Iklan

Sharemyloves Geng!

14 September 2011

Kisah dan penyakit ibu mengandung.....


what makes u so happy?: beras taj mahal will makes my stomach so hepi-depi..hahaha!

harini nak cerita pasal beras mahal nih, yela dah nama pon taj mahal harusla mahal....hehehe!

nurse pesan makan ikan saja sehari 3 ekor baru dapat sumber protein yang banyak...inlah ikan selar yang 2 ekor herga RM5.88 sen. Huh! mahal lebih dari ayam eh...laut bergelora kot tu pasal mahai tuh..=P

bekalan untuk sehari. cukuplah makan banyak nih, malam kang diet pulak! kalo lapo biskot cap ping pong kan hado...

Oh kengkawan semua... ini bukanlah iklan beras, cap rambutan-cap-cap -cap rambutan....atau sebutir beras ibarat setitik peluh petani tuh....Ini cerita lain okeh! Kan semalam dah cite pasal pegi open-house dan tapau-menapau kan? Today nak cerita pasal keadan ibu preggie yang sorang nih. Oleh kerana jadual waktu agak padat this week dan next week jadinya dah buat preparation awal untuk menghadapi MGTT nanti. MGTT ialah glucose test untuk mengetahui kandungan gula dalam badan kita. So, by taking MGGT kita akan tahu sama ada kita nih ada diabetes@ kencing manis atau tidak.
**
For your guys info, time muda-muda dulu dan dah kahwin memang aku langsung takda penyakit nih, akan tetapi bila dah mengandung baru the true colors of ourself akan diketahui. Tapi no worries selalunya after giving birth penyakit-penyakit 'sementara' ini akan hilang. Insyallah. Biasalah pembawakan budak membuatkan kita mungkin akan terdedah kepada beberapa penyakit seperti darah tinggi, darah rendah, kencing manis, penyakit jantung dan banyak lagi. Itulah antara dugaan bila mengandung. So, kesimpulannya....jangan selalu stresskan ibu mengandung! Paham? Hehehe..
**
Dah macam doktor O&G aku hari nih, sebenarnya saja aku nak share dengan a few friends yang akan, sedang atau merancang untuk preggie. Aku tau banyak silent readers yang aku kenal kat luar sana, yang baca blog nih. At least aku dah bagi sedikit ilmu @ info tentang kehamilan. Kan dapat pahala tuh berkongsi ilmu? Hehehehehe. 
**
Oleh kerana aku bakal hadapi MGGT so, semalam aku pun dok men google cara untuk kurangkan peningkatan gula dalam badan. Antara nasihat bidan-bidan dan doctor adalah kurangkan pengambilan nasik. Aduyai..dah berbadan dua nih, nasik adalah benda wajib yang harus diambil seharian. aku nih pulak bangsa kalo makan nasik bertambah-tambah.... dah le makan nasik sehari 3 kali. Hehehehehe! Manalah badan tak naik mendadak. So, bila doctor cakap boleh makan nasik tatapi kena makan beras yang tak berkanji aku macam..eh? beras faiza pony taj mahal tuh ke? Sedap ke? mahal ke? rasa macam mana? hehehehehe. Namun semalam digagahi jugak ke Alamanda untuk membeli beras yang disyorkan itu. Beli pun peket kecik-kecik jek. Sebab utama dah tengah bulan..hehehehe! dan sebab kedua nak rasa dulu sedap ke idak beras itu. Huhuhuhu! Jadinya beli 2 packs for 2 kilo's dulu. Terpakselah mak masak nasik 2 bekas ye. satu untuk mak dan satu untuk laki mak...haiseh meng....huhuhuhu! Itulah penangan penyakit nih. 
**
Yelah, dulu aku dah buat MGTT di DEMC dalam bulan 5 dan resultnye...hampeh! aku positive DIABETEC! So, this is my second test di klinik and hope dapat rendahkan sikit tahap gula dalam badan ku ini. Meh sini aku nak share sikit apakah risiko kencing manis semasa mengandung;
a) kemungkinan keguguran berlaku adalah tinggi
b) kemungkinan berlaku kecacatan pada bayi jika kencing manis berlaku pada 3 bulan pertama mengandung
c) kelahiran sebelum masa
d) bayi terlalu besar
e) bayi senang lemas terutama apabila menghadapi waktu kelahiran
f) air ketuban berlebihan di dalam rahim
**
Bagi yang belum mengandung atau berkahwin mebi perkara ini nampak macam remeh kan?. Tapi...jangan ambik mudah ye. Dari sekarang sila kurangkan pengambilan gula, atau makanan yang manis. Kita mestilah nak jadi seorang ibu yang sihat, ber 'glowing' wajahnya dan sentiasa cergas time mengandung kan? Jadi tepuk dada tanyalah selera....hehehehehe!

Oklah. Tata Titi Tutut!

p.s: tergelak betul aku bila dengar doktor nasihat...kata 'nasik tuh la yang sebenarnya jahat' hahahahaha!

15.9: hantar bekas 'raga' hantaran ke umah Mak Long
16.9: Akad nikah Che Put's @ 10 am at Masjid Batu Tiga, Shah Alam
17.9: Wedding Che Put's and must-must attend Law class at UiTM
21.9: Start puasa untuk MGTT
22.9: MGTT @ 7.30 am
23.9: UiTM Final exam - paper macroeconomy
24.9: UiTM Final exam - public sector quality management
26.9: Tetanus injection @ 10 am
29.9: Check-up at DEMC Specialist Hospital, Shah Alam

still in my list, 2 more final papers, second Tetanus injection and appointment for 4D baby scan....yeay!

3 comments:

Tina Othman said...

beras ni mahal sangat, tapi bagus untuk kesihatan, apapun take care dear, diabetic ni makan kena byk pantang =)

Natasha Farina Arifin said...

hi tina, hehehe mmg beras nih mahal semahal nama nye kan???? xpelah demi kesihatan ibu dan anak akakn ku tempuhi jua..hahaha!

Mimy Hamid said...

akak dah buat mgtt first..so far ok..5.9/4.4..lega...risau gak body gemuk ni..tips...minum air masak byk2...tu je..sebelum test kasi clear minum air barli 3 hari berturut...

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...