Iklan

Sharemyloves Geng!

23 December 2011

Apakah Akar Fatimah dan kegunaannye?

ini lah rupanya akar fatimah


Pernah dengar tak Akar Fatimah? Dan mesti ramai yang tertanya-tanya apakah itu akar fatimah dan ape pulak kegunaannye kan? Mommy Cha sendiri pon kuranga arif bab akar fatimah nih, but since Mama beria-ria suruh minum especially bila dah nak masuk 37 -38 weeks ni, terpakse jugak ambik tau apekah itu akar fatimah.



Bagi ibu mengandung especially, akar fatimah nih, berguna sebagai air selusuh untuk memudahkan bersalin nanti. Chop! air selusuh tuh still kena minum jugak, tapi akar fatimah nih boleh diminum awal seminggu dan lebihan airnya boleh di sapu ke perot ibu-ibu. Ada juga yang minum air akar fatimah ni time dah turun tanda (yakni darah dan air ketuban) terpulang pada setiap individu lah kan....

bila direndam jadilah cenggini


mula nak mengembang dah


bila tarik kuar akar nih terus kembang yu ols!


Ok. bercerita pasal air selusuh ni, Mommy Cha sekadar berkongsi sedikit pengetahuan dengan kawan-kawan ye. Yang nak ikut buat lah..tanak takpe. Bulan lepas time Mommy Cha pegi Darussyifa mintak kat ustaz air selusuh, ustaz ade tanye tau tak bila masa yang sesuai nak minum air selusuh nih? Ok. Mommy Cha geleng kepala sebab takde experience, yelah anak sulung katakan. So, ustaz explainlah cara yang betul nak minum air selusuh. Sebenarnya, nak minum air selusuh ni, time kita betul-betul tengah sakit dan bukaan Miss V sudah dalam 6-7cm. Time nurse dah nak tolak kita masuk dalam labour room tuh, time tu baru boleh minum. Minum pulak hanya separuh cawan dengan membaca selawat dan surah al-fatihah. Sebenarnya, air selusuh ni tak boleh diminum awal sebab air nih akan menyebabkan baby 'engage' sebelum tiba masa yang sesuai. Contohnye, kalo time 8bulan korang dah minum air selusuh, baby dah engage nanti ada kemungkinan untuk kita bersalin awal sebelum tiba EDD kita. Haaa..yang tu, memang ustaz kat Darussyifa yang cakap dan pesan kat aku ye.

Ok. TwiT! sambung bab akar fatimah balik. Akar fatimah ni hanya boleh didapati di Mekah, tapi kat sini aku tak tahu lah pulak kalo ade orang yang jual kan? Aku dapat akar fatimah ni dari mak ndak aku yang aritu baru balik dari Mekah, then memula dia pass kat my cousin Mimie, then baru pass kat aku, sebabnye Mimie lagi awal bersalin dari aku. Hiks! so, ikut giliran lah ye...

Akar fatimah nih, aku tengok macam ada 'magic' sikit, sebabnye pas kita rendam and keringkan balik, akar ni akan kembali ke bentuk asal dan boleh digunakan berulang kali. Itu pasal kes passing-passing akar fatimah nih boleh berlaku dalam family aku...hihihihihi!

Para mommies jika korang tarak akar fatimah ni, jangan risau. Teruskan amalan membaca Surah Yasin, Maryam, Yusof . Masuk bulan ke 8 bacalah doa Nabi Yunus bila-bila masa sahaja (tgh masak, memandu, tengok masterchef, tengok tentang dhia, kat opis, tengah blogging hatta tengah terbayang muka suami pon leh bace) sampailah ke labor room :)
"Laila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin"
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
Sekadar berusaha...yang lain tu serah kat Allah..:)

16 comments:

Liyana said...

kembang tekak nengok akar fatimah tu..uhu..ape rasenye mommy cha??

Mimy Hamid said...

akak dah standby awal...kirim orang balik mekah gak..yer jangan dibuang leh jadi turun temurun ni..jemur dan kering kan simpan...tq tips air selusuh...memang betul ramai ckp jgan minum awal..susah sikit bersalin..nak dekat baru la minum..amin

Ely Hasrul said...

ape rasenye akar tuh Cha? agak2 pas bersalin bleh pas ke sini plak? haha.. nk main pas2 gak nmpaknye..

good post! dh nk beranak kali kedua pon xfasih psl air selusuh tuh. tp tu la bese dokter nurse xkasik consume air byk2 bila dh nk sakit kuat or dlm labor room sbb nk standby mana tau kena cc.

ape2pon insyaAllah nnti kite dipermudahkanNya aminnn

amirah said...

pernah dengar tentang akar fatimah ni, tengok dan pegang pun pernah tp taktau exactly apa khasiat dia..mommy cha dh 37 wks kan, dah dekat.. : )

aTy _faRed~ said...

nak kene carik jugak akar fatimah ni..tapi mesti mahal kan..hurrmm..yer ar..ade kat mekah jer..aritu tak terhengat lak nak pesan kat orang..
mekaseh info pasal biler nak kene minum tu..:)

Cikpuan rara said...

thanks for sharing sis.boleh jadi panduan utk rara nt.

Cik CT said...

bw here...my experience dgn bunga siti fatimah ni bila dh btul2 sakit n dh bukak dlm 3cm baru rendam.rendamkan dalam bekas yg besar ke jgn bekas yg kecil mcm tumbler air tu..:) kita berikhtiar saje yg tentukan Allah..dh rendam minum la air nya masa sedang sakit tu dgn berselawat dan pohon dipermudahkan bersalin.so,ms nk rendam tu rendam la dgn air mineral ye..boleh tgk dkt entry ni. http://celahtingkap.blogspot.com/2009/02/aqeel-haziq.html.semoga mummy Cha selamata melahirkan nnt..

Mama Likha said...

i pun minum jgk air akar fatimah ni dulu.... ada jgk org ckp, masa 7-8 bulan boleh start rendam akar ni dlm air, biarkan kat situ.. makin lama makin kembang makin kembang... sampailah masa kita dh hampir nak bersalin....


bukan takat dlm family u, fmily i pun duk passing2 akar ni. hehe mmg turun temurun lah.. dia tk rosak, mmg ajaib kan :)


selamat semua yer nti... insya allah..

amal said...

untung mommy cha ada akar fatimah ni. bukan senang nak dapat kan :) thanks bagitau pasal air selusuh tu :)

luvira said...

hmm, air tuh rasa macam air biasa ke??hihihi, ke dia ada rasa lain??

WaWa_EzRiLL said...

tq info ni sangat berguna.. nanti aku nak share link ye.. simpan cik cha.. hang tu selang setahun nak pakai... kih kih kih

ReYNa said...

sy pon dh ada akar fatimah ni.tp x tau nk guna masa bila.prepare awal2.oh.ok.kiranya boleh minum awal seminggu ek?ada org kata minum air tu bila dh nak sakit.air selusuh pon nk minum gak.huhu.bnyknya mau minum.

AkmaFaizal said...

bestnye korang..semua ade famili yang prihatin pasal menda2 cengini. Apa2 pun...semoga senang dan selamatlah kelahiran anak sulungmu nanti ye tasha. Nak beranak memang kna sakit..tp klau tak sakit tu memang anugerah dariNya..mau tiap2 tahun ko beranak nanti..akeke..

UmyMah said...

dear, nak tnya ..mcmana nak dptkan akr fatimah tu?sbb mmg mencari tapi tak jumpa la dear

Ida Ariffin said...

Salam.bru tgk entri smua ni...he3...blh dptkn dgn saya. add d Fb shida ariffin..

Pn Mardhiah said...

As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Air rendaman ni dijadikan air selusuh.jika nk rendam dgn air zam2 lbh bgus.Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

Namun bgitu stp org rezeki bersalinnya berbeza2..ada yng mudah ada yg sukar.. Malah stp anak pun rezekinya tidak sama..kita usaha shj selebihnya Allah Maha Kuasa yang menentukan

Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

Bagi yang nak dapatkan akar fatimah ori dari mekah @ madinah boleh sms or whatsapp Pn Mardhiah 0194344930..

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...