Iklan

Sharemyloves Geng!

30 October 2012

Riefqee happy moments!

Happy time is the moment that money can't buy!

Happy time sangat subjektif untuk semua orang. Ada orang happy bila tengok wayang, ada orang happy bila makan, ada orang happy bila dapat drive kereta laju-laju, ada orang happy sebab keluar dating dengan pakwe/makwe, ada orang happy sebab balik kampung, ada orang happy sebab pergi melancong, ada orang happy sebab jalan tak jem, ada orang happy sebab lulus exam, ada orang happy seabb nak kawin dan ada orang happy sebab ada collection tudung Fareeda beratus-ratus helai!
Kan ke happy time itu very subjektif bagi setiap orang?

Bagi momy cha, sebagai seorang mama. My happiest moment adalah melihat anak kita happy, sihat dan membesar didepan mata. Bila anak happy, mak pon secara otomatiknya akan turut happy!

Mikhail bila semakin membesar dah semakin tahu itu ini. Dan kita sebagai ibu-bapa perlu jugaklah explore something new sebagai pengetahuan baru untuk anak-anak. Disebabkan itu, setiap weekend, jika tiada aral melintang patah I usually brought Mikhail out for a fun activities. Tak perlu lah nak bawak ke Legoland ke, USS ke hapa kot? But, if u're capable to do it, go on. Takde orang melarang :)

Momy cha cuma bawak Mikha sekitar Putrajaya, KL or Shah Alam area. Usually bawak ke playground, swimming pool or any mall. Bukannya nak ajar anak keluar berjalan ke ape, cuma kesiankan anak terperap dirumah Mak Wan nya seharian selama seminggu. Jadi tak salah bawak anak untuk something fresh dan sekaligus, dapat introduce dia kepada benda yang baru.

Antara fun activity yang Mikha paling suka adalah, SWIMMING! or dalam erti kata lain, BERENDAM! Biasalah budak-budak kan? Mana boleh dipisahkan dengan air. And adelah momy cha bawak dia first time ke tempat air yang free, dekat Presint 9, Putrajaya tu. Bagi main-main dengan air and tengok budak-budak lain. Nak kasi lelama berendam, tak sampai hati. Airnya sangat lah keruh u ols. Dah la babanya pon dok bebel-bebel takut anak alergic ke ape. Sebab tu kasi Mikha main air dalam 5,10 mins lepas tu kitaorang chow! Hehehehehe...

How's Mikha reaction? Dia teruja giler kot! Tersengih-sengih, tergelak-gelak main air. Pastu lebih teruja bila nengok ramai abang-abang and kakak-kakak dekat situ. Happy time sungguh dia! Lagipun saja nak try test pelampong Ben 10 baru opah dia beli. Hehehehe! Terkodek-kodek kaki dia dalam air macam itik :)

After mandi, terus balik rumah. Kasi mandi lagi bersih-bersih. Then macam biasa susu seround and terus tido. Begitulah happy time seorang budak berusia 9mons kan? Tak cukup that weekend after 2 weeks kitaorang repeat swim-swim lagi dekat Pusat Akuatik Shah Alam pulak! Memang best..... :)
Itu next time stori mori eh?

Jom kita nengok picca yang momy cha snap. Time ni, I still dunno that im preggie. Pastu biasalah lasak semacam jer. Orang pompuan ni satu hal yang sangat ketara, bila taktahu mengandung kemain cargas, kuat. Tapi bila once dah positive preggie secara otomatik badan akan lembik, pening, mual segala keennn?

Hehehehehe!

memola nengok jer, baba muka ketat tak kasi anak main air

camnilah keadaan tempat air tu

meriah macam kenduri-kendara

cewah..still belom dapat lesen MENYELAM!

nengok lagi abang ngan akak main air

mesti Mikha pikir...err dalam ke tu?

taraa....baba dah masukkan dia dalam air :)

ciwah! dengan baju lobang-lobang dia

buat cheeky face ni everytime dia happy!

yeay!!!!


hi saye Mikhail, tak lama lagi saya nak jadi abang long :)

see..told ya! dia sangat happy!

sempat belek pelampong Ben 10 baru hadiah dari opah!

again cheeky face :)

ok. next time kita pegi tempat lain pulop yer :)

new experience, kan?


#pisnowar#
momycha!

29 October 2012

Rumah ku, sorgaku....

Salam.

Minggu ni, alhamdulillah kesihatan sudah ok-ok :)

Bila kesihatan dah ok, mood pon ok. Baru ade rasa nak buat entry baru. Entry pasal rumah nak?
Bukan cerita pasal rumah banglo ke, penthouse ke, rumah besar-besar ke. Cuma nak stori-mori pasal rumah baru momy cha :) rumah flat jer u ols.....oklah tu!

Alhamdulillah. Rezeki kan?
Kalau ade yang masih ingat momy cha pernah buat entry pasal rumah PR1MA dulu tu, kan? Antara beratus ribu umat manusia di Malaysia ni yang mencuba nasib untuk memiliki rumah tu, rezeki ade jugak berpihak pada mommy cha. Bagi yang taktahu, rumah PR1MA ni bukan untuk orang gomen jer tau, syarat utama selagi ko warganegara Malaysia ko layak untuk dapat rumah ni. Kena explain ni, kang orang ingat, asal ko orang gomen jer dapat itu ini. Asaal ko orang gomen je tetiap tahun nak bonus...Oh! no-no-no-no. Inilah rezeki namanye okies?  
Pisnowar sket... :)

Sekali ade lah pulop nombor bertuah momy cha tu. Setelah agak lama menyepi, tup-tup dapat surat mengatakan anda layak bla-bla-bla. Pastu kena datang untuk mencabut undi dan pemilihan lot rumah. Dalam dok fefening "morning sickness" tu sempat lah momy cha pergi jugak ditemani rakanku, haniey. 

Oleh sebab kelayakan gaji ku cuma untuk 815sq, so terpakselah momy cha pilih rumah yang memang ikut kemampuan tu je kan? Takpelah at least ade jugak, dari non-hado? Yer dop? Giler ko, ade asset kat Putrajaya..sapa taknak kot? Cu citer?cu citer?

Dan sebab momy cha punya giliran agak awal, jadinya ku telah pilih rumah yang rendah, bersebelahan dengan lif. Huhuhuhu! Dah serik duduk rumah tinggi dan nak ke lif yang hazab! Sekali kalo mengangkut barang, ditambah dengan mendukong Mikhail lagi, memang sah boleh tumbuh "muscle" free, diknon! Penangan lif jauh dari rumahlah tu...

Pilih punya pilih, momy cha terbekenan dekat Blok B dan rumah level 2, dan bernombor 2. Hihihihi! Sesuai lah momy cha pon tengah preggie kan si nombor dua ni :)
So, secara tak langsung, rumah ber "address" Blok B-2-2, telah sah menjadi hakmilik ku. Comei dop address rumah? Hihihihi..

Proses pembelian dan agreement semua berlangsung dengan smooth nyer. Alhamdulillah. Pasni cuma nak tunggu S&P siap, pastu terus nak ke Bahagian Pinjaman Perumahan (BPH) untuk proses loan rumah and lawyer. Harapan semuanya dipermudahkan lah, hendaknya.

Bagi momy cha, terasa nikmat kesyukuran yang teramat sangat dapat memiliki rumah, biarpun hanya sebuah rumah pangsapuri mampu milik. Nak beli mahal-mahal pon, kenalah ukur baju dibadan sendiri dulu, yer tak? Nak bermewah, namun tak mampu tak best lah jugak kan? Yang penting bersyukur dengan apa yang kita ada. Dan jangan membandingkan diri kita dengan orang yang lebih hebat dari kita, namun perlu melihat orang yang kurang daripada kita. Baru semangat dan motivasi tu "in" sikit kan?

Untuk yang merindui Mikhail stay tuned, esok momy cha akan update new entry untuk nengok new hobby si Mikha ni. Hehehehe...Ntah cena boleh terjebak dengan new hobi ni pon ku tak tahu :)

For today itu saja kot. My pregnancy alhamdulillah bertambah baik dan bleeding pon alhamdulillah dah stop. Semoga si kecil ini terus kuat di dalam rahim momy cha. 
Can't wait for our bundle of joy, soon! :)
 
Doakan yang baik-baik saja ye, kawan-kawan!

siap ade carta alir gitew, senang kerjaku!

ade 2type of house type A non-mampu ku nak milik! huh....

cth lay-out type A

yang ni je ku mampu, type B...jadilah :)

cth type B

site progress gitew ;p

lebih kureng gini lah nanti....

blok momy cha mengadap hijau-hijau, supaya tidak astafirlahhalazim nengok anak-anak bergadoh, bertumbok, bergusti nanti :) asal nak gado baik nengok ijau, tenang sket! hihihi..

koling-koling mem beso kat kampong, tanye greenlite setuju dop dengan my choice :) hp curtosy of haniey :) hp ku tertinggal dalam keta hadoiyai!

haniey gakla yang snap all my picca, :) tq hani. sekaligus kenampakan perut buncit macam ade bumper skit kan? 2mons of preggie...tak dapat dah nak coverline! dari belakang ok. dari tepi FAILED! ;p


#pisnowar#
momycha!

25 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha :)

Esok Hari Raya Korban.

Banyak maksud korban. Bukan semata-mata sembelih lembu, kambing, kerbau atau binatang sembelihan yang lain.

Pengorbanan seorang ayah & ibu. Juga dipanggil korban. Pengorbanan ulang-alik dari ke tempat kerja dari Shah Alam ke Putrajaya juga dikira sebagai korban. Pengorbanan membesarkan anak-anak juga dikira korban. Macam-macam jenis korban yang ada. Bukan hanya dari segi material, bahkan pengorbanan zahir juga dikira korban.

Awal pagi dalam perjalanan ke ofis, momy cha selalu dengar JOHARA di Era. At least ade sumting untuk menceriakan pagi ku. Yelah nak menempuh perjalanan 40km pergi dan 40km balik ke rumah bukanlah satu perkara yang best. Boring kot lama-lama drive dalam kereta. Lainlah kalo bawak Ferari pecut kejap je dah sampai :)

Ape kena mengena JOHARA dengan pengorbanan pulak? Pagi ni, topik derang pasal pengorbanan. Ade sorang "caller" ni bernama Hariri dari Shah Alam dah buat satu pengorbanan yang momy cha kira sangatlah besar. Lain daripada yang lain. Nak tahu ape yang dia dah buat?

Dia menderma 10% hatinya kepada seorang bayi yang mempunyai masalah bengkak hati!
Mulia sungguh kan?
Terkagum sebentar momy cha.

Tapi sadly, after 45 hari bayi tu meninggal jugak sebab masalah komplikasi. Sedih rasanyer. But the point is, at least lelaki budiman ni sanggup mendermakan sedikit hatinya kepada bayi tersebut. Tak pasti momy cha samada dia mengenali bayi tu atau tidak. Tapi kalo kita pon, sanggup ke nak dermakan organ dalaman kita kepada orang lain sementelah kita masih bernyawa ni?

Itulah pengorbanan namanya. Momy cha pon tak dapat balik ke Parit Buntar esok sebab my MIL nak buat Aqiqah Mikha di Shah Alam esok, insyallah. Kiranya pengorbanan jugak kan?

Semoga semuan antara kita beroleh kesejahteraan di dunia dan di akhirat kelak. Bagi yang muda jangan dilupakan yang tua, bagi yang kaya jangan dilupakan yang miskin dan bagi yang memperolehi sesuatu yang baru, jangan dilupakan yang lama :)

Kawan baik ke, kawan tak baik ke pergi silih berganti, namun ikatan kekeluargaan adalah untuk selamanya....
Renung-renungkan dan selamat menyambut hari raya Aidiladha!

kekayaan saya di atas dunia :)


#pisnowar#

momycha!

24 October 2012

Mikhail & kutu? Haa....kutu????

Hi.

Momy Cha dah sihat sikit :)
Nak start tulis ni. Pasal Mikhail. Agaknyer mesti ramai yang rindu dekat Mikha kan? 
Lets..joms READ!

Being a mommy to Mikhail is not an easy job. Bukan Mikhail saje, rasa most of mommies out there mesti ade terkeluar suara pitching singa betina, suara otomen, suara tarzan, macam-macam suara kot yang keluar kalau anak-anak dah semakin membesar, membuas, memanjat, membaling, dan "mem" bagaikan lagi perangai derang.

Sebagai ibu-ibu, kenalah banyak bersabar kan? Macam momy cha ni, sepanjang bergelar ibu, rasanya cabaran ku yang paling hebat bila rambut Mikhail "dilanda" kutu! Yes..KUTU!

Baru tecik, kenit, gitu dah ade kutu. Mana lah kau sauk kutu anak oi? Bila dipikir nak kata pegi taska, zaman taska dah berlalu. Nak kata jangkit dari cousin dia, check-check takde pulak kat kepala si haniey tu...Hek ele..kutu mana lahai terbang hinggap ke kepala Mikhail ni?

Dah le dengan si Mikha ni berambut tebal, panjang, berekor rempit...jadinya usaha untuk mencari kutu tu semakin hari semakin susah. Kalo ko selak belah kiri, dia pusing kepala belah kanan, kalo ko selak belah kanan, dia pusing belah kiri...Aduhai. Menguji kesabaran momy cha betul!

Last-last guna sikat kutu plastik. Tak berapa tajam, kalo compared too sikat yang dewasa punya. Yang tu gigi nye lebih tajam. Bukan takat kepala budak, kepala mak pak budak pon boleh berlobang kalo tersalah sikat hehehehe...

Sekali mak mertua ku sikat, dengan ibu-ibu, anak-anak, tokcik, toknek kutu semua terkeluar ko! Erk..menggeletis atas  kertas A4 putih. Cer imagine...super geli! Kihkihkih....

Pastu try pegi farmasi and mintak ubat kutu. Tapi sadly ubat kutu ni, not suitable for babies. Nanti ade effect ape ntah kat kulit kepala baby tu. Last options...momy cha google jerla traditional way untuk "hapuskan" kutu. Rupanya senang saje...tumbuk bawang putih, pastu gaul dengan minyak masak, then lumur kepala baby. Pastu balut dengan napkin. As a result after 1hour banyak kutu yang dah "pening"  lalat melekat dekat napkin tu. Ala-ala mabuk todi gitew! Hiks....

Tapi tak jugaks hilang kutunya. Telur pon still bercambah dengan jayanya! Hek eleh...buat busuk rambut Mikha dengan bau bawang putih jer. Sian dia. Dan oleh kerna, takde cara lain, terpakse ku korbankan rambut "ekor Azroy" Mikha tu. Bawak pegi kedai mamak terus zassssss gunting!

Memang rupa dia after gunting rambot, sejibik budak nak masuk PLKN. Kihkihkih! Nasib le ko nak, sapa suruh berkutu... :)

Sepanjang 31tahun hidup inilah pertama kali nya momy cha nengok baby seawal umur 8 bulan dah ade kutu. Nak kata rumah dalam pondok kat perkampungan orang asli Mehmeri tu tak pulak. Nak kata duduk dekat estet getah pon tak jugak...Hiss-hiss-hiss....!

Maybe sebab rambutnya memang super lebat mengalahkan rambut orang lain. Masuk ni dah 3x Mikha potong rambut. Padahal kalo ikut baby lain rambut semua baru ala-ala nak tumbuh sehelai-selai.....Macho betul budak kutu nih! Hiks....

Ape-ape pon, now kutunya semua dah hilang. Thanks to aney mamak yang tolong potong rambut Mikha. Dah macam askar pon ade ku nengok. Takpelah rambut boleh panjang kan? Yang penting kutu tu kena "nyahkan" dulu, yer dop?...hehehehe!

jap lagi rambut lebat mu akan di gunting...SAY NO TO KUTU!

hehehehe. kelakar!

hehehehehehehehehe. lagi kelakau muka dia!

muka tahan geli. tak nangis tu..herolah Abang Mikha!

Dah siap dah, rambut calon temuduga untuk Aangkatan Tentera Malaysia ;p kahkahkahkah! Idong kembang benor dik....tak dapek mama nak nolong! Hihihihihi...


#pisnowar#
momycha!

22 October 2012

Update Terkini!

Salam,

Diberi sedikit kekuatan untuk menulis di blog usang momy cha. Maaf tersangat lama tinggalkan blog ini. Bukan kerana suka-suka. Tapi kerana masalah kesihatan.

Berita gembira kehamilan ini, memang tidak terduga. Siapa menduga, menjelang usia anak yang baru menjangkau ke angka 8 bulan, momy cha mengandung lagi. Alhamdulillah itukan rezeki Allah SWT. Tiada guna mempersoalkan kekuasaan Dia Yang Maha Esa.

Berita gembira dan tidak diduga, bila disulami dengan kejadian tidak diingini sangat lah sinonim sekali. Menjelang 6 minggu kehamilan, darah berwarna kecoklatan sedikit demi sedikit keluar. Ya Allah dugaan apekah pulak ini? Adakah aku akan berhadapan dengan second miscarriage seperti dulu? Hanya Allah yang tahu...

Cuak, gementar, takut, sedih, buntu semua ade. Bercampur-baur. Dalam hati..semoga babyku masih selamat, hendaknya. 

Bergegas ke KK Putrajaya. Setelah di scan, momy cha diberi 3hari MC. Tak puas hati dengan penjelasan Dr. terus momy cha ke DEMC. Berjumpa dengan my gynae yang sambut Mikha 9 bulan lepas, Dr. Zamri. Menurut Dr. Zamri semua still ok. Dan perlu menunggu beberapa hari untuk tengok perkembangan janin. Moga, dipermudahkan...

Setelah seminggu, ke DEMC lagi. Still bleeding. Kali ni, berjumpa dengan Dr. Norleen. Tak salah berurusan dengan beberapa dr. demi "orang" tersayang, kan? Dia merumuskan apa yang aku telah lalui dengan "Threaten Miscarriage" iaitu keguguran ancaman. Dan nyawa janin aku umpama "telur dihujung tanduk". Sebak sungguh!

Namun, Allah SWT memberi ku sedikit kekuatan bilamana, janin ku telah "berkelip-kelip", tanda jantungnya telah ada bila di scan...Alhamdulillah tuhan...terima kasih!

Kini setelah janin berusia baru 8minggu dan 3hari, satu lagi penyakit tanpa diundang datang. Dugaan lagi untukku. Dr. mengesahkan aku positive kencing kotor. Patutlah semenjak dua menjak ni, sakit sungguh bahagian bawah ari-ari terutama bila bersin dan nak pee-pee :(

Bilamana darah masih lagi keluar, kesusahan memanjat bukit dan tangga ke final exam di UiTM Shah Alam dan kesakitan tika mendukong Mikha sangat menjadi-jadi. Ku panjatkan doa, dan ku sujud padaMu ya Allah moga dipermudahkan janinku untuk terus membesar. 

Terima kasih pada yang bertanya khabar, yang sentiasa ingin tahu tentang perkembangan momy cha. Terharu sangat-sangat. 

Tak banyak yang mampu dititipkan. Hanya mampu tersenyum melihat entry rakan-rakan yang lain. Indahnya dunia kalian :)
Semoga perkhabaran gembira menanti diriku jua..

peneman setia.

salam sayang,
momy cha!

08 October 2012

Mama sakit :(

Assalamualaikum unties...

Hari ni Mikha yang type kan entry untuk mama. Mama tak sihat :(
Sian mama kan? Dia sakit....

Mama kata dia sakit perot. Dia MC seminggu sebab sakit. Bila Mikha tanya, mama ok tak? Dia jawab...Mama ok, sayang. Dia senyum..tapi dia senyum tipu-tipu.

Mikha sedih tengok mama sakit. Untie-untie yang baik hati ni tolong doakan mama yer.
Mama kata kalau dia dah sihat nanti dia start menulis balik :)

Mikha sayang mama..mama jangan lah sakit-sakit lagi, kesian dekat "adik baby", kesian dekat Mikha ni mama :(

Salam sayang,
Mikhail Riefqee

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...