Iklan

Sharemyloves Geng!

10 August 2011

Raya..oh! raya.....!

Raga hadiah dari Mama Cik Cha =)

Salam kepada semua kawan-kawan. Macam biasa Cik Cha nak ucapkan Selamat Berpuasa, pejam celik, pejam celik dah 10 hari umat Islam berpuasa kan? Alhamdulillah....Lagi 20 hari insyaallah kita semua akan menyambut AidilFitri. Tahun ni, Cik Cha kena ikut giliran beraya di Felda Keratong, Pahang. Nenek sebelah hubby. Sebenarnya, family-in-laws Cik Cha berasal dari Kelantan, tetapi dah berhijrah ke Felda Keratong dah lama, sebab arwah Atuk hubby dah bukak tanah di situ. So, bermaustautinlah mereka disana. 
**
Bila orang tanya, mestilah sedih weii...30 tahun Cik Cha dok beraya di Parit Buntar, Perak saja. Tak pernah missed balik raya, tetiba tahun nih, kena ikut hubby. Tak perlah, sebab tahun lepas dah ikut giliran Cik Cha beraya di kampung sendiri. So, fair & square aite?. Tahun nih first time beraya sebagai wanita mengandung @ ibu. Bercerita pasal nak raya, baju raya yang dah tempah awal-awal pun dah reject sebab memang tak muat. Nak kena cari kaftan @ jubah lah raya tahun ni. Or else, pakai kain batik saje kat kampung mertua nanti. Hehehehe! Yelah, dapat bonus RM500 saje, yang cukup beli kain batik je, yang lebih-lebih tuh nak topap beli tilam VONO - king SIZE! hahahaha! Gelak syaitoonnnnn!
**
Kuih raya pulak, awal-awal mama dah sound. JANGAN BELI APA-APA! Tapi sebab degil order jugak 2 jenis, sebab nak bawak sebagai buah tangan untuk Nenek di Keratong. Rezeki untuk nenek lah tuh....kan?.
Juadah paling best Cik Cha nak suruh hubby dan MIL buat di Keratong time raya adalah, SATAY! Yup! unik gile, diaorang nih pepagi rajin betul lilit daging ayam, dan bakar satay. Memang sedap! Kuih kacang pun buat sendiri. Hubby pulak bab bakaq satay memang terror! Ini pengalaman time Raya AidilAdha tahun lepas lah...Siok ooooo!
Time nih kat paking umah Presint 18, daaa....

**
Tahun nih jugak tak boleh sambut meriah sangat-sangat. Nak dapat baby nih, duit nak pakai. Satu ape pun beli lagi. Still early I guess! Cuma ada gi survey sana-sini barang baby. Yang bestnya takut nak beli baju baby sebab jantina 'budak tecik' nih belum nampak. Kan dia main aci nyorok dengan Dr. Zamri 2 minggu lepas. Aiseh....Oh! nak update sedikit pasal perkembangan baby. Sekarang nih, even still tecik dia suka buat tendangan manja yang rasanya sangat geli-geli dan sometimes boleh terkejutkan kita. Especially time opis hour. Oh! lagi satu bila dengar suara orang lelaki dia sangat suka gerak-gerak. Especially suara daddy dia =) Cik Cha pulak sekarang everyday cramp kaki setiap pagi. Sakit yang amat. Kadang-kadang nak bangun sahur tuh liat bebenor dek kaki yang cramp. 
**
Eh! today, nak tunjuk picca's hadiah dari mama. hah! amik ngko! Raga berwarna pink diimport khas dari Parit Buntaq, and ada cawan kecik untuk minum (bought at Ikea), also bantal kecik beli kat Ikea untuk tempat sandar-sandar belakang di opis...yang lain semua barang lama. Sumbat jer dalam raga sebab time tuh baru balik dari Magna Ville, Selayang, mama second house. Cute kan kaler raga tuh..hehe! Murah RM20 hengget saja. Campak baju2 belum lipat atau baju kotoq dengan sesuka hati Cik Cha jer...huahuahua! Dan, yang dua orang in-blue tuh, ha! lama tak exposed diri..sekali-sekala exposed sikit tak pe. Kuikuikuikuikui. Kot-kot ade yang rindu nak tengok ker....hahaha! choi!
Baru ku perasaan rambut lakiku dibelah tengah..macam Momok Tomok zaman New Boyz jek rupenya! huhuhuhu

**
So, that's all folks! Today dah telan ubat-ubat, vitamin sgala mak neneks rasa sangat payau dan loya tekak. Harap semua keloyaan hilang japgi. Oklah! bubbye!

2 comments:

AkmaFaizal said...

Selamat beraya di perantauan gitu..akeke...

Natasha Farina Arifin said...

kema: huhuhu..perantauan???uwaaa......!!!!uwaa..... sedihnyeeee!

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...