Iklan

Sharemyloves Geng!

25 August 2011

Nasik Lemak Homemade~ tingat orang kampong weeiii......!

Salam semua. Semalam perot BERKEINGINAN TINGGI untuk makan nasi lemak. Tamaulah nasi lemak beli-beli. Tak sedap! Tamaulah nasik lemak antarabangsa pun takde selera. Nasik lemak malee pun dah cemuih dah makan. Huhuhuhu! Jadinya walaupun berbuka berseorangan gigih jugak buat nasik lemak utara branding Cik Cha. Homemade lagik! Rajin betul mommy masuk dapur sekarang. Nak tambat hati daddy sokmo, kenalah rajin.Kan ke air tangan isteri itu pengikat kasih sayang keluarga. Jangan malas-malas yek! Cewah....mentang-mentang baru lepas dengaq ceramah dari ustaz Hassan Din Al-Hafiz....hehehehe!
**
Jadinya, Cik Cha pun prepare segala mak neneks kelengkapan untuk memasak nasi lemak ala mama. Heheheh! Untuk pengetahuan korang, orang utara nih nasik lemak depa lain macam sikit. Lauk kami tak banyak cukup satu masak sambal, telor mata dan ikan bilis goreng. Sudah! Bukan macam orang KL yang kena ada paru sambal, ayam sambal, rendang kerang, rendang daging bagai....oh! no.no.no. Cukup hanya satu lauk saja.
**
Oleh kerna time Mama (Opah) datang aritu dia bawak sotong kering, dari Pangkor so Cik Cha pun ter ada idea untuk buat sambal sotong. Slurrppp! sedapnye...boring gak asek-asek sambal ikan bilis jek. So, ber 'ketuk-ketuk ramadhan' lah Cik Cha sorang-sorang kat dapor tuh. Hahaha! Gigih, mommy baby nih...
**
Oleh sebab tadi bercerita pasal lauk nasik lemak, lani Cik Cha nak bercerita pasal nasiknya pulak. Nasik orang utara nih memang lemak. Santan kena lebih, dah nasik tuh bila masak kena lembik-lembik sikit...ha! baru mak mentua lalu kat depan idong pon tak nampak. Hehehehehe! So, Cik Cha pon ikotlah resipi dalam pale otak nih, macam Tok Limah (neneks) Cik Cha ajaq dulu, cara-cara untuk buat nasik lemak. Sebab dulu berpuluh-puluh tahun Tok Limah meniaga kuih dengan nasik lemak, dan mempunyai restoran sendirik! so dia memang 'Ratu' bab-bab masakan nih!. Agak-agak dah cukup dan kebal ilmu didada try ler suh Tok Limah rasa masakan korang. Kalo dia kata sedap, dan dia menambah...maknanya memang korang dah terer lah tuh..hehehe! Memang taleh lupa lauk 'Daging Pecah Kepala' resipi Tok......=)
**
Aik dah terbabas cerita pasal neneks aku. Hehehehe! ok...then dah masak segala bahan, Cik Cha tak lupa hiris timun sikit untuk dijadikan side dish bagi nasik lemak. As we all know, timun is nasik lemak 'best fren' kan..so kalo tadak timun, tak feel makan nasik lemak....Hehehehehe! Dah penat membebel, meh kita reramai tengok hasil nasik lemak dan sambal sotong Cik Cha. A bit oily..but sapelah orang Melayu tanpa memasak dengan minyak yang banyak kan? Tak sah kalo makanan tak berminyak kan?...kuang-kuang-kuang......! Jangan pas makan kena strok sudahlah..hahahahaha!

memula: masak nasi lemak dulu yer...
pehtu: tunggu nasik masak kena kaco-kaco selalu kang mentah pulak kan
atas dapoq: dah tumis cili buat sendirik dan masak dengan sotong kering, Pulau Pangkor mariiiii..

biarkan mendidih, banyaknye minyak....takpe dah nak masak kang tapis buang minyak tuh. ada gak yang kena kolestrol kalo makan sambal sotong Cik Cha nih.
nasik lemak dah masak...letakkan sekali telor dan timun yang dihiris tadi....

sedapnye, lepaslah nafsu orang mengidam ceni

kot-kot tak kenai..tempek sekali gambaq timun....hehehe!

it's the bilis..dah create recipe lain sikit untuk makan dengan nasi lemak

sotong sambal yang sudah siap dimasak!

air tangan isteri erie, menambat hati erie...hahaha! ayat taleh blah....

ok.ini wajib. fruits - epal dan jugak serbuk asam boi..hahahah!

actually nih serbuk untuk Jambu 88 Cik Cha beli kat Carefour...

meriah mak buyong berbuka...eh? puase ke tuh berbuka kemain hebak??hahaha!

ok itu saja. Salam Ramadha dari kami; the Nasik's Lemak's Geng...hohohohohohoho horlicks....!

p.s:  hari ini, Khamis 25/8/2011 Mom-in-law nak berlanje satu pamili berbuka puasa kat luar..yeay! yeay! bibik pon ikut tau...alahai bestnye berbuka reramai =)

24 August 2011

Sesuatu yang Cik Cha ada...untuk dikongsi bersama....

Cik Cha (kuning-kuningan) bersama YBhg. Datuk Hassan Din Al-Hafiz

Best pren Cik Cha (berbaju ijao) bersama Ustaz Hassan Din dan isteri



Antara intipati ceramah ustaz pada hari ini;

1) Disyorkan supaya meletakkan nama 'Muhammad' bagi yang bakal mendapat anak lelaki. Ini untuk mendapat keberkatan selain tidak menunjukkan kejahilan ibu-bapa bayi berkenaan. Ini kerana pada zaman sekarang terlalu banyak nama bayi yang pelik-pelik dan ramai yang terlalu mengikut pengaruh nama dari Barat.
**
2) Jika anda terkena sihir, anda harus meminta bantuan bomoh sihir juga untuk menghantar kembali sihir tersebut. Ini kerana jika perubatan Islam tidak 'menjadi' kita diizinkan untuk berubat dengan bomoh sihir bagi tujuan perubatan. Waalahualam.
**
3) Isu murtad kembali merebak dikalangan umat Islam. Sebenarnya, orang bukan Islam bukan mahu mengajak kita ubah kepada agama mereka. Tetapi, mereka ingin umat Islam terikut-ikut dengan cara hidup mereka dahulu, jadi senanglah mereka nak manipulasi hidup orang Islam.
**
4) Ustaz juga berkata, barangsiapa yang hanya hadir dimajlis ilmu akan mendapat banyak keberkatan, walaupun hanya hadir dan mendengar ceramah pun dikirakan sebagai satu pahala besar. 

Sekian, wasallam.

19 Weeks Pregnant

 *19 WEEKS PREGNANT*
Dates and numbers:

There are 142 days until your due date on January 13, 2012.
You are 138 days pregnant.
You are 4.5 months pregnant.
You are in your 5th month of pregnancy.
Your 1st trimester: April 08, 2011 to July 07, 2011. (0 - 12 weeks)
Your 2nd trimester: July 08, 2011 to October 20, 2011. (13 - 27 weeks)
Your 3rd trimester: October 21, 2011 to January 13, 2012. (28 - 40 weeks)



Close up of the face and hands
The right foot, including the developing bones, are clearly visible in the middle of the screen



Your baby's crown-to-rump length is 5.2 to 6 inches this week. Your baby weighs approximately 7 ounces and will increase its weight more than 15 times between now and birth!

Most women can feel their uterus about a half of an inch below their bellybutton at this point of pregnancy. If you turn to the side, you can really tell that your body is changing! Most women have gained up to 14 pounds now and only 7 ounces of that is your baby! The placenta weighs about 6 ounces and the amniotic fluid that surrounds your baby weighs 11 ounces. Your breasts have increased in weight by 6 ounces each and the uterus has grown to 11 ounces! You may be gaining weight in places other than your abdomen and this may be affecting your posture and sleeping habits.

One of the most amazing aspects of your baby's growth and development is that of the fetal brain. Your baby's brain is one of the first organs to appear. Your baby's oversized head shows the brain's importance in his development. Because the nerves that connect the muscles to the brain have grown into place, your baby's movements are consciously directed. Your baby's ears stand out from the sides of the head and the buds for your baby's permanent teeth appear. Your baby's arms and legs have reached their relative proportions and his feet are approximately one inch long. 
-syukur. alhamdulillah ke hadrat Allah SWT-


Maya Karin disampingku setiap malam......!

Salam...lets's picture speak....But-but..with a few caption underneath these pictures! enjoice...!!!

*and these where i flew my 'bonus' to......*

barang baru sampai, 'hot-hot' from oven


and luckily we got these instead, no need to buy another bantal & mattress protector all include in the package...



and the tilam is extremely huge, can accomodate 4 pax each time..hohohohohoho!

and these is the bangladeshi worker man of the house, tolong lap dulu the bed frame...agak tak shiny, mebi because too long in the factory kot?...


motif of the picture: show-off maya karin signature on the king size mattress.....hahahaha! walaweyy....
hello maya karin.. later we put u new baju@bedsheet ya!...currently pakai bedsheet baru Mom-In-Law hadiahkan Ahad lepas...so nice of her...tengkiu mak!

he keeps on smiling all nite long....dah macam kanak-kanak umoq 4tahun la sayang....seb bek tak loncat-loncat ataih katey tuh....naya.naya....


*and this is the previous one..banyak memories nih...=)*

picture taken early in the morning, before the new one arrive.

I love the shoking color..red+blue...

bye-bye old one...we both will miss u cho much!



p.s: love the new bedframe+the king mattress, 
boleh lah baby tido kat tengah-tengah,
saranan untuk preggie women: dijamin this mattress wont hurt u back anymore!
SERIOUSLY!!!
(does that !!! sign show how serious my word is?)
hahahaha.
pasni nak hunting for the best bargain at Aussino bedsheet pulak:
KING size!  
psttttt..sesape nak bagi duit raye kat baby?
mummy dia nak bubuh dalam tabung buat beli bedsheet baru.
hahahaha!
Tata.titi.tutu!

gambar yang di crop & di 'old schoolkan' sebab banyak barang belakang tuh..hehehehehe!  
 picture taken last 2 weeks....

23 August 2011

IFTAR at Flamingo Steambot, Shah Alam....

Hello everybody. Salam. Semalam dah ada quick update pasal check-up kat klinik kan. Pasal peria katak and so on. Balik rumah pulak belek-belek appointment book DEMC...ya allah! sama pulak date nya dengan appointment dekat klinik kesihatan Putrajaya on 12/9/2011. Ha! ngko!..nyanyok sokmo. Terpakse Cik Cha 'korbankan' sehari cuti untuk check-up. Begitulah rutin ibu-ibu preggie nih. Dek kerna HB yang sangat low, nurse yang 'baik hati' tuh dah tetapkan check-up 2x sebulan di klinik. Lagi sekali..ha! amek ko!! tadah ler tangan untuk kena inject, tadahlah telinga untuk kena bebel Cik Cha oiii. Choiiiii.....
**
Lupakan seketika pasal check-up. Sesak nafas ku ini bercerita pasal menda tuh. Okeh! today nak bercerita pasal Iftar. Yup!kalo Iftar wajib ade ape kawan-kawan?. MAKANAN...ye..betul...makanan.....! Minggu lepas group sekolah erie @ group OCMC (yang erie berada dibawah naungan kumpulan gagak itam ini sejak beberapa tahun lalu) telah menganjurkan majlis berbuka puasa di Flamming Steamboat, Shah Alam. Ha! korang jangan ingat Flamming tuh ade kat Sunway saje. Sekarang diaorang dah advance tau, bukak cawangan kat SA, 2 tingkat lagik, besor ngko!
antara aksesori makanan atas meja kami beramai-ramai
korang tengok muka aku macam senyum paksa kan?kan? erie plak gaya macam baru menang loteri haha!
 
**
So, Cik Cha pun menghadirkan diri bersama erie untuk sesi berbuka itu. Erm. Mula-mula kita review pasal makanan lah yer. For me, makanan untuk buffet kat situ, not bad. And not too worse. Nak kata sedap sangat pun idok ler. Menunya macam biasa steamboat 'accesories'  and adelah side dish macam nasik goreng, fried chicken, fried sotong, salad, ice-cream, kuih-muih, hot & cold drink, ABC and etc. Bagi orang yang tekak kurang gemor steamboat mesti kata kureng sedap kot. Banyak choices seafood dia lah. Antaranya, ketam, sotong, udang, kepah, lala, mentarang, siput pelik-pelik pon hado. Ha...naseb baik takda siput babi ngko....hehehehe!
 
tembikai tuh harus letak asam boi..baru kena selera tekak ibu mengandung...!
 

ok masak-masak time!
 

**
Ramai gak kengkawan erie yang datang. Bolehlah memeriahkan majlis Iftar tuh. Padahal kat Flamming tuh memang dah pack, nasib baik surrounding tempat tuh sangat best. Mebi becoz itu adalah restoran baru, so semua furniture & decoration..sangat cantik-cantik. Antara kawan erie yang datang ada yang dah berkahwin, bujangan, solo, bawak aweks, bawak pakwe, bawak skandal bagai...hai..lantak korang ler janji perot ku kenyang sudoh. Hehehehe! Diaorang nih memang selalu buat aktiviti luar, antaranya pegi bercuti beramai-ramai, memancing, berkelah, berkonvoi ke wedding ahli kumpulan, berkaraoke, dan macam-macam lagiklah. But, ini untuk badge sekolah erie saja. Orang luar tidak diizinkan join. Huhuhhu! Next trip on April 2012, insyallah derang akan ke Pulau Langkawi. Erm..Cik Cha nih, kalau diizinkan Nya (dan kalo baby Opah mau tolong jaga), macam gedik2 nak join, sebab last trip ke Pangkor tuh, tak leh join disebabkan oleh final exam...Dan pada raye ketiga dah ada jemputan kawin one of the members...kena pegi nih kalo berkesempatan....Sebab time Cik Cha kawin dulu derang reramai datang tau kat Putrajaya..even sesat barat...! hehehehe..
ehem-ehem..'bertiga' bersekeluarga...=)

**
Erm, itu sajalah kot untuk hari nih. Ada urgent work kena buat. Kalo tidak takleh raye..eventhough mood untuk beraya sangat kuat dihati. Huhuhhu! Esok nak update entry, barang baru yang dah sampai kat umah weekend lepas..yeay! senyum sampai ke telinga dah sekarang kami suami-isteri....tidoq lena dah.....=)

ok..terima kasih juru gambar, sebab awak ambik gambar kitaorang 'blur'..uwa!!!
p.s: kenyang peyut, suke hati....

22 August 2011

Quick Update! phewww...

Salam semua. Pejam celik lagi seminggu insyaallah dah boleh kita beraya kan?. Very quick update today, Cik Cha today ke Klinik Kesihatan, Putrajaya Presint 3. Tunggu punye tunggu..lama gak tibalah giliran untuk kena inject untuk check HB. Dan sangat sedih..hb turun lagi ke tahap yang bertanda merah (very dangerous)! oh! I dont like that. 
 
 
inilah rupa peria katak itew....

**
Nurse kali nih baik gile. Siap pesan suruh makan PERIA KATAK! alahai...zaman canggih-manggih nih nih mana le ku kenal peria katak...and nama ada katak-katak tuh buat tekak Cik Cha kembang. aduyai! cari penyakit lah semua nih..uwaaa! ape pon tak boleh!
 
kalo dipotong-potong ginilah gayanye...

**
Terketaq-ketaq sms mama, dan dengan sopannye tanya mama.:..
Cik Cha: Ma, peria katak tuh apa? Macam mana rupa bentuknya? Nak cari tang mana?
Mama..eh..Opah: Lah hang pi pasar malam tuh berlambak, kat market (pasar) pun ada aih...
Cik Cha: pastu rupa dia macam katak ka mama?
Opah Mama: kalo rupa katak ada ka orang nak makan????....
 
kalo di blend ginilah rupanye..huyoo! 'MENYELERAKAN sungguh'!

**
So, gigihnya Cik Cha pon google lah gambaq peria katak nih. Ok then buat-buat teknik manis mulut tanye nurse...erm nurse..nurse peria katak nih nak makan cena? Masak apa? nurse jawab:
Nurse..eh..misi: Puan blend jer peria tuh pastu puan minum airnya...ini untuk tingkatkan hb puan nanti....tambahkan darah...
Cik Cha: eh??????kena blend ker? boleh bubuh gula tak?
Nurse @ misi: boleh ler..ikut sedap rasa....nak sedap tambah sekali epal hijau dan peria tuh blend sekali...
Cik Cha: Gulp! terrrrrrrimmaaaaaa kaseeeehhhhhhlah nurse. Insyallah saye try.....
**
Ok itu jerlah quick update today. Nak mimpi dulu resipi yang sedap-sedap untuk peria nih. Nak suruh erie carik kat pasar kat S.A. then Cik Cha nak wat goreng celop tepung dulu lah....try tengok sedap ke idok peria katak nih...Apa sajalah untukmu wahai anak... Janji anak sehat, mummy pon sehat sudah....hehehe!
 
but..if masak ceni..bolehlah 'gagah' kata orang utara....=)
 

p.s: peria katak tak per, jangan suruh makan katak sudoh! uwa!!!!

19 August 2011

Pantun Raya Dari Kami....

 
 
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan.
 
- Unit Naik Pangkat dan Prestasi, 
Bahagian Perkhidmatan, 
Jabatan Perkhidmatan Awam, 
Malaysia

18 August 2011

Untung Jadi Orang JPA nih.....

Wah! nak ucapkan salam dulu pada semua bloggers dan readers. Hari ini sangat bersemangat nak update second entry di bulan puasa. Yelah nama pun bulan puasa jadinya aktiviti pun harus berfaedah supaya seiring dengan bulan yang penuh keberkatan kan?.
*me not in picture, cuma pinjam pic kengkawan saje....

**
Orite. Cik Cha nak sangat update pasal aktiviti yang dianjurkan oleh rumah-rumah sukan (biru, merah, kuning, hijau dan oren) di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) nih. Dalam bulan yang penuh barakah nih, setiap hari ada saja Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni yang diadakan di Auditorium JPA khusus untuk semua warga JPA terutama menjelang waktu tengah hari. Yelah kan, nama pun tak boleh makan sebab berpuasa jadinya eloklah diisi dengan sedikit perkongsian ilmu, menghadiri ceramah yang insyallah bermanfaat kepada warga JPA kan...Untunglah kalau dapat dengar ustaz, ustazah yang begitu femes secara langsung dan sangat dekat dengan kita. Berbanding sebelum nih hanya melalui televisyen saja.

screen Sham Kamikaze, tajuk gempak dari gitar ke tasbih ...

Sham semasa di interview oleh moderator...

**
Minggu nih ada Imam Muda Asyraff, Sham Kamikaze dan insyaallah esok akan bertandang pula Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman ke Auditorium JPA. Oh! kalau sesiapa yang tak kenal ustazah Sharifah adalah peserta Program Akademi Al-Quran dan satu-satunya peserta wanita di program realiti tersebut. Oklah Cik Cha nak recall balik hari Selasa lepas bila mendengar sedikit perkongsian ilmu dari Tuan Sham Kamikaze. Menurut beliau, ini adalah keadaan dia apabila kembali kepada fitrah yang sebenarnya. Bukannya satu transformasi diri, cuma dia hanya mahu berbalik kepada keadaan asal nya. Menurutnya lagi, selama 35 tahun sepanjang hidupnya, dia cuma menunaikan solat sekali dalam setahun yakni solat sunat Aidilfitri (sembahyang hari raya saje). Dan yang paling menyedihkan, dia memberitahu bahawa selaku ahli muzik, tidurnya hanyalah sekitar jam 5 pagi dan bangunnya pada jam 2 petang. Dan dia tak pernah sama sekali solat Subuh dalam masa itu. Selain mempunyai hobi iaitu bershopping kasut di KLCC, hidupnya tidak akan lengkap tanpa membawa balik 'paper beg' setiap kali mengunjungi KLCC, walau pun hanya dapat membeli seutas 'key-chain' pun boleh memuaskan hatinya tika itu. Janji ada 'paper beg' ditangan. Selain itu, dia cukup menyesal dan malu bila ramai makcik-makcik yang tanya kenapa bertindik ditelinga, sama macam kaum wanita? Jawapan nya...takpelah makcik nanti saya bukak lah.....". Even dia tahu mende itu salah, but still dia nak pakai jugak...gaya rock katanye, tengahari rembang pakai leather jacket & leather pants pun takpe..janji rock! hahahaha! Aksesori janganlah cakap mengalahkan anak mami the movie, gelang sampai siku, cincin penuh sepuluh jari...itulah Sham dulu, sekarang alhamdulillah dia dah berubah dah..insyaallah....

Yang ini esok..nak pegi gak lah....=)

pengesahan kehadiran..wah! skema ayat ku...

**
Begitulah antara serba sedikit cerita dari Sham Kamikaze (even banyak lagi tapi lenguh nak type) hehehehe! Nak update kisah Imam Muda Asyraff pulak lah...Kata Ustaz Asyraff bukan senang nak bergelar Imam Muda, yelah imam kan selalunya tua-tua belaka, janggut nya putih dan uban berselerak dikepala. Namun baginya, dia cuba untuk memimpin orang ramai ke arah kebenaran. Memimpin umat Islam terutamanya belia muda untuk 'lepak' di masjid-masjid. Dan katanya lagi, bukan sedikit cabaran yang diterima malahan, beratus dugaan, cabaran dan anasir luar yang datang menduga...."hai nasib baiklah saya dah kahwin, kalau tidak Lisa Surihani tuh saya yang punya...hehehehe!" itulah antara pencetus gelak-tawa warga JPA di Auditorium tadi. Kata Asyraff lagi, sebelum menyertai Imam Muda, banyak juga kutukan dan kritikan yang diterima oleh orang ramai mengenai program ini. Katanya, orang ramai beranggapan pihak stesen TV tersebut hanya ingin mengaut keuntungan saja dari program Imam Muda. Namun, setelah Ustaz Asyraff bersemuka dengan penerbit saluran dan tenaga kerja produksi maka, penjelasan kepada beliau mengenai objektif rancangan tesebut sangatlah memberi kesan yang positif kepada seluruh umat Islam.

caiyok lah..warung Wak Cafe...wak konfident interview Imam Muda nampak....

screen Imam Muda Asyraff...

boleh pandang-pandang saje...Ustaz Asyraff sangat pemalu doe....

**
Wah! siok Cik Cha dengar ceramah dari Ustaz Asyraff tadi. Eh..bukan semua orang berpeluang berjumpa ustaz secara live tau! Alhamdulillah...termakbul nak jumpa Imam Muda (gosok-gosok perot dengan harapan dapat baby boy dan jadi Imam Muda satu hari nanti...!) Insyaallah...hehehehe! Yang paling best dapat amik gambar Imam Muda Asyraff secara live dan berdepan...haish..penuh gak lah image camera Cik Cha dek penangan ustaz Asyraff nih. hehehehe! Tapi sangat hampa ye, bila penganjur last minute buat announcement untuk warga auditorium bersolat Zohor (di imam kan oleh Ustaz Asyraff). Dah last minute, mana nak sempat amik telekung kat opis nun, aduyai....kalau tak, bestnya lah kan? =)
**
Oklah sebelum habis entry nih, Cik Cha nak re-call balik kata-kata Sham Kamizake hari tu...."Selangkah kita dekat dengan Allah SWT, seribu langkah Allah SWT akan dekat dengan kita". Insyallah. So, Cik Cha menyeru untuk semua supaya jangan lupakan Allah SWT, kerana kita nih tidak tahu bila nyawa kita akan ditarik balik olehNya. Kan ke semua ini hanyalah pinjaman dari Nya. Tak kira tua, muda, miskin, kaya...bila sampai masa nya, kita akan kembali kepada Yang Maha Berkuasa. 
**

p.s: sangat beruntung menjadi warga JPA! sebab itulah kami berbangga berslogankan..peneraju perubahan perkhidmatan awam.........=) (tetibe patriotik!)

'Barang' raye Cik Cha..yeay!

kan dah cakap BAHAGIA tadi...hehehe!
 
Salam semua. Adeh! lama benor rasanya tak update belog kesayangan Cik Cha ini. Bukannya ape. Semalam orang negeri lain yang Cuti Am, kita pun sebuk-sebuk gak nak bercuti. Aih...tu lah namanya isteri mithali. Nak berkepit bersama suami jugak bila suami cuti, bini pun terasa nak cuti. Hehehe! Bukan setakat bini, baby pun rasanya selalu rindu dekat daddy dia, bila seharian tak dengar suara daddy =)
**
Minggu nih dah dekat-dekat minggu nak raye. Tahun nih, raya ke kampung Nenek di Pahang (side suami). So, jangan harap atau bermimpi tetiba bangun pagi raya nampak mama & adik sibuk kat dapur dok sediakan juadah raya, or jangan mimpi jugak nak dengaq suara Tok Limah berleteq sebab tak pi semayang sunat raya. ehheheheheehehe! Datang opis pulak sana sini, dengan lagu raya, ketupat hiasan ler, lampu lip-lap bagai untuk memeriahkan suasana menjelang Aidilfitri. Tapi jangan tanye Cik Cha apa yang dah beli untuk hari raya. Langsung ape pun tidak lagi.......! (cit! ape pon tak boleh..!)
**
Baju raya yang dah siap confirm tak muat. Erie pulak cakap nak pakai baju tahun lepas saje sebab nak save duit untuk persiapan baby. So, memang takder ape-ape yang kalut untuk dibeli pada raya kali ini. Nak membeli kaftan pun belum sempat nak jenguk mana-mana kedai. Alkisahnya, asyik menyetelkan 'IMPIAN dan IDAMAN' yang telah bertahun terbuku dihati Cik Cha nih. Hehehehe! Biarlah orang nak kata ape pun janji Cik Cha rasa hepi sebab dah berjaya memiliki menda yang 'satu' ini. Semalam kan cuti so, berkesempatanlah Cik Cha pergi bayar cash barang yang sudah ditempah minggu lepas, di Pusat Perabot Bahagia, Shah Alam. Bahagia sunguhhh la haiiii..hehehe!
 
 
**
Oh! Insyaallah rasa bahagia sangat...biarlah orang nak bersakan dengan kuih raya 10 jenis, baju raya 14 pasang, kasut raya 5 pasang. Tapi Cik Cha sesangat bahagia dengan barang baru ini. Harap lepas nih dah boleh tidoq lena bersama-sama suami tercinta dan insyallah coming soon, baby tercayang! Cik Cha dah lama pasang niat untuk menukar barang baru itu di bilik tidur utama kitaorang, yelah dari bujang pakai yang sama, so bila dah berkahwin nih teringin nak pakai barang yang lebih berkualiti dan selesa lah sikit kan?. Harga agak mahal tetapi berbaloi setelah dapat diskaun dan tolak itu ini, dan rasa sesangat puas bila dapat bayar cash dengan hasil titik peluh sendiri (opps! dapat gak habuan sikit dari Mama dan Erie) topap untuk bayar barang ini.
 
harga sangat ber kaloi baloi-baloi..
 
**
So, bila dipikirkan balik, beraya nanti takdalah sakan sangat. Cuma buat ape yang termampu sahaja. Duit raya ke anak buah dan sepupu semua dah larik bajet gara-gara 'barang' nih! Tapi takpelah....yang penting selesa dan sesangat puas hati. Duit bonus pun jangan ditanya sebab dah hangus dek barang ini gak. Hehehehehe! Rasanya itu saja karangan buat hari ni, oppss! bukan niat nak menunjuk-nunjuk tapi as I had told u guys earlier, this is like a diary for me. So, saja nak updatelah bila beli barang itu, barang ini kan. Sebab barang lain taleh nak tunjuk becoz tiada perkataan barang baru sempena hari raya ini melainkan 'barang' ini.
** 
Buat kengkawan yang dah tahu rahsia barang Cik Cha nih, senyap-senyap jer tau...hehehehe nanti Cik Cha post another entry berkenaan 'barang' nih  tau ... Apekah dia....? SUPRISE! That's all for now folks, jaga diri hiasi peribadi, yang berpuasa tuh jangan lupa solat, sebab kalau puasa tanpa solat ibarat menabung di ASB tetapi tak dapat-dapat dividend...Ingatlah SOLAT ITU TIANG AGAMA! aiseh..macam ustazah pulak...renung-renungkan dan selamat beramal...
**
p.s: can't wait until this Saturday....=)

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...