Iklan

Sharemyloves Geng!

28 July 2011

Perihal Cik Cha Junior....


Salam semua. Ok semalam dah bercerita serba sedikit pasal experience ke hospital gomen dan swasta. Today nak bercerita serba sedikit pasal experience morning sickness - mebi hasil pembawakan baby dalam kandungan Cik Cha. 3 bulan pertama memang segalanya adalah DISASTER. Start pagi until malam memang muntah, muntah dan muntah. Memang badan sakit, perut sakit, kepala sakit semualah sakit. Sampaikan nak pergi ke office pun berpikir 2,3,4,5,6 kali. Bukan sengaja tapi memang keadaan kesihatan yang sangat tidak mengizinkan. Hujung minggu terpaksa dikorbankan bila tidak pergi ke kelas. Dengan pening, loya manakan Cik Cha terdaya nak memanjat tangga kat Fakulti dek non oii....
**
Selain daripada muntah, alahan terhebat adalah tidak boleh bau badan suami sendiri. Ya Allah, bukan sengaja tak suka nak bau tapi, memang sangat-sangat tak boleh. Sampaikan rasa nak tidur kat depan TV saja bertemankan toto dan bantal peluk. Memang tanak tidur sebelah hubby. Bukan sekejap until 3 bulan tau keadaan weird nih berlanjutan, hehehehe! Pening kapla hubby Cik Cha time tuh.
**
Next, Cik Cha sangat alergik kepada bau-bau sabun, shampoo, sabun basuh, softlan, perfume. Alamak! lagi DISASTER time tuh. Ntahlah napelah Cik Cha punya alahan sebegitu sampaikan pernah mandi tak bersabun dan bershampoo. Hehehehehe!
**
Oh! dapur oh! dapur. Lagi satu alahan kepada Cik Cha. Bau dapur, bau freezer, memang sangat-sangat tak boleh blah time tuh. Lagi-lagi time jiran Cik Cha rajin menumis bawang putih+bawang merah untuk masak-masak. Aduyai, mau pengsan bila bau-bauan tuh naik ke rongga idung. Lagi pulak jiran Cik Cha nih suka sangat makan kari, hari-hari menumis kari. Memang time tuh Cik Cha berlari masuk bilik, bukak kipas kuat-kuat dan selimut tutup idung. Kalau bau ada orang goreng-goreng pun sangat tidak boleh blah time itu. Hahahaha! COBAAN!
**

MENGIDAM APE? : Buah Delima Merah (which is actually not really recommended by Gynea because this fruit have a heaty elements, which can make mom's stomach heat so fast - can effect baby too!)
Tapi Cik Cha berjaya jugak makan sebijik (Hubby cari naik bukit, turun bukit..lalu terjumpa di Pasar Chow Kit hehehehe!)
Buah Salak: choii..semua buah yang memang tak elok untuk dimakan (imported by Mama from Parit Buntaq)
**
Dan sekarang dah ada beberapa peningkatan skit. Cik Cha dah boleh bersabun (pakai brand Simple - memang takde bau langsung sabun itu), boleh minum susu Mamil Mama dengan jayanya 2x sehari, boleh bau dan makan kari dengan jayanya (menu wajib Sabtu & Ahad pagi - roti canai tolo & bawang 2 keping bersama kari campur), less muntah dulu 12x sehari sekarang cuma 2x saje sehari, dah boleh telan multivitamin yang super-duper pahit. Dah boleh goreng-goreng dengan jayanya (yeay! boley goreng cekodok pisang, goreng naget, goreng jejariruncing jejari ayam naget, boleh masak spageti goreng) hehehehe!
**
Cik Cha sangat suka browse website untuk pregnant women, collect info bout pregnancy here & there, buka website Johnson Baby, Danone Dumex, Frisco and a few web yang memang load with a lot of information. Yelah, nak harapkan sape lagi kalau bukan diri sendiri yang check out, what should & shoudn't I eat, what should & shoudn't I do, and so on. Nowadays dah beruntung sangat untuk para mom-to-be because semua info ada dalam website. No need to buy any pregnancy book (can save money kan, untuk baby preparation nanti, ye tak?) Yang penting kerjasama kena rerajin browse internet, jangan asyik-asyik dok ke BeautifulNara jer...hehehehe!
**
So, itu sajalah perkongsian ilmu dan experience untuk hari ini, Cik Cha nak set up next appointment di DEMC Special Hospital lah for next check up which will be held in Ramadhan Al-Mubarak. Insyaallah segalanya akan baik. Minta jasa baik kengkawan doakan Cik Cha dan baby sihat sokmo yeah!

2 comments:

Mama Likha said...

insya allah.. semoga baik2 saja... klo blh berpuasa, puasa yer... klo tk boleh, jgn paksa... hope baby doing fine... perut dh nmpk dah ? bila nk jumpa cha ??

Natasha Farina Arifin said...

to mama likha: alhamdulillah semuanya baik setakat ni, ada lah sakit sikit2 kat situ sini tapi insyallah boleh la tahan..hihihihi puasa? insyaallah kalo terdaya Cik Cha buat....perut sentiasa nampak even tak preggie pon nmpk sebab perut I nih sentiasa buncit u...kihkihkih. bila nak jumpe? jom nanti berbuka pose sesama eh....

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...