Iklan

Sharemyloves Geng!

27 September 2012

Kecik-kecik gigi dah RONGAK? aduhaiiiii!





 Kerisauan melanda diriku!


Aduhai susahnye nak memberus gigi Mikhail ni!!!!! Grrrrrrr...ni nak bertukar jadi Hak Hogen ni kang!
Kepada ibu-ibu yang anaknya sudah mulai tumbuh gigi, nanti mesti korang akan facing the same problemo.. Asal nak memberus gigi, dia rapatkan mulut dia, pastu toleh arah lain! Eiiiiii...cena nak menggosok gigi budak ni?

Memola, Momy cha beli brand berus gigi kodoma lion tu saje. Siap free ubat gigi lagi. Balik tu tak menyabor nak try. Firstly dia nganga, tapi yang dibuatnya...dia telan ubat gigi tu! Hoiiii! ingat ceklat ke ape nak oi?

Pastu,dihisapnya, berus gigi tu buat ala-ala teether. Pastu bila kita nak gosok dia rapatkan pulak gigi dia. Huh! mencabar keimanan betul la....

Rasanya silap momy cha jugak. Tak ajar dia since dia kecik dulu. At least kena bersihkan mulut dia every nite before tido. Sebabnya, dalam mulut baby ni banyak bakteria. Sementelah pulak, baby ni sistem imunisasi derang still belum kuat, jadinya bakteria/penyakit/kulat senang merebak. Terutamanya ditempat yang lembap-lembap, contohnya dalam mulut.

Korang bayangkan lah, untuk baby 6mons++ yang dah boleh makan tu, macam-macm makanan kita dah kasi ke derang kan? Pastu kalau makanan tu manis otomatik boleh melekat kemanisan tu dicelah-celah lidah, gigi dan mulut derang. Itu yang kalau dah tumbuh gigi, nampak kuning bergumpal jer tu...Erk!

Sebab itu, penjagaan mulut penting. Bagi yang belom makan solid food, tetapi hanya minum susu pon perlu penjagaan mulut. Yang memeningkan kepala ku sekarang, adakah salah jenis berus gigi yang telah momy cha beli atau tak sesuai untuk mikhail jenis berus gigi Kodomo lion tu?

Kalau tersilap beli, maknanya baik ku google baby tooth brush. Banyak jugak yang pop-up antaranya:

aduyai banyaknye berus gigi baby...macam-macam paten!

Ini pulak antara ubat gigi..mostly momy cha tengok kat oversea banyak sangat jenis ubat gigi untuk baby. Kat Malaysia non-hado...ado..tapi errrr! tak banyak sangat choice for babies under 1 year old!

ubat gigi pon banyak rupanyer :)

Sebenarnya, momy cha tanak lah gigi Mikhail rongak/tak cantik/jongang pastu ade gigi kapak besar macam momy cha ni. Dah le gigi tak tak sama, terus jadi tak cun! Hadoiyaii....Nanti bila dah besar baru terhegeh-hegeh aku nak laburkan duit pasang braces pulak ke Mikha. Cit! baik dari sekarang ku laburkan duit membeli alatan gigi untuk dia daripada besar nanti ku berhabis beriban-riban untuk pegi Dentist dan pasang braces kan?kan?kan? Bukan murah wooooo braces tu....Sobs! *__* sedangkan ku pon tak mampu pasang braces untuk diri sendrik :).....

inilah gigi budak Mikhail yang malas menggosok gigi tu...alololo baba pon kalau dapat cium anak, kemek pipi anak tuuu ^__^ (8mons, 6 batang gigi suda..yeay!)

Kalau gigi tak cantik, jatuhlah saham anak oiiii, cena nak ngorat Izara Aishah nanti??...Hahahahaha!


#pisnowar#
momycha!


12 comments:

adyna said...

hehehe hang paksa je tasha..jangan jadi macam anak aku..4tahun gg dah rongak :-)

aTy _faRed~ said...

aty dah cuci lidah qaleef...memang susah giler..!!! die buat jari aty ni macam teether..!! sakit gak kekadang sebab die gigit kuat walau ngan gusi jer...memang mencabar gak ar..tu baru nak bersihkan kidah..gigi nanti macamane lak..hadeeyyhh

Mimy Hamid said...

masalah yang sama jugak...beli yang jenis sarung kat jari tu...dari kecik dah train pun tak nak jugak buka mulut..pandai lak tu katup rapat mulut...hishhh grrrr

Ros Anis Rusli said...

izara aishah dh tua la ms tue momy cha..hehe..mikha jgn ngorat izara aishah...naty gigi mikha cun..gigi izara aishah lak yg dh rongak..huhu

Mr n Mrs Zaidi said...

ehmm ye ker..alhai nnt rogak la gigi dak encem nie...xper2, cuba nk terus cuba, lme dia ok kot...daaliyaa belum strt cuci lg, nk kne cri jgk la berus gigi untk dia nnt...

as ♥ Leenda said...

asyraf sejak dah ade gigi 4 batang ni mummy dia gosok guna yg sarung kt jari tu..kalau rajin lap guna towel basah..
tp merasa lah kadang2 kene gigit..tp belum tahap tutup mulut rapat2 or palingkan muka..huhu..klu dh smpai tahap tu, harus jadik hak hogan jugok...hehhe...

Bazilah (^0^) said...

jgn jadi hak hogen mommycha. Nnti lagi mikha tanak gosok gigi haha

D Yatie said...

hihihi. time being saya bagi Arissa berus Pigeon yang stage 1 tu. nak bagi dia familiar. bagi time mandi. sibuk je dia nak gigit guna geraham yang tak bergigi. hoho. tapi at least she knows how to use her brush~ :)

Allene said...

hah?? lin tak fikir pun benda alah ni lagi.. aiyak... tq mommy cha remind me...

amirah said...

anak akak nak gsk gigi mcm nak berperang okeh..!! walaupun dr mula start mkn je kitorg dah berus gigi dia.guna yg getah tu la cha. smp la ni memang dah kitorg beli untuk berus gigi dia. tp bila besar sket dia refused sgt2. skrng gigi dia yg bhgian atas mmng dh rosak. sbab dia tak bukak mulut dia.kalo akak berjaya gosok pun pegang muka dia, dapat gosok bahagian bawah je. adoi, abisla x laku anak bujang akak..waaa!

CikNaa said...

cer suruh dia mkn cekelat..laju je dop? haha.. lumrah bebudok mcm gitu la moomy cha.. ingat mse kecik dlu, abah ciknaa suke bebel suh berus gg sbelum tido..tp maleh yg amat! dh ada anak sndiri baru tau.. hehe..


p/s: baik ngorat anak dara ekin si izzara tu ;P

sri noraima othman said...

hi.salam kenal. dpt link dari blog erina. anak saya 9 bulan tak tumbuh gigi pun lagi. sy beli berus gigi yang letak kat jari telunjuk tu...baru nak try berus gusi2 dia.hihihi

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...