Iklan

Sharemyloves Geng!

28 September 2012

Mak-mak kalau dah berjumpa..ginilah yer?

Salam Jumaat!

Baru teringat nak buat entry pasal pergi open-house kak mimy hamid :)
Dah lama, baru nak tulis hihihi...lupa laaaa....

Dalam bulan syawal aritu, momy cha berkesempatan berjumpa dengan mama fayel & mama qaleef. Both of them jugak adalah blogger. Kenal pun dekat blog saje. Alkisah, asyik dok tanya, bila nak jumpa, bila nak jumpa..akhirnya berjumpa lah juga kami sekawan :)

Hari Sabtu tu, terus pakse baba, cepat-cepat siap. Semata-mata nak pergi umah kak mimy dekat Gombak. Walaupon ku tak berapa mahir area tu, belasah jugaklah dengan bantuan dan direction dari tuan rumah...hihihi :)

Akhirnya sampai jua, rumah dituju. Ramah tamah rupanya kak mimy ni. Setelah berborak, pastu tak lama mama Qaleef, Aty (Aku Bukan Bidadari) pon sampai. Kecik nye lahai badan si Aty ni. Macam bukan baru lepas beranak la..ape resia nye eh Aty? Boleh share? Hihihihi...

Pastu yang paling best, bila dah berjumpa..pokpekpokpek macam dah lama kenal. Padahal baru jer jumpa kan? Macam-macam stori-mori keluar, pasal anak, pasal makan anak, pasal gigi anak, pasal macam-macam lah. Yang sang somi, melopong jer dengar...maap lah yer..somi I memang pendiam+pemalu orangnyer :)

Dah nama pon blogger kan, dalam masa borak..asyik jugak nak bergambar. Sekadar kenangan dan jugak untuk dibuat bahan entry lah kan?

Seronok rupanya bertemu dan bersembang, sekaligus boleh tengok gelagat anak-anak. Si Fayel dengan tak habis dok menarik stokin si Qaleef dan Mikha tak habis dok menyakat si Qaleef jugak..sian adik tau!

Tak lama pastu mama Adelia pon datang jugak. Dia pon blogger jugak (sorry momy cha tak jumpa link dia pulak, adoiyai). Oleh kerana dia bawak baby girl, Adelia satu-satunya bunga yang menjadi perhatian semua baby kumbang kat situ hehehehe :)

Lagi satu yang Momy Cha perasan lah kan... Mostly semua ibu-ibu blogger yang Momy Cha kenal dan yang join group Gojes Blogger Supermom & Baby kat fb semuanya anak-anak lahir pada tahun ni. Mostly, dikira sebaya lah...kiranya 2012 babies lah yer tak? Oleh sebab itu, permasalahan time kita preggie sampai bersalin, sampailah ada baby semuanya lebih kureng jer...

At least dengan berblogging bolehlah kita bertukar pendapat kan? Atau ape-ape permasalahan yang berkenaan anak/diri sendrik yer tak?

Oklah guys. Itu saja untuk today. Keep wondering bila our blogger group nak buat gathering/event ni? Group dah create, desas desus dah ade...cuma belom confirm tarikh/tempat jer kan? Hope to hear from ur guys soon...Tak nyabor dah nak bawak Mikhail jumpa geng nanti....weeeeeeeee! :)

nota kaki: tanak lah jumpe lambat-lambat nanti perut i dah muncit tak comey dah...huwwwaaaaa!

borak mak-mak...bergambor jugak style mak-mak, askar-askar ni kemain susah nak suh posing :)


lawa pulak ku nengok kaler baju masing-masing, colorful gitew :)

kembar tak seiras..fayel&mikhail :)

#pisnowar#

momycha!

27 September 2012

Kecik-kecik gigi dah RONGAK? aduhaiiiii!





 Kerisauan melanda diriku!


Aduhai susahnye nak memberus gigi Mikhail ni!!!!! Grrrrrrr...ni nak bertukar jadi Hak Hogen ni kang!
Kepada ibu-ibu yang anaknya sudah mulai tumbuh gigi, nanti mesti korang akan facing the same problemo.. Asal nak memberus gigi, dia rapatkan mulut dia, pastu toleh arah lain! Eiiiiii...cena nak menggosok gigi budak ni?

Memola, Momy cha beli brand berus gigi kodoma lion tu saje. Siap free ubat gigi lagi. Balik tu tak menyabor nak try. Firstly dia nganga, tapi yang dibuatnya...dia telan ubat gigi tu! Hoiiii! ingat ceklat ke ape nak oi?

Pastu,dihisapnya, berus gigi tu buat ala-ala teether. Pastu bila kita nak gosok dia rapatkan pulak gigi dia. Huh! mencabar keimanan betul la....

Rasanya silap momy cha jugak. Tak ajar dia since dia kecik dulu. At least kena bersihkan mulut dia every nite before tido. Sebabnya, dalam mulut baby ni banyak bakteria. Sementelah pulak, baby ni sistem imunisasi derang still belum kuat, jadinya bakteria/penyakit/kulat senang merebak. Terutamanya ditempat yang lembap-lembap, contohnya dalam mulut.

Korang bayangkan lah, untuk baby 6mons++ yang dah boleh makan tu, macam-macm makanan kita dah kasi ke derang kan? Pastu kalau makanan tu manis otomatik boleh melekat kemanisan tu dicelah-celah lidah, gigi dan mulut derang. Itu yang kalau dah tumbuh gigi, nampak kuning bergumpal jer tu...Erk!

Sebab itu, penjagaan mulut penting. Bagi yang belom makan solid food, tetapi hanya minum susu pon perlu penjagaan mulut. Yang memeningkan kepala ku sekarang, adakah salah jenis berus gigi yang telah momy cha beli atau tak sesuai untuk mikhail jenis berus gigi Kodomo lion tu?

Kalau tersilap beli, maknanya baik ku google baby tooth brush. Banyak jugak yang pop-up antaranya:

aduyai banyaknye berus gigi baby...macam-macam paten!

Ini pulak antara ubat gigi..mostly momy cha tengok kat oversea banyak sangat jenis ubat gigi untuk baby. Kat Malaysia non-hado...ado..tapi errrr! tak banyak sangat choice for babies under 1 year old!

ubat gigi pon banyak rupanyer :)

Sebenarnya, momy cha tanak lah gigi Mikhail rongak/tak cantik/jongang pastu ade gigi kapak besar macam momy cha ni. Dah le gigi tak tak sama, terus jadi tak cun! Hadoiyaii....Nanti bila dah besar baru terhegeh-hegeh aku nak laburkan duit pasang braces pulak ke Mikha. Cit! baik dari sekarang ku laburkan duit membeli alatan gigi untuk dia daripada besar nanti ku berhabis beriban-riban untuk pegi Dentist dan pasang braces kan?kan?kan? Bukan murah wooooo braces tu....Sobs! *__* sedangkan ku pon tak mampu pasang braces untuk diri sendrik :).....

inilah gigi budak Mikhail yang malas menggosok gigi tu...alololo baba pon kalau dapat cium anak, kemek pipi anak tuuu ^__^ (8mons, 6 batang gigi suda..yeay!)

Kalau gigi tak cantik, jatuhlah saham anak oiiii, cena nak ngorat Izara Aishah nanti??...Hahahahaha!


#pisnowar#
momycha!


Kami pon ade buat makan-makan lah :)

Raya pon dah habis, tapi baru nak buat entry raya opis :)

Terpikir-pikir, kalo momy cha tulis panjang-panjang pun tak sapa nak baca kan?
Better letak gambar banyak-banyak, sori u ols...momy cha sungguh "comot&selekeh" tak pakai baju raye pon...Huh! Kita kan gambel punya manusia ....

Yang menariknya open-house ni, yang memang takdapat kat opis orang lain adelah.....MENU nyer!

Menu kitaorang semua vogue D vass okeh! Tak aci beli-beli, semua main homemade, potluck gitu..dan disebabkan potluck "tercetus" lah idea nak memberi nama-nama yang "sensasi" sesuai dengan makanan yang kitaorang bawak!

Jom nengok gambor :)


taraa....

spaghetti :)

lontong mohabatein..hirisan buah ombak rindu :)

yang ni sedap... :)

terpengaruh dengan gangnam style jugeks :)

memang runtun qalbu tak hengat :)

pandalela renong pon jadik tema menu..hihihi :)

:)

meletop! sambal udang malu-malu ni, bila makan terus tak malu hahahaha!

:)

besday celebration sekaligus...

nama ala-ala nama orang gomen sangat kan?

dillll-li--ciiiouusss!

ehem..ehem..jangan tanya sapa chef nyer :)

nama orang lain, tapi orang lain yang bertungkus lumus buat...:)

kan dah kata nama-nama gomen semua..hahahha!

again orang gomen style! :)

desert corner :)

sagu+gula melaka...sedap!

hehehe..menu wajib hado :)

nama menu yang ni yang paling takbley blah! kahkahkah!

ayam gelek/golek ni sekelip mata jer habis....

I nampak kurus kalo posing dari tepi u ols....gaya "pose" makcik air sangat kan?

inilah besday babies yang tak berapa nak babies tu..:P


1/2 of us. yang lain sibuk buat keja... tapi it was fun!
Part paling best, part terakhir yakni part tapau-menapau :)
Pastu macam jimat cost sesangat.. NO KATERING! NO DUIT SUMBANGAN JAMUAN! dan makanan pulak banyak melimpah-ruah...itulah yang dinamakan rezeki, kan?

#pisnowar#

momycha!

26 September 2012

Barangan branded untuk baby.. Pentingkah pada kita?

Kita stop kejap cerita pasal pregnancy momy cha.
Lama rasanya tak story-mory pasal abang baby :)

Rasanya kalau dapat baby boy gini lah kot "peel" nye. Suka sangat meniru baba. Kalau baba pakai sunglass, dia pon nak. Kalau baba pakai kasut cantik dia pon nak jugak. Kalau baba pakai suar jeans, dia pon nak pakai, Kalau baba pakai topi/cap dia pon sama nak jugak....haiiii!

Memula, kitaorang tak perasaan sangat, perangai suka "meniru" baba nye tu. Tapi bila baba pakai sunglass dalam keta, pastu si Mikha asyik la merenung baba dia. Momy cha terpikir...Err anak aku ni apehal? Macam lah tak pernah tengok baba pulak kan?

Rupanya dia ter "bekenan" dekat sunglass baba dia. Pastu bila try test pakai, tak pulak dia merengek nak bukak...Siap pakai jer, tak usik langsung. Kepala pulak maintain keras sokmo, takut sunglass besar tu tercabut kot? Hehehehehe....

Pastu bila baba dia pakai cap pulak. Dia buat "peel" yang sama. Nengok jer cap baba dia. Hehehehe :) Bila test kat kepala, dia kemain tegakkan kepala dia takut cap tu jatuh...Hahahahaha! Disebabkan kesian pakai cap besar baba, kitaorang pon beli lah satu cap murah-murah kat Tesco Shah Alam tu. Bila kasi pakai, terus je posing u ols...tak bukak langsung! :)

Nak kata Mikha ni Mat Smart ke apa tak lah jugak. Momy Cha suka bagi dia pakai, pakaian mengikut keselesaan dia. Kalau kasi pakai smart-smart pastu berpeluh, melekit, panas tak guna jugak kan?

Sebab itu, if u ols perasan kalau Mikha oweys pakai brand Baby Polo tu jangan la selalu salah anggap pada Momy Cha. Memang brand Polo tu mahal. Tapi momy cha ni jenis bukan mampu nak beli mahal-mahal pon. Baju, seluar brand baby Polo tu I beli time Sogo Membercard Day before Raya hari tu (berebut dengan orang u ols!). Dan memang murah sesangat. Semua prices range between RM10-RM50 saja. Kalau tak sale...TOBAT ku tak mampu beli.

Lagi pulak brand ni material nye sedap, cotton nya lembut. Serap peluh! Tu yang best tu...Hurm..bagi momy cha, tak penting sangat brand, tapi kalau selesa dan mampu milik insyallah I akan beli. Baru-baru ni, pergi Tesco tengok ade sepasang baju suar harga RM10 jek. Itu pon momy cha beli. Kasi Mikha pakai hari-hari dalam rumah. Sudah lah kan? Takkan nak kasi baby Polo pakai dalam rumah??? Bengkrap lah I...huhuhuhu!

Semuanya terpulang kepada diri masing-masing. Ada yang suka branded thing sebab tahan lama, tahan lasak etc-etc. Selagi mampu tak kisah lah kan? Sebab kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita, yer tak?

mata kemain nengok aweks kat sebelah tau :)

dah pandai balance diri sendirik...bagussss dah boleh jadi abang baby! *_*

topi nampaknye lagi besau dari kepala...ehehehehe :)

Mikha membuat cobaan buat muka kesian sebab nak beskal..oh! no-no-no-no-no....

tiru macam baba dia..nak pakai cap jugak!


kemain sokaaa...pakai baju kuning sama baby..baba drive dia pon nak drive jugak hehehe :)

Oklah itu saja untuk today...kepala ku sudah fefening lalatss now :)

#pisnowar#

momycha!

25 September 2012

Mengandung selepas baru bersalin czer?? Boleh ke?

Oleh sebab ramai yang bertanya, mari kita "discuss" dan lontarkan pendapat sorang sikit pasal tajuk di atas :)

Nak tak??

Setelah disahkan hamil sebulan setengah oleh my gynea, terus momy cha bertanya kepada Dr. Zamri (gynea yang czer time bersalinkan Mikha dulu)...boleh ke I pregnant lagi, since my baby baru 8mons??

Soklan cepu emas sangat kan??

Kalau ramai blogger yang selalu mengikuti perkembangan momy cha semua sedia maklum I nih bersalin secara CZER *__*. Dah tu boleh ke preggie awal-awal kalau dah czer tu?

Itu jugaklah first question, I tanya kepda my gynea...

Dan jawapan nya: Boleh puan Natasha. Since bila u akan deliver nanti, baby u dah berumur setahun lebih. Dan luka czer u akan bertambah baik. Insyallah rahim puan masih mampu untuk menampung bayi didalam kandungan.

Pastu, sambil buat muka selamba...tanya lagi soalan bodo....

Err..doktor nanti kalau perot saya makin besar, tak terburai ke jahitan czer saya tu?

Dr. Zamri jawap: Jahitan czer sekarang sudah tidak sama macam jahitan czer dulu. Semuanya bergantung kepada berapa cepat luka dalam kita sembuh. Insyallah, puan jangan risau...tak semestinya anak pertama puan bersalin secara czer. Anak kedua pun, akan bersalin kaedah yang sama jugak, kan? Insyallah kalau boleh we go for normal delivery. Itu semua bergantung kepada puan dan bayi puan nanti.

Puuuuuhhhhh....berdesup Dokter ni jawap, patut lah dia jadi dokter. Cool saja, kalau aku jadi dokter mau menggelebah jer jawap soklan patients...hahahahaha!

Kesimpulan setelah buat sedikit penyelidikan..cewah!!! momy cha dapati tak salah nak mengandung cepat walaupun kita czer, pastu pulak "mode of delivery" kena discuss balik dengan dokter/gynea di trimester ke tiga untuk kompom kaedah mana yang sesuai dan boleh kita lalui. Dan melalui beberapa ibu yang ada pengalaman yang sama, derang cakap bila preggie ni kat tempat czer tu akan rasa meregang (streching) sikit dan ngilu-ngilu sebab kandungan makin besar dan scar yang masih belum heal. Ade jugak a few mom yang beli tali pinggang untuk support perot kot-kot la jahitan tu nanti boleh terburai/terbarai ke ape kan?. Dan ada yang makan supplement untuk tambahkan darah kembali, gantian darah waktu bersalin czer pertama dulu, juga banyakkan minum air suam, makan kurma, kismis dan melakukan amal ibadat sepanjang kehamilan, mintak dipermudahkan....

Untuk contoh terdekat, Mak Uda momy cha pon czer dan beranak setahun sekali. Alhamdulillah anak dia sihat walafiat cuma, sakitnya tuhan yang tahu sebab bila kita bersalin untuk second time, doktor akan czer ditempat yang sama bersalin pertama dulu. Erk! Ngeri u ols...jahit dua kali kat tempat itu!!! Oh! tidak!!!!

Mungkin kengkawan lain ade nak menambah pengalaman atau pendapat? Momy cha alu-alukan. Tapi jangan lah sampai I stress baca komen u ols eh..kang terus I pengsannn pulak kang! Hihihihihi :)

#pisnowar#
Momycha!

My Story, sudi baca tak? :)

Terjawab sudah..sebab ape period tak datang nearly 2mons...

Siap buat satu entry kan dulu? Tanya kengkawan pasal period selepas bersalin...Hehehehe. Rupanya nak kasi adik ke Mikha :)
Syukur, alhamdulillah.

Bermula dari period yang tak kunjung tiba, dan demam setiap malam. Ku rasakan badan ku sudah lain macam. Pening jangan cakap, memusing macam naik Merry Go Round kat funfair!

Tapi disebabkan ingat semua simptom ni sebab berulang-alik dari SHAH ALAM-PUTRAJAYA so momy cha redhakan saja. Mungkin badan letih kan?. Tak cukup rehat...

Entah macam mana Jumaat minggu lepas, after kerja momy cha "tergerak hati" nak ke Watson, Alamanda beli pregnancy test. Yang bestnya tu, bukan terus pegi beli pregnancy test tu. Tapi naluri kuat nak beli mascara dulu...hahah! Entah rasuk dek hantu mana buat momy cha nak beli mascara ko! Sebelom ni, tak teringin pon bermascara..hehehehe :)

Pastu nak time nak beli pregnancy test, tetiba jadi berdebar, tangan berpeluh...Aduhai! awat pulak ni? Memula pilih yang mahal dalam RM30++, pastu cakap dalam hati...huh! membazir je...kalo tak pregnant "melayang" RM30 aku..hahahhaha! Pastu, beli jela yang murah dalam RM4 gitu..kahkahakahakaha!

Malamnye sibuk membelek mascara. Mascara Loreal, siap ber collagen gitu! Tertarik lah ahkak beli, diknon oiii! hehehehe...Pas belek mascara, simpan dlm porch make-up terus buang plastik Watson kata kooo...Dah lupa ni tadi beli pregnancy test, boleh gitu? 

Siap dah makan nasik, solat Isya' baru teringat beli pregnancy test tu. Menggelabah aku carik dalam tong sampah...nasib baik jumpa... :)

Memola nak test tu, cuak gak. Kencing sikit dulu...Pastu tengok ooo...lega satu line jer :)
Biar dulu, letak atas sinki, sambung kencing lagi...hehehehe... Nak kuar toilet, tengok balik! Ohmaigod! Dah naik dua line... *__*
Time tu rasa bumbung toilet himpap atas kepala momy cha ke hapa...biar betikkk?????

Bagitau Erie, dia kata...Tu lah beli pregnancy murah...salah kot? Ntah-ntah benda test tu dah rosak. Eiiii! Laki aku memang gitu..Pastu tunjuk kat MIL, dia cakap Tahniah... :) .....bestnyer!

Malam tu momy cha tido tak lena. Esok nya, berdebar ke DEMC buat pregnancy test. Tunggu result dari lab tu macam nak tunggu Tok Kadi kata koo...Dah le momy cha sorang-sorang. Erie tengah kerja :(

Berdebar tunggu pastu, masuk jumpa Dokter. Bila dia kata...Congratulations puan, u're pregnant! Terus aku macam....errrrr???yeke? betul ker? tak caya ni....
Dan begitulah kisahnya sehingga momy cha pergi jumpa Dr. Zamri semalam. Jumpa dia untuk scan condition pregnancy ni, sama ada ok ke tak? Dan,alhamdulillah semua nya ok.

Dr Zamri ada bagitau. Ada 3 step penting bila kita nak confirmkan kehamilan kita:
a) Buat pregnancy test di hospital/klinik
b) Bila result positive, terus scan untuk tegok kehamilan di dalam @ diluar rahim
c) Tunggu sehingga 3 minggu, dan scan balik untuk tengok kantung tu membesar  atau tidak.

Momy cha masih cuak untuk tunggu 3weeks time tu. Hopefully semuanya akan baik-baik saja. Disebabkan ade sejarah "miscarriage" membuatkan momy cha lagi takut. Tapi Dokter dah banyak pesan supaya jangan stress dan, make it as a happy pregnancies... :)

Oh! buat yang kata belum mampu, tak cukup duit tambah anak, membebel itu ini pasal I pregnant awal...Cuma satu jer jawapan I....

Kuasa tuhan kita tak boleh lawan, kan?

Rezeki anak lain-lain, renung-renungkan dan selamat beramal :)
Tolong doakan kesihatan adik baby & momy cha...

contoh mascara yang momy cha beli :) wahahah! motip buh pic mascara?

#pisnowar#

momycha!

24 September 2012

:)



:)
alhamdulillah Ya Allah..di atas kurniaan rezeki dari Mu ini...

Your's truly,
momy cha-cha

21 September 2012

Jangan manjakan sangat anak anda...betul ke salah?????

Hari ni non-hado resipi baby.
Kalo ade permintaan nanti momy cha bagi lagi new resipi yer?

Semua sedia maklum yang Mikhail di bawah jagaan Mak Wan nye sekarang. Oleh itu, Momy cha rasa teramat lega sebab my MIL sudi nak menjaga si kenit ni bagi pihak momy cha. Terasa satu beban di bahu dah lepas...

Mikha pon dah ade kawan baru, Haniey Zaaralisa, yakni sepupu nya (anak akak Erie). Haniey pulak jenis yang suka budak, jadinya derang selalu berpartner berdua main sesama. Tapi kengkadang lawak pulak momy cha tengok, Mikha main barbie doll, mainan masak-masak, mainan make-up kakak Haniey. Hehehehe! Pinjam katanya...tapi sangat nampak peliksss okeh kalau boy main mainan girl-girl...:)

Untuk Mikha momy cha jarang sangat beli dia mainan. So, dia main ape yang ade.Once in a while je I belikan lorry trak or bola. Tapi tak selalu, malas mengajar dia "bermewah" dengan mainan. Kang semua dia nak...Nehi heyyyyy! kuch-kuch hota heiiii...

Sayang anak memang kena berpada-pada. Tapi bukan bermakna apa yang dia nak semua kita kena belikan. Dari kecil kita kena disiplinkan dia, belajar hanya yang perlu kita beli dan kalau ade duit lebih kita simpan buat beli susu, beli pampers. Kalau dari kecil semua ko bagi, memang sampai besar lah dia mengada taik kuda! Semua nye nakkkk....KLCC pon dia nak! Cit!

Momy cha ade satu pengalaman "depan mata". Tentang seorang sepupu momy cha yang sangat tidak memanjakan anak nya, biarpun sepupu momy cha ni ayahnya adalah seorang Tan Sri and very well known in Kuala Lumpur . Dia sangat tidak manjakan anaknya okeh!

Disebabkan waktu cuti semester dulu I pernah berkerja part time di Butik my cousin yang terletak di Sunway Pyramid ini for a few months. Jadinya momy cha selalu tengok "adegan" ibu dan anak ni berlaku. Biarpun dilimpahi kemewahan tapi my cousin ni tak pernah ajar anak kecilnya benda/barang mainan yang mewah.

Pernah si kecil ni, menangis nak mainan yang berharga beratus ringgit. Lepas tu my cousin siap warning anak dia ceni... "Kalau Aiman nak mainan, mama boleh beli. Tapi nanti kalau Aiman lapar nak minum susu, minum milo, makan nasi...Aiman cari duit sendiri. Sebab duit mama dah habis beli mainan Aiman....." 

Erk! Terkedu aku dengan jawapan sepupuku tu....nasib baik anak dia tak jawap....
AIMAN TAK KISAH! 
Hahahahah :)

Ok. serius-serius! Pastu terus anak dia cebik tanak mainan tu. Hebat betul sepupu ku main psiko dengan anak dia...hahahahaha!

So moral of the story: Sebagai ibu bapa dizaman yang semua nak pakai duit ni, kita perlulah ajar anak kita untuk berjimat. Perlu fokus dengan membeli barang yang penting saja. Perlu kita memenuhi hanya keperluan dan bukan kehendak mereka....ada paham????? Errr..kalau semua nak beli, tokei balak pon bengkrap weiiiii....

muka abang-abang sangat...nak adik ker??? hahahha...

dia siap tahan kaki lagi tu..pandai balancing...:)

teror dah naik keta vrom-vrom...

teruja seorang budak! tapi semua mainan yang dia naik ni, semua pinjaman dunia semata. Kakak haniey punya..mikha pinjam yer :)
#pisnowar#
momy cha!

20 September 2012

Perubahan hari ke hari...dari hitam ke cerah sikit!


Budak idong jambu air, kembang hehehehe :) botak after kena cukur...

Gagah update second entry :)
Nota: Gambar diatas adalah gambar Mikhail...bukan anak orang lain...hehehehe :)

Bila godek-godek balik gambar lama, tertengok la, pic Mikhail waktu newborn dulu. Pastu terpikir dalam hati, lain nya muka anak aku dulu...

Mikha lahir dulu putih la jugak, rambut lebat. Pastu masuk je momy cha time berpantang, kulit Mikha bertukar semakin hari semakin gelap, tak cerah, kelabu..errr...hitam lah senang cerita!

setiap kali ku tengok gambo ni mesti tergelak...muka Mikhail sejibik macam muka Mickey kat sweater dia tu...hahahaha!

Momy cha macam menggelabah lah jugak. Eh! apesal anak aku ni itam? Aku ade salah makan ke dalam pantang? Ke terkenan kat sape-sape time aku mengandung dulu?
Terpikir dalam hati.....

Pastu rupanya, after nak naik 5 bulan tu otomatik kulit dia bertukar cerah sikit. Hehehehe! Teka-teki momy cha terkenan kat Negro ke, hero Tamil ke lama-lama hilang. Rupanya baby ni, semakin besau, semakin putih eh? Idop le teman tahu.... :)

Menginjak ke usia 8 bulan dan akan menjengah ke 9 tak lama lagi, macam-macam changes berlaku pada anak. Mikha yang dulunya gemok+gedempol+lemak+berkrim disukai ramai dah semakin susut. Momy cha akui untuk 3 bulan pertama Mikha memang debab hasil penangan susu ibu. Lepas tu bila dah campur susu, ditambah pulak duduk di Taska berat badan dia tak berapa nak "berkembang" macam dulu.

Last timbang untuk 8mons pon baru 9.7kg. Pastu after dia check-up kat DEMC turun pulak ke 9.2kg. Alahai anak oii..time tu still di Taska. Kita bagi makanan macam-macam, tapi yang peliknya bila balik rumah start "melalak" lapar..macam Taska tu tak kasi makanan je pon? Konpius mak!

Now, semenjak duduk rumah MIL di Shah Alam. Alhamdulillah, dia semakin sihat. Kurang bunyi kahak, kurang batuk, kurang demam dan selera makan dia...humang aiii...malas nak cerita!

Harapan momy cha, supaya Mikha kembali gain more weight dan bertambah sehat walafiat lepasni. Dia pon kemain siok duduk rumah MIL. Kalau momy cha call je tanya Mikha buat ape...asyik la tengah makan, tengah makan....hehehehe :) 

Lastly, pada pendapat momy cha lah kan. Tak perlu kot kita nak minta anak kita ni putih ke, lawa ke, hensom ke, cantik ke, perfect ke ape ke kan? Yang penting kesihatan dan keselamatan itu yang paling UTAMA! Sebab tu lah momy cha "salute" pada ibu yang sanggup benti keja semata-mata nak jaga anak-anak sendiri...Biarlah orang kata, jadi surirumah takde "class"...Namun dimata mommy cha pekerjaan u ols adelah yang paling ter "class" dalam dunia.....I wish i can be part of u ols one fine day..... :)

gambar terbaru..mat smart Putrajaya :)

#pisnowar#

momycha!



Bingka Roti Untuk Baby..New recipe! Jom Try!

Hi Khamis!

Seiring masa berlalu..cepat sungguh dah nak sampai ke penghujung minggu...!
Makna nye, weekend is coming...Yeay! Lurve weekend ^__^

As promised to all mommies out there. Today momy cha akan share another senang recipe untuk si manja anda. Tak tahu lah kalau semenjak-dua menjak ni blog momy cha kurang mendapat tempat dihati korang ke ape? Yelah, asyik entry pasal baby food saje, kan?

Untuk yang ingin mendalami bab-bab makan untuk si manja anda...boleh saja tiru idea resipi momy cha ni. Ilmu yang ada wajib dikongsi bersama, baru berkat.... :)

Orite! Ingat tak entry pasal biskut Gardenia garing yang boleh ganti Farleys tu? Oleh sebab bila dah tekap dengan acuan/dipotong-potong still ade left over. Momy cha got an idea untuk buat another finger food for Mikha. Ala..yang senang sudah la, yang susah-susah malas la pulak :)

Biskut for breakfast dah ade, jadinya momy cha terpanggil untuk buat kuih minum petang Mikha pulak. Ubah selera anak. Dan alhamdulillah, Mikha pon suka!

Mari kita test buat bingka roti atau puding roti dengan lebihan roti Gardenia yang ade. Hehehehehe... Mudah sangat tau. 

Bingka Roti Baby Mikha
 
Bahan-bahan:

- lebihan roti/roti tak lebih pon tak pe (lebih elok kalau blend/tumbuk sikit roti)
-bancuhan susu fm/breastmilk
-kismis/kurma (nak letak boleh tanak letak pon takpe)

Caranya:

-roti ditekan-tekan rapat dalam acuan/pelengat
-curahkan susu sedikit, demi sedikit
-tiap kali curah susu, tekan roti tu bagi rapat 
-untuk layer tengah bingka roti tu boleh potong kismis/kurma halus-halus dan taburkan di layer tengah
-tekan lagi roti, dan curahkan susu
-acuan/pelengat tu kena sapukan sedikit butter/margerine untuk elakkan  bingka tu melekat
-masukkan dalam oven, 180 Celcius dalam masa 10 minit, masa membakar boleh diubah mengikut besar/tebal bingka anda

Cara serve kepada baby:

-boleh rendam dalam susu @ boleh lenyek sikit dengan sudu/jari kita pastu terus suap.

Guys! U ols kena cuba buat recipe ni. Senang sangat. Dan dari membazir buang roti boleh buat kuih untuk anak kita kan? Air tangan ibu adalah masakan terbaik untuk anak kita. Janganlah nak senang, nak cepat asyik beli makanan kilang saja...sekali-sekala rajinkanlah diri untuk ber "experimen" dengan resipi terbaru okies?

Mesti semua orang tertanya kenapa momy cha rajin untuk buat semua baby food untuk Mikhail? Jawapannya senang saja...sebab momy cha tak dapat bagi fully breasfeed, jadinya momy cha ganti lah dengan kasi fully homemade food. If not I can't feel the "bond" between me and my baby anymore. Hanya melalui homemade food saja momy cha dapat meluahkan rasa kasih dan sayangku pada Mikhail. 

abaikan acuan I yang tak semenggah tu..dah old sekul katanye :)

kismis oren yang dah ku cincang halussssss

FM milk yang telah I bancuh siap-siap

tekan roti gardenia tu kuat-kuat dalam acuan, lagi beter u ols carikkan kecik-kecik or blend kering dulu roti ni...okies?

taruk susu sikit, pastu tengah layer letak kismis tadi...

close up, susu + kismis + roti :)

sedia untuk dibakar..lagi sekali nak pesan better roti tu u ols carik2 atau blend kering dulu...baru dapat tesktur yang lembut. kalo gini agak kasar, kang tercekik baby!

taraaa...dah siap baked!

bau wangi, rasa sedap...marbeles avengers!

inilah hasilnya..TERBAEK WOK tak?!!!

dapat lah dalam 11 ketul bingka roti..boleh la tahan dalam 3 hari...letak dalam freeze kalo baby nak makan stim balik okies??

rupa tak cantik takpe janji rasa sedap...and its fully MOTHER Made! :)


Betapa gembira bila tengok anak makan makanan kita dengan berseleranya....
And...Oh! yess...money can't buy EVERYTHING!

#pisnowar#

momycha!



Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...