Iklan

Sharemyloves Geng!

28 July 2011

Perihal Cik Cha Junior....


Salam semua. Ok semalam dah bercerita serba sedikit pasal experience ke hospital gomen dan swasta. Today nak bercerita serba sedikit pasal experience morning sickness - mebi hasil pembawakan baby dalam kandungan Cik Cha. 3 bulan pertama memang segalanya adalah DISASTER. Start pagi until malam memang muntah, muntah dan muntah. Memang badan sakit, perut sakit, kepala sakit semualah sakit. Sampaikan nak pergi ke office pun berpikir 2,3,4,5,6 kali. Bukan sengaja tapi memang keadaan kesihatan yang sangat tidak mengizinkan. Hujung minggu terpaksa dikorbankan bila tidak pergi ke kelas. Dengan pening, loya manakan Cik Cha terdaya nak memanjat tangga kat Fakulti dek non oii....
**
Selain daripada muntah, alahan terhebat adalah tidak boleh bau badan suami sendiri. Ya Allah, bukan sengaja tak suka nak bau tapi, memang sangat-sangat tak boleh. Sampaikan rasa nak tidur kat depan TV saja bertemankan toto dan bantal peluk. Memang tanak tidur sebelah hubby. Bukan sekejap until 3 bulan tau keadaan weird nih berlanjutan, hehehehe! Pening kapla hubby Cik Cha time tuh.
**
Next, Cik Cha sangat alergik kepada bau-bau sabun, shampoo, sabun basuh, softlan, perfume. Alamak! lagi DISASTER time tuh. Ntahlah napelah Cik Cha punya alahan sebegitu sampaikan pernah mandi tak bersabun dan bershampoo. Hehehehehe!
**
Oh! dapur oh! dapur. Lagi satu alahan kepada Cik Cha. Bau dapur, bau freezer, memang sangat-sangat tak boleh blah time tuh. Lagi-lagi time jiran Cik Cha rajin menumis bawang putih+bawang merah untuk masak-masak. Aduyai, mau pengsan bila bau-bauan tuh naik ke rongga idung. Lagi pulak jiran Cik Cha nih suka sangat makan kari, hari-hari menumis kari. Memang time tuh Cik Cha berlari masuk bilik, bukak kipas kuat-kuat dan selimut tutup idung. Kalau bau ada orang goreng-goreng pun sangat tidak boleh blah time itu. Hahahaha! COBAAN!
**

MENGIDAM APE? : Buah Delima Merah (which is actually not really recommended by Gynea because this fruit have a heaty elements, which can make mom's stomach heat so fast - can effect baby too!)
Tapi Cik Cha berjaya jugak makan sebijik (Hubby cari naik bukit, turun bukit..lalu terjumpa di Pasar Chow Kit hehehehe!)
Buah Salak: choii..semua buah yang memang tak elok untuk dimakan (imported by Mama from Parit Buntaq)
**
Dan sekarang dah ada beberapa peningkatan skit. Cik Cha dah boleh bersabun (pakai brand Simple - memang takde bau langsung sabun itu), boleh minum susu Mamil Mama dengan jayanya 2x sehari, boleh bau dan makan kari dengan jayanya (menu wajib Sabtu & Ahad pagi - roti canai tolo & bawang 2 keping bersama kari campur), less muntah dulu 12x sehari sekarang cuma 2x saje sehari, dah boleh telan multivitamin yang super-duper pahit. Dah boleh goreng-goreng dengan jayanya (yeay! boley goreng cekodok pisang, goreng naget, goreng jejariruncing jejari ayam naget, boleh masak spageti goreng) hehehehe!
**
Cik Cha sangat suka browse website untuk pregnant women, collect info bout pregnancy here & there, buka website Johnson Baby, Danone Dumex, Frisco and a few web yang memang load with a lot of information. Yelah, nak harapkan sape lagi kalau bukan diri sendiri yang check out, what should & shoudn't I eat, what should & shoudn't I do, and so on. Nowadays dah beruntung sangat untuk para mom-to-be because semua info ada dalam website. No need to buy any pregnancy book (can save money kan, untuk baby preparation nanti, ye tak?) Yang penting kerjasama kena rerajin browse internet, jangan asyik-asyik dok ke BeautifulNara jer...hehehehe!
**
So, itu sajalah perkongsian ilmu dan experience untuk hari ini, Cik Cha nak set up next appointment di DEMC Special Hospital lah for next check up which will be held in Ramadhan Al-Mubarak. Insyaallah segalanya akan baik. Minta jasa baik kengkawan doakan Cik Cha dan baby sihat sokmo yeah!

27 July 2011

Eeany-meeany Adventures!



     Salam semua. Today nak bercerita mengenai pengalaman baru bagi preggie women macam Cik Cha. Consider as new experience lah kan..sebab baru nak mengenal Asid Folik, Vitamin B Complex, morning sickness, obimin +, Mamil Mama, HB low high dan macam-macam lagi.
     Hari Isnin lepas, Erie sangat baik hati menemankan wifenya untuk ke Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 3 bagi membuka buku merah (Pinky Book). Untuk para wanita lain memanglah Pinky Book ini sangatlah sinonim dengan anda semua. But for me...hahaha! im totally lost. Memang tak pernah kot, prosedur untuk membuka Pinky Book ini. OK-ok. Let's me share a few procedure step by step:
Firstly: Kena daftar di kaunter nurse (letak IC anda dan juga tekan number giliran).
Secondly: Kena isi Pinky Book itu (yang di muka depan sekali, yang penting kena tahu address tempat suami korang bekerja kalo tidak memang huru-hara sikit) huhuhuhu!
Thirdy: Kena inject sekali untuk amik dan  test darah (HB korang low, high, normal, untuk detect penyakit kelamin, HIV and so on).
Fourthly: Kena buat urine test
Fifthly: Kena jumpa nurse di bilik nurse, so berjanggutlah tunggu giliran (Nurse akan suruh korang timbang berat, then bla-bla-bla advise itu ini and then gunakan satu alat untuk mendengar dengupan jantung baby - memang kuat jantung budak tecik itu macam kuda berlari 100m).
Sixthly: Kena tunggu lagi untuk jumpa doctor, nasib baik doctor itu sangat baik hati, lemah-lembut (doctor akan scan, then consult ape yang patut kepada patient).
Seventhtly: Kena ke kaunter nurse semula untuk tetapkan next appointment dan booking the date.
     Itu saje step by step jika korang memang totally lost tak tau apekah cara untuk membuka Pinky Book di klinik kerajaan.

**
     Next let's take a look the procedure at Medical Centre (DEMC Specialist Centre, Shah Alam).
Firstly: Daftar check in di kaunter (nurse terus bagi bekas untuk urine test)
Secondly: After that, nurse suruh timbang berat
Thirdly: Tunggu untuk berjumpa dengan O&G Specialist yang telah kita booking earlier (waiting list dalam 20 mins only)
Fourthly: Jumpa doctor, the she's very kindly consult itu ini, tanya a little bit about mom's background bla-bla-bla. Then suruh lay down atas katil untuk scan baby (3D). Nampak jari, tulang belakang, kepala, pelipat siku, pelipat tangan segala...
Fifthly: Set appointment for next check up untuk check darah and so on.
Itu saje step yang ringkas bila berurusan di DEMC, senang, mudah dan cepat.
**
      Sebenarnya terpulang pada individu dan kemampuan masing-masing untuk pregnancy check up. And as for me, better ada 2 options so apa-apa jadi in the future kita dah ada 2 references. Itu adalah nasihat daripada'otai-otai' lama. Hehehehe.
     Banyak advantages dan disadvantages terhadap pengalaman check up di kedua-dua hospital ini. Well, as di government hospital, memang Cik Cha siap kena tebalkan telinga sebab  kena 'nasihat' dengan misi because buka Pinky Book lambat. Come on misi...baru 4 bulan kan? bukan 8 bulan dah nak marah-marah. Hehehehehe! Oh...kerana keadaan perut Cik Cha yang agak 'thick' - tebal menurut kata doctor, misi telah memberikan input sebegini rupa sehinggakan Cik Cha memang menggelabah:
"Puan, bayi puan nih dah 18 minggu ye, bukan 15 minggu!".
     Mana taknya, 2,3 kali misi ukur dengan tali ukur dan bagitau Cik Cha perut besar sangat untuk 15 minggu. Haiseh....menggelabah betul aku time tu!. Nasib baik bila doktor scan baby berada pada minggu 15 dan hampir ke minggu 16. Dan due date nya insyaallah pada 12.01.2012 (banyak betul number 12). Hehehehe!

**
     So itulah serba sedikit pengalaman 'semi-adventures' berhadapan dengan misi-misi dan doktor-doktor. Selain Cik Cha masih mengalami morning sickness (morning + night sickness sebenarnya) yang lain-lain nya masih ditahap normal (suka tidur siang, suka makan tomyam, suka makan sup, suka makan yogurt, suka makan pisang, suka makan asam , suka makan epal cicah garam dan paling tak suka pakai make-up..euwwww!). Selalu Cik Cha berdoa semoga dipermudahkan kandungan ini, permudahkan segala-galanya. Mana taknya, perut memboyot masih lagi Cik Cha memanjat tingkat 4, bangunan Fakulti untuk meneruskan pembelajaran sebagai seorang student (semester 5) di UiTM Shah Alam. Semangat masih kuat untuk berjaya dan mengekalkan momentum sebagai seorang pelajar yang cemerlang. Insyaallah!.

*baby stay 'baik-baik' nanti mommy upah chuchu =)*

20 July 2011

My Miracle, that I've been waiting for....

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen Ya rabal Alamin...

*dari buku "Amalan ketika Mengandung", Abu Afiqah*

"My Precious little baby
I have loved you from the start
You are a tiny miracle
laying closely to my heart

Each day I feel your present
Each day you quickly grow
Each day your heart beats slowly
as only I could know

So I'll keep this in a special place
And remember each year through
of this very special time of life
The month I carried you
Daddy erie & mommy cha sayang. cinta.rindu.kasih. awak  sangat-sangat tau" 

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...