Iklan

Sharemyloves Geng!

18 August 2011

'Barang' raye Cik Cha..yeay!

kan dah cakap BAHAGIA tadi...hehehe!
 
Salam semua. Adeh! lama benor rasanya tak update belog kesayangan Cik Cha ini. Bukannya ape. Semalam orang negeri lain yang Cuti Am, kita pun sebuk-sebuk gak nak bercuti. Aih...tu lah namanya isteri mithali. Nak berkepit bersama suami jugak bila suami cuti, bini pun terasa nak cuti. Hehehe! Bukan setakat bini, baby pun rasanya selalu rindu dekat daddy dia, bila seharian tak dengar suara daddy =)
**
Minggu nih dah dekat-dekat minggu nak raye. Tahun nih, raya ke kampung Nenek di Pahang (side suami). So, jangan harap atau bermimpi tetiba bangun pagi raya nampak mama & adik sibuk kat dapur dok sediakan juadah raya, or jangan mimpi jugak nak dengaq suara Tok Limah berleteq sebab tak pi semayang sunat raya. ehheheheheehehe! Datang opis pulak sana sini, dengan lagu raya, ketupat hiasan ler, lampu lip-lap bagai untuk memeriahkan suasana menjelang Aidilfitri. Tapi jangan tanye Cik Cha apa yang dah beli untuk hari raya. Langsung ape pun tidak lagi.......! (cit! ape pon tak boleh..!)
**
Baju raya yang dah siap confirm tak muat. Erie pulak cakap nak pakai baju tahun lepas saje sebab nak save duit untuk persiapan baby. So, memang takder ape-ape yang kalut untuk dibeli pada raya kali ini. Nak membeli kaftan pun belum sempat nak jenguk mana-mana kedai. Alkisahnya, asyik menyetelkan 'IMPIAN dan IDAMAN' yang telah bertahun terbuku dihati Cik Cha nih. Hehehehe! Biarlah orang nak kata ape pun janji Cik Cha rasa hepi sebab dah berjaya memiliki menda yang 'satu' ini. Semalam kan cuti so, berkesempatanlah Cik Cha pergi bayar cash barang yang sudah ditempah minggu lepas, di Pusat Perabot Bahagia, Shah Alam. Bahagia sunguhhh la haiiii..hehehe!
 
 
**
Oh! Insyaallah rasa bahagia sangat...biarlah orang nak bersakan dengan kuih raya 10 jenis, baju raya 14 pasang, kasut raya 5 pasang. Tapi Cik Cha sesangat bahagia dengan barang baru ini. Harap lepas nih dah boleh tidoq lena bersama-sama suami tercinta dan insyallah coming soon, baby tercayang! Cik Cha dah lama pasang niat untuk menukar barang baru itu di bilik tidur utama kitaorang, yelah dari bujang pakai yang sama, so bila dah berkahwin nih teringin nak pakai barang yang lebih berkualiti dan selesa lah sikit kan?. Harga agak mahal tetapi berbaloi setelah dapat diskaun dan tolak itu ini, dan rasa sesangat puas bila dapat bayar cash dengan hasil titik peluh sendiri (opps! dapat gak habuan sikit dari Mama dan Erie) topap untuk bayar barang ini.
 
harga sangat ber kaloi baloi-baloi..
 
**
So, bila dipikirkan balik, beraya nanti takdalah sakan sangat. Cuma buat ape yang termampu sahaja. Duit raya ke anak buah dan sepupu semua dah larik bajet gara-gara 'barang' nih! Tapi takpelah....yang penting selesa dan sesangat puas hati. Duit bonus pun jangan ditanya sebab dah hangus dek barang ini gak. Hehehehehe! Rasanya itu saja karangan buat hari ni, oppss! bukan niat nak menunjuk-nunjuk tapi as I had told u guys earlier, this is like a diary for me. So, saja nak updatelah bila beli barang itu, barang ini kan. Sebab barang lain taleh nak tunjuk becoz tiada perkataan barang baru sempena hari raya ini melainkan 'barang' ini.
** 
Buat kengkawan yang dah tahu rahsia barang Cik Cha nih, senyap-senyap jer tau...hehehehe nanti Cik Cha post another entry berkenaan 'barang' nih  tau ... Apekah dia....? SUPRISE! That's all for now folks, jaga diri hiasi peribadi, yang berpuasa tuh jangan lupa solat, sebab kalau puasa tanpa solat ibarat menabung di ASB tetapi tak dapat-dapat dividend...Ingatlah SOLAT ITU TIANG AGAMA! aiseh..macam ustazah pulak...renung-renungkan dan selamat beramal...
**
p.s: can't wait until this Saturday....=)

No comments:

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...