cha..insyaallah..rezki cha akn berpnjangn..yg penting cha jg diri bebaik yer dear..

Wawa said...

baru sempat menjenguk2 blog sbb busy terlampau.
sedih la bila baca ni. semoga semuanye selamat ye mommycha!nti mikha akan jadi abg yg baik. :)

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...