Iklan

Sharemyloves Geng!

25 June 2012

Fleshback!

Bila keluar jalan-jalan semua orang tegur...

"Amboi lebatnya rambut baby, pakai apa?"
"Eh! tak cukur botak ke baby awak ni lagi?"
"Mesti ikut rambut ayah dia lebat ni?"
"Pakai petua apa kasi rambut lebat?"

Boleh tak nak cerita kat belog saja pasal kisah rambut Mikhail Riefqee ni. Sebenarnya, bila lahir-lahir saja memang rambut dia dah segedabak banyak. Hoh! Patut ler mommy cha asyik rasa geli-geli nak terkencing saje time preggie. Hehehehehe :)

Bila tengok live masa lahir, humang aih...banyok bebenor rambut anak aku nih. Yelah kat dalam perot mana nak cari salun gunting rambot pulop kan? hisss! ;p
Mengikut ramalan mommy cha, rambut lebat mikhail ini adalah keturunan dari diri saye sendiri. Kalau tengok rambut opah Mikhail, fuh! #fengsan# lagi lebat! Kerana ketebalan rambut ini boleh diwarisi jadinya, kini Mikhail sah-sah mewarisi gen rambot mommy cha. Hehehehehehe :) Bukan dady nye eh...no/no/no/no/!

Mikhail nih dah selamat dicukur botak kepalanya pada 5.2.2012 (Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW). Time tu mommy cha memang tengah pantang. Rambut tengah bersanggul pacak lagi u ols...Cuak bila tengok anak nak kena cukur-cukur kepala pakai blade yang super tajam tu. Hadoiyai! #stressmaknak#

Dah la mak aku tanak tolong pegang. Dia cakap, anak sendiri, jadinya sendiri pegang hehehehehe :) Maksud tersirat tu mama aku suruh aku belajar berdikari sikit, takkan skit-skit panggil dia kan? Berbalik kepada citer cukur Mikhail, yang tukang cukur nih mak bidan kampung. Dia punya skill cukur memang tahap tabik spring kata ko! Sekali zass-zass kot tu, kot ni, sat jer licin kepala anak aku! hom...terel!

Tapi ade satu incident best, sebabnye mak bidan nih tak boleh terus nak direct cukup pakai blade. Dia mintak aku gunting untuk gunting dulu rambut Mikhail, disebabkan rambut dia memang tebal..hehehehehe! Pastu disebabkan baby pulak time tu nak merengek..uweekk-uweekk-uweekk nangis kena lah umpan "Miss B" (bak kata kumpulan ibu menyusukan KIM) kat Mikhail. So, sambil kena cukur, sambil isap nenen...hehehehe. Gorgeouslah sangat anak mommy cha kan? ;p

Mak bidan nih memeng teliti betul kerja dia. Memang high-rekomen lah kalo sesapa duduk area kampong mommy cha. Terbaik pulop style dia cukur...Ade mommy cha dengar orang tua-tua cakap, nak anak rambut lebat tengok cara orang cukur, kalau orang tu cukur silap tu yang rambut tumbuh sejemput-sejemput tu...Selain dari masalah baby 'makan bantal' kan?Oh lupa...majlis cukur ni juga diadakan tidak rasmi pon, bila ade cuti terus kami buat. Ada jugak in-laws family yang datang nun dari Shah Alam. Pastu tak ikut adat sangat dengan upacara menimbang rambut dengan gram bersamaan dengan emas tu. Tak buat langsung okies :)

Alhamdulillah after cukur tu, rambut Mikhail mencacak dengan jayanya. Ade jugak kes makan bantal kat Mikhail tapi sikit saje, pastu terus lebat dan lebat dan lebat lagi. Sehinggalah sekarang mommy cha ade bawak dia trim sekali sebab dah panjang menyucuk telinga. Dan mebi akan di trim-trim lagi mengikut keadaan persekitaran..hehehehehe :)

hehehe..mikhail agak ireng (gelap) time nih kan?

after dicukur botak :)


dah tumbuh rambut sket :)
makan bantal belah tepi :)
sekarang :)

Secara kesimpulannya,setelah anak dilahirkan:

Hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.
Abu Rafi meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:

" Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a"
(Riwayat Abu Daud dan Termizi)
Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:
"Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya".
( Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa)

Salam sayang,
mommycha!

6 comments:

Aida78 said...

ireng jawa yerk ehh...momoy cha...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

hensem nya anak mommy cha !

Mommy_Cha said...

ireng bukan jawa aida...tapi banjar :aku pelik nape byk komen tak masok kat sini walhal kat BB nih dok update byk pasal komen entry nih ? konpius jap...!

Mommy_Cha said...

alhamdulilahh...moga sentiasa sehat hendaknye anak mommy cha tu :)
tengkiu yer yana....

izla said...

comelnya...
macammane nak bagi zarif rambut lebat jugak..
#macammacamminyakdahtaruk

mrs kayrul said...

sama tarikh la cukur rambut...hadif pun jenis lebat dan cepat berpeluh..panas kot rambut lebat sangat

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...