Iklan

Sharemyloves Geng!

27 July 2012

Tiny teeth is arriving....yesssss!

sori tak nampak sangat. in-real nampak lebih jelas. Sebelah tumbuh tinggi, sebelah tumbuh terpendek sikit. kuang-kuang-kuang!

Bayi korang dah tumbuh gigi?

Bayi saye sudah!. Bagi seorang ibu, perubahan yang dialami seorang anak dari satu peringkat ke peringkat yang lain, terlalu mengujakan. Especially bila baby sudah tumbuh gigi...new ADVENTURE begin.....!

Excited terlebih pun yer jugak. Tapi sebagai ibu tahukah korang, kita kenalah kerap membersihkan bahagian dalam mulut bayi terutamanya apabila dia sudah ditumbuhi gigi?. Jangan stress, bila bayi tetiba demam, kerap menangis sebab tak comfortable, suka mengigit atau memasukkan jari ke dalam mulut, mendapat cirit-birit yang teruk hatta, kerap mengeluarkan air liur yang belebihan. Itu tandanya bayi anda sudah bersedia untuk 'mendapat' gigi baru...!

Bosan betul ayat momy cha today. Bukan lah momy cha tiru or copypaste ayat dari mana-mana Pakar Kanak-Kanak. Cuma ini lah pengalaman seorang ibu. Nama blog pon sharemyloves kan? Haruslah ada benda yang momy cha nak share, kan?. Sharing is caring, u ols...

Cerite nya gini. Mikhail tumbuh gigi last week on (21/7/2012). Momy cha terperasan time dia admit kat DEMC aritu. Macam ade benda "puncak putih" atas gusi. Memula ingatkan kulat ke apa? After that cuci punya cuci 'benda' tu still ade. Pastu baru realized it was his 'first teeth'!. Alhamdulillah. Seawal umur 6months ++ Mikhail dah tumbuh dua batang gigi kacip bawah sekaligus. Ingatkan lambat sikecik ni nak tumbuh gigi... ^___^

What i've done after Mikha have his first tiny teeth? Momy cha letakkan teether dalam freezer. At least for 10mins. Biarkan sejuk sedikit and after that bagi dia gigit. Or else, puri epal/pear homemade, momy cha akan letakkan dalam freezer dulu, bagi sejuk dan suapkan sedikit ke Mikhail. As we all know, benda yang sejuk boleh beri at least small relieve for him. Kena benda yang sejuk pada geraham yang gatal atau bengkak akan kurangkan kesakitan gigi pada baby kita. Insyallah.

Itu belum cerita kisah, berus gigi, ubat gigi lagi. Tapi for the beginning, momy cha cuma lapkan dengan napkin basah dulu. Belum tahap nak beli berus gigi untuk Mikhail lagi. Lagipun, gigi baru tiny-tiny, kecik molek jer. Hehehehe...tayah teruja ter eksaited lebih sangat kot? Hehehehe...

After mengumpul banyak ilmu didada, barulah momy cha tahu bahawa pertumbuhan gigi bayi adalah mengikut keturunan. Bermaknanya, jika parents cepat atau lambat tumbuh gigi, baby akan mengikut jejak langkah kita. By means, dulu-dulu mesti momy cha atau baba Mikhail tumbuh gigi cepat. Sebab tu lah at 6months Mikhail dah ade gigi...

I think that's all for today. Lepas ni, lagi gigih momy cha nak prepare baby food ke Mikhail. Mentang-mentanglah anak dah ada gigi kan?kan?kan?.....Tapi nak suruh dia posing tunjuk bukak mulut tunjuk gigi, susah kemain. Lagi kita suruh lagi dia katup rapat....Sombong nyer! Huh! tanak kawan.....

#raya boleh makan ketupat+rendang opah yeay!#

muka maintain seyes, even tengah tido. bukan sebab sakit gigi, tapi sebab baru lepas kena cocok 6bln semalam...huhuhuhu! lambat cocok sebab awal bulan demam memanjang....+___+

oktengsbye!
momycha.

26 July 2012

Bermanfaat untuk sekalian parents!

sekadar perkongsian ilmu untuk hari ini. Insyaallah boleh dipraktiskan!

oktengsbye!
momycha.

25 July 2012

Gambar peram-masyam!

Sambil menyelam minum air, pernah dengar kan pepatah tu?
Sambil buat keja main facebook / update blog / beli barang online...pernah dengar tak pepatah baru ni? Hehehehehe...

Nak tulih entry Mikhail masok hospital lagi. Tapi ape ke hal 3 days in a row momy cha nak keluarkan ceritera yang sama?. Boring kot!

I dah korek-korek folder picture 2012. Tetiba teringat terperam gambar time kami sekeluarga pegi Floria a few weeks ago. Bukan pergi Disneyland pon, tak perlu teruja sangat kot, momy cha? +___+

Pergi Floria umpama pergi melawat muzium bunga. Bezanya muzium sunyi sepi, tapi Floria..umat manusia ramai sesangat. Bila dah pergi tang ujung-ujung hari Floria berlangsung, bunga pon semua dah layu. Yang kaler pink dah bertukar kaler koko. Yang kaler merah dah bertukar kaler hitam! Hilang mood berfloria.

Sebab pegi sekeluarga (rujuk para 3 diatas) tokleh nak fefeeling bercinta sangat. Kalau tahun 2010 berfloria berdua, time tu tengah jadi pakwe, makwe, tahun 2011 berfloria bersama keluarga mertua, tahun 2012 berfloria bersama keluarga sendiri. TELENOVELA sangat kan??? Hehehehhe...

Summarize pasal Floria ni.
1) Ada maskot boboy boy
2) Ada lambang 1 Malaysia diperbuat daripada bunga-bunga
3) Ada banyak sangat pokok bunga kertas
4) Ada ramai orang pakai tudung Fareeda macam momy cha...
5) Ada jualan pokok bunga, belon etc
6) susah nak carik paking, terpaksa paking di Masjid Besi lepas tu menapak jauh semata-mata untuk tengok bunga yang dah kering dan layu...(macam lirik lagu tak?) hehehehe...
7) Yang bawak baby tu, next time lupakan hasrat berfloria sebab baby anda akan meraung kepanasan dan berpeluh tak selesa! #kisahbenar#

Moral of the story: baik duduk depan tv, lepak makan cikedis sambil layan anak. Sekian!

steady jer anak tengok tasik buat first time!


kover idong tak mancung tu skit wahai hero-hero ku..hahahahah!

sesi mikhail terbanggg...

motip wahai anak ku buat muka panda?

last but not least..baru ade pic mama...malu ar!


oktengsbye!
momycha.

24 July 2012

Tolong....doakan si kecil ini...

Tak tahu nak mula dari mana.

Hanya nak mengharapkan si anak kembali sihat seperti dulu. Itu saja harapan seorang ibu. Maafkan mama, lahirkan kamu dengan serba-serbi kekurangan. Dari segi zahir mahupun batin, mama tak beri yang secukupnya untuk kamu.

Mama tak berharta seperti orang lain. Cuma mama dan baba akan terus pastikan kamu sihat. Macam baby-baby yang lain jua. Mama rindu keletah comel kamu, mama rindu segala-galanya tentang kamu yang dulu.

Jangan sakit lagi. Walaupun mama tahu ini ujian dari Allah SWT. Mikhail kena kuat....insyallah cepat sembuh.

"Ya Allah, kau sembuhkanlah penyakit anakku ini, sesungguhnya semua kekayaan didunia tak mampu membeli kebahagiaan seorang ibu kepada anaknya yang sakit"
oktengsbye!
momycha

20 July 2012

Mikhail admitted again +___+

ssearerQuick update!

 Thanks to DEMC for superb wi-fi that been provided to their customers.
#so i dapat update my story here#

Itu bukanlah kemuncak cerita momy cha. Yang kemuncak nya adalah Mikha
was admitted to DEMC Specialist Hospital again. Berat tapi itulah dugaan menjelang bulan Ramadhan esok.

Sedih sangat sebab kunjungan untuk berjumpa Doctor Koshy (Paeds) semalam, ending with this. After gedebak-gedebuk with all the procedure, Dr. Koshy claimed that Mikha might terkena asma/lelah due to batuk berterusan selama 4minggu and bunyi hembusan atau pernafasan kahak yang sangat kuat. All mothers i beat, noe this very well rite? Yang bila anak kita menangis pastu ade bunyi kahak tersekat macam tak keluar tu? and then bila bernafas macam ada bunyi kahak tersekat-sekat and hingus hijau pekat+tahi mata yang banyak. Guys! beware of this symptom. It might ending up causing your child has to use inhaler for the whole life! Jangan memain okies.... +___+

What treatment did Mikhail get here?
Fir,t consultation with Dr. Koshy
Second, admitted to ward and nebulizer every 2hours for 5mins each session + kena makan ubat

Add caption










Third, phychoterapist session included (dimana Mikhail di balut dengan blanket dan ditepuk-tepuk belakangnya untuk mengeluarkan kahak yang banyak) - good and effective ways mother out there! trust me ^___^

My last advise is........Luaran anak yang sihat tak bererti dalaman juga sihat kan?

oktengsbye!
momycha.

19 July 2012

My Painkiller ^___^

inilah dia "PAINKILLER@PONSTAN" yang paling berkesan untuk mommy cha ^___^

#maafkan momy cha, sebab hari-hari muka mikhail jadi penghias kulit entry momy cha#

oktengsbye!
momycha

18 July 2012

Wednesday With lots of wordsss!



Hi Rabu!
Momy cha copypaste sajak ni, dari blog seseorang yang lucu bangat ^___^ but rili i adore her, tak perlu bermegah ape pon, sebabnya semua yang kita ade nih hanya PINJAMAN didunia semata-mata!

dejavu seorang ibu (bukan DEEjavu di Kinabalu okies!)

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu basuh botol susu anak
selama anak itu membesar..

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu bergegas masak
bila2 masa anak anda kelaparan

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu multifunction
yakni sebagai ibu, bibik, cikgu, pencerita, pendengar cerita yg sama utk 30 kali dll..

menjadi seorang ibu
bermakna
keperluan anda nak pi facial muka yg mula berkedut
dan juga membeli kasut baru
jatuh ke tangga 142 dan 143 dalam senarai
yg mana
tangga 1-100 adalah list utk anak2 sahaja

menjadi seorang ibu
bermakna
anda memikirkan manusia lain iaitu anak anda
selama 25 jam sehari
iaitu tambahan sejam dalam mimpi
(*eh sukahatilah i nak gandakan masa di dalam mimpi..*)

menjadi seorang ibu
bermakna
anda akan melalui
rutin yg sama
bangun pagi, siapkan anak, hantar ke penjaga, amik, masak, tidurkan
selama mana anak anda itu membesar di depan mata

menjadi seorang ibu
yang bekerja
bermakna anda akan menanggung rasa bersalah
seumur hidup
kerana menghantar anak anda untuk dijaga oleh org lain
entah dorang sayang ke tak anak kita tu..

menjadi seorang ibu
bermakna
anda terpaksa biasakan diri hidup dlm rumah yg bersepah dgn permainan

menjadi seorang ibu
bermakna
anda rasa ngeri bile ingat saat nak melahirkan
tp rasa bahagia bile tgk muka anak for the 1st time
and for the rest of their life

menjadi seorang ibu
tidak bermakna
kita perlu menjadi kaya
utk membahagiakan anak
cukuplah kaya dgn kasih sayang
(*ayat menyedapkan hati diri sendiri tak kaya.. wakaka*)

menjadi seorang ibu
adakalanya membuatkan anda nampak sememeh
bile tudung senget ditarik anak
dan seluar lencun kena susu tumpah

menjadi seorang ibu
tidak bermakna
i perlu menjadi perfect mum
yg tak marah anak, or pukul anak bila buat salah..
senyum sokmo bile anak buat peel..
tak perlu perfect gitu..

menjadi seorang ibu
menjadikan anda tidak lagi adventurous
kalau dulu buleh travel melebihi 2 marhalah anytime
sekarang jadual anak belajar, tido, harus diambilkira
menjadi seorang ibu
mengingatkan kita
bahawa tuhan sgt mengasihi kita dengan mengirimkan
jiwa2 kecil yang membuat kita sibuk sentiasa

jadi Tuhan maafkan aku
kalau aku ada mengada-ngada
aku harap doa jiwa2 kecil itu
membuatkan Kau memaafkan aku.. 


oktengsbye,
momycha!

17 July 2012

Outing to PARK! Jomssss....

Kami jarang bawak Mikhail pegi shopping mall. Both of us lebihkan outdoor activity kepada Mikhail.

Bukannya apa. We ols tak mau Mikhail jadi terlebih shopoholic! Lelaki sejati, katanye. Should avoid places yang tak berapa sesuwei....untuk mak-mak boleh ler kan?

Last week, kami exposed Mikhail ke taman near our house. Area Putrajaya jugak. Cool place! Tempat berekreasi, tempat beriadah, tempat main badminton, tempat makan durian secara open, tempat ajak geng-geng lepak, tempat jogging, tempat lepas anak-anak lari ke padang, tempat anak-anak meet new friend dan main dekat playground dan tempat photoshot untuk pengantin. All-in-1!

the Park-Ju-Song!

FREE open-park bersebelahan Hotel Shangri-La Putrajaya ni memang best. Sejuk + tenang! Lagi satu taman nih tak berapa crowded macam kat area Dataran Masjid, Putrajaya tu. Dah le paking pon susah, pastu time cuaca panas terik, satu inci angin pon tak rasa wei. Panaih!

jap tengah pikiaq macam ne nak pi join abam-abam&tatak-tatak nie

yeay!

Momy Cha saje exposed Mikhail dengan crowd. Dengan suara budak-budak, abam-abam dan tatak-tatak besar-besar. At least dia tahu untuk berkawan dan bersosial. Yela, hari-hari asyik pegi balik taska. Boring kot kan? Tak kena langsung udara kat luar, tak exposed dengan new thing mana minda nak berkembang pesat, ye dop?

ade orang cakap rambot anak aku macam ace venture! cissss! beckam okeyh!

muka stressmaknak!

air liur cover-cover skets!

hon-hon-hon!

mengecil sedikit semenjak demam+flu

buai laju-laju ye boboy mama ^__^

aktiviti korek-korek tetap WAJIB buat kan?kan?kan?

muka masuk ke zaman kemengantukan +__+

hehehe...main gelongsur! yeay!

Nak bawak ke USS belom mampu lagi. So, kita pegi park yang free-free dulu ye sayam. Nanti next time ade durian runtuh ke? opah nak belanja pegi Bandung ke? Kita ikut yer?...opppsss! ^___^

instead of daddy, mulut dia dah ber "bababababababababa" so kita tukar ke baba la pulak! ^__^

fun at the park, mama!

tata, will come again here...tunggu bila daku dah dapat kaki nanti, boleh lari-lari-lari...tungguuuuu!!!!!

Moral of the story: He enjoyed every single minute at the park. Bulat-bulat mata dia tengok budak-budak main permainan kat taman tu. Cuma nya dia mengantok, odw balik terus terlena dalam kereta....alahai anak! Anyway, new experience for him rite???

HAH! expose gambar anak aku banyak sangat la pulak kan?....hihihi! ade ku kesah? 
lalalalalalalalalala ^___^ 
p.s: gambar mak tayah le sebab gambar mak sgt tinggi nilai KEINDONESIAAN nyer, kuikuikuikui

oklahtengsbye!

salamsayang,
momycha.

16 July 2012

Homemade Baby Food Enibodi?

Salam Satu Malaysia! gituuu....

Baby food, kena ke buat sendiri? Persoalannya disini, sebagai mak-mak orang yang dah bekerjaya cukupkah masa kita yang ala-ala terhad ni untuk merajinkan diri ke dapur buat mashed potato? bubur nasi? parut epal delicate-delicate? stim ikan & ayam buat sup? rebuih karot, bronkoli? atau main lenyek-lenyek je makanan ready made yang sekumpulan dengan cerelac, biskot Farleys Rusks etc. dan suap dalam mulut baby kita? +____+

Pekerjaan kita mungkinlah tak se besar seseorang berjawatan MD di company gergasi terkaya didunia. Tapi "pekerjaan" kita sebagai ibu, isteri dan surirumah sememangnya memerlukan tanggungjawab yang besar, yang melebihi seorang MD kan?

Bayangkan ko kat rumah, laki ko nak makan...ko jugak yang masak kan?

Bayangkan anak ko tengah demam panas...ko jugak yang nak jadi nurse bagi ubat-ubatan kan?

Bayangkan rumah ko bersepah, ber "lengaih", berselerak....ko jugak yang kemas kan?

Bayangkan baju berhari-hari tak basuh...ko jugak yang jadi tukang dobi, basuh+sidai+lipat baju kan?

Itu belom kira jadi driver hantar anak pegi Nursery, klinik, jadi makcik cleaner tukang mop lantai, jadi pembancuh kopi/teh tarik/neskepe hangat pagi-pagi, jadi PEON/runner hantar ubat yang tertinggal kat taska anak, jadi fashion planner rancang baju raya anak, somi, belom kira hari-hari angkut dukong anak seberat 10kg dari car park ke rumah yang nun di hujung jauhhhhh daripada lif..hoh..manalah datang semua strengthness seorang wanita ni kan?

Berbalik kepada cerita baby food. Biarpon dulu-dulu berfikir bagi cerelac jelah senang, mudah dan jimat. Lately pandangan ku itu dah mula berubah. Gagahi jugak bangun seawal 4.30am setiap pagi untuk menghasilkan makanan dari air tangan seorang ibu. Gagah kan momy cha?

Menu untuk Mikhail mudah dan ringkas. Biarlah ringkas-ringkas dik, takkan lah momy cha nak serve spagetti bolognese, lasagne, fettucine, pizza mushroom supreme kot kan?

Nak tahu Mikhail suka apa? Kentang putaq the most! Alah takyah nak putaq sangat just, lenyek-lenyek after stim...kejap je dah dapat mashed potato yang gebussss u ols! Besides mashed potato, dia suka sweet pumpkin senang cite labu yang kuning yang shape cantik tu. Pastu bubur nasik dengan lauk ikan bilis blend halusssss. Memang his all time faveret tau!

Kalau u ols tengok tools untuk baby food preparation dari momy cha mesti semua #fengsan#. Hewhewhew!

Tak mampu beli Avent stimmer bagai, yang aku pakai cuma periuk kukus, grill,panggang,kukus,grill,panggang ^___^ Ala, periuk kukus 3 tingkat tu..yang mak-mak.opah-opah kita pakai tu? Hewhewhew...old school kan? Kami kat Utara panggey "Pelengat" jangan tanya pasaipa, itulah what Utarian called this thingy...

Momy cha buat makanan Mikhail pon pakai instict. Agak-agak sesuai untuk baby hadam, makan..momy cha buat. Guna lah naluri seorang ibu, nescaya resipi u ols mesti syedap....Lagi satu dont't ever give ur baby seasoning (gula ke+garam ke) dalam food dia, until he/she is 2 years old. Remember that! Nak tahu nape? Sila lah google....malas nak cite.

So, for this entry let's cekidout what I've made especially for my baby. Semua nya main kukus saje. Baru ku tahu kukus is much more faster than rebus-rebus to soften baby food. #facepalm# +___+

Oh! ya, for what baby can eat, momy cha banyak google and bertanya para ibu-ibu lain yang lebih banyak experience. Jangan malu bertanya, sah-sah ko sesat jalan kan? Disini momy cha bukan memperlekehkan cerelac ke atau anything yang bersamaan makanan dalam tin for babies, I'm using it too..in case terlebih rajin boleh lah jadi mastercep didapoq tu, asyik nengok kat tv jer cer praktiskan sket dop? Angah RL pon ley masok final tau...ni ape kan lagi kita kan?kan?kan? ^___^

Mummies....this is where my effort has gone early in the Mornim ^___^ - tiring but enjoying all the moments......

Nota kaki: kalau dah terlewat banguns tidurss, cerelac banyak jugak membantu kan? #huh...aptb!#

bekalan mikhail ke sekolah

this is pumpkin, momy cha lenyek-lenyek after kukus

this is soup ikan merah, jangan lupa blend dulu before bagi ke anakanda yer

taraaaa....gigih tak?gigih tak?

lekat-lekat nama dia lagi

all in 1, epal+kentang+pumpkin+ikan merah dalam pelengat

nah pelengat @ periuk kukus chap payung, avent-avent tak main..huh!

bukan megi mi, kentang jadi gini sebab I lenyek atas tempat perah santan...errr? ade nama saintifik tak untuk tempat tu?

super duper halus, jiran-jiran momy cha agaknya dah menyumpah sebakul or berbakul-bakul sebab 3 hari sekali wajib I blender ikan bilis cenggini..agak-agak sekali blend bapa lama???

sweet pumpkin for breakfast

LUNCH = nasik+bronkoli

last but not least, sebab momy cha agak fussy, so sokmo lah I tulis "surat chinta" utk babysitter Mikha, siap ade REMINDER lagi u olsss...haa....ibu mithali sesangat ^___^
 So, mummies JOMSS selinsingkan lengan baju anda semua and.....1,2,3...gooooo!

Salam sayang,
#momycha#

09 July 2012

Pakwe dah 6mons today!

Isnin sudah mariii....

Hari ni, Mikhail genap 6 bulan. Hari yang tertunggu-tunggu oleh ramai ibu bapa. Hari kita dapat "green lite" untuk suapkan makan/solid food untuk anak-anak kita kan?

Alhamdulillah. Pasni takder dah momy cha takut-takut nak suap Mikhail makan baby food :)
#padahal dia dah lama start makan# opps! atas nasihat Paeds dia okies....

Dia belom "jab" for 6mons, sebab dia demam+batok+flu :(
Jadinya, pegi ambik ubat, check-up biasa saja and timbang jugak. Guess what? He's already 9.5kg at 6mons. Syukur, alhamdulillah...dah besaq anak mama sorang ni.

Mikhail sudah 100% bersusukan formula. Maaf anak, bukan mama pemalas pam. Tapi susu momy cha dengan sendirinya kering sebab dia tak direct feed sejak dari 3mons dulu. Apakan daya ku....? Cuma sempat bersusu ibu selama 5mons sahaja. Sobs-sobs-sobs!

Apa pon, tiada lebih lagi kegembiraan selain melihat perkembangan anak dari sebesar tapak tangan sehingga kini. Bukan mudah untuk mengandung, melahirkan dan membesarkan "amanah daripada Allah SWT" ni.

Tak kisahlah anak momy cha gemok ke, kurus ke, tembam ke, tak tembam ke, putih ke itam ke kelabu ke, idong penyek ke, idong mancung ke, mulut terjuih ke, mulut angelina jolie ke, comel ke tak comel ke, hensom ke tak hensom ke, pakai baju branded ke baju pasar malam ke..... yang penting dialah racun penawar duka lara momy cha dan dady erie selamanyerrrrrr.........^_____^

#love u eternity#

mola-mola baju lagi besaq dari tuan...@ 1 mons....

sekarang tuan lagi besaq dari baju....@ 6 mons...

nak sama besaq dengan dady dah pon :) sampai tak muat kancing baju....his-his-his!

salamsayang,
momycha!

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...