Iklan

Sharemyloves Geng!

09 August 2011

Perihal Kuih Raya Mama.....



 
Selamat Menyambut Ramadhan. Diam tak diam sudah masuk hari ke-9 umat Islam berpuasa. Bagi para ibu-ibu yang berbadan dua....ha! jangan tanya lah pose penuh ke tidak..sebab selalunya time lunch hour memang rase macam nak pitam. Bukan sengaja nak berbuka, tetapi kalau diteruskan juga berpuasa dan jika memudaratkan ibu dan baby...better kena eat something kan?.Jenuh lah nak mengganti esok..hahaha!
**
Oh! today nak bercerita mengenai perihal kuih raya. Yelah..nama pun nak menyambut Hari Raya mestilah ada kuih raya. Sebenarnya kuih raya nih terpulang kepada individu masing-masing samada nak beli ke, order ke atau buat sendiri. Dengan kos bahan mentah (mcm tepung, gula, minyak etc) yang semakin naik, kita sebagai pengguna tak perlu bebel banyak-banyak kalau nak beli barang itu mahal, barang ini mahal...yelah! ekonomi sekarang kan tak menentu.
 


 
**
Cik Cha teringatlah sangat dekat Mama di kampung. Seingat Cik Cha mama sangatlah rajin orangnya. Sejak kitaorang adik-beradik kecik lagi mama dah jual kuih raya untuk opismate dia. Tambah pendapatan, yelah...kami pun bukannya orang senang sangat. Mama dulu hanyalah seorang typist di Pejabat Tanah Kerian, Parit Buntar. Dan arwah baba pula bekerja sebagai kontraktor kecik-kecilan. Jadi Cik Cha tengok both of them berusaha keras untuk cari duit bagi menampung keperluan dengan anak-anak yang masih kecil. Mama ke office dengan hanya mengayuh basikal, yelah nak beli second car tak mampu, sebab kereta yang ada baba dah guna untuk ke site project. 
 


 
**
Jadi mama try untuk buat kuih raya dan jual. Tak sangka sambutan sangat menggalakkan!. Resipi biskut raya mama memang sedap. Sebab mama guna butter 'yang seketul-seketul' berbanding butter atau planta yang ditimbang. Itulah rahsianya! Biskut mama memang sangat-sangat sedap. Bukan sekadar opis mama di Parit Buntar, malah biskut raya mama terus dapat sambutan ke Taiping, Ipoh, Bukit Mertajam dan Georgetown! Erm...start dari itu every year mama akan terus buat kuih, dengan mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan (dalam bulan Ramadhan). Dan tukang menghantar kuih raya time tuh, adalah arwah Baba. Bertahun-tahun mama buat kuih, sampailah mama berjaya membeli kereta sendiri (second hand Proton Iswara). Mama cakap..
"Jadilah dari takde kereta langsung...boleh mama pasni hantar kuih raya sendirikan? Tamau susahkan baba lagi".
 


 
**
After that, kisah sedih melanda bila baba meninggal dunia. Mama sedih, Cik Cha sedih, adik-adik pun sedih. Nasib baik masih ada mama dah ada kereta so, start tahun 1998, mama yang hantar semua kuih raya sendiri sehingga ke Ipoh!. Cik Cha sebak sungguh tengok mama...dan sampai sekarang di tahun 2011, mama tetap gigih buat kuih raya, untuk tambah pendapatan kami. Mama cakap, "Nanti cucu nak keluar banyak nak guna duit...". Itulah mama Cik Cha, sebut sajalah kuih raya ape pun semua dihujung jari dia, dari biskut tradisional sehingga ke biskut moden, semua dia dah mahir. Mama juga tak jemu menghadiri kursus buat kek dan biskut setiap tahun dimana saja pun. Yang penting mama dapat belajar biskut baru dan design baru kan?.
**
Dari ke oven hitam 'old school' sampai gunakan electric oven sekarang rezeki mama memang tak putus-putus menjelang hari raya. Dari pukul 6 pagi sampai pukul 7 petang. setiap hari ..mama masih tekun menguli doh kuih raya untuk setiap customer. Cik Cha juga berterima kasih kepada kaum keluarga mama dan arwah baba yang setiap tahun rajin juga order kuih raya mama. Dan juga para pembantu mama (budak-budak lepasan SPM kat kampung) yang sudi menolong mama. Eh! dapat upah banyak tau....! sama dengan bonus orang kerajaan dapat tahun nih!.
**
So, Cik Cha nak publish a few piccas of kuih raya mama. This is not for sale! Mama dah tak ambil order lagi tahun nih. Tempahan dah ditutup. Cik Cha publish cuma saja nak tunjuk hasil kerja mama je. Sebab Cik Cha sangat bangga dengan mama. Kalau Cik Cha ditempat mama pun tak mungkin Cik Cha dapat buat biskut raya cenggini. hahaha! That's all for today folks! Rasa macam dah larat nak berpuasa penuh hari nih walaupun ada rasa kaki-kaki kecik menendang dalam perut..ouch! geli-geli..... Insyaallah....=)

p.s: nak ucap tahniah juga buat bakal daddy, kawan-kawan sepermainan erie  dari tadika (Pejal & Jejet) yang akan sambut orang baru on January & February nanti....

8 comments:

Mama Likha said...

tak aci. ...!! baru nk order...

hmmm utk mektok blh tak ? boleh lah... mektok nk orderr ni plissshhhhh *kelip2 mata

Natasha Farina Arifin said...

mama likha: hehehe...nanti untuk mektok untie Cha kasi saja..tayah order-order...ckp jer suke yg. mne tau...nanti untie Cha delivery kat umah baru =)

WaWa_EzRiLL said...

cik cha - banyak2 citer raya ni paling sedih aku rasa.. hang ni rosak mood aku.. weh mama hang dah kaya la skang.. hehe hang patut ikut jejak langkah mama. pasni myvi bertukar menjadi vono.. hehehhhh aper tu KETE BARU CIK CHA& MR ERIE

Natasha Farina Arifin said...

wawa: sedih gak aku time type entry nih pepagi tadi..tuh gunanya masuk kul 7.30 am tuh..hehehe oppps! ini cerita benar weh...xpela aku tumpang hepi kalo dpt tukor tilam Cavenzi dgn tilam vono menjelang raya...pasni kena kayuh beskal lak kalo nak tukar set bilik tidoq ka, set sofa ka, kabinet dapoq ka, jakuzi ka..hehehe =)

Mama Likha said...

btul ke ?? likha nak yg pic no2 ngn no 1.... tauuu ;P

Natasha Farina Arifin said...

likha: baik likha..nanti Cik Cha suh mama Cik Cha buat eh......pas raye Cik Cha anto....

AkmaFaizal said...

wah..mama likha dapat kuih rayala...beshnye..nnt aku nak dtg beraya umah hang la tasha. nak kumpul duit raya tuk anak2..ahahaha

boleh gak rase kuih raye mama hang yang look marvelous n delicious tu..yummm..yum..i loike :)

Natasha Farina Arifin said...

kema: wah! cantik ler tuh kumpul duit raye kat anak-anak hang..nih yg aku punya baby dlm perot jgn dilupa..huhuhuhu...dia pon nak duit raya gak...meh ler umah aku tuh pon kalo kuih raye aku dah sempat delivery dari Parit Buntaq nun..
kalo idok mkn megi sudoh kat umah aku huhhuhuhu!

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...