Iklan

Sharemyloves Geng!

30 August 2012

Mee Goreng "Pata" Sotong, anyone?

Hi.

Kesempatan bercuti hari raya digunakan sebaiknya untuk berjalan-jalan. Al-maklumlah bukan senang nak berjalan-jalan dan berkumpul beramai-ramai kan? Tambahan pulak adik-beradik, sedara-mara semuanya duduk berjauhan...sobsss! T__T, tapi takdelah jauh sampai ke obersi nun....

Raya ketiga me & my family beramai-ramai keluar jalan-jalan carik makan di sekitar Penang. Mencarik originality nasik kandaq from Penang, and "try" new dish which is mee goreng sotong. Nasib baik perjalanan kami "smooth" and easy saja. Alhamdulillah, no traffic jam!

Disebabkan sudah lama tak ber "feeling" Titanic, so kitaorang decided untuk naik feri ke Pulau Pinang. Kahkahkahkah! Titanic kata koo.... Bukan selalu pun kita nak naik feri ni. Momy Cha nak classified ferry ni jugak as "Malaysian Heritage" sebab setahu Momy Cha lah kan, ferry ni wujud  since I was little. And now bila usia meningkat ke angka 30's ni pon ferry ini still ada. Terkagum sebentar umur dah 30-an...gulp!... ^__^

Disebabkan keterujaan naik ferry, masa menunggu kat jetty hampir sejam pon tak terasa. Ceh! penipu... Momy Cha pulak lagi teruja sebab that day I was lone ranjer. Baba & Mikhail tak ikut. Sorang dah balik KL, dan sorang lagi diulit mimpi dengan opah kat kampong. Hehehehe...Sesekali berbujangan ni, sangatlah best! Terasa sweet sixteen sangat-sangat kan?.....hahahahahaha!

First destination, we ols makan kat area Padang Kota, oooo bukan yang ade pasemboq, rojak, sotong bakaq yang mahai tu...no-no-no....! We ols, makan kat area tersorok sikit, Mee Goreng "Pata" Sotong. For me, disebabkan I tak berapa gemar mee, boleh di consider as not bad. Tapi pedasnya mee goreng ni, sampai ke langit ke-7 kata kooo....Kita lidah pulak, lidah tekak Western...hahahaha..mana tahan pedas ^__^

Mee goreng ni, bukan nya digoreng sekali sekuali banyak-banyak. Tapi mengikut order orang yang beratur. Cena eh, nak explain? Maknanya, sekali beratur sekali tu lah dia goreng. Kalau sepuluh order, sepuluh kali lah dia goreng....Haaa gitu....! Menurut my cousin, warung ni dah ade since 1960's....dah old skol tapi taste nye tetap sama.... ^__^

After solat, kitaorang hunting for Nasik Kandaq pulak. My makcik kata, kat Restoran Hameediah memang ada nasi kandaq the best ever. Kalah nasik kandaq beratoq, Line Clear etc-etc. Dia cakap since dia kecik-kecik dulu waktu Wan & Tok shopping di Pasar Chowrasta beli baju raya, derang mesti singgah makan kat Hameediah ni. Pastu yang paling sedap adalah ayam ros and daging hitam depa. Rasanya pon since dulu sampai sekarang "tak lari" sama saja. Pastu make sure order teh o limau ais, sebab teh depa rasa sedap, lain macam sikit dari teh kedai lain. Layaannnnn!

Disebabkan I diet so, I order nan-cheese yang only cost me RM2.50 saja kat situ. Plus I cicah dengan kuah daging hitam.....Fuyooooo-fuyooo-fuyooo terangkat wa cakap lu! Tekak mat salleh celup katanya, kena jugak ada cheese-cheese kan? Hahahahaha!

Sorry lah to Baba yang asyik BByem me tanya kat mana? Hahaha, memang tengah menikmati makanan lah jawapan nya. Dan bila kita tanya balik dia cakap tengah geram sebab jem giler dari Sungai Perak ke KL. Hahahaha! nasib la sapa suruh balik awal-awal kan? Time opah pulak dok BByem, jawapan kita standard lah...tengah makan, tengah makan. Pastu opah pon jawab...."Hamboih dari tadi jawapan makan saja? Sok-sok badan besaq tong baru tau, pastu dah lupa kat anak ke kalo berjalan?" errk... +___+

Ok guys, terima kasih pada yang sudi baca. I tak harapkan u ols komen apa-apa pon. Janji semua enjoy reading my writting itu dah cukup memadai. Kita tulis pon bukan tujuan untuk dapatkan komen beriban-riban. Sapalah kita, blogger picisan saje yang hanya menulis untuk siok sendiri dan kenangan di masa tua bergigi dua nanti hehehehe....^__^

#pisnowar#
ferry Pulau Undan...ponnnnn-ponnn-ponnnn!

menikmati bau air laut yang masin-masin :)

kilang-kilang di pesisir pantai :)

This ferry loaded with lotsssss of car :)

hi. PenangPort!

Mee Goreng "Pata" Sotong

Ade jugak, Mee Kuah Sotong :), lets jomm try!

My cousins-niece-nephew-untie :)
pis yooo! terserlah muka spongebob I disitu....nggeee :) #meja paling ramai & meja paling havoc & meja yang paling banyak kali oder air# kahkahkah!

Salam Sayang,
momycha!

28 August 2012

Tema Raya Kami: Ribena/The Smurfs

Hi.

Gasaklah kalo mata korang nak bertukar purple ke ape ke.
Memang tema raya ahkak tahun ni kaler purple ala-ala feefeeling RIBENA Berries/The Smurfs gitew. Hakhakhak!
Ingat nak mintak jadi "spokeperson" Ribena pulak lah pasni.
Chharass tempat Sheera+Maria Tunku Sabri and Fauziah Nawi..ahakhs!
Kelassss ko jah...air ribena jadi tema raya..... ^__^




sama macam belog orang lain jugak isi penulisan nye, mkn kuih, makan-makan, salam raya, happy ada anak first time raya, collect duit raya anak, baju sedondon, anak merengek panas, jalan-jalan raya, bagi duit raya, jalan jem balik raya, maaf-bermaafan dihari raya & tamau gadoh-gadoh dihari raye T__T


nota kaki: sesekali ku nengok brooch tudung ku itew macam lambang 1 Malaysia sangat..."Janji ditepati, katanyer"...hewhewhewhew! 


THE END!

#pisnowar#

salam sayang,
momycha!


Mikhail menyunting bunga di taman? Biar betullll!

Selamat Hari Raya, guys!

Alamak dah naik keja today. Berat hati rasanya nak meninggalkan keharuman rendang, kuah laksa, lemang, kuih tart, kuih samperit susu, maruku, tempeyek..alahai beratnya hati. Tapi demi mencari sesuap nasi, ku gagahkan jugak kaki ke opis...ceyyyyy ^__^

Lama tak update blog. Takpe tak penting pon. Banyak lagi blog lain boleh dibaca. Hehehehe...Bila scroll sana sini, bukak tutup blog orang lain banyak sungguh cerita raya. Yela..nama pon raya kan? Hehehehe...Setahun sekali kata koo..meriah nya pun lain macam sebab inilah masa untuk bersama family tercinta.

Mari kita lari dari tema hari raya kejap. Nak bercerita pasal "menyunting bunga ditaman"...Yeap! meminang anak dara orang time raye-raye kata kooo...Dijadikan cerita, inilah first time dalam my family pergi menyunting anak dara. Sebelum ni, tak pernah berlaku sebab dalam family I ramai perempuan so, orang jer yang datang rumah kita. Jadinya this time kita rileks sikit, bawak hantaran saja pergi rumah orang pulak. Less work to do this time ^__^!

I & my familia pergi meminang for my bro. My bro, ni adalah yang kedua dalam my siblings. Orang sibuk-sibuk nak raya, dia sebok-sebok nak bertunang bagai...layankan saje. Bakal my sister-in-law (SIL) ni pulak stayed at Alma, Bukit Mertajam. Dekat saja dengan our house di Parit Buntar. Kiranya sekapai lah derang berdua ni, nak balik kampong raya pon tayah nak bergaduh, kuar pedang samurai bagai. One way saja....

Sebenarnya, meriah juga bertunang time raya ni. Sebab adik-beradik masih dikampung kan? So, sambil menyambut Syawal, sambil-sambil bertunang 2-in-1 lah kiranya. Seronok jugak jadi pihak lelaki ni, kita datang salam-salam, berbincang sikit sebanyak pasal tarikh, hantaran bla-bla-bla pastu kita dijamu makan oleh tuan rumah. Bab makan I memang salute habis, sebab hidangan lunch tu memang tersangat sedap. Dear Mas Aida, i noe u've been reading my blog since......, so along nak compliment yang lauk-pauk that day was so sedap... ^__^

My SIL adalah English Lecturer at UiTM Merbok, Kedah. Whereas, my bro pulak Pegawai Imigresen dekat Kangar, Perlis. Kiranya sehaluan jugak lah tu kan?...Sebelah negeri saje. Dan jika tiada aral melintang, insyallah 11.11.2012 (Akad Nikah), dan kenduri pada 22 dan 23.12.2012. Maknanya tahun hadapan bertambah lah family members kitaorang. Dan lagi best kalau opah bertambah cucu jugak tahun depan, kan? Hehehehe....

Pasal hantaran bertunang that day, kami buat simple-simple saja. Bukan grand-grand. Mostly homemade. Opah Mikhail buat a few types of biscuits then ade cake, buah dan tepak sirih. Standard lah kan?....baru bertunang katanya...Oh! cincin tak dilupa jugak..kang lupa cincin nak sarung ape pulak kan?...Hehehe...

Itu saja dulu cerita pasal raya kitaorang. Aiseh lupa nak cerita pasal baby Mikha. Di engagement day tu, dia punya mengamok sakan aduhai mengalahkan kena tumbuk ke ape ntah. Dah hensem-hensem pastu buat perangai pulak. Tapi sebabkan dia ni fleksibel sikit, tak kisah sapa pon dukong dia..habis semua untie-untie kat situ bergilir dukong dia. Hahahaha! Lega hati mak boleh makan bersenang lenang nya. Itu yang paling ku suka, sebab si kecik ni tak jenis meraung kalau orang tak kenal dukong dia. Dia ooookk saja...Janji berdukong ^__^ abang bangla kat Tesco dukong pon dia ok gak..alahai anak oi!

Dah-dah nanti bersambung cerita lain pulak. Cerita saje tanpa gambar umpama makan nasik putih tanpa lauk-pauk kan???. So, mari regangkan mata dengan merenung/melihat/menengok gambar-gambar yang akan dipaparkan.... enjoice!

#credit to mom, Hajah Noraini Ismail yang banyak bersusah payah demi anakanda tercinta, juga buat mas aida's family tq so much ya!#

#pisnowar#

salam sayang,
momycha!

beli tak rasa dulu, buah ni sangat tak manis +__+!

mom-home-made-cookies

mom-home-made-cookies again

and-again ^__^

opah mikhail memang rajin, bangun awal pagi semata-mata buat cookies ni demi untuk menantu baru dia ^__^

ohhh-seemmmmm :)

suwit-muwit sungguh lahai :)

mas aida with mom

tengok-tengok dah start buat hal..grrrrr!

mommy and besan, mas aida's mom :)

ok. i noe it's baju recycle. gasak lah..janji merah sama opah kan?kan?kan?

me, besan mom and mom

dari kiri: opah irees, me, besan mom, opah mikhail, granma maklong, granny makcik, najwa :)

letih nak kasi details whose who in the pikturees..tengok yang paling merah dah ler..kahkahkah!

ok next time jangan buat mata terbeliak momy cha, tak comei! yang si baju kuning ni, menggelupur apa pon tak tau!

c-o-m-e-i sgt-sgt!


15 August 2012

Jom balik rayeeeeee!


JOM BALIK RAYEEEEE!

test drive baju raya dulu, siap air liur "menceceh" ke baju...cait! spoil la ini budok!


Kita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin,
Andai tersalah kata dan tertulis perkataan yang mengguris hati,
Mohon ampun dipinta...


ikhlas daripada,
natasha farina, zuhairie zulkefli & muhammad mikhail riefqee

14 August 2012

Biskut orang tua-tua....

Biskut Cappuchino Chip, Biskut Rosalinda, Biskut Blueberry, Biskut Bubble Rice, Biskut Cococrunch, Biskut Honey Cookies, Biskut Santana, Biskut Marmalade, Biskut World Chip...perrggghhh! macam-macam jenama biskut raya yang berada di pasaran sekarang. Fening nak menyebut!

Biskut raya ini, antara "menu wajib" yang perlu ada di rumah. Bila orang datang takkan terus "terpa" nak makan nasi tomato? laksa? mee jawa? laksam? nasi ayam kan?. At least mesti derang nak rasa kepoweran kuih raya dulu kan?kan?kan?

Sememangnya mak-mak lah yang paling sibuk nak pastikan bekas kuih raya tu diisi penuh. Kalau ada 8 balang kuih, harus lapan-lapan balang penuh dengan kuih raya + kerepek + kekacang. Selalunya, kalau letak kuih Almond London mesti kuih tu jugak yang paling banyak kali nak kena refill balik dalam balang kan? Pesal ntah? Terkonpius jap I... *__*

Biarpon ade pelbagai jenis biskut modern yang nama nya meletop-letop, sampai susah nak sebut, tapi dalam hati ada taman... I tetap terpaut pada satu jenis kuih lama zaman dulu-dulu ni. Kalau kuih ni tadak kat rumah, boleh berangin satu badan noksss...kahkahkahkah!

I donno what KL's people panggil this kuih. Tapi kalo kat kampong momy cha, kami panggil kuih ni...Kuih Bangkit. Sedap wooo! Tiada tandingan, nak-nak yang flavour ori tu yang ade kelapa parut dalam tu. Perrgghhh...memang satu balang lah I boleh hadap, u ols!. Bukan nak buat lawak ke hapa, tapi satu habitat habit momy cha adalah, suka sangat makan kuih yang hangit-hangit sikit. Bukan yang hangit bebanyak tu. Contohnya, kalau dalam balang kuih bangkit tu, momy cha akan pilih yang paling "tanned", yang paling gelap lah kiranya tu. Sekali masuk mulut...fuyoooo dengan rasa pahit-pahit hangit sikit, dengan kuih bangkit tuh melted manis-manis dalam mulut tanpa perlu dikunyah susah-payah...fuyooooo-fuyooooo-fuyoooooo! Terkesima I....

Bagi yang dah tak kenal kuih bangkit, meh sini I tolong publish kan picture nye. Sebenarnya, kuih bangkit ni dibeli di area my office, baru jer minggu lepas. Murah sangat 50biji = RM15 jer. Murah dan sangat sedap! Sebab dah tak tahan godaan, I dah tak tunggu raya dah pon. Terus makan seketul-seketul time tengok sukan Olimpik aritu. Hahahahaha! Daripada 50 bijik senalang tu sekarang tinggal lah 3bijik je. Memang tak tahan godaan kuih bangkit betul lah...haish!

Itu saja entry today. Hari-hari cerita pasal anak, muak pulak bulan-bulan pose ni, muak-muak kang termuntah terus MAKRUH posa u olss...hahahaha!. Walaupon anak I tak comel macam anak orang lain, tapi I tetap sayang dia donia & akhirat! #erk...tetibe#

taraaa...old-time peberet!

nih kalo tak kenal lagi kuih nih aku taktau laa...

bangkit ori..yang sedap-sedap manis ^___^

dengan kaler "tanned" yang meruntun QOLBUUUU kuu....tepuk pengakap sikit! hahahaha...


#pisnowar#

salam sayang,
momycha.

13 August 2012

Mama, kita pon sibok nak raya jugak lah...

Potong rambot lagi.

Orang lain sibuk nak cari baju, kasut, sampin, songkok, kepiah raya. Dia ni sibuk nak kena bawak pegi gunting rambot. Momy Cha ingat nak biarlah panjang sikit, nak tiru ala-ala Azroy ke hapa kan? Tapi rambot Mikhail makin menebal pulak, bukan makin memanjang...+__+ cit! potong stim betolll...

Disebabkan mood nak raya sudah marii...especially minggu ni, layankan jelah beberapa keping gambar Mikhail tengah menggunting rambot kat saloon my fren di Seri Kembangan. Last dia gunting 2 bulan lepas, masa tu sebab masih baby lagi ape pon tak tau lagi, pastu kekdahnya diam saja.

But not this time, yaw! Dia punya keriau, teriak mengalahkan jeritan histeria nampak hantu kum-kum ke hapa. Ish-ish-ish!

So, tak dapatlah nak potong ala-ala Justin Bieber ke apa anak oi, style compang-camping jer yang sempat digunting. Takpelah bukan penting pon bab rambot ni. Yang penting.. ingat macam mana, mama dah ajar cara-cara nak collect duit raya banyak-banyak tu kan? harharharharhar!

memula mood ok, lagi.

pastu datang mood mengantok, rimas dia. jenuh bergegaq semua gambaq dah... eiii!

#pisnowar#

salam sayang,
momycha!

10 August 2012

Kami BERSEDERHANA saja tahun ini...

baju Melayu "hero-hero" momy Cha

Bersederhana.

Itu sajalah yang boleh I rumuskan untuk raya tahun ini. Tiada perkataan "bermewah" atau "melebih-lebih" dalam persiapan raya tahun ni.

Yang paling diutamakan ialah keperluan anak. Beli siap-siap stok pampers dan stok susu. Itulah yang paling terpenting. Nombor dua baru pikir baju raya anak. Sehelai baju Melayu dan beberapa helai kemeja serta t-shirt, jeans untuk anaknda tercinta.

Yang mama & baba takpe. Dah selalu beraya sangat. Cuma ada sepasang baju kurung untuk mama, dan sepasang baju Melayu untuk baba. Alhamdulillah itu sudah cukup baik. Bila tengok ramai update di status dan belog persiapan raya mereka, I was like..."errr..aku tak sebegini mewah untuk ikut cara perbelanjaan mereka. Cukuplah apa yang ada, ya allah..alhamdulillah". 

Baju Melayu baba dan Mikhail both tailor-made at Kas Tailor, Shah Alam. Memang berbaloi, sebab kualiti dari Kas Tailor ini sangat superb!. Baju kurung mama pulak, bukan dari pereka fesyen tersohor mana-mana butik terkenal antarabangsa. Cuma upah dekat kawan opah Mikhail, di Taman Seri Tenggara, Parit Buntar, Perak. Alhamdulillah, ada jugak baju daripada takde ye tak?

Oh! jangan berburuk sangka dengan momy cha. Kepada yang mempunyai bajet yang lebih tak salah untuk beraya 'sakan', yelah dengan bonus, dan dengan banyak rezeki lain yang kita dapat kan?. Kata nya pon beraya setahun sekali kan? kan? Kalau I pon mesti enjoy nak beraya sakan, jikalau kewangan mengizinkan. Hehehehehe...cuma sebab banyak limitation, jadinya eloklah I tiup semangat raya itu dengan menjamu makan sanak-saudara, sahabat handai dan tetamu yang datang cukup lah kot eh? Kuikuikuikuikui.

Kami bertemakan purple tahun ini. Walaupun bersederhana, momy cha rasa sangat bersyukur sebab tahun ni dapat beraya bertiga dan sebagai "bonus" dapat pulak beraya di kampung momy Cha di Parit Buntar, Perak. Kena bersederhaa la wei, duit tol, duit minyak, duit raya, duit nak belanja itu-ini kena pikir wei. Nak tunggu turn gaji lambat lagi nundiaaaaa bulan September nun....adessssss! bengkokkkk *___*

Itu saja.

#pisnowar#

momycha.

09 August 2012

Jom coba/try/test...

Sikit-sikit dulu, kang kalah Masterchep kang...hahahahaha!
I buat Bruschetta untuk ubah selera time berbuka semalam.
Apa kejadahnyer Bruschetta tu??...jom tengok!

Among the bahan-bahan.

I used oregano instead of serbuk basil/serbuk parsley..mintak maap tuan tanah kedaung..hahahaa!

Used this kindda bread, a bit small tapi not bad...

I guna roasted chicken, instead of ayam rebus..maapkan I lagi sekali owner recipe ya..

I add baby carrot sikit. Konon nak jaga mata jangan bagi rabun. Kahkahkahkah...

After sudah baked dalam oven pemberian mama, all the topping are melting...

Lagi sekali I ikut pandai tambah sedikit lingkaran mayonis kat atas Bruschetta...huh! sapa boleh tahan dengan mayonis kan? Kalo beli beger, asyik mintak extra mayo saja. Hahahahaha!

I sempat tapaukan 4 ketul Bruschetta to my bestest fren. Untunglaaaaa orang tu..kan? Hehehehe...

Disebabkan today, I sudah 2kali patah balik rumah, sebab Mikhail buat-buat "trick" rindu sesangat nak jumpe mama dia. Sebab tertinggal puting dan secondly botol susu My Mikha, jadinya semangat berkobar-kobar nak bercerita pasal recipe ini terbantut. Lenguh tangan kot. Mohon share resipi yer Puan Nana yang gorjes lagi cun mengalahkan Hana Tajima...Silalah ke blog masak-memasak beliau. Anda pasti oooo...uuu...waaaa....fuyoooo...terleleh air liur!

#pisnowar#

momycha.

9.8.2012 hari istimewa

Hari ini 9.8.2012.

Orang gomen especially nya yang akan senyum sampai ke telinga. Yeap..it's BONUS time!
Kena bersyukur dapat sikit ke banyak ke, dah orang bagi....ambik jela. Jangan banyak songeh...hiks! Dengan duit yang sedikit inilah lepas buat bayar order kuih raya, tol minyak pegi balik kampong, lepas bayar kerepek ubi berperisa black pepper u ols tu kan??

Selain hari ini adalah hari bertuah orang gomen. Hari ini jugak genaplah 7 bulan anakanda beta itu. Hahahaha. Selain progress sudah ada gigi sebanyak 4 batang. Hero I jugak sudah laju menyulur ke depan, ke belakang, berpusing, free style macam-macam gaya. You just name it, and he got it! ^___^

Biarlah kalau orang kata, "Dey aparaa hari-hari cilite pasal lu punya anak saja. Talak cilite lain ka?, wa sulah boling woooooo"

Ha...ade aku kesah? Kuang-kuang-kuang.

Badan dia makin slim. Al-maklumlah orang tua-tua kata nak meringankan badan kan? Takkan gedebab-gedebob nak merangkak pulop dah. Acaa ner nak bergerak tu?

Yang makin tebal, adalah rambutnya. Aduhai, pakai shampoo jenama Tebal.com ke hapa anak aku nih? Dan bersempena nak raya, kita akan pergi saloon kawan mama, Uncle Alan yer Mikha, seperti biasa untuk trim. Rasa macam baru saja trim aritu...dah nak kena trim lagi.....Orang lain rambut pon ala-ala jer nak. Kamu, alahai kuussss semangat tang rambot! *___*

Sebelom ayat terakhir. Mama ingin ucapkan Selamat 7 mons old, putera ku Muhammad Mikhail Riefqee Bin Zuhairie. Mama doakan yang terbaik untukmu dunia dan akhirat. Semoga sentiasa sihat dan menjadi anak yang soleh yang boleh mendoakan mama bila mama dah tiada nanti....amin.

waktu pagi-pagi pergi sekolah, muka choiiii la wei..bukan muka lee chong wei tau! hahaha..

balik sekolah muka selepong bedak..standard budak balik taska, dengan minyak baby oil melepek atas kepala...haha standard lah kan? kuikuikuikuikui...
obses amik gambo anak dlm kereta pulop hahaha...

My fave, notty boy!

oktengsbye!

momycha.

08 August 2012

Terlebih rajin...

Semalam MC. Sakit perot! aptb!

Hari ni dah cargas. Jom cerita pasal makan-makan. Lebih specific makan-makan baby. 

Dulu kalau sayur, ikan, ayam @ barang basah tarak dalam freezer I boleh buat dek je. Pastu, sekarang kalau barang-barang basah ni yilek pocik dalam freeze, boleh jadi menggelabah gile. Yela, nak bagi anak makan apa kan?

Sebab tu, bila jadi ibu-ibu kena ada banyak stok makanan @ barang basah dekat rumah. Terpulang pada individu masing-masing untuk homemade ur babies food or bukak tin Cerelac, scoop 3,4 sudu dan tuang air saja..terus suap kat baby.

I suka bab-bab masak. Suka create recipe untuk my malaikat kecik I. Tapi kena jugak buat research dulu, tengok apa yang boleh di consume oleh baby 7mons. Hah! dah 7mons? Oh..how time flies....^___^ Selalunya, kita digalakkan banyak bagi sayur-sayuran dan fresh fruit to babies. Kena jugaklah tengok buah & vege apa yang sesuai.

Untuk 7mons, usually I kasi buah epal, pear, kurma, avocado and sometimes strawberry. Haa...kelas ko! Kurma tu kena rendam dulu sebab kurma sangat manis. Memang lah itu original flavour nya, but I cuma risau bila terlalu manis nanti Mikha nak selalu makan manis saja. Jenuh la kan, diabetes pulop nanti?

Kita juga tidak seharusnya menambahkan apa-apa flavour untuk babies food. Yang terbaik sehingga mereka berumur 2tahun. Kalau tak diajar, derang ni pon tak kenal apa itu gula, garam, Pak ajinomoto, sos tiram etc-etc. Yer tak?

Berbalik pasal barang basah tadi. Usually i consume all vege+fish+chick dekat market Presint 8. Mahal sikit, tapi ok lah. Dari pergi Carefour sokmo itu dan ini habissss....+__+ After that, I basuh+siang+cuci semua barang-barang basah tadi and potong kecik-kecik. Kalau for ayam or ikan I suka potong cube kecik. Pastu tos kan hingga kering. Then terus simpan dalam tapeware. Sama jugak kekdahnya dengan sayur. Usually I beli cauliflower, broncolli, carrot and bayam.

All these early preparation, will much easier your work. Takdelah kalau bangun terlewat, pastu tak sempat buat makan untuk anak kan? Baby food pon senang sangat, semua main stim saja. Kecuali bubur nasik kena masak lama sikit. Actually sumber protein macam ikan or ayam tak boleh bagi lagi ke baby unless they are 8mons, tapi...degil gak kan? Hahaha. What I did was, letak small amount of virgin oil then terus masukkan ikan atas pan. Saute about 10 mins dengan api yang slow. Same goes to chicken. Tapi fried ni tak boleh lah diajar selalu. Sometimes boleh. Selalunya semua main stim-stim saja. Senang!

Menu breakfast Mikhail: Puree Epal + Kurma
1) Rendam kurma dengan air panas about 10 mins untuk keluarkan manis kurma tu. Biji kurma buang dulu yer.
2) Kupas epal (buang kulit), basuh dan potong cube kecik-kecik (supaya bila steam cepat masak)
3) Stim selama 10-15 mins.
4) Semua bahan tadi, blend halus bersama air.

Menu lunch Mikhail: Bubur nasi + Mixed Vege + Sautte Chicken
1) Ambil segenggam beras, basuh dan masak dalam periuk, tambah dengan air yang banyak
2) Bayam hijau + Carrot dibasuh, dipotong kecik-kecik dan di steam
3) Sediakan pan, tuang sedikit virgin oil. Panaskan pan dan masukkan ayam yang di potong dadu. Sautte about 10 mins. Api slow-slow. Takut hangus pulop..
4) Masukkan bubur nasi + vege + ayam ke dalam blender dan campurkan sedikit air. Lepas tu, blend halus. Nanti akan terhasil baby food yang cantik berwarna hijau. Nak diberi sedikit perisa, boleh blend sekali ikan bilis (sangai dulu) atau pon tabur/sprinkle serbuk ikan bilis yang telah di blend atas bubur baby. Baru 
umppph! (ikan bilis perlu di rendam untuk menghilangkan garam yang melekat, di toskan kering, kemudian di goreng tanpa minyak = kaedah SANGAI).

Menu petang Mikhail: Pisang Lenyek
1) Pisang emas dilenyek dengan garfu/sudu
2) Tak perlu steam/rebus pisang itu. Boleh bagi direct ke baby (not recommended to baby yang tengah cirit-birit)

Menu yang kita buat untuk baby ni haruslah diberi mengikut 4days rule. Maknanya, makanan yang sama selama 4 hari. Untuk tengok samaada baby kita ada apa-apa alergic terhadap makanan atau tidak. For me, I suka buat makanan hari-hari. Tak berapa gemar untuk freeze makanan lama-lama. Biar everyday, makanan baby ni fresh. Yang lebihan/left over. I buang. Jarang simpan. Bukan membazir tapi I dont like recycle my baby food. Takut lah kan dah ter merebak bakteria ke hapa ke kan? Huhuhuhuhu...



among the vege's

siap tagging tarikh lagi ahaks!

taraa....rajin tak? kuikuikuikui
ayam yang dipotong cube

i used ikan merah yang gebu gile isinya...

ayam pon di tangging takut lah guna lelama tak elok kan? pastu lupa eh bila ntah beli ayam ni?

my fish...erm what i mean is mikhail's fish for lunch

semua taruk dalam blender + ikan bilis sekali kasi tambah umpphhh! yang nampak chuncky tu ialah ayam *__*
 i simpan all those tapeware dalam chill room kat dalam peti sejuk, sayur pon lebih tahan lama...senang kerja I..yeay!

I think itu saja. Tengkiu for reading. Yang "silent reader" pon nak say thank you jugak. I'noe u've been reading my blog since dot-dot-dot......

oktengsbye!

momycha.

p/s: all this vege + ikan + ayam boleh jugak kita guna sebagai menu as emergency/limitation time, example: time nak buat sayur campak-campak time sahur, mudah kan? yerrr tak?

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...