Iklan

Sharemyloves Geng!

18 August 2011

Untung Jadi Orang JPA nih.....

Wah! nak ucapkan salam dulu pada semua bloggers dan readers. Hari ini sangat bersemangat nak update second entry di bulan puasa. Yelah nama pun bulan puasa jadinya aktiviti pun harus berfaedah supaya seiring dengan bulan yang penuh keberkatan kan?.
*me not in picture, cuma pinjam pic kengkawan saje....

**
Orite. Cik Cha nak sangat update pasal aktiviti yang dianjurkan oleh rumah-rumah sukan (biru, merah, kuning, hijau dan oren) di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) nih. Dalam bulan yang penuh barakah nih, setiap hari ada saja Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni yang diadakan di Auditorium JPA khusus untuk semua warga JPA terutama menjelang waktu tengah hari. Yelah kan, nama pun tak boleh makan sebab berpuasa jadinya eloklah diisi dengan sedikit perkongsian ilmu, menghadiri ceramah yang insyallah bermanfaat kepada warga JPA kan...Untunglah kalau dapat dengar ustaz, ustazah yang begitu femes secara langsung dan sangat dekat dengan kita. Berbanding sebelum nih hanya melalui televisyen saja.

screen Sham Kamikaze, tajuk gempak dari gitar ke tasbih ...

Sham semasa di interview oleh moderator...

**
Minggu nih ada Imam Muda Asyraff, Sham Kamikaze dan insyaallah esok akan bertandang pula Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman ke Auditorium JPA. Oh! kalau sesiapa yang tak kenal ustazah Sharifah adalah peserta Program Akademi Al-Quran dan satu-satunya peserta wanita di program realiti tersebut. Oklah Cik Cha nak recall balik hari Selasa lepas bila mendengar sedikit perkongsian ilmu dari Tuan Sham Kamikaze. Menurut beliau, ini adalah keadaan dia apabila kembali kepada fitrah yang sebenarnya. Bukannya satu transformasi diri, cuma dia hanya mahu berbalik kepada keadaan asal nya. Menurutnya lagi, selama 35 tahun sepanjang hidupnya, dia cuma menunaikan solat sekali dalam setahun yakni solat sunat Aidilfitri (sembahyang hari raya saje). Dan yang paling menyedihkan, dia memberitahu bahawa selaku ahli muzik, tidurnya hanyalah sekitar jam 5 pagi dan bangunnya pada jam 2 petang. Dan dia tak pernah sama sekali solat Subuh dalam masa itu. Selain mempunyai hobi iaitu bershopping kasut di KLCC, hidupnya tidak akan lengkap tanpa membawa balik 'paper beg' setiap kali mengunjungi KLCC, walau pun hanya dapat membeli seutas 'key-chain' pun boleh memuaskan hatinya tika itu. Janji ada 'paper beg' ditangan. Selain itu, dia cukup menyesal dan malu bila ramai makcik-makcik yang tanya kenapa bertindik ditelinga, sama macam kaum wanita? Jawapan nya...takpelah makcik nanti saya bukak lah.....". Even dia tahu mende itu salah, but still dia nak pakai jugak...gaya rock katanye, tengahari rembang pakai leather jacket & leather pants pun takpe..janji rock! hahahaha! Aksesori janganlah cakap mengalahkan anak mami the movie, gelang sampai siku, cincin penuh sepuluh jari...itulah Sham dulu, sekarang alhamdulillah dia dah berubah dah..insyaallah....

Yang ini esok..nak pegi gak lah....=)

pengesahan kehadiran..wah! skema ayat ku...

**
Begitulah antara serba sedikit cerita dari Sham Kamikaze (even banyak lagi tapi lenguh nak type) hehehehe! Nak update kisah Imam Muda Asyraff pulak lah...Kata Ustaz Asyraff bukan senang nak bergelar Imam Muda, yelah imam kan selalunya tua-tua belaka, janggut nya putih dan uban berselerak dikepala. Namun baginya, dia cuba untuk memimpin orang ramai ke arah kebenaran. Memimpin umat Islam terutamanya belia muda untuk 'lepak' di masjid-masjid. Dan katanya lagi, bukan sedikit cabaran yang diterima malahan, beratus dugaan, cabaran dan anasir luar yang datang menduga...."hai nasib baiklah saya dah kahwin, kalau tidak Lisa Surihani tuh saya yang punya...hehehehe!" itulah antara pencetus gelak-tawa warga JPA di Auditorium tadi. Kata Asyraff lagi, sebelum menyertai Imam Muda, banyak juga kutukan dan kritikan yang diterima oleh orang ramai mengenai program ini. Katanya, orang ramai beranggapan pihak stesen TV tersebut hanya ingin mengaut keuntungan saja dari program Imam Muda. Namun, setelah Ustaz Asyraff bersemuka dengan penerbit saluran dan tenaga kerja produksi maka, penjelasan kepada beliau mengenai objektif rancangan tesebut sangatlah memberi kesan yang positif kepada seluruh umat Islam.

caiyok lah..warung Wak Cafe...wak konfident interview Imam Muda nampak....

screen Imam Muda Asyraff...

boleh pandang-pandang saje...Ustaz Asyraff sangat pemalu doe....

**
Wah! siok Cik Cha dengar ceramah dari Ustaz Asyraff tadi. Eh..bukan semua orang berpeluang berjumpa ustaz secara live tau! Alhamdulillah...termakbul nak jumpa Imam Muda (gosok-gosok perot dengan harapan dapat baby boy dan jadi Imam Muda satu hari nanti...!) Insyaallah...hehehehe! Yang paling best dapat amik gambar Imam Muda Asyraff secara live dan berdepan...haish..penuh gak lah image camera Cik Cha dek penangan ustaz Asyraff nih. hehehehe! Tapi sangat hampa ye, bila penganjur last minute buat announcement untuk warga auditorium bersolat Zohor (di imam kan oleh Ustaz Asyraff). Dah last minute, mana nak sempat amik telekung kat opis nun, aduyai....kalau tak, bestnya lah kan? =)
**
Oklah sebelum habis entry nih, Cik Cha nak re-call balik kata-kata Sham Kamizake hari tu...."Selangkah kita dekat dengan Allah SWT, seribu langkah Allah SWT akan dekat dengan kita". Insyallah. So, Cik Cha menyeru untuk semua supaya jangan lupakan Allah SWT, kerana kita nih tidak tahu bila nyawa kita akan ditarik balik olehNya. Kan ke semua ini hanyalah pinjaman dari Nya. Tak kira tua, muda, miskin, kaya...bila sampai masa nya, kita akan kembali kepada Yang Maha Berkuasa. 
**

p.s: sangat beruntung menjadi warga JPA! sebab itulah kami berbangga berslogankan..peneraju perubahan perkhidmatan awam.........=) (tetibe patriotik!)

4 comments:

Shy Syaz said...

hi tasha!! baru berkesempatan ke blog kamu..
selamat berpuasa..take care ya!

FARA said...

awk keje kat JPA ke??/bahagian mana tu ?

Natasha Farina Arifin said...

shy: tengkiu and u too selamat berpuasa yer...
fara: hehehe..a'ah orang JPA gak bahagian service....

FARA said...

owh ingat bhgn pertukaran hehhe

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...