Iklan

Sharemyloves Geng!

29 May 2012

Mikhail & Nebulizer :(

Bertimpa dugaan lagi.

Patutlah semenjak dua menjak nih Mikhail susah sangat nak tido malam. Asyik merengek dan meragam malam sampai ke pagi. Both mama & dady sudah tidak tidor lena semenjak Mikha merengek setiap malam. Terpikir gak mommy cha kenapalah anak aku ni? Kembong perot ke? Lapar ke? Tak cukup minum chu-chu ke? Sakit ke? Kalau sakit ape sakitnye?

Semuanya terjawab hari ini. Sebab rasa tak sedap hati dengan keadaan Mikha yang selalu flu, berkahak, susah nak bernafas, kerap berpeluh, susah tidur malam, kurang selera minum susu so, mommy cha bawaklah Mikha ke DEMC. And Mikha..sah-sah POSITIVE kena Bronkitis (jangkitan kuman pada paru-paru).

Sian dia. Terkesima sekejap bila Dr. Koshy (Paed) bagitahu Mommy Cha sakit si mikhail ni. Eventhough this is a normal symptom among babies tapi tetap lah Mommy Cha risau. Yelah kan kena dekat anak sendiri. Mana tak risau. Actually Mikha dah berkeadaan ceni since last week lagi. Susah betul nak tidur malam. Mommy cha sebab tak ade experience kan jadi ibu-ibu nih, so mommy cha anggap nih normal lah for babies kalu nak berubah bulan. Sekalinya this is NOT normal okeh!

Lepas detail check-up dari Dr. Koshy tadi. Dia ade jugak tanya dah lama ke Mikha flu, berkahak ceni. Yeap..mommy cha cakap nearly 1 week. Pastu sah-sah kena sound dengan Doktor, kenapa tak check-up awal-awal. Alahai dah jumpe MO (medical officer) Ahad lepas, yang bestnye dia cakap cuma demam biasa untuk babies dan sarankan untuk bagi paracetamol saje. So I keep thinking this is normal lah! huh!

Nasib baik Dr. Koshy dapat deteact awal. Dia cakap bronkitis ni ada banyak tahap, dan Mikha baru nak kena tahap awal kiranya stage 1. Still belom teruk lagi. Tapi ubat nya memang tak lain tak bukan, kena sedut guna Nebulizer! Oh...tuhanku. Sampai cenggitu sekali rupanya pulop. This is what i regret the most....keep believing that my son sickness is NORMAL... :(

Sebab dah kena sakit ceni, so Dr. Koshy advised untuk rent nebulizer machine for 2days. Mommy cha cuak giler sebab tak tahu langsung nak guna bendalah ni. Tapi after nurse ajar...insyallah boleh kot? fuhhhh....Pastu every 3hours memang kena on machine supaya Mikha boleh sedut ubat gas dari nebulizer nih. Poor u sayam....

Deretan ubat untuk Mikha memanglah banyak, dari antibiotik, ke ubat kahak, ke ubat flu, hui macam-macam jenis hado. Sian pulak ke baby tecit-tecit dah banyak sangat ubat nak kena makan. Ni pulop sebab nebulizer kena on for 2 days kenalah mama & dady bergilir cuti-cuti mesia jaga Mikha kat rumah. Takkan nak harap babysitter kat taska pulop kan? Alahai...

After 2days nanti, on 31/5/2012 wajib jumpa balik dengan Dr. Koshy untuk tengok follow up & progress baby Mikha. Hopefully Mikha dah get well that time :)

So, last but not least meh la Mommy Cha share sekeping duo pics yang sempat daddy erie capture kat DEMC tadi. Nanti Mommy Cha cerita pasal jadi Nurse dekat rumah pulop yer. Adeh..menggeletar tangan nak bagi anakanda tercinta sedut gas dari nebulizer nih, sebab selama 31 tahun hidup tak pernah ku guna mesin gas nih..tengok pon tak pernah...huwaaaa! oh My english! :P

mola-mola dia siok, ralit nengok abam-abam main playground dekat klinik Paed DEMC tu, maap muka I serius i tensen anak i pon sibuk nak main kat situ..teruja sangat..padahal belom dapat kaki lagi tuh!

pastu dia dah cuak sikit sebab nurse pasang nebulizer tu, mama dia double cuak...
pastu dah start engine nak meraung dah....
and last..meraung macam hapa ntah..alahai anak sian kamuuuu :(

Nota kaki: Nasihat kepada para ibu, sentiasalah awasi kesihatan anak-anak anda yer :) opps! doakan mikha sehat yer unties-unties :)

Salamsayam,
*Mommycha*

 


25 May 2012

PESANAN MIKHAIL RIEFQEE BUAT MAMA


salamsayang,
#mommycha#

Mommy Cha Eksideng!

Fuhhhhh!

Jumaat kali nih adalah Jumaat yang TAK RIANG. I had an accident. Yeap! A motocylist bump into my car suddenly!
:(

Mujurlah Mikhail dah ke taska. Kalo tidak mau terpelanting anak aku tuh. Nak cerita pon tarak mood. Sebab  still teringat abang moto yang dah meluncur laju bak superman atas jalan tar, after terlanggar myvi aku. oh! tuhanku....(maapkan aku abang motor!)

Kalaulah aku tak patah balik untuk ambil pampers anak aku, kalaulah aku tak kelam kabut bawak kereta, kalaulah aku bawak slow-slow, kalaulah...kalaulah...kalaulah......

#kalaulah aku baca doa naik kenderaan dulu, mebi semua nih tak berlaku kan?#



 tuan badan menggeletar pon sempat update blog,
#mommycha#

24 May 2012

Masok workshop pulop?

Masok 'workshop'

Itulah yang terdaya mommy cha tulihkan :). Ape yang masok workshop nye tu? Bukan kereta myvi mommy cha tapi breast pump spectra 3 yang selalu I guna tuh. Susah wooo bile machine tuh rosak, rase macam separuh jiwaku pergiiiiiiii :p

Pulak tu, mikhail bukan jenis yang direct feeding. So bertambahlah susah. Terpakse meminjam medela manual pump dari my SIL. Rupanya bukan senang pakai manual pump kan? First time guna meleleh-leleh susu kat badan. Choi!

Patotla kengkawan mommy cha ramai yang komplen pakai manual nih lenguh leher...bila lepas guna memang lenguh sebab asyik nak tunduk tengok susu. Adoiyainyeponnnnn. For me much better guna electric pump. Senang, mudah dan cepat hehehehehe :)

Ok flashback balik cu citer pasai spectra 3 yang masok workshop tu. Mommy cha call Histopint (company yang memang servis untuk pump ni). Mudah sangat step nye. Memola call derang, pastu suruh derang pick-up kat opis (sebab ade servis pick-up pump). After a week derang akan call kita balik dan bagitau pump dah ready with certain amount (tertakluk kepada kerosakan pump kita itew). Dan despatch derang akan hantar kat kita balik. So, tak perlu lah menyusahkan diri untuk hantar pump kita yang rosak ke opis derang di Subang nun. Jauh la pulop ken?  :)

Bagi kes mommy cha, charge service cuma RM48 jek. Murah kan? Dan charge despatch is around RM30. Round total: RM78 jer. Fuh! selamat murah kan?. Masalah pump yang dikenal pasti adelah, susu sudah masuk dalam mesin pump. So sebab itu lah, dah blocking dalam pump tu. Hadoi! Patut le each time I pump macam tak suck betui-betui....Ish-ish-ish....

Berbalik ke manual pump nih. Sedeyh rasanye sebab production memang merudum jatuh :( selalunya dapat 3-4 botol penuh sehari. Ni nak cecah 3oz per bottle pon susah. Hadeeiiiii. Tapi patut juga bersyukur kan, sebab itulah rejeki dari Allah SWT. Kita perlu redha :)

So guys, let's cekedout the picturesssss :

lebeyh kureng ginilah pump nye sebelom rosak :(

ha..tu nampak tak ade tulih Histopoint tu, kol number yang tu kalo ade rosak ye kengkawan :)
ini saje hasil bila guna medela harmony manual untuk sekali pump :p

ok. tata:
momycha

22 May 2012

JJCM makan-makan

Entry baru lagi.

Maafkan saye, gambar yang bakal dipamerkan mebi akan menganggu 'sensitiviti' sesetengah pihak yang berperut keroncong :) dan terutamanya yang sedang berpuasa sunat di bulan Rejab. Especially buat kengkawan di Sektor Naik Pangkat, JPA, Putrajaya :). Tahniah kita telah berjaya berpose berjemaah beramai-ramai #seramai 11 orang yu ols pose serentak :) #.

Sabtu malam, kami sekeluarga lapar. Sebab mami cha pemalas lipas nak masak pastu kami sekeluarga decided untuk makan luar. Sekeluarga hanya 'consists' mami cha & dady ayie saje. Mikhail terkeluar list sebab dia belom pandai mamam.

Disebabkan memang dah teringin makan kat D'One steakhouse yang masok jjcm time Qi pegi last few months, before 2orang pengacara jjcm yang baru, yang kureng handal review makanan tu gantikan Qi. Kami pon secara relahati nak try rasa steak kat situ. Erm..mebi sebab Qi yang review these restaurant, kalo 2orang baru pengacara jjcm tu..tak kot teringin. Sebab 'COVERAN' makan sangat terserlah lelebih lagi bagi pengacara perempuan itu. hok olo...tak liur langsong nengok.

Mami cha makan mixed steak (ciken + meat), dady ayie makan mixed lamb (lamb + ciken). Pastu mikhail cuma minum chu-chu saja, dan selepas insiden dia tarik salad fresh ijau dari pinggan mami cha. Terus jarak kedudukan kerusi mami cha terpakse dijauhkan untuk elakkan insiden sama berulang. Yang bestnye, punya lah kuat dia genggam salad ijau  tu, sampai naik lunyai time mami cha korek dari tangan dia...ish mikha-mikha-mikha.

Jom sape nak makan kat sini, sudi-sudi kan lah ajak mami cha yek. Sebab daku memang antu western pood :)

maaf: punyalah try upload byk picca makanan tapi sejak pagi tenet line "weng" hanya ini terdaya di upload :(

moh! lakukan aktiviti masok jari dalam mulot :)
mami cha dgn mikha..
dady& mikha
lupa dah sape punye :)

21 May 2012

Jom cabut..larik :)

Entry Senin.

Dalam banyak-banyak hari dalam setahun, rasanya hari yang paling mommy cha anti sudah menjelma. Huh! tak suke sangat kalau ade jomheboh-heboh..jom-jom-jom, jom heboh-heboh kat Putrajaya, bersekali pakej dengan sambutan hari Belia Negara tu. Kompom, seluruh wilayah persekutuan Putrajaya akan jem-jem-jem. Sebagai wakil penduduk Putrajaya yang aman dan harmoni, saye tak suka bila kedamaian kami terganggu. #tetiba protes nak bawak sepandok# heheheheh :)

Oleh kerna rumahku, sorgaku sangat berdekatan dengan Presint 2, tempat bakal berlangsungnya majlis yang gilang gemilang itu, kompom ramai yang akan mai berhimpun kat dataran Presint 2 tu. Yang tak bestnya, sampai ke parking lot kuarters umah mommy cha pon penuh orang luar suka-suki paking. Ha! tak ke berangin satu badan kome?

Kat area luar jangan cakap la, memang akan banyak giles keta paking sideways menyebabkan berlakunya kesesakan traffic. huh! siok sungguh!. Pulop sebelah building kuarters kitaorang nih dah ade Petronas....ha...lagilah pack kan?

Dengar citer pulop lebih 500 aktiviti akan diadakan bersempena hari belia nih...ha kau! amik la, muntah aktiviti sudah :) start dari 23-27 Mei kompom Putrajaya sangat bizi.

So, warga Putrajaya...jom larik ke tempat lain hehehehe..Tapi nak pegi mana pulop yer? :(

imam muda mikhail nak lari naik perari lah :)

salamsayang
#mommycha#

18 May 2012

Hari Merah kami :)

Ini cerita 3 minggu lepas.
#flashback#

mama mikha, mikha & daddy ber kaler merah ang-ang :)


Kami sekeluarga pegi jemputan kenduri aqiqah kawan erie. Hari Sabtu tapi mommy cha dah lupa tarikhnye bila. Actually inilah kenduri pertama yang Mikhail attend. Cian anak mama kureng dibawak berjalan kan? :)

Kenduri aqiqah ni best. Ok. Kalau best tentulah dari segi makanan. Kalo decoration pelbagai hebat trang-tang-tang tapi makanan nye hado. Memang failed jugak lah kiranya hehehehe.

Kami sampai cun-cun time orang baru habis tahlil, doa, dan time makan. Lupa nak cerita background kenuri ni, actually aqiqah ni di organize oleh kawan erie, Faizal dan isteri nye, Sue. Derang buat aqiqah for their first baby, Zharif.

Zharif ni cuma beza beberapa hari dari Mikhail je. Tapi Mikhail belom berezeki nak buat aqiqah. Tunggulah dulu :) ye?

Bab makanan tentulah ade kambing, ade satay, ade ais kacang, ada nasi tomato, ayam masak merah, pecal, ayam goreng berempah wit habuk-habuk rempah, buah, jelly, and choc cake as the desert. Yummeh! ok!

Pastu bila time nak makan je, mommy cha rase hepi gile sebab ramai sungguh nak tolong mengasuhkan mikha. Hehehehe. Mak sokeeee! Padahal idok le aku kenai sorang pon yang nak tolong jaga tu. Cuma yang aku tau derang tu memang ahli sedara mara si Sue & si faizal nih :) 

Gambar pulop ade lah mommy cha suro kawan erie tulun amik kan. Nak suro orang lain segan lak. Pastu time nak amik gambo baby zharif, dia dah sedap tido dengan baju pon dah bertukar. Aiseh..tak sempat bergambo.

Rasanya entry ni, macam sangat tak betul segi tatabahasa nye. Ah! takpelah mommy cha dah ilang skill menulis sekarang, sebab skill jadi mama melebihi skill jadi penulis blog :)

salamsayang,
mommycha.

#taksukejanganbace#

17 May 2012

MALAS doh!

Salam semua,

Hurm..lama mommy cha tak hapdate kan? This month macam kelam kabut sangat-sangat. Dengan Mikha demam, dengan mama pon demam, dengan opah datang, dengan buat macam-macam aktiviti "RASMI" ;p
Oh! terlalu banyak list nak dibuat dalam bulan ni.

Harapan moga tiada aral melintang patah untuk rezeki seterusnya. Insyallah kalau ade rezeki, harapnya tiada ape pon halangan. Yeay! im waiting for that.... (:

Untuk para mommies yang sudi baca, mommy cha ucapkan thanks a lot. Dan untuk yang menyampah dengan ku, sila main jauh-jauh. Last advise from me: 

*once we're on the top. Not always we'll be on the top* ;p


mama & mikhail (mama wearing Germany Euro 2012 (away) jersey)
mama & mikhail lagi
daddy & mikhail pulak
daddy & mikhail lagi
p/s: pasni nak sokong team Germany pulop, harap-harap 'no heart peeling' lagi pasni sebab EURO 2012, tiada mengena dengan EPL langsung kot? *ahaks!*

09 May 2012

4mons and still susah mau tenyum!

Salam Guys!

yeay! tq mama jaga mikha time domam =)


Mikhail sudah 4mons today. Yeay!
Dah pandai meniarap. Selain dapat akai terjerit-jerit kalo time tengah happy hour dia. Tapi sementara nak mencapai angka 4mons tu siap la kena demam. Al-maklum ler nak berubah bulan kan? Macam-macam penyakit mai....

Bila baby demam, mak pak yang menggelabah jet kan?. Pulak anak sulung, pengetahuan nak handle baby demam memang ZERO!. Adus! Mikhail nih pulak jenis suka demam on & off. Sat-sat bila kita check temperature badan dia panas...pastu after 3 hours tu check lagi dah turun. Cuak gak la.

Pastu kan, kalo demam selera minum chu-chu jugak ZERO! Mana lah si bam-bam nih tak 'seroh' = turun badan dia. Tadi check up pon naik 500gram saje. So, total weight Mikhail for 4mons adalah 8.0 kg tepat. Cian anak mama nih dah tak bam-bam macam dolu-dolu....

Mikhail nih pulak cepat boring dengan sesuatu. misalnya chu-chu formula dia. Dulu dia seems ok dengan Anmum, pastu anmum pon tak dipandang nye sebab boring. Mommy cha lani dok try Dutch Lady pulop. Baru jer try 2weeks, pastu dah nampak dah dia minum main-main. EEiiiiiii geram sunggoh!

Susu ibu still minum, tapi Mommy Cha tetap lah sulamkan dengan formula milk in case susu mommy cha kurang ke hapa...takdelah mommy cha fening nak pikir susu ape nak ganti kat Mikha kan?. Pastu today mommy cha berhajat nak tukar ke Enfalac pulop. Kot-kot Mikhail mau ke susu tu. Since dari baby lagi dah bermacam susu try, malas nak list kan. Banyak sangat susu. Penat! hehehehe....

Berbalik kepada Mikhail dah 4mons tu. Bila badan dia panas mommy cha memang letak kool fever, selain letak kain basah atas pale dia. Ubat memang sentiasa on. Every 4hours la kan?. Yang paracetamol pink tuh. Lagi satu, memang sebab kureng pengetahuan pasal ubat-ubatan baby nih. Rupanya ada vicks for babies kan? Hohohoho. My bad....i really dont aware about that....kuang2x.

Vicks baby blossom tuh memang awesome lah! Bau pon wangiee jer. So, memang itulah teman terbaik Mikhail selain kool fever dikala dia demam. Hehehehe...At least boleh sapu kat dada dengan belakang dia kan? Bagi rase warm sikit kat baby...

So, itu sajalah after mommy cha EL 2days untuk jadi misi kat umah jaga anak demam. Yang pasti, bila anak demam mommy dia sekali pon rasa nak jangkit demam. Huaaaaa... aptb!

budok domam =(...maapkan mama yek sayang baju lain, suaq lain peten hahahahaha!


vicks for babies

comei tutup dia kaler pink

for babies 3mons up to 5 years

wangi pulop tu

mikhail riefqee punyo!

bestpren mikha dikala domam

Salam Sayang,
~mommy cha~

03 May 2012

Rock yaw!

Salam korang.

Aritu time preggie memang gila sangat kat rompers. Baju baby yang paling senang nak beli dan melambakss juai kat pasaran. Pastu bila adik mommy cha pegi Singapore, meroyan lah aku pesan suruh beli rompers kat USS tu. tak kira lah brand ape sekalipun.

Yang hado cuma adik mommy cha beli magnet fridge. Rompers katanya yilekkk!

Pastu kononnya buat suprise, tetiba adik mommy cha beli gak rompers kat Singapore tu. Tapi bukan USS punye lah, dia beli kat HRC Sentosa Island Singapore. Yesss! I kan kaki HRC nih. Tingat dulu time pegi HRC Penang. Amik hat tu tak kena, hat ni tak kena...hoi..semua nak amik lah! Hehehehe...Last-last amik yang mampu je noks. Yela kalo t-shirt dah beratus hengget, baik aku belanja adek-beradek aku makan seefood kat Penang jek kan? Takpon makan nasik kandaq beratoq ka..lagi sempoiii hehehehehe...

So, bila mikhail baru lahir, hati dah tergedik-gedik nak sarungkan dia rompers HRC tu. Tapi cakap dalam hati, sabaq dulu...biar dia besaq sikit hehehehe. Pastu takdan-dan (tak menyempat) dah after dia 3minggu kot, mommy cha sarungkan jugak kat mikhail. hehehehe.

Sekarang motif utama entry nih adalah, kena tulis motif kang ada orang cakap aku menunjuk pulak susah-susah....
a) untuk bandingkan gambaq first time mikha pakai rompers HRC ni
b) dengan gambaq lani (sekarang) memakai rompers yang sama.

Sorry guys, gambar kurang cantik sebab pakai kamera henpon cokia jer :( i kan orang miskin.....tak berduit.....

jeng-jeng-jeng

tengkiu pak kim, adikku yang hensom
time dia kecik-kecik baru 3,4 weeks cenggitu
ni dah darjah satu hehehe..last week time teman mama pegi sale tudung Fareeda Bangi, yang melaram nye anak, si mak tuh pakai baju murah-murah jek..hahahahaha!

*HRC = Hard Rock Cafe

oklah bye!

Kerana ikut nafsu..kan?



Ok. mood sentap!

Meh nak luahkan perasaan. Nak baca, baca tanak sudah!

Alkesahnya pasal status kat FB nih lah kan?. Kadangkala kita suka sangat update status tanpa pikir hati dan perasaan orang lain. Ok fine, masok syurga ke tak masuk ke itu bukan hak ko nak bagitau kat donia, mamat nih kompom masok surga, minah nih taleh masok syurga...Watever it is, bila kita nak menulis sesuatu atau meluahkan rasa hati harus dipikirin *dipikiri* hati dan perasaan orang lain juga.

Tak tentunya ko lawa, ko hensem, ko kaya, ko hebat semuanya ko betul kan?Paling aku rasa tak suka sekali everything yang sesetengah orang tulis pada status dia tuh seakan-akan menyindir kita. Hok olo...tajamkan lah sikit minda, dan tak teringat ke tentang phrase 'mata pena lebih tajam dari mata pisau?'. Dalam kes nih kita bercakap tentang typing status kita yang mungkin akan meretakkan sebuah perhubungan..misalnya hubungan sesebuah frendship? Kan? *muak pulak rasa*

Malas jugak rasanya nak menjawab status yang kurang 'intelek' tuh, tapi disebabkan status tuh aku rasa memang tak fair la untuk sindir-sindir aku. Hahahahaha hak tuiii! Jangan lah menunjuk sangat deknon. Ok aku akui, aku miskin, tak cantik, tak kaya, laki aku pon keje kerani jek. So what?? AAK!

Dah tersasar luahan perasaan aku tu. Yang penting, bila kita sekali mengata kat orang...seribu kali orang lain akan mengata kat kita! Ingattttt tu! Watever u do, u definetely will get it back..kalo buat baik..orang pon selalu buat baik dengan kitaaaa......

*selamanya harimau malaya* 
hehehehe :)




PIS NO WAR!


02 May 2012

Ustaz Don Mommy Cha...


#My Own Style Of Wordless Wednesday#




Salam wbt.
Panggey saye don...ustaz don mikhail =)
Muka saye masyam sebab mama pakse pakai kopiah, dah le time tu pukul 12.30 malam.
Padan muka mama, sebab saya buat perangai tanak tido awal.
Dan padan muka maksu sebab kena dukong saye round-round satu rumah.
Sape suruh opah dengan maksu pegi kenduri kat hotel tak ajak saye?
Saye pon nak jugak makan butter prawn dan dapat souveniour coklat 'patchi' tuh!
Hehehehehehe......dan 
Kepada semua kawan-kawan blog mama,
mama suruh tanye....
JOM KITA BUAT GATHERING NAK TAK? 
=)




Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...