Iklan

Sharemyloves Geng!

25 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha :)

Esok Hari Raya Korban.

Banyak maksud korban. Bukan semata-mata sembelih lembu, kambing, kerbau atau binatang sembelihan yang lain.

Pengorbanan seorang ayah & ibu. Juga dipanggil korban. Pengorbanan ulang-alik dari ke tempat kerja dari Shah Alam ke Putrajaya juga dikira sebagai korban. Pengorbanan membesarkan anak-anak juga dikira korban. Macam-macam jenis korban yang ada. Bukan hanya dari segi material, bahkan pengorbanan zahir juga dikira korban.

Awal pagi dalam perjalanan ke ofis, momy cha selalu dengar JOHARA di Era. At least ade sumting untuk menceriakan pagi ku. Yelah nak menempuh perjalanan 40km pergi dan 40km balik ke rumah bukanlah satu perkara yang best. Boring kot lama-lama drive dalam kereta. Lainlah kalo bawak Ferari pecut kejap je dah sampai :)

Ape kena mengena JOHARA dengan pengorbanan pulak? Pagi ni, topik derang pasal pengorbanan. Ade sorang "caller" ni bernama Hariri dari Shah Alam dah buat satu pengorbanan yang momy cha kira sangatlah besar. Lain daripada yang lain. Nak tahu ape yang dia dah buat?

Dia menderma 10% hatinya kepada seorang bayi yang mempunyai masalah bengkak hati!
Mulia sungguh kan?
Terkagum sebentar momy cha.

Tapi sadly, after 45 hari bayi tu meninggal jugak sebab masalah komplikasi. Sedih rasanyer. But the point is, at least lelaki budiman ni sanggup mendermakan sedikit hatinya kepada bayi tersebut. Tak pasti momy cha samada dia mengenali bayi tu atau tidak. Tapi kalo kita pon, sanggup ke nak dermakan organ dalaman kita kepada orang lain sementelah kita masih bernyawa ni?

Itulah pengorbanan namanya. Momy cha pon tak dapat balik ke Parit Buntar esok sebab my MIL nak buat Aqiqah Mikha di Shah Alam esok, insyallah. Kiranya pengorbanan jugak kan?

Semoga semuan antara kita beroleh kesejahteraan di dunia dan di akhirat kelak. Bagi yang muda jangan dilupakan yang tua, bagi yang kaya jangan dilupakan yang miskin dan bagi yang memperolehi sesuatu yang baru, jangan dilupakan yang lama :)

Kawan baik ke, kawan tak baik ke pergi silih berganti, namun ikatan kekeluargaan adalah untuk selamanya....
Renung-renungkan dan selamat menyambut hari raya Aidiladha!

kekayaan saya di atas dunia :)


#pisnowar#

momycha!

7 comments:

Allene said...

it true.. ;)

cha said...

Berkorban apa saja demi agama bangsa dan keluarga cewah. Selamat hari raya aidiladha u :)

nik ros said...

Selamat Hari Raya Aidiladha :)

Liyana said...

slmt hari raya aidiladha..

mikha tido same cam faiq tido skrg ni..hehe

cikpingu said...

slmt hari raya mommy cha.. :)

tkr link umie tau...
http://dunialesungpipitumie.blogspot.com/

amirah said...

berkorban untuk cahaya mata tersayang kan cha..

Mimy Hamid said...

salam aidiladha ..berkorban apa saje demi tercinta

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...