Iklan

Sharemyloves Geng!

28 August 2012

Mikhail menyunting bunga di taman? Biar betullll!

Selamat Hari Raya, guys!

Alamak dah naik keja today. Berat hati rasanya nak meninggalkan keharuman rendang, kuah laksa, lemang, kuih tart, kuih samperit susu, maruku, tempeyek..alahai beratnya hati. Tapi demi mencari sesuap nasi, ku gagahkan jugak kaki ke opis...ceyyyyy ^__^

Lama tak update blog. Takpe tak penting pon. Banyak lagi blog lain boleh dibaca. Hehehehe...Bila scroll sana sini, bukak tutup blog orang lain banyak sungguh cerita raya. Yela..nama pon raya kan? Hehehehe...Setahun sekali kata koo..meriah nya pun lain macam sebab inilah masa untuk bersama family tercinta.

Mari kita lari dari tema hari raya kejap. Nak bercerita pasal "menyunting bunga ditaman"...Yeap! meminang anak dara orang time raye-raye kata kooo...Dijadikan cerita, inilah first time dalam my family pergi menyunting anak dara. Sebelum ni, tak pernah berlaku sebab dalam family I ramai perempuan so, orang jer yang datang rumah kita. Jadinya this time kita rileks sikit, bawak hantaran saja pergi rumah orang pulak. Less work to do this time ^__^!

I & my familia pergi meminang for my bro. My bro, ni adalah yang kedua dalam my siblings. Orang sibuk-sibuk nak raya, dia sebok-sebok nak bertunang bagai...layankan saje. Bakal my sister-in-law (SIL) ni pulak stayed at Alma, Bukit Mertajam. Dekat saja dengan our house di Parit Buntar. Kiranya sekapai lah derang berdua ni, nak balik kampong raya pon tayah nak bergaduh, kuar pedang samurai bagai. One way saja....

Sebenarnya, meriah juga bertunang time raya ni. Sebab adik-beradik masih dikampung kan? So, sambil menyambut Syawal, sambil-sambil bertunang 2-in-1 lah kiranya. Seronok jugak jadi pihak lelaki ni, kita datang salam-salam, berbincang sikit sebanyak pasal tarikh, hantaran bla-bla-bla pastu kita dijamu makan oleh tuan rumah. Bab makan I memang salute habis, sebab hidangan lunch tu memang tersangat sedap. Dear Mas Aida, i noe u've been reading my blog since......, so along nak compliment yang lauk-pauk that day was so sedap... ^__^

My SIL adalah English Lecturer at UiTM Merbok, Kedah. Whereas, my bro pulak Pegawai Imigresen dekat Kangar, Perlis. Kiranya sehaluan jugak lah tu kan?...Sebelah negeri saje. Dan jika tiada aral melintang, insyallah 11.11.2012 (Akad Nikah), dan kenduri pada 22 dan 23.12.2012. Maknanya tahun hadapan bertambah lah family members kitaorang. Dan lagi best kalau opah bertambah cucu jugak tahun depan, kan? Hehehehe....

Pasal hantaran bertunang that day, kami buat simple-simple saja. Bukan grand-grand. Mostly homemade. Opah Mikhail buat a few types of biscuits then ade cake, buah dan tepak sirih. Standard lah kan?....baru bertunang katanya...Oh! cincin tak dilupa jugak..kang lupa cincin nak sarung ape pulak kan?...Hehehe...

Itu saja dulu cerita pasal raya kitaorang. Aiseh lupa nak cerita pasal baby Mikha. Di engagement day tu, dia punya mengamok sakan aduhai mengalahkan kena tumbuk ke ape ntah. Dah hensem-hensem pastu buat perangai pulak. Tapi sebabkan dia ni fleksibel sikit, tak kisah sapa pon dukong dia..habis semua untie-untie kat situ bergilir dukong dia. Hahahaha! Lega hati mak boleh makan bersenang lenang nya. Itu yang paling ku suka, sebab si kecik ni tak jenis meraung kalau orang tak kenal dukong dia. Dia ooookk saja...Janji berdukong ^__^ abang bangla kat Tesco dukong pon dia ok gak..alahai anak oi!

Dah-dah nanti bersambung cerita lain pulak. Cerita saje tanpa gambar umpama makan nasik putih tanpa lauk-pauk kan???. So, mari regangkan mata dengan merenung/melihat/menengok gambar-gambar yang akan dipaparkan.... enjoice!

#credit to mom, Hajah Noraini Ismail yang banyak bersusah payah demi anakanda tercinta, juga buat mas aida's family tq so much ya!#

#pisnowar#

salam sayang,
momycha!

beli tak rasa dulu, buah ni sangat tak manis +__+!

mom-home-made-cookies

mom-home-made-cookies again

and-again ^__^

opah mikhail memang rajin, bangun awal pagi semata-mata buat cookies ni demi untuk menantu baru dia ^__^

ohhh-seemmmmm :)

suwit-muwit sungguh lahai :)

mas aida with mom

tengok-tengok dah start buat hal..grrrrr!

mommy and besan, mas aida's mom :)

ok. i noe it's baju recycle. gasak lah..janji merah sama opah kan?kan?kan?

me, besan mom and mom

dari kiri: opah irees, me, besan mom, opah mikhail, granma maklong, granny makcik, najwa :)

letih nak kasi details whose who in the pikturees..tengok yang paling merah dah ler..kahkahkah!

ok next time jangan buat mata terbeliak momy cha, tak comei! yang si baju kuning ni, menggelupur apa pon tak tau!

c-o-m-e-i sgt-sgt!


14 comments:

aTy _faRed~ said...

aty rase sekarang orang bertunang dah tak nak lame2 kan..setakat 3-4 bulan dah terus kawen..:) elok ar..
eerrr...aty pon kawen dulu time raye..;p

Mommy_Cha said...

betul tu aty, kita dulu pon bertunang bln 12 kawin bln 4..hehehe...bercinta pon tak sampai setahun jagung.kahkahkhahkha! kawin time raya untung aa..dpt byk duit raye :)

♥ ROS ♥ said...

Wah byk biskut raya.. :p senang kan bertunang time raya... Mesti ramai... :)

Mommy_Cha said...

hahaha..yeap senang semua ade..adik bradik pon ramai dtg heeeee :)

amirah said...

cha, kecik comel lote je bakal SIL tu ye.pelamin memng sgt oh-sem .lawo baju cha, merah cili ..er..tp kan akak rasa mcm besan kan bukan biras kan? biras tu bukan kalo ipar dgn ipar

Mimie_Zatun said...

mikhail tomei..

Wawa Yusoff said...

comey sungguh la mommy cha ni. patutla mikhail ensem!

Mommy_Cha said...

haa..ini yg den nak gelak nih..mmg typo ke tak reti bahse ke pon tatau lah..betul tuh kak besan..biras tu mcm i ngan kakak ipar i..hahahah! oppss sori tersalah..mengaku kesalahan sendrik..waakakakakak! ginilah kak org muda besan ngan biras pon tak tau beza hahahah! lawak!

Mommy_Cha said...

mikahil tak comei. buant pangai kat majlis orang raso nak sekeh pale! hish!

Mommy_Cha said...

ish.malu i yu! comei ke hapa..lelemak bersarang di perot umpama kembar yang takkan terpisah..adessla hai...

cha said...

wah byknya cookies comel-comel plak tu. mommy cha pun comel jugak hee :D

Mimy Hamid said...

mikha wow mengancam la outfit dia...kelas baju T kuning lg...baju mama dia pun hamboi merah menyala mak ngah...ni sama perangai la mcam Fayel sapa amik dukung pun bereh...bahaya oi budak berdua ni...geleng kepala

Mommy_Cha said...

cookies saja comei. momy cha comot-momot-tomot :)

Mommy_Cha said...

memang bahaya. geleng kepala sambil rasa nak cubit peha ayam kfc dua-dua orang ini budak! grrr...yang merah menyala tu makngah bkn momy cha :)

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...