Iklan

Sharemyloves Geng!

31 December 2012

Bye-bye 2012, Hai-hai 2013!

Rata-rata nya para bloggers menitipkan entry mengenai bye-bye nya 2012 dan welcome to 2013.
Eloklah momy cha jugak mengikut rentak jejak jejari-jemari yang sama....

Suka-duka sepanjang tahun, pasang-surut kehidupan di tahun 2012.

Januari 2012:
Tepat jam 3.15 petang, 9hb. Januari 2012, maka lahirlah Putera sulung  momy cha, Muhammad Mikhail Riefqee bin Zuhairie di DEMC Shah Alam. Cahayamata pertama pelengkap rumahtangga ku dan baba, setelah mendirikan rumahtangga hampir 2 tahun. Syukur, alhamdulillah!

Februari - Mac 2012:
Episode berpantang, episode berjaga malam, episode menyusukan anak dan episode menjadi seorang mama bermula. Bukan mudah rupanya...Ingatkan kalau baby nangis, sumbat nenen...nangis sumbat nenen...tapi hoi..yang kencing, berak selang 10 minit pon kena cuci tau. Patutlah "syurga di bawah tapak kaki ibu, yer?". Itu belum masuk bab sakit waktu operate lagi. Berpantang keseorangan di kampung lagi, sebab opah masih lagi bekerja. Tak mudah nak mengankat baby yang sebesar 4.3kg ke sinki, cuci berak, mandikan bila keseorangan. Hanya Allah SWT yang tahu besarnya pengorbanan ku ketika itu. Sampai kadangkalanya ku seharian tak mandi @ makan menunggunya opah balik dari kerja.

April 2012:
Kembali ke Putrajaya. Ditemani mama ku selama seminggu. Memantau cara ku menjaga baby disini dan, peluang untuk ku "uji kaji" dengan menghantar baby ke nursery. Berat nya nak berpisah dengan anak, namun memikirkan ku perlu keluar untuk mencari rezeki...ku relakan juga.Semakin hari, Mikha semakin ok. Rutin menghantar dan mengambil adalah tanggungjawab ku bulat-bulat, disebabkan baba perlu berulang-alik ke Shah Alam. Kelam kabut jugak rupanya walau baru hanya ada seorang hero ni rupanya....
Berkali-kali punch card hampir "merah"!
Hoh!

Mei 2012:
Masuk bulan kelima. Anak semakin membesar. Keletah pun makin banyak. Rutin membawa anak ke hospital jugak perkara baru bagi ku. Dulu nengok orang jer mengendong anak ke klinik untuk check-up....sekarang diri sendiri pulak. Semakin hari, semakin ku tahu selok-belok menjadi seorang mama. Bila anak beralih bulan, penyakit pon datang. Demam usah dikata, setiap bulan datang menjengah. Disebabkan itu peti sejuk di rumahku mengalahkan farmasi segala jenis ubat dari ubat demam, sakit perut, cirit, vitamin itu ini semua ada. In-case kalau ape-ape terjadi dimalam hari... Cool Fever jugak sebagai teman pengganti! Wajib dalam simpanan....

Jun - Julai 2012:
Kelasku di UiTM bermula. Dengan itu, bermulalah juga episode kembali sebagai pelajar. Ku tinggalkan anak, suami...untuk kembali menyambung pengajianku yang tertungguk selama satu semester disebabkan bercuti bersalin. Hati terusik melihat teman lama yang telah lebih advanced satu semester dariku. Tapi aku redha....demi keranamu duhai anak! Terpaksa ku melangkah masuk ke semester 6 bersama dengan para junior yang lain....
:(
Manakala Mikhail, telah di masukkan ke ward disebabkan penyakit lelah nya. 4 hari 3 malam kami berkampung di DEMC. Memulakan hari pertama puasa di DEMC. Tak sanggup rasanya tengok anak sakit lagi....sanggup ku ganti tempat ku untuk melihat Mikhail sihat semula....
Oh! my Mikha is starting to eat solid food now....And the solid food journey begins....!

Ogos - September 2012
Makin sibuk untuk hari raya. Masakan tidak, beraya kali ni sangat unik. Sempat momy cha beraya sebagai ibu. Sibuk memilih kaler tema untuk raya. Sibuk nak menyoping baju raya untuk Mikha. Biar anak bergaya...mak biase-biase pon takpe. Selamat kami menyambut raya di Parit Buntar, kampong ku.
Di pejabat jugak sibuk untuk perayaan kemerdekaan. Wajib segala itu ini. Wajib untuk pergi sambutan kemerdekaan. Disebabkan rasa tanggungjawab yang "meninggi" momy cha berpeluang jugak ke sambutan kemerdekaan bersama teman-teman.
Kenangan manis jugak sebenarnya...kan?
:)
Disebalik kemanisan itu, daku terpaku/terpana dengan kejadian di taska Mikha. Teruk lebam di pipi dan mata kesan gigitan dan jatuh. Terus ku tawar hati untuk menghantar Mikha. Dan bermulalah perjalanan berulang-alik ku dari Shah Alam ke Putrajaya pulak...Demi untuk anakku dijaga oleh ibu mentuaku.

Oktober 2012
Bulan ni sibuk dengan final exam. Mana kan sibuk mengurus anak, mengurus makan anak yang semakin memilih. Pening sebenarnya nak menyediakan menu anak. Lebih pening dari nak hafal formula-formula untuk di final exam nanti. Hehehehe!
Di sebabkan ke bizian yang melampau, semakin ku terlupa mengenai period ku. Lantas bila terasa somethning wrong some where, ku gagahkan diri ke Farmasi Watson untuk memberi UPT (urine-pregnancy-test) yang paling murah. Cap ayam! save money gitew. 
Tup-tup....keajaiban berlaku. Double line!
Daku mengandung...and Mikha going to be a big brother soon!
Terima kasih allah...memberi ku nikmat ini. Walaupon kami tak menduga, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Kami berdua menerima dengan tangan yang terbuka. SYUKUR!
:)

November - Disember 2012:
Pening + muntah....ku gagahi juga untuk ke final exam di UiTM Shah Alam. Dengan keadaan berbukit di UiTM, dengan keadaan ku yang masih under "threaten pregnancy", ku teruskan niat untuk ke peperiksaan final. Alhamdulillah! Ku berjaya menjawab semua soalan. 
Bulan yang penuh dengan dugaan bila blood spot keep flow on my panties. Oh...Tuhan jika rezeki ku bersama janin ku cukup sampai sini...aku terima dengan redha!
Namun alhamdulillah.....janin ku cukup kuat untuk membesar dan terus membesar di dalam rahimku....
Terima Kasih, Allah SWT!
Bulan Disember jugak menyaksikan perkahwinan adik lelaki ku. Meriah secara sederhana. Pasangan pengantin pon dah selamat berlepas ke Bali untuk ber bulan madu. 
Bermula lah jugak semester baru ku di UiTM. Insyallah jika tiada aral melintang, tahun depan berakhir pengajian ku.
Tak sabar rasanya nak melihat Mikha dan adik baby berpegang tangan hadir ke majlis Konvo ku nanti.
Terima kasih ya Allah!

Inilah yang dinamakan kekayaan di atas dunia & akhirat. Biar ku tak kaya duit, kereta besar, pakaian mahal, bergaji besar, bonus beribu-ribu, namun anak-anak dan keluarga adalah "kekayaan" yang paling berharga untuk ku!

Bye-bye 2012, dan Selamat Datang 2013.

Apa pulak cerita di 2013 nanti?
Stay tuned!

Apelah mama ni emo-emo pulak. Chill ar mama! :)...takpe nanti Mikhail tolong "jaga" adik yer..mama jangan risau! kehkehkeh! tengok badan ar...boleh diharap kan, mama kan-kannn?kann? #gambo 4bulan lepas#

#pisnowar#
momycha!

Hoi...lapar lah!

Bila orang lain semua sedang menghabiskan sisa cuti penghujung tahun,
Kami tetap gigih bekerja.
Sebenarnya kalau ada cuti nak jugak bercuti.
Hohohoho..meri kismes....!

Jadi jangan melayan nafsu kemalasan anda,
Mari segarkan mata anda dengan hidangan yang disediakan sebelum berlabuhnya tirai 2012.
Oh...how time flies!
Anak sudah mahu menginjak ke setahun dan.....kini alhamdulillah mengandung lagi..
:)

Pray to Allah SWT!

Ok. lupakan hal tahun 2012, lupakan hal anak, ni momy cha nak berkongsi satu tempat yang mebi boleh dijadikan "port" lepak makan korang di tahun baru. Hari tu, Momy cha & my in-laws family telah pon selamat makan di Restoran Tat Nasi Ayam di Sek. 24, Shah Alam. Bersebelahan dengan Carrefour dan jalan nak menghala ke Uptown Shah Alam tu.

Nama jer pon restoran nasik ayam tapi, pelbagai aneka juadah ade dekat situ. Antaranya, char keow teow, Rawang Beger Bakar (RBB), sotong bakar + kangkung, Western Food, goreng-goreng dan pelbagai lagi. Restoran yang bercirikan "warung" ni memang hapening. Ramai orang..nak makan pon kena tunggu meja kosong! Mebi sebab makanan nye sedap. Untuk tekak momy cha memang boleh terima. Thumbs up untuk sotong bakar, waffle coklat, char keow teow and nasik ayam. Memang best!

Untuk RBB yang orang kecoh-kecoh kata sedap tu, hurmmm not my taste. Baik I makan beger Mc' D. Kahkahkahkah! Mari nengok gambar, tapi sorry wahai kengkawan, sebab I lupa nak bawak camera....Nak bawak camera terbawak beg botol susu anak pulop. Kihkihkih!
So, amik gambar dengan henpon saja...takpe at least ade bukti "pembelian"..
Heh!

Rawang Beger Bakar (RBB) yang ni namanya "bergembira" harga dalam RM11.90 kalo tak silap. Rasa dagingnye sangat kuat..not my taste!

Yang ni "pecah kepala". Inilah sotong bakar. Sepinggan RM20. Sedap cuma sos nye sedikit manis, yang manis-manis macam I mebi suka hidangan ni....Nampak jer sikit tapi satu family makan pon tak habis wa cakap lu...!

Ni adik pada sotong bakar. Namanya tauhu bakar. RM5 sepinggan. Ok sedap jugak. Tekak ibu-ibu kata OK!

Pada yang ada anak-anak kecik kalo oder ni alamatnya derang dah tanak makan yang lain. Mesti nak makan eskrem ni saje. Inilah waffle + eskrem. Harga nya RM5. Sedap, tak muak. Sebab waffle nya nipis tak tebal macam  sesetengah waffle tu. Ok, masuk dalam list order pasni.

This is mine. Nama beger ni Madu 3. Sebab ape madu 3? Isi beger adalah campuran ayam+daging+udang. Pastu ade slice of pineapple/nenas. Kalau gigit macam-macam rasa dalam mulut. Pastu boleh buat muka macam ehhh...ade rasa manis...eh...ade rasa masin...eh ade rasa masam....gitulah. Sebab tu lah dinamakan madu 3 kot? Harganya RM9 kalo tak silap. Rasanya biase-biase saje.
Yang ni tadak dalam menu. Ini ku mengimbas kembali kenangan makan nasi kandaq di Hamedeeyah. Aduhai sedapnya lahai di pagi hari ni. Berkeriuk perut sebab bekpes pon lite-lite jer, sebab kafe tutup today! Hoi...boikot orang keja ke ape ni? Ku tinggalkan kenangan nasik kandaq ni bersama perut yang berkeroncong....sobbssss!
Last but not least, terimalah gambar Pejal Tahir junior ni...kihkihkih! Asal baba dia pakai rayban...dia pon sebuk nak pakai. Padahal Rayban dah sama besar dengan muka dia....hahahahaha! Pis yawwwwww!

Itu saja untuk entry ni.
Taktau dah nak tulih ape, sebab laparrrrrr!
Grrrr...makangggg budok!

#pisnowar#
mommycha!

28 December 2012

Bukit Bendera...here we come!

Hujung minggu ni dah start kelas balik.
Mood bercuti sem dah habis.
Kena fokus belajar balik sebab kalau boleh nak sesangat grad tahun depan.
Insyallah!

Disebabkan mood bercuti sudah sampai ke penghujung, marilah momy cha refresh balik our short trip to Penang.
Pi pon sehari je.
Jadilah kan?

naik feri. memula jer senyum naik feri. dah lelama dia takut. Cis....fondan lah Mikha!

Kitaorang choose untuk naik feri instead of naik jambatan. Berjanggut jugaklah nak tunggu turn naik feri tu. First time nak bagi Mikha rasa naik feri. Rupanya kawan tu takut nengok air laut. Ohmyenglishhh!

Daku bukanlah anak mami, anak mama iyer. Sebab tu, jalan kat Penang langsung tak mahir. Masuk sana one-way, sini one-way, main pusing-pusing last-last dekat situ juga. Pulau kan? Nak besar celah mana pon jalan nyer?
Heh!

Tapi oleh kerna baba mengidam sangat nak makan nasik kandaq Hameediyah. Kami pon melilau lah jugak carik. Padahal dekat jer kedainya dengan Line Clear yang super-duper mahal tu. Kata orang keyell kan?
Mana nak jumpa tempat....
:)

Bila dah sampai Hameediyah carik port baik dulu. Baba kalau dah oder, kalau boleh nak penuh meja. Hantu "gulai" lah katakan!
Baba oder gulai ikan, ayam ros, ayam percik madu, daging masak hitam, papadom (wajib).
Kalau pi Hameediyah kena minum teh O' limau ais, sedap tol rasa teh+limau dia!
SUPERB!

tak nama Penang kalo tak pekena nasik kandaq, pastu tak nama mamak kalo bukan masak minyak berlinangan....oh! semua di atas berharga RM38.50 termasuk air.

Pas pekena nasik kandaq, we ols macam nak pegi Ferringgi, sekalinya....jem pulak jalan ke situ. Ok cancel. Terus cakap dengan baba, jom kita pegi Bukit Bendera, sebab last time pi time momy cha besaq Mikha tu. Alahai time kenit lagi. Baba pon macam ok, since dia tak pernah jejak kaki lagi kat situ. Moh le kita bagi Mikha merasa naik cable car ke Bukit Bendera.
Zasssss....

replika tren lama, zaman dulu-dulu.


Sesampai ke destinasi dengan bantuan signboard, kami berjanggut pulak carik paking. Sebab semua paking dah full. Al-maklumlah cuti sekolah kan?.
Pastu bila nengok orang beratur beli tiket, rasa macam nak meraung baqq hang! 3 jam daku beratur nak beli tiket, sanggup tu lenguh-lenguh kaki semata-mata nak naik bukit FLAG!
Hoh! Gigih mak jemah...
Oh! pada yang tanya harga tiket RM8 untuk dewasa (sila bagi IC dekat kaunter untuk dapat harga ni), kalau ade student card macam I cuma RM4. Hehehehe! Untung jadi student....

Bila dah beli tiket kena beratur ikut turn untuk naik cable car tu. Bukan sikit umat manusia weh. Dengar cerita on that day 5 ribu pengunjung yang datang situ. Wooowoooowooo.....Senget Penang sebab manusia semua serbu Bukit Bendera jer...Hehehehe!

Bila bawak anak kecik, baru ko tau hazab kecik ke besar kan? Time tu lah dia melalak, menangis, dan macam-macam memmmm lagi lah. Kang ikat dekat cable car kang, baru tau.....

Mikha berhenti melalak bila dalam cable car tu. Mebi sejuk sebab ade ekon. Dah ala macam komuter pon yer jugak. Beza sangat dengan yang dulu. Pastu lajuuuuu jer meluncur ke atas, seriau perut ai!

yang ni tren tengah bergerak laju. ala-lala cerita Matriks gitew. Akak yang pakai t-shirt hitam tu pon orang Shah Alam, Sek. 27 katanya. Sembang kemain dengan aku time beratur panjang tu....

Dekat atas sejuk, pastu pemandangan not bad. Boleh nengok kesibukan Penang. Tapi seriously, takde ape pon kat atas. Penuh manusia je. Kitaorang sempat beli souvenier and minum secawan kopi pemanas badan. Dah le tak bawak sweater...sian abang long Mikha kesejukan. Ade jugak Muzium Burung Hantu, tapi tak koser kitaorang nak pi, sebab dah petang pastu pikir nak beratur naik tren lagi...Hazab menanti!

Baba kemain rock, mama nya dah macam ustazah bahiyah dah ku nengok. Hahahahaha! Dengan tudung kembang, dengan dress besau + labuh...ah! gasaklah...janji sampai Bukit Bendera!

view dari atas bukit

boleh nampak Jambatan Pulau Pinang


Nak balik Mikha melalak lagi. Last-last tertido atas bahu baba. Kitaorang berbaris 2 jam untuk turun. Memang buang masa betul. Dalam tren terdengar jugak ramai dok bebel, nilah first and last time nak naik bukit bendera.....hiihihihihihi! Betul tu kak, ai pon terpikir centu....Tak koser dah berpeluh ketiak semata-mata naik atas untuk minum kopi secawan!
Hohoiiiii...

Ni lah antara activity kitaorang dekat atas. Pedulik kan ustazah bahiyah tuuu...baju tak kena dengan tempat...fesyen victim sangat aku weh...hahahahahaha!
ini bukan kamera AES...no-no-no. Ni lah teropong ajaib yang boleh buat kita nengok Penang dengan lebih dekat. Kena masuk syiling 50cen x 2. Pada yang takde syiling takpe sebab ade servis tukar syiling..so leh nengok sampai lebam mata. Ko nengok Mikha tu, macam reti jer nengok..kihkihkih!

Odw balik terpikir nak singgah Pesta Pulau Pinang. Tapi disebabkan anak ai dah melentok...baiikkkkk punye tido. So kita cancel and balik terus. Sampai rumah opah ngam pukul 11 malam, elok lah sebab keluar pon pukul 11 pagi. Dua belas jam ko berjalan....!

Gitulah rentetan short trip kitaorang yang biasa-biasa saja. Tak mampu nak pegi jauh-jauh lagi. Dekat-dekat udah ler yer. Pada yang nak berjalan pegi Penang, google lah dulu tempat mana yang nak pi. Sebab as I noe Penang banyak tempat yang best and heaven untuk food lovers!

Till then, chow!

#pisnowar#
mommycha!

WAJIB check-up di KK Gomen sekarang!

Boring?
Takde keje nak buat?
Mari sini momy cha nak cerita sikit.
Bukan gossip atau hot story, kira story suam-suam kuku aje pon.
Heh!

Aritu kan ku pegi maternity check-up seperti biasa di DEMC. Sekalinya Dr. Norleen my gynea bagitahu sekarang KKM dah ade law/arahan/pekeliling baru, yakni WAJIB bukak buku PINK untuk ibu-ibu yang berisiko tinggi. 
Berisiko tinggi achaner tu pulak? Haaa..sudoh doh!
Contohnya: ibu yang berumur 35 tahun ke atas, ibu yang mengandung tak cukup 2 tahun (untuk kes czer), dan lain-lain masalah yang kritikal (talasemia etc-etc).

Wat the hek?
Nak nangis pon ade. Nak terjun bangunan pon ade. Yelah, kita ni dah 17 minggu  mengandung. Tup-tup suruh bukak buku pink. Harus kena bebel/maki/marah dengan nurse gomen.
Gulp!
Menggigil lutut gwe...

Hari yang dijanjikan sudah tiba. Disebabkan takut yang melampau-terlampau-lampau, lalu ku ajak baba teman sekali. Yelah, kalo ade baba tak cuak sangat. Kalo kena marah dengan nurse, pastu kita boleh bebel-bebel balik dekat baba. Hihihihi. 
Bijak...anak kak Ani!

Seharian dekat klinik Presint 3, Putrajaya nak bukak buku pink. Sebelum tu nak ingatkan kalo kome-kome nak buakak buku untuk second time WAJIB bawak buku yang lama. Tak kira lah, buku dah lusuh ke, bau kepam ke, dah bertukar kaler kuning ke, kaler belacan ke...WAJIB bawak jugak. 
Paham?

Bila sampai turn sendiri, tangan berpeluh cuak. Macam nak kena bersunat pon yer jugak. Takut punya pasal. Nak ajak laki teman, nampak sangat anje-anje nye. So, masuk le sensorang. Tunjuk macho sikit, padahal dalam hati ombak tsunami melanda. Gitew.

Nurse senyum. Ok (petanda baik sebagai permulaan). Dia suruh check berat, ukur tinggi. Ok  (dia senyum lagi). Pastu duduk, dia mintak buku lama. Pastu...pastu...pastu...

Nurse: "Aik! awal tahun datang, hujung tahun pon datang lagi?"
Gulp!.
Drama bermula. 
Aku: "Aah nurse. Kena marah tak kalo cenggini?"
Nurse: "TAK....buat ape nak MARAH...inikan rezeki dari Allah SWT, jangan dengar cakap orang sekeliling tu, pekakkan saje telinga. Saya pon macam awak jugak dulu.......Saya dulu bila mengandung tak boleh tengok matahari, asal matahari kuar je saye nyorok bawah katil. Rambut menggerbang, tak suka tengok cermin pon...bla-bla-bla-bla......"
Ok. Nurse rajin bercerita pulak dah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(senyum - dalam hati ada taman)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hoyeh! Nurse tak marahlaaaa....Alhamdulillah! Tahun depan boleh ngandung lagi lah ceni...kahkahkah!
Pastu bermulalah kisah perjalan check-mengecheck segala jemala. Heartbeat baby (ok), blood test (ok), HB (ok), urine (ok), scan movement baby (ok).
Segalanya OK-OK belaka!

Begitulah alkisahnya pasal bukak buku pink momy cha. Next appointment will be on 11th January 2013 (minum air gula) sebab previous ade history GDM (gestational diabetes mellitus). Cisssss!
Awal sungguh nak kena minum air pekat, likat, manis tu.
Auwwwsemmm sangat!

Kesimpulannya, kepada para ibu jangan lah jadi penakut a.k.a bodoh sombong macam momy cha. Kalau berkemampuan sekalipun, tapi diri anda dikategorikan sebagai ibu berisiko tinggi, silalah bukak buku pink awal-awal. Tak payah tadah muka, berdesing telinga kena marah yek. 

Bukannya apa, ini untuk keselamatan nyawa janin kita jugak kan?. Lagipon sekarang takperlu risau. Selain daripada servis sepital gomen yang bagus, ubat-ubatan jugak telah di upgrade. No more ubat 3 berantai tu dah. Ala..ubat yang pahit, kelat nak mammmm tu kan?
Nak tahu ubat ape KK kasi dekat korang sekarang para ibu mengandung sekalian?

Taraa......

Obimin tu! Dolu-dolu takde pon nak kasi FOC ubat ni. Dah le mahal sebotol dekat RM40++. Sekarang boleh save bajet. Terima kasih kerajaan Malaysia. IM4U....gitew!
nak vitamin A? vitamin B? folic acid? Iron? Calcium? Iodin? All-in-1. Senang sikit tayah nak telan banyak-banyak pil dah. Telan satu pon dah cukup. Nak senang lagi telan sekali 30 bijik untuk sebulan. Hekhekhek!
RM1.00 saja. Tapi sebenarnya FREE. Napelah untung bebenor pegi gomen ni eh? Satuuuuuu melayyyyseeeeiiiaaaa.......
Nota kaki: Terima kasih nurse KK Presint 3, kasi layanan baik, kasi buku sticker hijau yang bertulih:
- ceasarian < 2 years
- previous (big baby 4.3 kg)
- GDM
- late booking
- previous scar

Sekian. Terima Kasih!

#pisnowar#
mommycha!

sekarang boleh dah tido dengan nyenyak...zzzzzzzzz!

27 December 2012

Musim kawin telah kembali

Sekarang musim kawin.
Sana-sini orang kawin. Sanak sedara, kengkawan, bebudak opis pon ramai yang kawin.
Selain dapat merasa lauk kenduri yang pelbagai jenis, part yang paling best time orang kawin adalah time nengok pengantin berarak kan?
Time tu lah kalo yang belom berkawin berangan nak kawin dan-dan tu jugak, dan yang dah kawin fefeeling nak kawin sekali lagi.
Ahaks!

Intro je tu.
Cerita bab kawin ni, Sabtu & Ahad minggu lepas adalah majlis wedding adik lelaki momy cha. Well, syukur alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Tiada adegan berebut makanan, kerusi tak cukup, makanan tak cukup etc-etc.
Kesimpulannya: Just Nice!

Kita ni bila kenduri belah lelaki (majlis sambut menantu), memang buat simple & steady saja. Takde nak bersanding-manding, takde berbunga rampai ditabur-tabur. Takde malam berinai, cuma yang wajib-wajib saja kitaorang buat. Janji ibadah untuk menjamu orang ramai makan dah tercapai, dan kedua mempelai dah bersatu, bergabung meletop.. secara sah. Cukuplah kan?

Malas cerita bebanyak. Marilah kita nengok gambar sambil momy cha stori-mori serba sedikit, okies?



Inilah meja makan beradap pengantin, sekaligus tempat untuk bergambar. All-in-1. Senang tayah buat pelamin dah, save cost disitu. Ini semua taste mama and my sister. Oklah not bad. Meja beradap ni betul-betul dekat depan rumah mama. Best pulak bila buat wedding dirumah berbanding di dewan, meriahnya lain macam...




This is the pengantin & pengapit. My bro suka sangat sebab atas meja pengantin ni banyak bunga. Bila banyak bunga dia boleh taruk nasik setimbun membukit atas pinggan, so bila dia makan banyak pon orang tak perasan. Gitew! Raja sehari sangat ko, dik....hover!


 Ini gambar pengantin baru sampai. My sis-in-law ni, very simple. Kalau pengantin lain sibuk nak bawak hand bouqet "sepasu" bunga dekat tangan sampai tersorok baju pengantin semua. Dia rilek jer bawak secoet bunga tu. Very the cute.


 Nengok pengantin sudah. Pedulikan yang si buncit sebelah kiri tu. Kahkahkah. Orang lain sikit punya berpesyen bagai, anak aku pakai singlet je time kenuri. Ade dia kisah? Hahahaha. Yang pakai tudung hijau ber color block dress pink tu my lil' sister, achu nadia. Tak lama lagi jadi orang Putrajaya jugak la...Kemana tumpahnya kuah, kalo tak ke nasi....bersediakah kamu menjadi "bibik" dirumahku? Kahkahkah!


Lepas makan nasik minyak, makan kuih + minum petang. Ade pulak sessi potong kek 3 tingkat. Untuk pengetahuan korang khemah+baju+meja makan beradap+kek+make-up adalah pakej pengantin. Kalo ku tak silap lah kan. Achu nadia, pls correct if im wrong. I noe u've been reading my blog every single day. Paling best time kawin ni momy cha rasa pemilihan color nye sangat cute. Combination of green emerald + pink + yellowish.
:)


 Ini fefeling nak jadi pengantin. Tapi jangan berangan sebab pengantin laki pakai selipar buruk je. Pastu iols pon bukan pakai baju glemer-glemer uols. Dengan perut memboyot lagi, pastu muka macam roti baru keluar oven memboolat semacam.....hadoi! Achaner tu nak jadi pengantin?


 Ni dengan anak bujang yang dah kurus. Jangan ditanya mana peginya pipi tembam, pipi pau, muscle berketak beliau sebab sejak menggunakkan produk Dr. Romzy ni dia dah bertambah selim-melim. Kahkahkah! Boleh guna jadi testimoni pengguna tegar ni. Tak berketak, berketul, berpau, bermuscle pon takpe, janji sehat...yer dop?
Pastu nape eh dia pakai baju buruk. Banyak alasan ku: 1) Mikha tido dari pukul 10 pagi sampai pukul 4 petang (7 jam) gara-gara makan nasi lemak di pagi hari. 2) Bangun terus melalak sebab nengok ramai orang. Cuma sempat kasi susu, tukar diapers then lap muka dia. Nak bukak baju, suar salin yang baru memang dia melalak sakan. 3) Disebabkan cuaca di kampong agak panas, biarlah anak ku pakai singlet jer. Tak koser nak kasi baju panas-panas...kang "menangis" plak ketiak dia. Hihihihi. Bagus kan alasan ibu mithali ni?



Ni pulak ibu mertuaku (berkurung kuning) dan mak teh ku. Glemer uols. Ala mak pengantin gitu. Depa ni jadi kamceng sebab kedua-dua nya ada business dekat Pasar Malam. Kaya weh kalo dah berbusiness seminggu 2,3 kali dekat pasar malam. Kalah gaji orang yang dok makan gaji macam iols. Ceni nak meniaga jugak lah...jom!


Barisan orang kuat majlis. Ini antara nya saja. Bersyukur sangat sebab wedding ni totally diuruskan oleh adik beradik & family members saja. Tak main ler wedding planner. Cuma lauk pauk saje katering. Yang lain semua berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pak Ndak buat bubur kacang, Mak Ngah buat agar-agar, pulut kacau, Wan Teh buat sup tulang, pastu sepupu mama yang lain ade buat laksa. Hoi...memang kenduri makan betullah! Meriah lemak omak ko...


 Yang ni pulak souvinier beg untuk tetamu. Nape ade banyak kaler kan? Mesti korang tanye? Sebab dalam tu ade isi surah yassin. Jadinya ade yang kaler lain untuk non-muslim. Kang tak pasal-pasal Ah Hock balik rumah bukak beg tu ade yassin pulak ko. Sapa nak jawap tu? Reti ke Ah Hock nak bace? Gitew la contohnya.


Yang sedang-sedang saja ni adalah hantaran dari kami ke perempuan. Kitaorang handmade jugak. Jadilahkan? Nak berhabis beribu untuk hantaran kang tempatnya bekas-bekas tu atas lemari atau bawah katil jugak simpannya. Baik kita berjimat. Membazir kan amalan syaitoooonnn....


Yang comel-lote ni hantaran dari perempuan. Molek sungguh kalernya. What supraise me more, bunga telur tu adalah handmade daripada ibu pengantin perempuan. Gorgeous nye. Kalah bunga telur dekat Nilai 3, koooo!


Gitu jerlah serba sedikit pasal first time kenduri di rumah ku. Meriah sekadar yang termampu. Terasa sangat "kekendurian" tu berbanding dengan time aku di Putrajaya dulu. Tak best! Dekat kampong lagi best....Rugi tau tak buat kat kampung, ramai orang datang, meriah, ramai adik beradik datang, orang kampong datang, errm....duit salam kaut? 
Itulah part paling best...membukit kata koooooo!
Hehehe.

#pisnowar#
mommycha!

19 December 2012

Bila Mikhail Menulis....



Saya rasa hepi kalau mama & baba bawak jalan-jalan.
Main dekat sini pon best sangat.


Kawan-kawan best tau tempat ni.
Mama cakap nama tempat ni IPC (Ikano Power Centre)
yang Mikha suka main ni dekat Kids e World!
Macam-macam mainan ada.


Baba sibuk je nak check-in dekat Foursquare
Isk!
Mama pulak sibuk jadi camerawomen.
Bila Mikha nak main menda lain pulak ni?
Dah boring main yang ni...


Yeay!
Part yang ni was very fun
Mikha tengok banyak sangat ball berkaler-kaler
Best!



Mikha pon ajak mama bergambar,
tapi Mikha pulak sibuk nak main ball yang colourful ni.
Pisyaw mom!
Eh...mama nampak kurus bila tak show perut muncit dia, lah!
;p 
(errr..sorry mama, Mikha ter post gambo mama yang "perasan" ekslusip tu)
hahhahahahah!


Told ya..
It was fun being here...
Sampai ternganga tau, kite :)


Disebabkan ramai kawan-kawan yang lain
So kena lah letak tagging nama ceni
Kalo tidak tertukar budak susah mama & baba kite nak cari
:)


Ade kakak amoi ni suka sangat kawan dengan Mikha
Tengok tuuu...Asyik ikut Mikha jerr
Alahai kakak amoi..nak ngorat Mikha lah tu...
;p


Best main belon
Geram Mikha nengok belon,
bila baba ada lagi siok main!
Yeay!


Penat main, kite rehat kejap...
Best lah dekat kids e World ni
Dah lah FREE untuk baby yang bawah 60cm & yang belum boleh berjalan
:)


Ok.
Sambung main dengan baba.
Main gelongsor pulak...
Yeehhhaaaaaa!


Jangan silap tau, yang baju Tee hitam tu bukan Mikha
Tapi kawan baru Mikha.
Hehehehe....
Best naik ship ni sebab bergerak-gerak
Pening-pening lalats Mikha tau...


Ni berendam dalam ball color lagi
Oh! bestnya kalau dekat rumah ade macam ni
:)


Mikha kan boy,
So suka sangat dengan blue color...
Macam bubble gum pulak kan?


Oh...pastu naik car ni pulak.
Mikha tanak turun tau..
Jenuh mama pujuk suruh turun.
Kihkihkih!


Best car ni, boleh jenguk depan cermin.
Aiseh tarak aweks pulak nak ajak rempit naik car ni.
hihihihi!


Again, baba bantu banyak tolong Mikha time main ni
Sebab banyak sangat choices
Mikha pon pening nak main yang mana satu
Hehehehe!

Jomlah kengkawan datang main kat sini
Tak boring tau,
yang boring tu nanti mama& baba kite jer
Hahahahaha!
kite sikit pon tak nangis time main ni.
Letih pon idop
:)



Taraaaaa.....
Inilah hasilnya after 2hours main.
Penat+mengantok+merengek
Terpaksa mama keluarkan "azimat" ni kasi saye
Kahkahkah!
Kalo tidak Mikha ngamok satu Ikano sampai ke Ikea nun dengar...
Kihkihkih!



Terima kasih dekat mama & baba
Bawak Mikha main dekat sini.
Nanti bebila kita datang lagi okey?
Janji tauuuuuuu!
Sayang ma...sayang ba....


Pssttt...for more info at: www.kideworld.com.my @ www.facebook.com/kidseworld

#pisnowar#
anak_momycha!

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...