Iklan

Sharemyloves Geng!

20 June 2012

Jom masok sekolah!

Esok tolong jangan rindu blog mommy cha.
Akan sunyi sepi sebab perlu ke kursus, tapi sehari saje. Sebelah building je pon. Kat Jabatan Perdana Menteri. hikhikhikhik :) dasar pemalas. Kursus Pemantapan Diri tau, sebab diri belom mantap kot? Still lack here and there, sebab tu asyik kena PIJAK dengan pelbagai jenis manusia, hiss-hiss-hiss!

Tutup kes PIJAK. Bukak kes kembali semula ke sekolah. Sapa nak pegi sekolah? Mikhail ke? Jangan excited sangat, budak tu baru 5 mons, yang dia tau nganga tengok babytv, kelip-kelip mata tengok iklan tv. Huh! itu saje.

Im going to start my class for this new semester. Bestnye! Sudah lama mommy cha meninggalkan alam pengajian sejak cuti bersalin. Cis! terlepas satu semester tau, dah terkebelakang berbanding kengkawan lain. Sedeyh nye.

Ahad ni bermula my first class. This semester sangat kedekut, ambil cuma dua subject berbanding last-last semester. Bukannye ape, rindukan anak. Takut nak tinggalkan lama-lama dengan erie. Hahahaha! alasan pemalas....Bukan ape u ols, sejak berbaby nih, mommy cha perlu sesuaikan diri dulu. Nanti mana nak kejar final exam, mana nak kejar study lagi, test, quiz, assignment kan? Dibuatnya anak meragam demam ke, nak tumbuh gigi ker, senak perot ker, tak ke ke laut study mommy cha nih? Semua nak buat all in 1. Kata nak maintain 4flat....phui!

Untuk yang kurang tahu pasal study mommy cha ni, actually I adalah seorang e-pjj student di UiTM Shah Alam. I ambil diploma saja, course apa? Bior le resia....Seronok tau sambil bekerja, sambil belajar ni. Dapat banyak sangat experience. Dulu time mommy cha mula-mula start belajar im still anak dara gitew. Belum berpunya..! Phui! tipu sudah berpunya dan kekasih hati merangkap orang Shah Alam jugak, tu yang rajin nak ke Shah Alam hari-hari. Hiss-hiss-hisss :)

Tahun ni adalah semester ke-6 mommy cha. Padahal dah nak habis tapi disebabkan mommy cha bercuti hari tu jadinya sudah terlambat satu sem berbanding orang lain. Sedih tau. Bestnya belajar kat UiTM nih semuanya in English. Lantak la broken english ke, Malayenglish ke, english cabok ke janji english memang core language.Sebab tu kalau subject BEL (English) nak score A saja. Subject carik makan...selain subject yang banyak tolong untuk naikkan pointer i, u olss...

Selain English, mommy cha sangat suka subject PAD (politics) hoi! hantu kot subject-subject membaca ni. Tapi kalau subject kira-kira, memang cepat je jadi dungu. Ish mambang mana tatau la rasuk mommy cha time belajo kira-kira nih..tak suke memanjang! huh!

Rasanya macam banyak auta dari fakta entry nih, sebab nak balik cepat-cepat ambil hero dekat nursery pulop. Sampai ketemu di hari Jumaat yang hening yer u ols. Till then, astalavista bebeh!

meja study dah jadi zoo, ade anai-anai, semut api, sarang lelabah, tebuan ~lalalalalalalal~ :) mikhail masuk pon boleh sesat nih ;p

Salamsayang,
mommycha!

6 comments:

Erina Asmawani said...

All the best mommy cha ;) gindu kat uitmsa tetiba..hehe

Mimie_Zatun said...

gud luck mommy cha..

Mimy Hamid said...

selamat belajar...rajin adik rajin..rajin la belajar bila besar nanti mikha turut serta..hihihi

amirah said...

good luck cha..tabikla kat orang2 yg rajin nak belajar lagi walaupun dah ada si tecik..

~ NANA ~ said...

wahhh bagusnya...gud luck k :)

ieda said...

gud luck dik
dan selamat kembali belajar ;)

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...