Iklan

Sharemyloves Geng!

18 July 2012

Wednesday With lots of wordsss!



Hi Rabu!
Momy cha copypaste sajak ni, dari blog seseorang yang lucu bangat ^___^ but rili i adore her, tak perlu bermegah ape pon, sebabnya semua yang kita ade nih hanya PINJAMAN didunia semata-mata!

dejavu seorang ibu (bukan DEEjavu di Kinabalu okies!)

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu basuh botol susu anak
selama anak itu membesar..

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu bergegas masak
bila2 masa anak anda kelaparan

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu multifunction
yakni sebagai ibu, bibik, cikgu, pencerita, pendengar cerita yg sama utk 30 kali dll..

menjadi seorang ibu
bermakna
keperluan anda nak pi facial muka yg mula berkedut
dan juga membeli kasut baru
jatuh ke tangga 142 dan 143 dalam senarai
yg mana
tangga 1-100 adalah list utk anak2 sahaja

menjadi seorang ibu
bermakna
anda memikirkan manusia lain iaitu anak anda
selama 25 jam sehari
iaitu tambahan sejam dalam mimpi
(*eh sukahatilah i nak gandakan masa di dalam mimpi..*)

menjadi seorang ibu
bermakna
anda akan melalui
rutin yg sama
bangun pagi, siapkan anak, hantar ke penjaga, amik, masak, tidurkan
selama mana anak anda itu membesar di depan mata

menjadi seorang ibu
yang bekerja
bermakna anda akan menanggung rasa bersalah
seumur hidup
kerana menghantar anak anda untuk dijaga oleh org lain
entah dorang sayang ke tak anak kita tu..

menjadi seorang ibu
bermakna
anda terpaksa biasakan diri hidup dlm rumah yg bersepah dgn permainan

menjadi seorang ibu
bermakna
anda rasa ngeri bile ingat saat nak melahirkan
tp rasa bahagia bile tgk muka anak for the 1st time
and for the rest of their life

menjadi seorang ibu
tidak bermakna
kita perlu menjadi kaya
utk membahagiakan anak
cukuplah kaya dgn kasih sayang
(*ayat menyedapkan hati diri sendiri tak kaya.. wakaka*)

menjadi seorang ibu
adakalanya membuatkan anda nampak sememeh
bile tudung senget ditarik anak
dan seluar lencun kena susu tumpah

menjadi seorang ibu
tidak bermakna
i perlu menjadi perfect mum
yg tak marah anak, or pukul anak bila buat salah..
senyum sokmo bile anak buat peel..
tak perlu perfect gitu..

menjadi seorang ibu
menjadikan anda tidak lagi adventurous
kalau dulu buleh travel melebihi 2 marhalah anytime
sekarang jadual anak belajar, tido, harus diambilkira
menjadi seorang ibu
mengingatkan kita
bahawa tuhan sgt mengasihi kita dengan mengirimkan
jiwa2 kecil yang membuat kita sibuk sentiasa

jadi Tuhan maafkan aku
kalau aku ada mengada-ngada
aku harap doa jiwa2 kecil itu
membuatkan Kau memaafkan aku.. 


oktengsbye,
momycha!

25 comments:

Cik Puan Rara said...

tersentuh sgt baca ni.yang penting kena korban kan masa tidur.kalau sblm ni boleh bangun kul 10 11,now jgn harap lah kan.

PUAN SUE said...

sweeeeet..oh ibu!

Mimy Hamid said...

how sweet to be mama...love my life now...I love Fayel !!...tq mommy cha..nice quote

Mama Likha said...

best quotes... dr blog sapa mummyy cha ??

amirah said...

hihihi...betulll sesangat..tmbh lg yg kerja..mcm x cukup tgn!

*cantek tudung mommycha*

izla said...

touching.
proud to be mommy!!!

cikpingu said...

btul sgt sume 2... tp bangga dgn diri sbb dh jd ibu.. :)

Mommy_Cha said...

betul-betul-betul..kalo nak bgn kul 10 lagi alamatnya anak jatuh bwh katil dah hehehehe :)

Mommy_Cha said...

sgt sweett oh umii ^__^

Mommy_Cha said...

kan???i love mikha tooo..mikha is my everything! love ketat-ketat kat mikha!

Mommy_Cha said...

belog biarlah rasia hehehehe...+___+

Mommy_Cha said...

kan?mmg tak cukup 24h sehari kalo dah ade anak nih...
*tudung cantik? gulppp..biase2 saja awak* ^___^

Mommy_Cha said...

im proud to be mommy tooo...!

Mommy_Cha said...

nikmat tak terhingga menjadi seorang ibu kepada anak-anak kan?

Laiciberry said...

setuju....
p/s : kak mane beli tdung..cntik

~ NANA ~ said...

menariknya sajak tu! sgt betol apa yg dikatakan dlm sajak tu...syukur dpt merasa jada MAMA :)

CikPuan Ira said...

menarik tetarik sajak . ibu sgt beharga

Mommy_Cha said...

hehehehe..tudung? alamak malu nak bagitahu lah dik ^___^

Mommy_Cha said...

kan? best jadi MAMA nih..yehaoooooo!

Mommy_Cha said...

betul-betul-betul!

WaWa_EzRiLL said...

pinjam nak bg laki aku..hahahaha..bnyk pengorbanan ibu.. tu belum bab jaga anak sakit + bersengkang mata bangun kul 3pagi wat susu + tudung senget xrupa maya karin duk atas batu dlm ombak rindu.. tp tudung cik cha pakai..tu kalau anak tarik pun kan senget.. kih kih

WaWa_EzRiLL said...

salah type * xkan senget*

Mommy_Cha said...

hehehhe..rupa maya karin????cik wa oiiii...rhupe arwah Osman kering pon lom tentu lah kot???? hihihihihi..senget benget jer dah kot....tu tudung tu pon boleh jadi herot! +___+

syafisyifa' said...

sweetnye mommy cha...rasa dihargai pula ada puisi yg mhargai ibu mcm kita ni kan

intandayani said...

bace cite mikha n mommy cha rse sebak...dpt bygkan betapa seronoknye ade anakkan?mikha sgt comel...

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...